Saturday, January 30, 2010

suatu masa dulu

salam.
wuuuh! minggu ni tidak pulang ke rumah ayah ibu. nak buat kerja katanya.
maka, bertenggek la diri ini di studio kerana tuntutan kerja yang tidak dapat dilaksanakan hanya dengan menggunakan netbook sebab netbook tak diinstall autocad, malah, risiko mata jadi buta terus mungkin kalau berdegil nak buat drawing guna netbook skrin maha kecik tuh. maka, desktop yang diwartakan di markas dipergunakan.

rutin sebelum memulakan kerja...
macam biasa lah...bukak facebook dulu. sekaligus jugak bukak gmail archustic dan gmail sendiri. check emails. fine.
on pulak media player. verangans diva sekejap main karaoke sensorang guna minilyrics.
rasa macam lagu tu tak dak dalam playlist, gigih pulak download dulu.
penat melalak, pi keluar cari air sat. water cooler je lah tapi.
dah puas telan air, gi jengah adik adik buat master plan and yang buat installation.
lepas tu, kembali ke workstation katanya. bukak la autocad akhirnya.
bukak je la....
teringat bukak twitter lah pulak.
dan teringat jugak nuffnang konon.
tengok profile nuffnang and twitter macam hambar, sebok selongkar folders cari gambar sesuai nak upload pulak dah.
dah punya selongkar tuh, terserempak dengan gambar gambar kenangan. dah abis tak ingat sudah upload ke belum. langsung menggigil nak main edit edit photo pulak daaah.
lepas satu, satu ...dan satu. mujur tak banyak gambar best, maka, shortlisted to three pics only. hayyo!

selepas edit, haruslah rasa nak upload kat blog sebab blog semacam boring sangat dah kurang letak gambar katanya, haishh!
maka, ni hasil tak seberapa. dah lama tak sidai muka tak siap neh! haish.


hmm.... ni time dinner kolej masa final year lalu. tu yang bunga oren tu adalah candle, souvenir lah konon. sebab suka sangat kepada roses, maka, candle candle rakan rakan semeja yang tidak di bawa pulang ku kutip dengan gigih nak simpan lah konon. alih alih, dibiar dalam kete, dan terik matahari tengahari keesokan harinya telah berjaya meleburkan lilin lilin berkenaan sampai tak rupa rose dah. adoi lah! betul kata pepatah kannnn, orang tamak selalu rugi. *sila nangis*

haaa... ni pulak time dinner gak, tapi dinner sdn bhd kat restoran dusun. 3 ketul bernama finas, farah dan fin (yin sebenarnya...tapi saja kan nak huruf F jugak!). seorang hyper, tuu yang paling kiri gambar tu si hyper terkena kunyit. si tengah tu pulak verangans teropong skodeng mak nenek lah pulak. yang pakai kacamata tu plak, naturalis dalam menyengal dan menyengetkan muka. sekian terima kasih!

hahahaha! okay fine! ini kononnya checklist time final sem dahulu. Alhamdulillah, sekarang sudah grad dan sedang bekerja sebagai pembantu penyelidik. ikut perancangan, mahu sambung. sambung master or part 2 dan dimana, tidak diketahui lagi. sekian.

makan lagi

salam sejahtera rakan rakan sekalian. cewawah!

oh. semalam, Alhamdulillah berjalan lancar majlis kecil kecilan sempena meraikan seorang sahabat yang bakal melanjutkan pelajaran ke luar negara tak lama lagi.
sahabat yang agak rapat dengan aku. agak? sangat rapat, in fact. a very special friend indeed. well, the majlis was simple and kind of adhoc actually. plan secara laju bersama beberapa orang adik yang juga rapat dengan sahabat tersebut. huh. sahabat tuh, aisyah, dengan sapa dia tak rapat, beritau sikit?! haha

ok. memandangkan bateri netbook macam dah nazak dan aku malas gila nak bangun pi ambil adaptor, maka, postpone lah entry ni disuatu masa nanti. dan insyaAllah, tentang majlis ini akan di update beserta gambar yang telah diambil oleh adian, yang mana kalau nak dapatkan gambar dari si cameraman tersebut sumpah lama sebab mesti nak kena tunggu dia edit sebab dia pantang orang curi gambar masterpieces dia! HAHHAHAHA
sekian.

Friday, January 29, 2010

HHAAAA! CHuuum!

oops excuse me!

salam semua.

ish. bersawang dah blog boring ni. aihhh...nak buat lagu mana, blog boring lah katakan. mari kita kekalkan kategori ini sebab bukan senang senang woi orang nak label blog kita. calang-calang orang saja boleh bikin label kasi kat kita. takkan kita sendiri nak letak pangkat kat blog sendiri kan? kalau boleh sesuka letak pangkat dalam blog sendiri, baik aku letak blog terhebat kat dunia takdak sapa boleh lawan punya title. pergh!

nevertheless, it's ok. pangkat harta marah sayang semua tu sementara saja. yang kekal hanya sayang dan 'harta' yang dikumpul untuk menghadap Dia nanti. let it be.

sebut pasal harta. oh sedang giat kumpul harta untuk event june nanti. giat giat pun, slow macam siput gak. aduhai.

hadoih. apa dibuat kat sini pepagi buta ni farah diana? kerja menimbun sangat. tak insaf lagi ke?

saja je ada mood nak menulis. *sambil berkumandang tahiti drums belly dancing music. sumpah kebetulan amat keluar lagu ni dalam media player. gila betul!*

oh ye. chiks chika...err...eh.... kepada Puan Nurul@nurulism, finally, aku bisa wish u CONGRATULATIONS secara terbuka disini. ahahahah. i guess u could imagine how happy i am when i heard the news! kalau secara metafora, bayangkan aja siling studio dah pecah sebab lompat tinggi sangat kegirangan. oh, material siling pun bukan lah durable sangat kan, unless aku terloncat di bawah beam yg disorok oleh siling tersebut. maka, mungkin imaginasi kamu wajar diubah sedikit dengan menukarkan scene siling pecah itu dengan bayangan kepala aku benjol dek hantukan manja akibat loncatan kegembiraan.

update on todays life? sila lah buat tekaan masing masing sebab nampaknya aku sudah kesuntukan masa blog. hahahaha!
alaaaa...mungkin tak perlu update on my boring life in my boring blog here. hahahaha. tidak terkesan. oh rakan rakan studio sekalian, ingatkah kalian suatu masa dahulu kita sering bahan kan masalah kita. hadoi la....seronok masa masa itu. dalam dok berlawan dengan keserabutan pun sempat main gelak guling guling. masalah macam bahan mainan sahaja, and that is why i am still here in ukm. well, one of the reasons lah. buat persediaan menghadapi dunia luar, menguatkan skill menggulakan yang pahit. its not something u can learn in books.







alkisah farah diana dah mula melalut padahal sibuk katanya. sekian terima kasih.

Monday, January 25, 2010

sedang mengemas yang tak berapa kemas lah.

salam.

just a short one (erk. macam pernah dengar je ayat ni. ulang tayang ke apa?)

right at this moment, aku sedang mengemas barang barang setelah beberapa minggu diugut mummy nak lempar buang segala barang berkenaan kalau tak kemas jugak. oh no! kalau mummy buang segala menatang tuh, punah lah harapan aku nak apply part 1 weh! *sila nangis*

dalam dok kemas tu, terjumpa sijil SPM yang kononnya hilang tuh! kahkahkah! Alhamdulillah. tak perlu terkial kial ke mrsm balik pulau merayu kepada pihak pentadbiran tersebut untuk keluarkan sijil spm utk aku sekali lagik. huahaha! dan beserta sijil SPM, terselit sama sijil graduasi kolej mara kulim, sijil mentor matematik teras, sijil jambori mrsm se-malaysia, sijil bola tampar, transkrip matrikulasi, sijil kakom dan sijil english camp. lucu betul bila imbas masa lalu. oh. did i mention i found old pics back in kmk? ohmai.....kenangan kuuu...bersamamuuuu!!! eceh!
sekarang...aku nak korek balik mana pergi sijil ketika di universiti. wait. ada ke???
yang ada, sijil festsena archsurvivor je baru jumpa ni ha.... yang lain??? *sila nangis sekali lagi*

ok. sudahlah. esok perlu giat menelefon dan mengemail ke sana sini dan membuat surat dan mendapatkan tandatangan pihak berwajib dan bermain tenis dipetang hari (berapa banyak 'dan' daaaa....!). maka, harus kembali berkemas dengan pantas agar dapat membuta secepat mungkin!
err....atau maybe langsung terjun peluk bantal? :P *wink*

Wednesday, January 20, 2010

COUPLE T ON SALE!!!

hai kawan kawan. bertemu lagi kita, bukan di ruangan sabun kali ini, tapi diruang aci aci bukak pintu.
sumpah gila mengarut kau farah! straight to the point boleh tak?

mai makcik pakcik kakak abang adik adik semua mai nak habaq niiii....
ni dia...presenting..............................








tuuu....apa kebenda nya lah tuh farah oi??
tu dia...couple tshirt. lengan pendek sahaja pun, tapi quality terjamin best jugak!
meh pakat beli mai!
apa? couple t? memang couple t pun. tapi takdak couple pun bleh bli gak...
kasik hadiah kat mak abah. fuh! comel sungguh kalau mak abah pakai baju ni, romantis gittew!
utk abang adik kakak adik pun bleh gak....
yeee....encik di sana apa soalan nampaknya....
"amende tah tshirt ni....ni untuk yang bercinta saja...yang hang p promote kat kami buat apa?"
laaa.....sebab semua orang kan sedang bercinta... cinta tu kan tidak tertakluk kepada adam dan hawa sahaja, cinta hakmilik setiap insan! cinta ibu bapa...cinta abang kepada adiknya (cinta as in sayang adik beradik. kau jangan gatal bercinta kasih kekasih ngan adik kau...sumbang mahram namanya)
hah. dah susah susah sangat, beli satu untuk diri sendiri pun bleh, menandakan betapa anda cintakan diri sendiri. boleh jugak! no hal punya!

satu set tak mahal mana, hangpa cubi p tengok kat midvalley ka... kat mines ka... mau rm70 gak satu set.
yang ni?
rm 45 sahaja satu set.
nak beli sehelai saja pun BOLEH saja.... just rm 25. quality i jamin best!
sementara stok masih ada!
khas untuk rakan rakan terdekat farah diana, i bleh free delivery for u!! err...tapi untuk yang kawasan lembah kelang je lah... kalau yang dok sabah ka dok nun kat siam ka (ada ka member aku kat siam eh??) yang tuu kat mersing sana ke, susah sikit la.... tapi bisa diatur dong! kena postal charge sikit lah ye....
cepat! sapa nak order boleh direct tanya farah diana atau salah seorang yang tertera nama mereka di poster di atas.
come on came on! siapa cepat dia dapat!

entry sinis

salam sejahtera. bertemu lagi kita di ruangan drama sabun 2010.
apa khabar rakan-rakan sekalian? sihat sejahteralah hendaknya.
bagaimana dengan tahun baru yang tak ada lah berapa baru sangat ni? progress melaksanakan azam tahun baru anda ada bergerak tak? kalau ada, tahniah! kalau tidak, tak apa...2010 masih panjang...kita usaha sama-sama ye! harus bersemangat ya! SEMANGAT!

oh. speaking of semangat...
who was it again that said anak buah beliau tidak bersemangat melaksanakan tugas, thus discourage beliau yang sangat bersemangat dan penuh rasa tanggungjawab itu? siapa itu? WHO?
when in the first place, ANAK BUAH BELIAU itu yang mula bergerak atas dasar tanggungjawab mereka yang mana jauh lebih kecil dibandingkan tanggungjawab beliau itu. tapi sekecil kecil peratus tanggungjawab anak buah beliau itu lah yang sebesar-besar sumbangan team beliau. beliau? oh. beliau BANYAK menyumbangkan progress. terima kasih banyak. katanya, anak buah tidak merujuk beliau, yang mana beliau sendiri susah nak mampus ditemui di lokasi sepatutnya. yang mana beliau sendiri tidak pernah...saya ulang...tidak pernah call out perjumpaan yang sepatutnya beliau atur agenda nya.
oh tidak. jangan fikir saya marah tak bertempat seperti selalu. saya tak marah langsung beliau menarik diri atas sebab masalah peribadi katanya. sungguh tidak, kerana saya faham situasi anda. kononnya faham. tapi jujur saya tidak marah langsung pertama kali dengar alasan anda. tapi kecewa amat sangat apabila dikhabarkan alasan anda (yang anda salurkan kepada pihak yang lebih atas dari saya) bahawasanya anda amat bertanggungjawab tapi anda kecewa kerana anak buah anda tidak bersemangat.
ketahuilah anda, anak anak buah anda....wait. correction, BEKAS anak anak buah anda langsung lebih tinggi semangat mereka dari anda. langsung lebih jauh berkebolehan daripada anda walaupun tahap pendidikan mereka kurang satu anak tangga je dari anda. langsung lebih komited walaupun mereka pun turut punya masalah peribadi mereka. they are stronger than i thought, and i believe, far more stronger than u are (sorry to say this, but it is the truth)
and to those yang tak tahu apa terjadi, sila diam sahaja. (eh. iklan plak sekejap. terkesan dek komen status fb. haha)
dan sini saya nak beritahu satu dunia, itupun kalau satu dunia baca blog aku yang boring ni lah kan, bahawa anak buah beliau itu lah yang tidak banyak pun sedikit telah menaruh usaha gigih menggerakkan kerja KAU itu (sepatutnya la kerja kau kan...but dont worry, not anymore). mereka pun sibuk, tapi masih sempat bertanya apa update progress. masih sempat bertanya khabar perjalanan kerja. aku tahu mereka tidak mengampu. yang tidak tahu pangkal cerita, sekali lagi minta diam. aku bukan pertama kali menjadi kepala, dan aku boleh tahu siapa mengampu siapa jujur bertanyakan update.aku tidak pernah paksa anak buah aku (tu diaaa....dah start aku plak dah...tadi saya....ceh!) untuk buat kerja mereka sebab aku tahu mereka sedar tanggungjawab masing masing. aku percaya mereka. dan in return, yang mana aku sendiri rasa lega mereka berlaku sedemikian, mereka tak perlu ditanya terus melaporkan sendiri kerja mereka. insyaAllah, aku percaya, dan aku doakan mereka berjaya diluar nanti. dengan kebolehan mereka, dan rasa tanggungjawab mereka, moga mereka mampu survive nanti.

ok. sekian terima kasih. bil air lupa bayar, tak dapat terus bermain sabun disini.

oh ya. sila tunggu entry seterusnya. kalau rajin, dalam masa beberapa minit selepas ini akan terus post entry tersebut. nak promote barang nih oh! haha. apa barang? tungguuuuu! ;)

Monday, January 18, 2010

serabut woi!

drama lagik oiii...

mood tadak ni.

duet lagiiiik la takdak....










hish. penat otak. serabut wey serabut.
nak hilangkan diri buat beberapa waktu, bleh?

Sunday, January 03, 2010

memohon kemaafan

mood buat kerja datang.
and oh, mood blogging pun sama datang.
sebab....sebab buntu taktau nak karang apa untuk kerja. adoi.
so, mari light light membebel disini dulu.

firstly, (nak jugak wish lagik...) Happy Birthday Nana!! (31 December).
dan, selamat tahun baru 2010 to all.

hmm...2009. years passed and looking forward to new adventures.
to everyone in my life, thank you for your presence, painting chapters of my life.
there were trial camp, there were trips to sabah, perak and penang, putrajaya and kl exploration, and much much more.
there were tears and joy.
cherish every each moment.

oh. at this very moment, sangat tidak tenang. i guess i owe an apology to a few people. my words maybe were harsh. as much as i think i shouldnt have acted such way, but i know, everything happens for a reason. not matter how bad u think it is.
as i did post my anger quite some time ago, which by that means i admit that it was one my biggest mistakes. and for that, to whoever have been hurt by those words, i am truly sorry.
kononnya sebagai kakak, tapi tindakan terlalu emosi.
mungkin pihak terbabit sangat terluka oleh ayat-ayat aku, maka dengan serendah rendah nya disini, farah diana memohon maaf atas kekurang ajaran tersebut.
but believe me, i love aaaallll my dear juniors and friends... yes, i know by this open apology does not means i am easily forgiven... but kerana saya rasa bersalah mengarang entry yang jahat di blog, maka, memohon maaf juga di blog. ceh!
dan ye, mungkin kerana itu juga hari hari aku sejak kebelakangan ini sangat jiwa kacau. aduuuh.

but takpe... aku percaya percaturan yang Allah gariskan untuk aku.
Dia buat kita tersadung sekali sekala untuk kita belajar betapa salahnya langkah langkah tertentu itu.
Dia bikin kita menangis kadang kala supaya kita tahu betapa nikmatnya ketawa
Dia lemah kan segala jiwa raga kita sedetik dua supaya kita bisa bangkit kuat esoknya.

maka, kalau hari ini kau rasa mahu menangis terjunam junam, nangis lah sepuas hati mu.
dan esok, bangkitlah dengan semangat baru yang kental.
kiranya hari ni kau fikir dunia semua sedang tikam kau, dan kau terjelepuk selemah lemahnya,
fikir kan juga, dan yakini juga bahawa esok kau bakal peroleh kekuatan dan berjuang segagah gagahnya.

sekali lagi, sebelum menutup tirai mutiara kata ini malam,
kak farah menyusun sepuluh jari memohon ampun maaf dari SESIAPA juga yang pernah tersentuh, terguris hati dek kata-kata kasar ku di blog, mahupun di facebook, di alam maya, mahupun di realiti. saya faham kiranya anda reluctant to forgive me, if i were you, i, too, might do the same. sepuluh juta maaf dari aku pun, kiranya hati sudah teramat luka, mana mungkin dengan mudah anda maafkan saya, bukan. but believe me, i will always wait for the moment that all of will sincerely forgive me. i am no angel, no one is. i took few wrong turns to realize how beautiful the people around me are. yes, everyone is beautiful, lawan or kawan, semua pun aku sayang. sekian. sebelum aku terus mengigau merapu tahap gaban, aku patut berhenti mengetak ngetuk keyboard pink aku ni. ratu drama; signing off! adios!