Thursday, March 17, 2011

hari ini hari bekerja. tiga hari lalu pula hari minggu. maka hari ini hari apa?

As salam.

Yeah fine! what in the world lah kan tajuk entry panjang berjela mak minah sangat.

Sebenarnya, nak menulis tapi tak tau nak tulis apa. *ni memang mengundang pelempang sedozen dua sebab klise sangat.*

ok. mungkin entry ini sekadar nak list out what to blog later on.

1: short trip to utara – weddings. yes. note the S please. hanya mampu terjah dua kenduri sahaja daripada enam jemputan. sedih tahu! sebab semua pun antara rakan yang terdekat ketika sekolah dahulu.

2: hobby baru – yang mungkin dimanfaatkan sebagai side income secara kecil kecilan. ulang suara: kecil kecilan. *ain’t about the cha-ching cha-ching (rujuk lirik lagu pada entry lalu. lalala)

3: rancangan jalan jalan cari pasal – ini kes sawan tengok segala tiket flight yang macam jual kat pasar lambak pulak promosi dia. tapi satu pun tak terkena dengan idaman hati. tapi TERBELI jugak tiket ke negara kangaroo. gara gara gerak hati. nur medina & puan nurul (ampun nurul! sebut nama anak kau dulu plak. OFF sentap please!). padahal, trip mabul belum selesai pun. lepas tu, berangan pulak nak arrange white water rafting trip. memang tak reti duduk diam kau farah! *lepas tu membebel kena jadi ketua rombongan belaka padahal sendiri tak reti kawal diri ajak ke sana ke sini. meh sini lempang kau farah diana! hish!*

cukup tiga point disitu. entah terlangsai hutang tiga entry berkenaan atau tidak, jangan nak ada hati tambah tiga belas point mengupdate blog. keji tahu menyenaraikan tiga belas point untuk diblogkan tapi akhirnya, point yang tak tersenarai jugak jadi bahan.

baiklah. demi sesuap coklat ferrero rocher, lebih baik aku sambung pekerjaan sampingan aku neh. *ferrero rocher? sila lempang. perosak bahasa betul! inilah padahnya tidur diambang senja. masuk air belaka. maka adik adik, elakkan tidur di kala hari menginjak senja ye untuk memastikan kesihatan mental yang bernas.*

Sekian, wassalam. ^.^v

No comments: