Saturday, July 18, 2015

Menelan Pasir

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua!
Am enjoying the raya is it what i am told to do so after a month of fasting.

Luaran,
Hanya gelak tawa, senyum sedaya dimaniskan,
Hakikatnya,
Sedang memendam rasa.
Rasa risau
Takut
Sedih pun ada sikit.
Yang mana dikumpul dan disimpul menjadi sakit.
Sudah tak ketahuan kemana haluan nak diadudomba
Tak tahu dimana mahu diluah rasa.
Aku begini, hanya berniat untuk menjadi insan yang Allah redha
Ku tahan diri kerna kita tiada sebarang ikatan
Kalau diturut hati, barangkali hati orang tua tersentuh
Tapi
Aku sampai kini taktahu hati sana
Yang aku tahu hati sini saban hari memujuk diri

Sebarang usaha aku, tidak akan aku biarkan hati sana tahu
Sebab itu ikhtiar aku, mengirimkan sedaya kudrat melalui Sang Pencipta
Kerna aku percaya, Dia Lebih Tahu
Kerna hanya Dia tempat aku bergantung sehingga nyawaku di panggil kembali

Ya Allah,
Apa sekalipun yang mendatang
Aku berharap Kau bantulah aku menjaga hati ini
Kerna aku bukan sang nujum, yang mampu menebak isi hati sana
Aku hanya mampu cuba menjaga hubungan aku dan Kau agar kelak apa pun yang mendatang,
Hati ini tak seremuk kehilangan suatu masa dahulu


Yang Pasrah Menelan Pasir,
Farah Diana

2 comments:

Adian said...

wao!

fara-D said...

ehhhh Adian.....masih melayan blog kah dikau?
ooooshit! i thought i'd have some random peaceful thoughts thrown here. ish!