Saturday, August 21, 2010

satu minggu

salam 1malaysia! ^.^

hari ni, maka genaplah seminggu sebagai seorang pekerja baru. Seminggu beb! 5 hari setengah. dan dengan ikhlasnya aku nak umumkan aku rasa aman disana. well, so far, semua disana, especially di department aku tu, semua warm. sambil tu, rindu jugak dekat rakan rakan di opis lama. walaupun aku duduk kat opis lama tu dalam 4 bulan lebih je kot, tapi, aku selesa dengan mereka. cuma aku sahaja yang perlukan angin baru. ada beberapa sebab lagi yang membuatkan aku perlu beredar segera dari bandar baru bangi itu, tapi macam malas nak list down kan. haha.

well, untuk update on apa pekerjaan baru aku, apa kerja kerja yang aku buat disana, so on and so forth, biar dahululah. nanti genap setahun aku cerita pengalaman tu ok! hehehe. oh. ya, speaking of which, aku memulakan pekerjaan baru aku itu tepat setahun selepas tarikh konvo aku; 16 ogos 2010 (yang mana, 16 0gos tahun lalu, aku naik ke pentas menerima scroll. oh, kenangan)

yang nyata, so far, aku amat selesa bekerja disitu. mereka semua tak lokek memberi tunjuk ajar. Alhamdulillah. Mungkin sebab inilah Allah tak luluskan interview aku yang kononnya aku mahu tersangat mahu itu, dan mungkin sebab ini jugalah, setelah tahu aku tak lepas interview itu, tak muncul perasaan kecewa yang keterlaluan. see, janji Allah itu yang indah indah belaka. Walaupun kecewa yang Dia kurniakan kepada kita, pasti ada berita gembira yang menanti. pasti. Allah sayangkan semua hambaNya, janji Dia adalah pasti. ingat tu!

oh ya.
seminggu lalu, bersiar siar di Sogo bersama bonda dan kakanda. ecehwah. tetiba den berbahaso istano ni pehalll? tebiat apa?
haha.
fine fine. last week, weekend terakhir sebagai penganggur sebelum kembali bekerjaya (tu diaaa.... bekerjaya tuuuh! ceyt!) tu, telah keluar ukur jalan ke sogo. manusia tak payah habaq lah aihhh....bila masa tak tau sogo tu lengang hah??!
semua gara gara nana nak cari handbag. sambil sambil tu, aku pun ambil kesempatan la usha handbag jugak.
jeng jeng!
jumpa seketul yang memikat hati. fuuuuuuh! pusing gak dulu tapi satu tuuuu je lah yang terkenan.
tapi. T______T apaaaaaaaalah nasiiiiiiiib *sila nyanyi dengan intonasi sedih ya hamat!*
the one displayed was the last unit available. ada sedikit kecacatan pada yang terakhir tu, maka, terpaksalah akur pada kehendak Illahi. *sobs*
hanya mampu menjeling je nana dan mummy sambar sorang seketul handbag. *sobs sobs lagiii*
then, the next day, tak puas hati punya pasal, ajak kak lin pergi OU pulak. konon nak cari kasut. padahal, sambil sambil tu, jeling gak cari handbag tu.
kecewa lagik. (tapi tak berapa sebab dapat sambar kasut. fuuuh)
dan hari ni, terngiang ngiang jugak handbag tu depan mata aku neh. hish! kurang ajar tau handbag tu, apa cantek sangat tah yang bikin sawan samdol kat aku neh! ish ish ish!!
menjelang tengahari, tangan dah langsung gatal message nana nak g OU or mid. last last, tersadai ke Pyramid. (kannn.....heaven lah duduk di PJ neh. semua ada, di pertengahan segala tumpuan. lalala) try selongkar kat Jusco dulu. *gedebuk* kecewa lagik (dalam kecewa tu sempat sambar sehelai blouse. ish ish. ) atas dorongan nana yang naik menyampah tengok muka kecewa aku tadi, jeng jeng. kami selongkar Parkson pulak.






YABEDABEDU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (see see. betapa excited aku. capslock terus!!)
jumpa!! ada!!

wait wait.
"apahal pulak?" -nana
"jap aaaah. kasik saya jalan keliling tengok handbags lain ni dulu. i nak make sure the one i choose adalah yang terbaik di mata i!!"
"puuuulaaak! gedik!" - nana

hahahaha. sungguh menggeletis disitu.
dan yes, im satisfied.
baru je berkira kira nak letak status "kecewa. merajuk ah. takmau pegi mana mana shopping mall lah selama 3 bulan!" kat facebook gara gara hampir putus asa tak jumpa handbag idaman.
tapi, rezeki kata orang kan.
Alhamdulillah!!! tak menyempat sampai rumah dah terus sms mummy.

menggedik sakan lah tu! malam nanti tak payah makan nasi ye, makan handbag tuh! -mummy

hahaha!ok. point nya disini, bukan nak cerita aku dah beli handbag baru.
cuba baca betul betul pengkisahan ini.
seperti yang dibilang tadi, rezeki, jodoh, kerjaya, apa apa lah, semua tuh, janji Allah.
walaupun kadang kadang Dia kasi berita sedih pada kita, eventually, akan ada khabar gembira ang Dia nak sampaikan pada kita.
kan kan kan!

maka, jangan buang masa bersedih lama lama ye (bukan kata jangan sedih langsung. sedih tu kan lumrah manusia. ) sebab pasti ada khabar indah menanti diseberang sana.

till then, take care uols!! ^.^

hah! handbag idaman hati. brand jangan peduli. gua bukan brand conscious pun. layan je apa pun. cap ayam pun gua layan! haha


yours truly. see. sengih sampai telinga. dah lama tak tempek muka sendiri disini. memakai baju baru terbeli tak sengaja. dan handbag idaman dalam genggaman. yahoooo.

ok. boleh tidur sambil senyum sampai telinga malam ni!!

9 comments:

pareed omey said...

haha..dlm proses nak sambar handbag, dan sambar kasut n blouse dulu..tu yang xtahan tu....hahahaaa

suehana said...

hamboi~ xsempat tanggal tag harga handbag tu dah ditayang dengan blouse baru..
*tu 1st gaji xdpt lagi tu, kalu dah, sebelum henbeg tu mau satu set pakaian lengkap akak sambar nk lepaskan kesedihan. :P*

Suehaily Mohd Jiwa said...

*alhamdulillah kak fara,
see see Allah mmg adil,what u give u get back kan,susah2 dulu,senang2 kemudian

*baca entry akak ni buat rasa insaf diri kejap.hehe

*tadi kita pergi law yatt,akibat nak blk ukm kan kena ah beli segala gadget bagai,then balik lalu SOGO,nafsu mmg nak msk sana tapi akibat memikirkan perkara di ats sperti yg akak mention tarik tu tarik ni,niat dibatalkan!hahaha

*"rezeki, jodoh, kerjaya, apa apa lah, semua tuh, janji Allah."
tinggal jodoh je.kita tak sabar nak dgr plak jodoh dgn SI DIA,insyallah kak jodoh tak ke mana.hahaahahahahahaahahaha

p/s:pjg lebar puya comment ni sb lame x borak pjg dgn akak.BTW akak apsal mcm dah kurus sket ni??tips tips

Aida Zahrol said...

gila feminin henbegggg...OH NOOOOO!!!

tapi cuteeeeeee :x

fara-D said...

pareed:
HAHAHA! mana de...kasut mmg niat nak carik. baju memang cannot resist one! :P

sue:
eheks! tu la pasal. tak tanggal tag saje je...kekekeke!

elly:
Alhamdulillah. bagus la, sama sama kita insafkan diri.hehehe.
huu. tu lah, lama tak borak panjang! rindu ah kat elly!
BTW, kurus??!! kau perli apo niiih?!! hahahaha. illusi ja tuuuu!

aida:
gila kau. camtu kau kata feminin??? punya la dengan studded details, metal chain strap segala still ko kata feminin??? oh noooo!

Aida Zahrol said...

feminine la ngan love love siap kaler pepel light gituuuuu...

weeeeee...kat sipadan bawak eh. aku nak pinjam melaram sat. hahaha~

fara-D said...

beige la tu yang.

Aliesha Kirana said...

wah2... cantiknya farah!! i love the loves!! ekeekekek... nice one laaa!

fara-D said...

ella:
kannnn!! mana tak meroyan masa first tengok tu dah out of stock! hahaha.
Alhamdulillah, ada rezeki dpt handbag ni gak! ngehehehehe

jap jap! cantiknya farah tu, farah yang cantik ke, nak bagitau handbag farah tu cantik?
hahahaha
*perasan sekejap! klehkehkeh!*