Assalamualaikum BoBo!
Dalam dok research info, tetiba tersinggah blog sendiri. Saja la scroll back previous posts, mengimbau kenangan dan mengimbau kenapa dan bagaimana aku blog dulukala.
Tetiba jugalah terjumpa wishlist yang di buat around 4 years back.
Apa kata, aku review balik wishlist ni? Then bolehlah update wishlist baru mwehehehehe!
yang ni takyoh la review ye dok? fully accomplished dah pun yeeeha!
2. Snorkeling
remember kisah sedih mabul freak out time snorkel ditambah sakit kuku nak tercabut itu?
FINE! gonna tick this out of the list this weekend. Pulauuuuuuuu here i come!!
3. Diving.
Partly checked. Sebab sekadar Discovery Scuba Diving sejam dua sahaja. Sebenarnya aku sedikit takut kepada dasar air walaupun aku sangat suka berenang dan main air dan simbah air kat orang dan goyang pokok lepas hujan supaya orang sebelah kena tempias dan...fine, enough farah enough!
Alang alang last month ada event dari JPAM, kasi cuba DSD for free, aku pun cuba lah test power aku ni sebenarnya berani dak selam. Yeahhhhhu! Love it! Ada rezeki kalau, boleh amik license, In sha Allah. Ku bilang KALAU ye.
4. White water rafting
Checked! With flying colors! SUKAAAAAAAA!! *refer here*
5. Explore gua (checked. Wang burmah time matriks dulu)
Double checked! Sekaligus dengan white water rafting! *insert icon drooling sambil mata love love*
6. ATV.
Checked secara sipu sipu. Sebab sekadar simple track kat Sunway Lagoon je. Kena find time & $$$ untuk try versi terjah hutan sampai ke kawasan Waterfall ni. lalalala
7. Roadtrip. Preferably on cruiser motorbike or superbike. (Tapi tak pernah reti pun bawak motor, apatah lagi yang ber cc tinggi itu)
errr..... checked tapi not on bike seperti yang diidamkan. Roadtrip naik van dan kereta. Jadiiiii lahhhh....
8. Cruise.
dengar dengar sekarang siap ada yang muslim cruise package kan? huyeayy!
9. Build a family house. One should be enough. (Ada peluang, doa lah semoga diri ini kuat dan masih berkeupayaan dalam merekabentuk sebuah bangunan)
design dah pernah ada. tapi Abah tak pernah approve lagi hahaha. oh well! Selagi hayat dikandung badan....
10. Mendirikan rumahtangga.
err...errr...er...........
Ok sekian.
Nak bersiap menjemput abah di airport ni.
NO! Jangan tanya lagi point no sepuluh tu. no no no! Ada rezeki & jodoh, in sha Allah mek kabarkan ye hehehehehehe
Yang tengah rushing nak ke airport,
Farah Diana.
No comments:
Post a Comment