Monday, November 23, 2009

di malam hari

salam semua.

dah lama kan blog ni di update dengan entry tak bergambar.huh. hambar rasa.
maaf lah ye, tak dapat upload gambar sangat disini. takde point gambar.
tapi takpe, akan usahakan di lain entry.
sementara waktu, punca tak upload gambar disini adalah kerana hanya menggunakan netbook yang serba basic. oh. being me, i like to edit photos first before uploading it here. so, yang unedeited versions, upload secara pukal sahaja di facebook.

baik. itu alasan semata-mata. cis.

update kehidupan lewat ini.
kerja berlingkung sekitar penghasilan buku. mengedit dan mencari mengkorek maklumat lebih lanjut. deadline 30Nov. bos nak yang siap print. maka, deadline untuk aku,29 NOV.
padah tangguh kerja. padan muka. dah ulang kali pesan kepada diri sendiri. malah, sejak zaman belajar dulu lagi (tudiaaa....macam dah lama grad. )
tapi takpe. sekurang-kurangnya, tidak sekronik dahulu.
kau apa tau? eh eh. tiba tiba lak emo. chill la kakak!

haha. sejak siang tadi, aktiviti selain kerja mengedit,diselang seli dengan melalak lagu lagu sama berulang kali sehingga rakan-rakan yang turut berada di tempat kejadian berdarah telinga dengar suara tak berapa merdu neh. harus lah kurang merdu, kalau merdu sudah pergi audition af atau one in a million. tapi itu bukan isu kita disini. eh. apa yang aku cuba sampaikan dalam perenggan ini? abaikan. nanti ingat kita create para baru.

ok. dikala ini, mata dah sayu kayu layu. tapi sebenarnya berniat nak mencari maklumat tercicir secara dalam talian dahulu. sekiranya tiada sumber dalam talian, next step adalah ke arkib negara dan sekiranya turut tiada disana, bercadang akan ke negeri terbabit untuk melangsaikan 'hutang kerja' dengan bos. dont worry boss! farah will do her best! (walaupun hakikatnya kerja aku labi labi lagi laju bergerak. isk)

bagi (kononnya) menggantikan pil kuda yang sumpah memudaratkan itu, lagu lagu tertentu sahaja yang diizinkan berada dalam playlist. dan daripada list tersebut juga, beberapa sahaja yang diulang suara sampai lebam telinga. lagu lagu yang dimaksudkan termasuklah:

1. Defying Gravity ~gara-gara menonton rancangan Glee yang diperkenalkan oleh adian. addictive lah series neh. selepas spontan. heh
2. Glow ~lagu yang dinyanyikan oleh Melly yang disogok oleh shafiz. dadah apa entah lagu neh.
3. Ya Habibi ~ irama padang pasir. juga diperkenalkan oleh shafiz yang kononnya seronok bergelek lagu neh. ceh.
4. Khatimah Cinta ~ ni plak gara-gara menonton Malaysia Hari Ini kot beberapa hari yang lalu. oh. suka lah!
5. Ketika Cinta Bertasbih ~ ceh. ini pulak sebab baru lepas menonton movie tersebut. sakit hati sebab baru part 1, ada part 2 rupanya. hish. macam study senibina plak ada part part neh!
6. No Air ~ lagi lagi sebab Glee. haish. told ya, Glee is addictive!~
7. Gee ~ lagu comel! suka! walaupun frust sbb takdapat nak sing-a-long sbb lidah melayu ini tak reti adjust into bahasa korea. heh.
8. Tercipta Untukku ~ verangans feeling habis melalak lagu ni. (tapi time malam camni, takleh lalak kuat2. melalak dalam hati je, nanti sedap je makan kasut jiran sebelah)
9. Munajat Cinta ~ no komen. memang faveret.
10. Teruskanlah ~ oh. saya suka agnes monica. mampos semput tarik lagu lagu dia neh. (skali lagi, verangans diva. sumpah annoying!)

tu dia. sudah lah. kata nak buat kerja kannn.....


*ku tak jahat, tapi ku tak baik......(lirik lagu Glow)*

Saturday, November 21, 2009

ketakutan

salam sejahtera. bertemu lagi kita di segmen........tingtong sangat!
cis. verangans jadi pengacara tv lah pulak sekejap.
oh. sekarang, sedang upload gambar di facebook. tak lain tak bukan, gambar-gambar percutian dan pekerjaan di sabah tempoh hari. oh. terima kasih kepada Puan Nurakmal Goh kerana memberi peluang kepada kami ke Sabah. i guess, kalau bukan sabah pun, aku dah bersyukur sangat. sebab it seems, the trip has seem to recharged me. sekarang, Alhamdulillah sudah lebih bijak mengatur fokus dan masa (er....though masih kureng, but i know i did improve a lil bit on my work schedule. teeheee.,... :P )
selain mengecas semula ion-ion negatif si farah diana neh, trip ke sabah juga telah mereveal bermacam perkara. skip the part of discovery on others, the trip sebenarnya banyak menyedarkan aku tentang pelbagai ketakutan/kefobiaan aku terhadap pelbagai perkara. sumpah rasa menyampah pulak dengan diri sendiri. ceh ceh. kasihan rakan-rakan sekerja (tu dia...rakan sekerja kau kata!!) terpaksa melayan kerenah ratu drama yang penakut neh. hahaha. terima kasih ye kawan-kawan kerana sudi pasrah dengan kerenah aku neh. kehkehkeh (tak sudi pun buat buat sudi sudah! kalo tak.... haha. berbaur ugutan disitu. jahat betul!)

satu. ketika melalui jambatan gantung di Poring. ok. itu memang aku sedar dah lama. aku memang mempunyai masalah dengan ketinggian.
huh. lucu. seorang yang tinggi, mempunyai masalah gayat. oh tapi tak mengapa, bagi aku, itu bukan masalah. comel lagik (ayo! matila motif memuji diri sendiri??) sangat menakuti ketinggian. kasihan kan? tapi takpe, aku anggap itu kelebihan. hahahaha!
tapi. aku kira tahap ketakutan aku terhadap ketinggian tidaklah ditahap kronik. asalkan ada sense of security, ketinggian is nothing oh kay! (ceh. sempat berlagak tu!)

dua. railing. berkait rapat dengan point satu tadi, kalau aku perlu melintas sesuatu titi, tanpa railing yang meyakinkan, sumpah lutut ketar. huuu.... seperti yang terjadi ketika bersiar-siar dikampung yin. belakang rumah beliau rumah atas air. sangat interesting, akan tetapi, si penakut ni jalan terketar ketar. oh. tapi tolong jangan rasa nyampah ngan aku sebab rasa cuak tu muncul bila kurang rasa selamat. ya lah, berada ditengah2 laut (tak la tengah sangat, farah. saja je lebih kau ni farahhh!) yang agak asing, dengan kemahiran renang yang sekadar kentut bawah tangga, dengan kegelapan malam, dgn tak brapa jelas perjalanan, dengan sandal aku yg not meant for aktiviti lasak.
ceh. sesiapa sudi lempang budak bernama farah diana neh?
katanya berjalan keliling kampung aktiviti lasak???ayoma! *nangis sekejap*

tiga. lagi, tentang height. cis. kenapa ketinggian mesti jadi masalah?? aduhai.
tapi point ini menjurus kepada ajakan mendaki gunung kinabalu. well, i am a fan of beautiful scenery, a fan of waterfall, but untuk MENDAKI, mungkin tidak. aktiviti lasak yang melibatkan faktor vertical, harap maaf wa ta sanggup!
kisah disebaliknya? oh. ok. mengaku, stamina tak cukup mantap untuk mendaki. pengalaman perit mendaki gunung jerai. semacam serik. lagi pula ketika mendaki gunung jerai tu, pancit banyak kali, dan pulak, terdengar 'suara2' puaka bila rombongan mendaki terpaksa berhenti banyak kali disebabkan aku. walaupun macam nak tercabut kaki ketika itu, disebabkan tak selesa dengan keluhan yang aku dengar sayup sayup itu, aku gagahkan jugak sebab sedih dah banyak menyusahkan orang. last-last, aku terpaksa berpecah daripada group besar dan tour guide dua org teman aku mendaki slow slow dengan 4 lagi orang rakan ketika itu. and to those ppl, sampai mati aku takkan lupa jasa korang temankan aku walaupun sampai sebabkan korang sampai ke puncak lambat. tapi i have to admit, aku lagi senang group kecik kita tu sbb lagi banyak tahu macam-macam dari tour guide yang rajin bercerita.
dan sampai sekarang, aku seakan fobia dan tak rasa teruja sangat kalau orang tanya,
"farah! jom panjat gunung kinabalu!"
maaf, walaupun hati sangat ingin merasa sendiri keindahan ciptaan Dia di atas sana, tapi cukup lah sekali aku menyusahkan ramai orang.
tapi, sekiranya jungle trekking, mungkin aku boleh consider. haha. sampai cikgu english yang handle english camp masa matrik , yang juga menyertai pendakian gunung jerai tu dulu pun terkejut tengok aku orang pertama dengan beberapa rakan yang selesai trekking dulu. haha. jangan pandang i sebelah mata ok!

empat. err....sebenarnya...sebab dah peram lama sangat entry ni, aku dah terlupa point-point aku.
kalau rasa macam nak tau lebih lanjut, pergi tanya aisyah. dia penyimpan memori. haha. pasti dia ingat satu persatu kecerewetan aku yang telah reveal ketika kami di sabah!!

ok. dah disergah abah sebab dok celik mata lagi jam 4 pagi ini.
nak buat macam mana, penat, tapi tak mengantuk.
ok. salahkan adian dan shafiz sebab tadi mereka yang sakan berbalas komen di fb buat aku semput-semput gelak mencarut menangis segala dengan komen komen puaka mereka tu.
mereka punya pasal la aku jadi tak mengantuk ni!!

Wednesday, November 18, 2009

oh happy day!

Salam.

Ouuuuuh! Gembira oh rasa hati!

Cewah. Hati berbunga-bunga! Ooops! Pinjam tagline ye ib…tumpang lalu!

Hehehe.

Wow! Gembira rasa hati ni.

Ye farah ye. Tahu gembira. Dok ulang perkataan gembira tu kenapa?? Sekeh kang!

Baiklah. Memandangkan sedang riang ria ribena bersama kak farah, maka mari kemari farah nak bercerita. Ceh. (sukaaa kan meleret-leretkan pembukaan.)

Pagi tadi, telah ke Pusat Perkembangan Pelajar, membentangkan kertas kerja. Ouh. Sepatutnya, telah lama pergi ke PPP itu untuk memohon kelulusan, namun, mungkin ada silap sinun sana yang buat perkara ni delay. Nevertheless, semalam AKHIRNYA ke PPP jua membuat temujanji dengan pihak PPP dan terkejut jugak bila PPP langsung setuju untuk menerima pembentangan kami yang kami sarankan diadakan pagi 18 hb Nov 2009 (hari ni le…) so, wakil program, wakil kelab, wakil kem persediaan, serta pengarah projek pun terkedek-kedek la ke pusanika demi membentangkan kertas kerja yang sangat perlu diluluskan dengan segera. Owh! Special thanks to encik ni yang dah meng-grafikkan kertas kerja, langsung menarik perhatian mereka yang mana kertas kerja tersebut jugak yang menjadi bahan bentangan. Presentable. Takperlu membuat slide powerpoint berasingan untuk membentangkan proposal tersebut. Wow! Thanks amat!

Dan kerana impressed by the paperwork, secara content dan secara grafik, maka kelulusan straight-away dilafazkan daripada pihak PPP. Wow wow! Tercengang jugak aku disitu. Macam tak percaya! And terima kasih tak terhingga kepada pihak PPP yang sangat helpful, dan sangat mesra. Well, what can I say, I’ve always been skeptical towards pekerja government, but they’ve proved me wrong! Wow lagik! So far, pihak atasan especially, amat ramah dan supportive towards our program. Memberi komen terhadap gaya pembentangan kami (which is sangat membina, in order to improve our soft skills), dengan tidak lokek memberi panduan. Hopefully, perjalanan lepas ni lebih lancar. Sedikit sebanyak, telah membakar semangat kami ini untuk lebih giat berusaha. Cewah.

Dan dengan kelulusan ini, baruuulah aku rasa lega dan rasa lebih kuat untuk bertugas. Ewaaaah! Dan biro dibawah pemantauan aku kali ini baruuulah boleh betul-betul bergerak. Biro sponsorship kini boleh mula bergiat cergas. Ho yeah! Dan biro perniagaan juga insyaAllah boleh cuba dapatkan peruntukan untuk dijadikan modal bagi menjana pendapatan untuk program tersebut. Alhamdulillah. Semua tolong doakan kelancaran progress persediaan ye!~ weee....

Ouuuuh!

Taktau dah nak cakap apa. Happy sangat!! Hehehe.

Baiklah adik adik sekalian (err..dan kawan kawan. Sorry ok, i bukan yang paling tua di situ! Aww!!) , kita bekerja bersama-sama ye.... let’s work these out! Yes we can!

ARCHUSTIC: BRING IT ON!!! Yeah!

Sunday, November 08, 2009

mutiara

*sigh*

apa farah, masuk2 terus mengeluh tak kasi salam...

eh? oooh...

Salam semua.

just a short enrty
sementara berehat-rehat sebentar sebelum sambung merayau.
aisyah dan shafiz tah ke mana, gedik di bilik beliau, dan aku di bilik ku. ish. sungguh tak adventurous lah farah niii...
saaaaat. kan da cakap, berehat sebentar....


uih. memandangkan ekonomi diri masih kurang stabil, mana tak nya, bab nak control money flow, sangat fail. ish. must improve on that. adoi.
dan akibatnya, telan air liur lah nak membeli belah secara sakan.
sangat teringin membeli souvenir untuk rakan rakan dan family, apalagi diri sendiri.
tengok lah, insyaAllah ada untuk kawan2 sekalian, walaupun sedikit. setakat termampulah. perlu saving jugak untuk kumpul rm20000 nak belajar drive kapal terbang. erk. ok. tu tipu sikit. teruja mendengar cerita aai tentang rakan dia punya rakan kot yang belajar bawak kapal terbang setelah penat bekerja di bidang archi dan sekarang bekerja dengan MAS. oh. kagum!

yang buat lagi rasa nak terjun masuk laut is the PEARLS. everywhere.......!!!
im a big fan of pearls but never had the chance to actually collect them yet as money IS a constraint. as i said before, ekonomi belum cukup stabil lagi. banyak hutang perlu dilunaskan dahulu.
disana pearl, disini pearl, yang hitam, yang putih, mutiara air tawar, mutiara air masin, yang air oren. eh. ok. mutiara air oren mungkin tipu sangat.

ok. tak apa.
next year MESTI pergi lagi. ok. mungkin next two years. mungkin....ah...bila bila lah. kalau diizinkan Dia dan kalau ada rezeki murah.




.................................



.................................









argh! gerammmmmm! nak jugak!!!
semalam macam ternampak satu utas tuh...semacam menarik. dua kali dah dok cuba2 sarung. argh!


ah. ke pasar filipina sekarang! moga dapat seekor mutiara yang berkenan di hati.
*mata berpinar tengok pearl bersepah*
ish.

Wednesday, November 04, 2009

gelak

quote yang gua rasa nak share.
sapa makan mee, dia lah rasa kenyang.
eh eh.
siapa makan cili dia rasa lah pedasnya.


woi farah. apa kau merapu?
suka hati gua la....blog gua! lu sebok pehal?

apahal kau marah marah pepagi ni? gua berbahasa basi je lah weh.
eh eh. gua marah ke? uuuh. lu aja la bleh sedih menangis nangis, suka hati gua la marah ke happy ke gila ke. hahaha. tengok ni aku gelak ni. HAHAHAHA! ngeeeh. ^.^


satu dua tiga lekuk, sapa bangang aku lekuk,
tiga empat lima mangkuk, aku tak heran pada beruk.

hoi hoi.
beruk mana pulak daaah.
hahahahaha. kasihan beruk kan. tak pasal pasal jadi benchmark .
tak pe lah, apa apa pun. beruk lagi comel.
jom esok kita pegi zoo, teringin pulak melawat beruk.
zirafah pun nak jumpa aku. eh eh.


mak aku kata, buat baik berpada pada, buat jahat sekali.
marilah buat jahat berkali kali! kah kah kah.
ish ish ish.


sup keladi tak buh garam pasti lah tawar....
uuuuh. tawarrrr tawarrrr tawar.
terima kasih daun keladi. sudah la keladi, nama je terima kasih kat kau, tapi kau tetap keladi. tunggu lah aku goreng kau dengan tepung nanti, baru kau tau panas nye minyak. eh? pulak?


apa yang penting.
ini blog gua, lu sakit mata, g derma kat orang yang tak mampu melihat.
skali gua dah rasa tawar, gua tak heran kan gula.
moga peti sejuk mampu menahan kedinginan hati.woahah!
hahaha. heran lak aku?

serius gua tak peduli. ni blog aku. aku punya hak nak marah nak sindir nak sinis. ini style gua deal with stress selain hempas bola tennis, bola tampar atau boling cuma semua tu skang aku tak dapat buat sangat sbb takda geng/cuaca tak mengizinkan. gua tak kacau blog lu, gua tak serang facebook lu, lu diam sahaja. jangan sampai gua naik tangan. kau pergi tanya kawan kawan gua dlu, kalau gua membebel, gua memang marah skejap aja. tapi kalau gua diam, lu pergi main jauh jauh kalau tak bersedia bernanah telinga kena hambur ngan gua. ye. gua tengah ugut lu ni. lu nak buat apa? nak boikot gua? sila kan. NOTE di sini ye, gua tak pulaukan lu, gua hanya lepaskan lu untuk ikut haluan lu sendiri. memandangkan lu sesak otak lutut bila orang cuba tolong dan guide. kalau lu memohon tunjuk ajar, gua lapang dada mahu suluhkan arah. tapi, untuk gua sukarela pimpin lu sekarang, terima kasih. gua dah cuba tarik lu cara baik, lu rasa gua bikin lu stress. maaf lah ye, gua tak niat nak stress kan lu. maaf ye. kirim salam kat jiran sebelah kiri kanan kau nanti.

Tuesday, November 03, 2009

kesihatan

salam.
oh. kesihatan sangat di tahap minima sejak pagi sabtu.
itu pun ada hati terkedek-kedek ke baskin robin bersama finas. nak belanja family baskin robin lah konon. dengan suara seksi kalah suara katak panggil hujan, tetap nak jugak jugak menyebat aiskrim secara pukal. ish. hodoh lah!

sampai ke hari ini, masih rasa macam penyanyi rock serak yang sakit tekak. oh. horrible sangat. (macam overreacting je aku ni? ish)

at the moment, there are too many in mind.
and that too,telah menjadi sedikit sebanyak punca yang menghalang penyembuhan kepada sediakala. aduh.

adik beradik. bergaduh. normal lah tu.
entry lepas aku.
oh. sungguh macam naga kot.
ye ke?
and for that, i do ask apologies if anyone had been badly affected by it.
wait. dont get me wrong. i never regret i've posted it, coz i do have points i wish to voice out.
im sad that all these have to happen.
in this case, i blame everything on everyone.
adik-adik akak sekalian,
(if u ever read my blog lah)
hear me.
we are family, and marah gaduh cakar mencakar tu lumrah.
tak perlu sedih melarat larat.
we'll fix this eventually.
kata pepatah, yang tua dihormati, yang muda disayangi.
kita tak pilih siapa keluarga kita, dan kita tak pilih beban dugaan kita.
cara terbaik, kita sama-sama kejar pelangi itu, tak perlu langsung kita tarik yang dah sampai ke sana semata mata kita nak sampai sama sama. kita yang kena kayuh lebih laju.


ih ih. ayat dah makin melalut. ni semua random thoughts. yang dalam fikiran at the moment. dalam menahan hidung dan tekak yang seakan jeles dengan kehidupan gembira aku nih.... sungguh mencabar ok nak menjaga ayat. adoi.













p/s: aku rindu batch aku. especially nurul shida enul mekti. ish, mekti ni senyap terus!!!
kenapa aku rindu dorang? sebab dulu, walaupun kadang kadang kami rebel, kami tetap ketawa sama sama dan try fix apa-apa masalah yang menyesakkan hidup, sambil ketawa. girls, anda mungkin tak perasan, tapi kita memang selalu bermasalah tapi masalah tu tak jadi ketara sebab kita deal with it dengan cara kita, in a fun way. kadang kadang, kita gelakkan masalah kita tu. aduhhhh...rindu! (ok. perangai gelakkan masalah masing masing ni sebenarnya memang 'perangai' kami semua satu batch! termasuk lah yang masih berlegar di ukm ni. hehehe)