Tuesday, July 28, 2009

maktok 3.

salam.

heh. memandangkan aku sangat suka menceritakan perihal maktok disini, maka, bermula dengan entry ini, aku tajukkan "maktok" diikuti sequel keberapa. heheh. dan kerana dah ntah berapa kesah tentang maktok aku tulis disini, maka, aku mulakan lah entry ni dengan bilangan ke-3. kenapa 3? tak 4? tak 5?
suko den la woi! aku suka no 3...lalalala...hehehe.....


seperti biasa, aku kan cucu yang agak nakal, suka menyakat maktok nye...sedang maktok bising nak turun katil, tapi tak dilayan permintaan tersebut, malah, dialih perhatian beliau ke arah perbualan merapu dari cucunya ini. maktok jadi sangat geram dengan aku dan mula terjerit sedikit. apa lagik, si cucu jahat sorang ni (sapa kau tanya?? aku la.....ceh.)....
f: maktok maktok! bunyi kucing macam mana?
m: awww....awww....awww....
f: uih? bunyi kucing ke tu maktok.
m: haah.
f: tu bunyi kucing apa tu maktok?
m: kucing j*l*ng.
f: WA???
adoi la.....terer jugak nenek aku ni berlaser woi. isk. kalah den.....

kak alia (babysitter maktok...err...baby ker??) sedang basuh pinggan di dapur. maka, aku teman la maktok sbb dia dah terjerit-jerit panggil semua orang sebab katanya takot dok sensorang. so, aku pun teman la maktok skejap. saja je la tanya macam-macam, berbual dengan maktok la kaedahnya. dan pada masa yang sama, nak distract maktok daripada terus-terusan menjerit. maktok meronta-ronta lagik nak turun katil (note: maktok tak larat da nak berjalan sendiri. kalo dia turun katil kerap sangat, org lain penat, maktok apatah lagi la penat. risiko terjatuh pun ada...)
f: maktok! you're a good girl or naughty girl today? (woi...dont play-play ha...maktok punya grammar lagik hebat dari aku. cis. malu i...)
m: good girl.
f: ye ke good girl?
m: yes.
f: maktok. where do u want to go? (sbb da sebok sangat suruh org angkat dia turun)
m: shopping complex.
f: (ayo!tetiba maktok pandai shopping kan...) ha? shopping complex? what do u wish to buy?
m: i want to buy anything
f: buy with what? do u have money?
m: no, i got no money
f: then, with whom do u want to go?
m: with alia...
f: with alia alone or anyone else can join?
m: alone.
f: orang lain tak boleh ikot?
m: no.
f: why?
m: because i got no money.

ish. nevertheless, i love maktok very much. walaupun takda anak kecik kat rumah ni lagi, tapi kerenah maktok tak pernah gagal dalam membutirkan senyuman dan gelak tawa dalam rumah ini. ^.^


p/s: Al-Fatihah buat Allahyarham Yasmin Ahmad. saw a short docu at AwaniAstro by faris last night, and she was one of a kind. may Allah bless her. i adore her three simple guideline:
1. usaha
2. doa
3. make our parents happy.
and yes, i almost teared when she quoted the third sentence. i love my parents very much, and hopefully, i can make them happy too, just like yasmin did....insyaAllah...

Friday, July 17, 2009

fara-d's been creating lot's of drama? think again........

xx JLN XX/XX,
xxx,
XXXXX Petaling Jaya,
Selangor DE

_____________________________________

Yang Amat Berbahagia
Puan X
GPK Pentadbiran
b/p Pengetua
SMK XX
Selangor 15 JULAI 2009

Puan,

Permohonan Untuk Menggunakan Makmal Komputer Yang Baru.

Dengan segala hormatnya, saya XXX, sebagai pengerusi Kelab XXX ingin memohon kebenaran puna untuk menggunakan makmal komputer yang baru. Semenjak dahulu lagi, kami tidak dapat menggunakan perkakas alatan elektronik yang terkini iaitu komputer di makmal komputer yang baru.

2. Kami sebenarnya sebuah kelab XXX yang terdiri daripada pelbagai agama, bangsa dan budaya maka tujuan penubuhan kelab ini adalah untuk melahirkan generasi berketerampilan, berilmu dan bersahsiah mulia. Disamping itu, tidak dapat dinafikan bahawa dengan kegunaan komputer yang baru ini, kami sebagai generasi jiwa bangsa, dapat mempelajari inti pati teknologi maklumat yang signifikan untuk memenuhi Falsafah Kognitif. Susulan daripada itu, aspek teknologi dan maklumat yang sofistikated dan terkini ini dapat meloloskan diri kami daripada belenggu kemelut yang kami sentiasa alami semasa menggunakan komputer-komputer lama. Misalnya, jangkitan virus komputer, kedaifan dalam jaringan internet serta kelembapan pengurusan komputer.

3. Ekoran itu, kami juga tidak ingin menunjukkan rasa tidak bersyukur tetapi kami tidak ingin sentiasa berada dalam kepompong yang kian bergelumang dengan ketidakpastian. ini disebabkan oleh pengurusan komputer yang tidak efisien ini mampu menyekat pembangunan kelab XXX. Lazimnya, pelbagai rintangan yang kami hadapi ini juga dipenuhi dengan gerimis-gerimis yang tidak berpenghujung. Ini disebabkan guru makmal komputer iaitu Encik XXX yang tidak memberikan alasan-alasan yang konkrit bahawa kami tidak dapat menggunakan makmal komputer yang sebenarnya dibina untuk kegunaan semua pihak. Sedihnya, terdapat pandangan yang disampaikan oleh pihak tertentu bahawa alasan-alasan yang diberikan ini telah diputar belit bagi menyembunyikan maklumat yang sebenar. Sebenarnya, saya tidak mampu mempercayai kata-kata gosip ini.

4. Serentetan itu, kami mendapati bahawa terdapat banyak manfaat yang diperoleh jika kami dapat menggunakan makmal komputer ini walaupun sesekalipun. Misalnya:~

> Perpaduan dan hubungan antara pelbagai kaum dapat ditingkatkan lagi disebabkan kami sebagai kelab XXX ini mendukung kebenaran yang kami sepakati bahawa kami dapat berinteraksi dan bekerjasama semasa mempelajari aspek teknologi maklumat yang terkini.

> Suasana di dalam kelab kami dapat menjadi meriah lagi-lagi ceria.

> Pengurusan komputer yang efisien dapat meningkatkan ilmu pengetahuan kami - mempelajari program-program terkini iaitu "Photoshop", "Dreamweaver" serta "PowerPoint" yang mempunyai pelbagai fungsi yang lebih sofistikated.

5. Deduksinya, saya berharap puan dapat melaksanakan wahana konkrit dan pragmatik untuk menangani masalah kami yang juga disifatkan sebagai "duri dalam daging" kerana kami ingin menjayakan kelab kami dengan lebih-lebih lagi! Maka, sudah terang lagi berkilauan, juga bahawa kami sebagai kelab XXX ingin menarik perhatian puan untuk bertindak dengan secepat mungkin sebelum kami malngnya, terlepas peluang untuk menggunakan makmal komputer yang sebenarnya dibina untuk kegunaan semua pihak.

Sekian, terima kasih.

Yang Benar,

...........................
(XXX)







p/s: any comment?

Saturday, July 11, 2009

lampu jalan

secara metafora cerita aku hari ini.
tujuan, nak sedarkan beberapa pihak. harap mereka faham, tapi kalau tak faham pun, aku nak buat camne kan...masing-masing dah dewasa, aku dah malas nak jadi tukang bebel. kang, aku jugak yang depa sampahkan.

spotlight. terang dan jelas menyinari satu tapak. kita akan automatik rasa lega sangat amat bila ada spotlight yang menerangi satu tapak, yang mana kita cadang mahu laksanakan sesuatu rencana. kita pandang tinggi spotlight itu, bukan? tapi, kita sering lupa, dalam pada kita mendongak menyanjung spotlight tu, kita dah banyak dibantu lampu jalan yang kadang-kadang malap itu. sebelah mata saja kan kita jeling lampu jalan tu. kat stadium contoh nya, sorakan akan dengar sangat gemuruh bila masa spotlight mula dinyalakan, menerangi seluruh stadium. tanpa spotlight, kononnya majlis tak berjalan. kononnya majlis tak meriah.
langsung lupa lampu jalan yang malap tu. padahal, lampu yang malap tu lah yang dah tolong kita sampai ke tempat kejadian (hoi. aku cakap ni, latar waktu harus lah di kegelapan malam. yang ko nak sorak sorai kan spotlight di waktu matahari terik tu, buat hapa???) lampu yang malap tu jugak yang dah banyak bantu perjalanan kita. tapi, kita selalu lupa. kita buat tak endah pun kan lampu jalan tu. tapi, kalau lampu jalan tu mati, kita sumpah lampu tu, kita caci lampu tu, kita marah lampu tu.

sudah la. kakak yang dah bukan bergelar student ni dah malas nak sound-sound orang.
oh.satu lagi, memang aku nak suarakan macam-macam kekecewaan, tapi takpe lah. aku kan lembut hati lah sangat.
oh. satu je la kan... cuba ambil ayat ni, fikir, analisa, dan cuba semat dalam hati.

" boleh tak TOLONG...."
"BOLEH tak tolong...."
"BOLEH tolong...."
"boleh TOLONG..."






sama konsep bila kita nak anjur majlis, kita MEMOHON pada pihak atasan untuk bantuan teknikal ke, bantuan kewangan ke, kita MEMOHON. jadi, apa salahnya kalau kita MEMOHON dengan secara rendah diri nya sekiranya kita perlukan bantuan dari rakan-rakan. tak kira la rakan kita tu sahabat sehidup semati ke, sahabat gitu gitu ke, sahabat kamceng ke.... rapat mana kita dengan kawan kita, dengan senior, dengan junior, kita tetap perlu praktik kan sifat humble kalau kita perlukan pertolongan. aku tak kata suruh sembah sesapa (kau dah hilang pedoman ke nak sembah selain dari DIA???) kalau kalau kita nak mohon bantuan rakan kita, tapi,susah sangat nak maniskan mulut memohon persetujuan empunya badan yang nak dipohon bantuan tuh? walau se-kerap mana pun orang tu dah banyak bantu kita, SETIAP kali kita perlukan bantuan dia, mohon lah secara berhemah.
jangan amalkan,
"hari tu pernah mintak izin pinjam menda alah tu, keizinan adalah secara seumur hidup..."


tak faham apa aku cuba sampaikan??
lantak lah lu.... otak ada, gunakan sebaiknya.....

entry ini bertujuan mengingatkan diri sendiri serta rakan2 agar memperbaik apa yang kurang..... wasalam.

Thursday, July 09, 2009

mari berdansa!!

salam.
kebetulan lah plak time aku nak promote dance pad, puan chika lak dok promote wii. T-T (nangis dua baldi. dua je)

memandangkan diri ini tak mampu lagik nak ber-wii (ceh ceh. ayat sadis pulak...tp betul....penganggur la katakan.....), maka, mari aku ajak rakan-rakan berdancepad dulu. best wo best!

kalau ikot musim kat jabatan senibina ukm sekarang ni, kami riuh bising "ON dancing"
meh sini nak citer pe jadahnye lah dance pad neh ha?

tuuu...tu la dia gambo dance pad....
haha. well, untuk si pemalas keluar bersukan cam aku neh, menda alah ni amat la berguna dalam mengeluarkan peluh sehari hari. (woi woi. bukan malas la.... bz weh bz.... tak bz pun, takdak geng. dulu ada geng g swim kat danau dgn promoter wii tuh!skang, single ba. T-T *nangis lagik sebaldi.)

kadang kalo mood strikes, sejam jugak aku terkinja atas dance pad neh. pas tu, gerenti rasa cam kena cari screw driver nak ketatkan balik skru kat kaki neh. maka, jangan la main secara drastik. macam bersukan juga, kalo selama ni petang2 terbenam atas katil, tetiba aktif secara tiba2, rosak sistem badan kau woi!

ha. merepek lah nenek. huhu
senang je men mende alah ni. dan bagi si pemalu berdansa di khayalak ramai kat arked tuh; cam aku lah (ehek! uhuk uhuk!), this is the best thing ever! haha.
verangans jadik dancer skejap main menatang neh woi! kehkehkeh!

simple. macam tikar je. cuma sambung usb ke pc/laptop, install game dia, then trus loncat. weeeeeeh! nak simpan pun senang, ala.....macam simpan tikar la jugak. tapi, jangan la pulak kau pergi masuk dalam washing machine pulak konon nak menten kecomelan dance pad tu...adoi. alang-alang ko nak basuh dance pad tu, apa kata campak skali cpu monitor printer dan scanner kau skalik.... bagi kilat abis lah perkakasan IT kau tuh. ceh! *sarcastic ok. jangan kang nangis kat aku sbb betul betul buat apa yang aku sarankan. *


fuh! serius kat jsb dalam awal jun hr tuh, menular demam dance pad neh. time dok pulun siapkan topikal studies, time otak cramp tak dapat karang ayat, keluar la tikar dansa ni, dan melompat jam 2-3 pagi dengan studio mates. weh. rindu seh nak lawan dancing neh dengan bebudak studio. ada sekali tu, siap lawan battle dance 4 orang skali gus! serius kecoh studio dibuatnya. paling lucu kalo tengok 1st timer yg memang 'keras' dalam tarian neh, abis dihentak dance pad tuh (ni si nabil ngan beh la, bukan lompat depa dua org neh, hentak macam nak lubangkan lantai je. mujo main kat ground floor, kalo main menda alah ni kat tingkat 4, harus masuk harian metro melaporkan lubang misteri di bangunan fakulti kejuruteraan dan alambina ukm lah gamaknye....)

sekarang ni, gigih jugak main menda alah ni, ganti jadi aerobik katanya. main la sorang-sorang pun. sedih main sensorang...tapi takpe...tunggu i da betol-betol kompem jadi ra, pasti aku hasut rakan-rakan taulan berperang dansa suatu hari nanti. kehkehkeh.....

ha. itu dia entry tentang dance pad. (khas di upload kan atas request best friend ku yang nun di tepeng tuh! kalo ko nak menatang neh, habaq mai... aku leh dapatkan...cewah!)
sapa mau? email je fara-d kat diana_eno306@hotmail.com. nak tanya apa lagik? sila lah bertanya...hahaha.... kalo mau mende alah ni, kindly contact me via blog ni or email atas ni ha...huwwwaaaa...

Tuesday, July 07, 2009

xsite

salam.
apa khabar semua?
sambil terasa nyaman ditiup angin,
dengan payung....ye...diulang...PAYUNG (bukan pohon) yang meliuk lentuk menari ikut rentak sang bayu (ceh. ayat macam tengah bersidai kat tepi pantai la kannnn...)
menjaga xsite, ditemani junior kesayangan; dayah, yg tengah sedap melantak nasi lemak daging nih.
skarangni jam 1.45pm. Alhamdulillah, bisnes hari ni setakat ni nasi lemak kukus da 29 bungkus yang laku, dan 29 bungkus laksa. dah? aku bisnes lak ke???
hahahaha..... keje part time kat kiosk xsite di ukm lah... sementara menanti konvo dan sementara menyetel proses permohonan menjadi RA.
iklan: oi oi! mari makan laksa atau nasi lemak di xsite mari! mari mari! ada 6 nasi lemak kukus dan 11 laksa available! mai la mai la! haha!


ok. selepas iklan...dah tak dak idea nak tulih gapo. hek eleh......

huuuu.... baiklah....off dlu....

Saturday, July 04, 2009

maktok lagi

salam semua.

haihh...lama kan tak cerita pasal maktok?
hehehe. malam tadi, duduk lepak kat bilik mummy. sumpah seronok bermanja dengan mummy. sembang-sembang buat lawak yang sesakkan nafas belaka. tu mujo nana tak join sama, kalau tidak, alamat pecah rumah ni. oh. bahagia betul bergelak ketawa dengan bonda kan.
hah? apa apa? ada yang bilang aku anak manja??

eleh....tak heran... memang pun! aku manja ngan mak sendiri pun, kau susah apa! shuh shuh!

eh farah ni? tetiba emo sorang diri. ceh.sambung sambung.

antara topik yang jadi bahan kami malam tadi adalah tentang maktok.
well, maktok nenek aku (bagi yang tatau le. haha.)
fuh. ayat-ayat maktok memang powerful ok!! kadang-kadang, tak tersangka itu maktok. dan kadang-kadang, terus terfikir..."oh....patut pun cucu dia yang sorang ni pun mulut takda insuran punya stok....bakat terpendam rupanya..."
hahaha!

kesah 1:
mummy: MAKTOK! maktok ni strong je kan mak! (mak le...dah mak kepada mummy aku!)
tak gadoh nak demam la batuk la... steady je maktok kan!
maktok: hmmm...biasa la....makin muda......

kesah 2:
mummy: orang dok bising swine flu sana swine flu sini, H1N1 lah apa lah.... maktok takdak apa pun kan! jangan kata flu, batuk pun takdak kan maktok kan...
maktok: haah! bukan macam hangpa!
(ceh! maktok loyar buruk disitu! memperlekehkan stamina kami ok! huuu)

kesah 3:
aunty nah (anak bongsu maktok) mengusik maktok. biasa la, gurau-gurau loyar buruk aunty nah tuh. maktok pun dah mencapai tahap geram.
"pi PI PI PI! PI balik! macam orang takdak rumah!! !!! " maktok jerit.
.....pastu....maktok pause sekejap.
dalam nada berbisik kepada diri sendiri, tapi masih audible, "huh! ckp org, akuuu pun takdak rumah!"

dan finally, skrip maktok yang paling unggul : otak blank, mata blur!
walaupun kadang2 mummy saja terbalikkan ayat jadi otak blur mata blank, maktok masih mampu betulkan balik jadi ayat yang betul (tak repeat je ayat yang mummy wat seperti dia slalu repeat people's words like parrot).

ok. nnt ada kesah lagik, i sumbat lagik. nak bersiap untuk pergi bersosial dengan dato bandar kota damansara sebentar lagik. hahahha!