salam.
ok. aku beri pilihan.
nak entry gembira ke entry sedih?
kalau nak entry gembira, tunggu selepas ni lah. sebab ini hari sudah kepenatan lah.
kenapa mesti ada entry sedih?
biasaaaaa lah...fara-d kan suka drama sabun.
sadap! ok. serius ini entry sedih.
ok. sila betulkan muka anda. tolong jangan pasang muka senyum. warning ni!!
1. meeting siang tadi. aku dengan ...eh...silap penggunaan gaya bahasa.
saya dengan serendah diri yang mungkin, walaupun tinggi sumpah ada orang jeles, merendahkan diri jugak memohon maaf secara terbuka akan kesilapan saya dalam kelalaian saya melaksanakan tugas, walaupun sekecil menyebarkan maklumat, saya telah terlepas pandang. maaf kepada pihak2 yang terbabit, saya akan cuba perbaiki gaya kerja saya supaya lebih professional dan effisien. saya fikir saya mampu buat dengan sendiri tapi rupanya saya silap, saya perlu kongsi maklumat yang saya terima dari biro lain agar saya dan rakan2 sepasukan dapat bekerja bersama. oh. maaf sekali lagik atas ke-over-confident-an saya ini. (haish. abes rosak bahasa. jangan kena banned sudah ini blog.)
dan saya juga mohon maaf kepada seorang rakan kesayangan yang telah saya silap sampaikan maklumat siang tadi sehingga telah menyusahkan beliau yang sedang bekerja. sumpah guilty neh! maaaaaaf sangat2! tak bermaksud nak menyebabkan anda bersusah payah berkejar ke lokasi meeting.
dan selain maaf..... saya ....oh. kena ubah balik lenggok bahasa.
aku juga turut mahu komen tentang meeting tersebut....
komen aku...
hmmmm....hmmmm...hmmm...huhu.....hmmmm (bunyi kan dgn nahu dan intonasi yang berbeza ye rakan-rakan)
2. kisah sedih kedua, tak sempat ke jpa untuk menghantarkan salinan transkrip dan skrol untuk tujuan permohonan pengiktirafan khas secara berkumpulan. sebab ter-drag meeting dengan jarak masa yang agak lama.
3. kisah sedih tiga, oh. ramadhan dah nak sampai ke penghujungnya. tak puas lagi merasa nikmat berpuasa di bulan mulia neh. semoga diberi kesempatan usia untuk melalui ramadhan tahun hadapan, insyaAllah.
4. kemuncak kesedihan dihari yang bermula dengan indah. sejurus selepas selesai solat jemaah after iftar di studio tadi, dapat sms dari kakak ku, nana. ingat lagi di entry lepas aku ada menceritakan tentang sofea?
sofea's diagnosed as cancer neuroblastoma (saraf) stage 4.
ye. itu lah bunyi message dari nana. aku ulang dua tiga kali sms nana tu. how i wish i could be by nana's side and hug her. nana, please be strong ok sis. walaupun sofea hanyalah anak rakan nana, but i know she loves her sooo much. and im proud of my nana as her love kepada semua orang saaaangat mendalam, terutama budak2.
tergenang jugak airmata baca berita yang disampaikan nana.
ok. selain drama yang melibatkan penderitaan seorang ibu yang sangat dahsyat, atau tentang friendship yang sangat indah, kenyataan tentang penderitaan seorang anak kecil memang sangat meruntun hati aku.
hoi. jangan fikir aku sedang teresak-esak bawah tangga...tapi sedih itu memang amat.
maka, serendah-rendah diri ku ini lagi, aku memohon yang amat sangat kepada semua rakan, agar turut mendoakan sofea. doakanlah moga beliau yang tak kenal erti dunia ini lagi berpeluang merasa keindahan dunia ini. sekurang-kurangnya, ku pohon, agar si kecil itu diringankan seringan ringannya kesakitan kepedihan menderita sakit tersebut.
sofea dear, get well soon ok. auntie nana (and also auntie farah - though we've never met...)loves u sooo much and hopes the best for u. be strong ok dear!
No comments:
Post a Comment