Tuesday, January 01, 2013

Penutup tirai 2012

Assalamualaikum.
Ha. Puas aku promote kat fb (by uploading photos & melayan pertanyaan friends yg bertanya kat certain photos) dan membebel di twitter, la ni gigih blog pula.
Well, a girl gotta share what she loves, doesn't she? ^^v
2012, I shall say I've encountered lots of ups and downs. Well, every year pun macam tu kan? =.='
But syukur Alhamdulillah, it's a year where I found my passion, my desire, and "myself". I'm grateful for every single thing happened, be it laughter or tears, both built up my character. Alhamdulillah.
And I guess, I have closed my 2012 with a perfect getaway at Tanah Aina Farrah Soraya. An eco resort somewhere in Raub, Pahang. Am glad to experience the adventure with my dear friends, few of the closest ones indeed.
Err...why do I sound so serious in this entry lah hey?
As for the trip to Tanah Aina, mula mula tercetus dek kerana melayan Running Man episod mana tah. Sumpah tak ingat episod mana tapi somehow teringin sangat nak camping.
Terus tweet keinginan nak camping bagai and kakak ku memikirkan perkara sama dan langsung dia kasi link Tanah Aina itu.
Maka, masuk la TA itu dalam checklist aku. Kebetulan member sorang ni pun in need of a getaway. "Dok hotel pamper ourselves je pun takpe, even hotel dalam KL ni sendiri pun takpe"
Ha kau! Cuba bagitau sikit kenapa aku tak boleh duduk diam kalau dah dikelilingi kaki kaki yg memang ligat?
Oleh itu, segeralah kami research nak getaway ke mana. We even opt for Krabi secara last minute. Tapi sebab sedar diri economically masing masing agak perlu dicatu, maka dok diam2 rancang something yg tak memerlukan immediate financial damage.
Sorang tetiba ajak ke Gunung Stong. Dah hampir approved perancangan berkenaan tapi kerana terlalu short notice, tiket train dah sold out, maka akhirnya proceed dengan option Tanah Aina (yes yes yes! Berjaya aku hasut depa pi Tanah Aina).
At first, masing masing a bit sceptical about TA dengan price for tenting RM235 per person for 2 days 1 night. Tambah pulak masing masing masih dalam fasa menstabilkan diri. Somehow, hati aku kuat nak try out the package. Well, being us (the reason why I love these peeps; which I call Team Mengejar Awan, is that they're flexible. We won't hesitate to do crazy things together). So secara laju, booked tenting for 5 pax etc etc. Seriously, trip paling aci redah. Dan secara laju decision memasing. Trust me, lots of laluan pintar pintas berlaku sepanjang perancangan trip berkenaan yg tak la panjang sangat tempoh rancangannya pun.
Skip those part, sampai je tempat parking Tanah Aina resort tu, 4WD dah sedia menanti. Baru gerak je 4WD tu, si abun dah bersuara "kak! Tak nyesal join trip ni kak! Macam best je"
Hoh. I felt the same. Dayah pun hangguk hangguk setuju jugak. Aku pulak? Baru tergolek golek dalam 4WD tu aku dah sedih memikirkan esoknya dah nak kena check-out. Gila? Tak tau lah. Tapi itu sejujurnya perasaan aku.
Gedebuk gedebak dalam 4WD tu, sampai la kami kat lokasi. Terus staf mereka yang lain disana sambut kami with welcoming drinks. Macam sirap tapi letak pudina agaknya. Sedap hey!
Duduk sekejap tunggu our lunch ready, dan dek kerana tent dah siap (we arrived early, though. Should check in 12 tp dalam 11 lebih dah sampai), so they let us rehat rehat di our tent dahulu. Ohoi! Khemah ada katil ohkay! Feeewit! Depan khemah ada hammock. Double feewiit! Dan khemah menghadap sungai! Feewiit feewit feeeeeewit! Subahanallah. Dah terbayang malam nanti akan tidur dibuai orkestra alam. MasyaAllah!
Si izuan lepak atas hammock, beberapa minit je dia dah terbang ke awan! Yg gegurls 3 ketul ni (me, ar & dayah) dok sembang kosong dalam khemah tunggu waktu Zohor. Dah siap solat segala, terus ke tempat makan and lunch.
Sedap food dia. Dan ye, makan of course tepi sungai nya juga. Nak nangis rasa, sebab dah lama imagine this ambience and Allah dah makbulkan. Alhamdulillah.
After lunch, activity scheduled at 2.30pm. So, kembali ke khemah rendam2 sikit kat sungai (sebab tak tahan sangat dah air comel saaaangat!) Dan kali ni, si abun plak berlayar atas hammock, siap lapik bantal! Ceh!
Jengjejeng! 2.30pm, berkumpul kat dewan TA. Briefing sket on our journey and off we went. Hiking sket, then redah sungai sket and sampai la ke lokasi air terjun. Ada platform yang dinamakan Leap of Faith. Setinggi 15 kaki. (Boleh pulak aku ni dengan confident terbayang 15 meter kan! Tersilap baca info masa buat research pasal TA. Ketaq lutut terus terhapus bila tengok rupa rupanya 15kaki je)
.....
Hah ye. Dah tak ketaq lutut ye.
Wait until kau berada kat hujung platform tu, then baru habaq mai ketaq tak ketaq lutut hang!!
Keras sekejap aku kat hujung platform tuh. Depa kat bawah (my team & other guests too) dah countdown. Yg guide kat sebelah pun dok tiup semangat aku "jangan tengok bawah kak! Terjun saja. Terjun sana, jangan dibelah sini. Lepaskan tangan dari railing tu kak"
Kemaen kau dok hingaq dik oi, aku tgh kumpul semangat lah weh! Grrr! (But then again, that's good. Sebab kalau kita delay terjunan tu, lagi kita gerun)
Maka, aku kutip nasihat dia iaitu "jangan fikir apa apa" dan one two three kaaabush!!
*sakit woi punggung den!!!!* (sebab tak luruskan kaki. Padan muka!)
terkapai kapai la pulling myself up. FYI, dalam okeh kolam tuh. Kaki memang tak jejak ah!
Huaargh! Superb! PUAS!
Nak lagik?
...Err...cukup la merasa! Hahaha
Next, perjalanan pulang lalu sungai instead of darat. Sumpah best!
Siap river trekking, its tea time pula. Makan lagik. Ada cucoq bawang, cucoq cempedak, mee goreng, and....DURIAN! *pengsan*
No. Bukan penggemar durian. Tapi as long as its not in a closed space/room, the smell's bearable.
Lepas tea time, apa lagik! Terjun balik dalam sungai lah! Gegurls lah. Boboys layan bergolek mendengkur. Ada la sorang tu siap bawak laptop ha nak buat keje. Tetiba hilang dalam khemah. Ceh!
Puas berendam, naik siap2 for Maghrib & dinner pula. Again, great food served. Mewah. Lengkap. Dihiburkan alunan muzik alam. Precious!
Selepas dinner, dah start hujan. Berkumpul semula didewan untuk aktiviti malam.
Memula ditayangkan video dan photos during the day. Maaaak! Aku rasa nak menyorok bawah kerusi je tengok rakaman video terjunan anggun aku siang hari di Leap of Faith itu! Then, sedikit education on awarness terhadap nature. And I've finally found what I "want" :) emotions bergolak ketika they were showing the video of awareness terhadap situasi kehijauan kita sekarang.
Then, sepatutnya night walk, tapi had to be cancelled sebab hujan. Maka, kami berpatah balik ke khemah sat sebab baru teringat tuala dijemur diampaian!!!
Dayah, masuk khemah terus terjun katil! Aku dan ar ke toilet skejap, return to khemah nak ajak dayah ke dewan semula layan board games or anything, dia dah jauh ketiduran. Haha!
Memula layan carrom. Ah! Bikin caruts sebab wa tak reti game tu. But we laughed like crazy sebab sesungguhnya bebudak team mengejar awan ni memang sengal sengal belaka especially yours truly! T_T
Dah betul betul penat, kembali la kami ke khemah dengan membuat pitstop di pantry sekejap layan air misai kucing sat.
Next morning, kononnya nak terjun sungai sebelum Subuh, apakan daya, deruan sungai dan kedinginan malam lebih menggalakkan peluk bantal daripada terjun sungai! Lalala. And we were a bit late for the morning walk to the peek of Paradise. Konon nak layan sun rise. Tapi kerana kabus kuat dek hujan sampai jam 2 pagi, takde rezeki nak mengintai sang suria menyapa alam. Tak mengapa, the view tetap cantik. Kabus kan anugerah Allah yang cantik juga. Sungguh, tenang and indah! :) lama juga lepak atas tu. Posing posing, lompat lompat like nobody's business! Mwhahaha
Then, turun breakfast. Again, makan yg best!! Tepi sungai paling penting ye uols! Ah! Suka nyaaa!!
Later that morning, flying fox pulak.
Oh ye, did I say I'm afraid of heights? Waduh! Ketaq balik lutut.
"Ok kak, ready"
Dan selamba aku jawab "TAK!"
Gelak sakan staf TA tengok aku panic.
"Takpe, tutup je mata, dah meluncur nanti bukak mata. Jangan risau!"
Elehhh. Semalam terjun sungai tu boleh, takat flying fox? Eleehhhh paghah! *eksen pulak*
Jerit macam kena dera woi! Malu orang kampung tunku!!
First time bikin flying fox and berjaya terbang dua kali yahooooo!
Siap flying fox, sambung berendam sebelum check out. Sejuuuuuuuk brrr tapi best nyaaaaaah!
Jam 12, siap check out dan off keluar dari resort berkenaan. Oh! Sedih.
Dan...lapar!
Maka, singgah di restaurant Tanah Aina Azareena. Oh lazat okeh! Dan a couple and a family yang juga guests Tanah Aina pun singgah makan situ. Oh, suka nya anak2 that family. Friendly dan cute amat! Gerrrram!
Siap lunch, jengjejeng! Sempat singgah Berjaya Hills posing laju laju sebab kejar masa nak balik PJ serta bateri kamera dah nazak (eksen kan malas bawak charger kamera. Padan muka. Pui!)
Eh? Dah panjang entry ni. Excited la katakan. Definitely will go there again. Serius terus fall in love. Sampaikan aku dan ar ke the curve tadi dek nak recover kepenatan (oh. Ar juga coach running aku ye. Selalu after running event kami akan lepak sesama layan recovery dengan fine dining). Tapi, both of us lemau sangat amat sebab dah kembali ke hectic city life. Dua2 menggelupor nak engage with nature lagi. Soon, baby. Soon.
To conclude, it wasn't just a getaway, we gain knowledge & experience. Thank u Tanah Aina. I managed to engaged to nature very closely, and learnt precious infos.
True, our green blanket is slowly diffusing. No, it's not just about going green to save our mother nature, it's us that needs to be saved! It's the mankind that need fixing. It's us! And something happened in front of my house today, snatch theft. It ticks to me that, we human, today, are cruel even to each other. Until we learn how to educate ourselves to come back to our senses, our beautiful nature is in great danger.
Sampai kan hati kita slowly destroying apa yang Allah pinjamkan kat kita?
In shaa Allah, aku dah nampak jalan aku seterusnya. May Allah bless my intention and ease the journey. Amin.


 the view just in front of our tents
 team Mengejar Awan
 the gugurls @colmar tropical
lompat!

Oh ye. 2nd March ada Save Our Rainforest Race (http://pekamalaysia.org/?p=671 ) at Chamang Waterfall. I want to join this race so badly, tapi mungkin tak bisa sebab dah register Brook's 10km run scheduled on the 3rd March. Sedih ok! Tapi tengok la camno, I might ditch that one for this. But depends lah nanti. Jom join. This is one of the ways on how we can contribute for our lovely earth. InshaaAllah. :)
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone



























No comments: