Thursday, February 26, 2009

mendayung sampan

salam.

farah memang suka membebel.
sebab tu blog ni nama dia BoBo. farah bebel pada bobo.

jadi hari ni, aku nak membebel.
tak sudahsudah kan aku mengadu domba kat blog ni tentang kerja-kerja aku.
memang tak banyak, aku je kecoh. ye aku ngaku. aku kecoh. konon wat kerja tapi sampai ke sudah tak sudah. banyak bermain kot. sebab tu aku tensen. tensen skejap je, pastu sambung main-main. itu lah aku. progress keja aku memang slow.

apa tah kaitan perenggan di atas, aku pun tatau. sebab tujuan aku menulis kali ni nak meluahkan suara hati yang tensen ditimpa escalator.
sem ni semacam kuRang hati raga (hati raga???) dalam design. jiwa ada, hati tak. aku masih suka subjek design, tapi aku macam lost. tetiap hari rasa cam nak nangis, walopon orang tengok aku gelak cam hantu sentiasa, orang muak tengok aku melalak kat studio semalam jam 2-3 pagi, walopon aku makan dengan senang hati pada waktu malam selama dua jam. semua itu orang nampak, tapi orang tak nampak aku rasa nak terjun tengok progress design dorang. orang tak nampak betapa mental aku tinggal masa nak terkena renjatan elektrik. orang tak nampak betapa idea tu segan namampos menari2 datang depan aku. aku lost. sangat lost. takda hala tuju. stress tau camni.

mungkin aku tak cukup usaha, sebab tu Allah taknak kurniakan ilham
mungkin aku masih kurang isi kefahaman projek ni, sebab tu Allah tak izin kan idea tu muncul.
mungkin aku tak gigih mencari bahan, sebab tu Allah tak perkenankan progress kerja aku bergerak maju.

geram ni geram. geram dengan diri sendiri.
tapi masih syukur, sbb Allah sayang kan aku.
kalo tak. Dia takkan limpahkan aku dengan musibah2 tertentu.
musibah tu sebagai tanda peringatan pada aku supaya jangan lalai mengingati Dia


farah dan kereta @ lain-lain teknologi.
sangat tak da keserasian kot.
laptop asik ting tong.
kelisa bateri selalu kong
ni waja?? baru nak masok 4 hari guna problem bateri gak??
naik tebal muka aku memohon bantuan dari cheeway (sbb sebelom ni da banyak kali gak dia tolong bila kete aku bateri kong)
yang kelisa, ok, aku mengaku memang salah aku kalo bateri kereta tu meragam. tapi sejak kejadian bateri kering (tak kering sangat pun....cuma kurang dr spatotnya), aku check bateri once in a while.
but waja pun aku kena check kan gak ke? da la jarang balik umah, lagi la jarang guna kete tu. tak suka pun guna waja. beso sanga moncong dia, susah aku nak bajet side parking sbb tak nampak depan nye....
and dan dan plak kan kete tu totally out of order masa dalam tangan aku!!! geramnyaaaa!!
tengah lapar...panas terik.... bahang dunia.... tepi jalan utama zaba lagik..... bayang la betapa tebal muka menahan marah, bengang, seronok, sengal semua tuh. seronok? haha....ok pe...sonok gak jadi mende ni... sbb masa tu kita tau sapa kawan sapa lawan. masa tu kita bleh analisa perangai manusia-manusia kat malaysia ni camne. aku saje je wat terkial2 nak bukak enjin tu, (memang tak reti pun. kelisa nye reti la....waja nan tahu!) ada gak la beberapa moto lalu masa aku dok terkulat-kulat teraba-raba cari mana hook penutup enjin tu. SEORANG pun tak da berhenti offer bantuan. jeling lagi ada. takpe takpe, itu seronok, sebab buat aku sedar, kawan-kawan aku masih boleh diharap. and yes, encik2 technician zaba juga concern sbb masa mereka lalu dalam kereta mereka, mereka seperti mahu turut tolong, tapi sebab masa tu dah ada alias n ya n cheeway, maka mereka tak stop la sbb takot jalan sesak (mind u, itu jalan utama ye...) and they signal bertanya "everything ok?" and kami just signal balik memberitahu we're cool!

oi. panjang detail cerita hari ni. da la weh. pengajaran ni bermakna sunggoh.

1. bukan seronok sangat ada kereta. tambah kereta besar time2 blaja ni. susah parking satu, kos minyak tol lagi. seronok la tu kan.

2. hari ni dah belajar bukak bahagian enjin bagi waja. :P

3. bapak borek anak rintik. memang TRUE!!! kakakaka

4. kereta tu maybe rosak sebab nak suruh aku dok diam-diam kat kolej buat keje sampai siap. pas siap keje baru bleh g tgk wayanG!! haha (tu baru berniat tu dah terkena camtu...nasib. cuba kalo tgh jalan ke panggung, lagik kantoi kan? lalalala)



p/s: woi woi! aku nak tgk upin ipin. sebab ada orang tu tetiba ajak tgk semalam tapi tak jadi, dan sbb kepala makin berdetik jam makin serabut buat aku makin menggelupo nak tgk weh! semalam bese-bese je nak tgk, tapi sekarang... SANGAT NAK G TGK UPIN IPIN!!! TOLONGGGGG!!! T______________T

4 comments:

Anonymous said...

ala.ciannye kak fara~~~huhuhuhu
kete rusak ye..
takpe2..
satu hari nanti kak fara akan begelar mekanik wanita terhandal di jsb...hehehe...
hani pun tak tgk g geng tu..
tapi ade kawan hani kat kiy kate...kiy ade tempah 2 house kat alamanda...12 rgt..pengangkutan disediakan...hehehe

fara-D said...

BILAA????

Anonymous said...

ciannye..org y ajak tu MMG SENGAL..!!!

fievelski said...

wah akukah rakan yg x dpt membantu ketika keta ko meragam..ark..hayoo..nanges lima menit..ala..kalo ak buat2 offer mati hancus la keta ko...tp haha..ak bersalah dlm satu menda kot..sebab ajak ko g tengok upin ipin di kala ko tengah bertensen..haha