Salam semua!
Di rumah sekarang, memang tiap tiap hari riuh. semuanya gara gara kehadiran anak kucing hitam yang tersesat didalam enjin kereta abang ipar aku. Awal awal dahulu, beberapa kali juga mummy geram dan berura-ura nak serahkan anak kucing tu kepada orang lain. Semak lah, berak merata lah, eh, macam-macam lah!
Dan setiap kali mummy sebut, "Esok, nana bawak kucing tu kasik anak kawan awak tu!!"
dan esoknya, mummy sayu pulak, lantas tak jadi serahkan kucing tu kepada orang lain. Teruskan bela kucing tu. Walaupun hitam, tapi dia comel! haha!
Well, about Tam ni, aku kira, she's a clever kitten. Bukan kucing yang jenis manja manja gedik gedik suka nak bergesel dengan kaki orang tu. Si Tam ni, manja dia lain macam sikit. Manja dia tu, suka nak create attention. Suka ajak orang bermain kejar kejar dengan dia. Tiap tiap pagi, mummy mesti berpeluh peluh bersenam dengan Tam. Mana tak nya, kalau orang tak mau main dengan dia, abis diterkamnya kaki orang! hamboih!
Dan time bulan Ramadhan ni, time orang sahur, nanti lepas kami sekeluarga dah selesai makan, mula la riuh semacam rumah di Kampung Tunku ni. Orang bukak pintu je nak jemur pinggan di rak, dia pun sibuk meluru masuk rumah. kalau pintu sliding antara dining hall dengan living room tuh terbukak, hah! siap lah dia berlari ke hadapan. sebab dia tahu, kalau dia lari ke depan, akan ada orang kejar dia suruh keluar. Kalau tak dapat ke depan, dia naik atas. Pasti akan ada lah orang yang kejar dia suruh keluar. Kalau agak agak orang macam pura-pura tak layan, dia main jenguk jenguk sebalik dinding or pintu. bila orang dah sergah dia, dia lari. tapi still, lari ke tempat yang agak agak orang boleh spot dia dimana. Habis habis modal, dia tergolek berpura pura penat dikejar.
Apa ke nama nya kucing tu macam tu kalau tak gedik namanya tuh?!!
Sama ada aku, nana, or abah sekarang ni, balik dari kerja je, mesti tak sah kalau tak jerit panggil dan cari Tam. Sampai kadang kadang, mummy naik sentap sentap sebab kami balik cari Tam, bukan nak cari mummy! sorry mummy, kan dah peluk cium mummy sejurus pulang, lepas tu, cari lah Tam pulak! hehehehe
and about life lately, Alhamdulillah, i feel blessed. 16 August 2010, aku mula melangkah ke pekerjaan baru. Dalam department yang aku ditempatkan, ada dalam 10 termasuk aku. well, mereka semua so far sempoi. tak mengira bangsa. boleh layan jugak la melawak ngan dorang. and they are helpful, and supportive too. Dikala pc di workstation aku tu kosong tak bersoftware yang berkenaan, mereka sedaya upaya merujuk department MIS untuk lekas lekas install software. Namun, hanya Ai dan Photoshop sahaja yang mampu mereka install kerana AutoCad @ InteriCad etc perlu kelulusan boss yang seminggu ini bercuti. Once in a while, they will check on me whether i'm ok with the task. Yang mana aku keliru or kurang yakin, they guide me through *erk. ni gaya bahasa dah macam nak start berdrama dah farah ni...... T____T *
ok ok fine. masih terlalu awal kan untuk aku nilai semua itu. orang kata, awal awal ni, semuanya indah belaka. tunggu la lama sikit, ko rasa la azab kerja ko!!
well, terpulang lah orang kata apa kan. mungkin orang itu berpengalaman kurang enak barangkali. but for me, i have good feelings so far. kenapa? sebab, apa lagi yang kau nak minta kalau semua yang di sisi kau menjaga kau dengan baik, tanpa mengira bangsa kau, yang tak segan silu berkongsi ilmu dengan kau, yang faham betapa kau yang baru masuk ke bidang itu yang naif tidak tahu apa apa itu? Alhamdulillah, aku kini tenang dengan kehidupan yang aku pilih ini. insyaAllah, aku tak akan sia sia kan peluang yang Allah dah bentangkan untuk aku ini.
Thank You Allah. Please dont stop loving hamba Mu yang serba kekurangan ini!
ok. tamat cerita. mari peluk bantal.
oh. ada aku ceritakan tadi bahawa aku kini terlalu obses dengan bantal tilam dan selimut aku?
walaupun sudah cukup rehatnya, aku tetap tidak sanggup berpisah dengan bantal dan selimut aku. kadang kadang, yang didalam mimpi itu jauh lebih indah dari realiti. *dush! dah start merepek tahap mereng dah ni!!*
erk. atau ini pengaruh movie Inception dah ni???? OMG! parah betul pengaruh media massa zaman ini kan?
3 comments:
wah..Farah dh ada kerja baru..xcerita pn ek.. eheheh.. neway TAHNIAH cik Farah! hehehehe~
meaoowwww~~
tahniah keje baru. nnt dah gaji, buleh shopping post-raya.. yiihaa~
ella:
baru sangat lagi.... tak nyempat kabor kat ella punnn...nnt farah story k!
su:
thank u sayang! tu lah... dah ada wish list dah aihhh! (no 1 adalah jaket, sebab sejuk mak aihhh kt workstation akak! hahaha)
Post a Comment