Sunday, January 16, 2011

kenduri dan kaki

Salam Sejahtera.
Sari berita penting.
oh tidak, saya tidak pakai sari.
berita pun saya jarang tonton.
ada rasa nak lempang tak bila mukadimah entry berbaur begini. sila jangan lempang. saya hanya insan kemasukan air di malam hari. sekian.

baiklah.
tetiba rasa nak update on the perlis trip.

24 disember 2010 (oooh. cerita tahun lepas laaaa....pffft!)
sesedar subuh itu, terjaga dek mimpi tah hapa hapa.
mimpi apa?
tu diaa....mimpi tengah tunggu train kat kl sentral.
sungguh la dasat penangan excited nak ....CHOPP!! kenapa aku bersusah update entry ni guna manual blogger.com? wlw kan ada.....



............. (<---- menandakan sedang bertukar medium)

 

 

tadaaa!~! ok sambung (nota kaki: harap maaf. farah diana ketika masuk air memang pura pura seperti pembaca sekalian; if any, sangat tahu sama ada beliau mengguna windows live writer atau blogger.com atau apa sekalipun. nak iphone boleh?[lagi satu kesesatan ayat terselit dalam nota] )

 

baiklah sambung.

sesedar subuh dek kerana mimpi dah sampai kl sentral, terpinga pinga lah aku atas katil sekejap. dengan beg tak packing nya. padahal, lepas kerja balik rumah mandi dan sewajarnya bersegera ke kl sentral. being me, aci redah ajo. malam sebelumnya (yang mendorong mimpi dah sampai ke arau tuh) sakan membalut hadiah untuk pengantin. ada pulak kan cadangan member sorang yang turut share secara kewangan hadiah itu pakat nak balut hadiah dalam train je. bijak cerdik sungguh. semacam lah gerabak tuh ana yang punya lah! saiz hadiah gedabak kot. ish ish.

nak jadi cerita, yours truly kononnya gila kuasa melantik diri sendiri jadi ketua rombongan katanya. dan dilantik kawan seorang sebagai ajk cenderahati (hadiah pengantin lah. beliau in-charge kumpul duit. supposedly, cari HADIAH juga tapi end up si ketua rombongan ni jugak lah yang tercari cari. isk isk). maka nya, bila si gila kuasa ini diberi mandat mencari hadiahnya, agak kecerewetan melanda. sawan juga turut melanda ketika berjalan mencari hadiah di ikea (ok. ikea memang lokasi standard mencari hadiah kahwin. aku lah. orang lain tatau. but ikea was the last resort.) ada sejumlah dua item yang dijadikan hadiah untuk pengantin. al kisah, aku malas cari kad, maka aku cari alternatif untuk kad yang sekali gus menjadi hadiah yang pasangan pengantin boleh manfaatkan. aku pun decide to buy them a glass notice board, dengan bantuan pendapat secara sms daripada cda dan pzol.

dan memandangkan aku tak dapat cari item item comel untuk wedding seperti yang di google, i decided to make one.

tadaaaa! niiii dia setelah berhempas pulas bergolek sakan bikin artwork lah kononnya. nasib baik pasangan pengantin sukaaa. Open-mouthed smile

 

133839_1727601560356_1547955923_31685806_8166957_o

gambor hasil ihsan pengantin sendiri daripada fb album beliau. haha! sbb si penulis MALAS nak selongkar transfer gambar yang disave dalam netbook. sekarang sedang menggunakan desktop. harap maklum.

maka cerita sambung ya.

dah sedang bergelut packing dan bersegera nak mandi siap ke lrt station, dengan bag ikea tak dapat dicari (sbb apparently, beg ikea je muat nak hangkot menatang neh!) dengan sedikit drama dalaman menyentap tak habis. DEBUKKK!! kotak berisi kedua dua item dalam gambar diatas terlepas dari genggaman dan tepat mengenai ibu jari kaki kiri. eh. tak. tak sakit. cuma terloncat secara spontan ke atas katil. nasib baik tak roboh katil antik neh. *mode berpura pura tak sakit*

dan tercapik capik lah aku ngangkot hadiah gabak naik lrt ke kl sentral. sampai kl sentral, terus mengadu domba sakit kaki kat rakan dua ketul yang turut serta. dan hadiah di pass kan kepada encik pzol untuk dibawa sepanjang perjalanan. HAHA. ye la, takkan nak suruh cik cda bawak kan, sah sah hadiah tuh sama besar dengan beliau (ampun cda!!!! HAHAHAHA)

dalam train, memang SUSAH nak tidur sebab kaki dah start berdenyut gila. ditokok tambah dengan suhu dingin train. adoihmak. seksaaaaaa wa cakap lu! dak dua orang tu lepak gerabak kafe sebab ratu sorang (note: pzol = ratu) tu nak makan bekalan tapi malu makan kat tempat sendiri. hoh.

setelah cubaan menidurkan diri menjadi secara ayam sahaja, maka, menggagahkan diri lah merentas 2 gerabak ke gerabak kafe. mak haiii. sejuk jugakkkk gerabak kafe neh. T____T lepak la dengan mereka.

sampai arau, terus ambil teksi ke rumah pengantin. weks! dengan muka selekeh tak mandi, sampai ke rumah pengantin. sungguh tak senonoh bukan? aci redah je dek non!!

di bawa oleh adik pengantin ke homestay untuk kami rehat rehat sebentar dan bersiap. rehat sebentar kami jadi lah dalam dua jam kot. masing masing menyuruh masing masing mandi dahulu. dalam dok one to som sapa harus mandi bersiap dulu, ketiga tiga bantai tdo dek letih kematu punggung naik train dari kl ke arau. fuh! tabah kan?

maka, dah siap kami pun gerak kembali ke rumah pengantin. si adik pengantin lagi jemput. note, ketika ini, masuk mampu menyarung kasut bertutup lagi. walaupun sakit,tapi masih mampu tahan.

selepas makan nasi kenduri nyam nyam sedap woi! kami pun bersiap-siap jelajah perlis katanya! arah tuju: mula nak ke padang besar, lepas tu tukar nak ke wang kelian dan gua kelam. last last, tersampai ke padang besar. dan ketika ini….dalam dok tempang ni, nak gak berjalan shopping. jeng jeng! ADOIII! tak leh sarung kasut dah time ni. dah nazak sangat ibujari kaki ni berdenyut woiii! warna jangan cakap, tak payah g pedicure nak dapatkan kaler turqouise sama dengan kaler baju haku! hadoih. nasib baik encik faeez gedik ada simpan spare selipar jepun hitam dalam kereta beliau. fuh! nasib dah jadi harta aku, gedik. thanks wey!

jalan dan jalan. dan bergerak ke pulau pinang pula.kononnya lalu alor setar nak elak jam. alih2, yang kereta lagi satu (kawan pzol.) sampai awaaaaal lagik dari kami. tapi kami semua sukaaa….sebab dapat lalu lalang. aku pun amik kesempatan gebang port port makan yang biasa aku serang dengan family kalau balik alor setar. fuuuh! nasib tengah rushing, kalo tak, mahu aku paksa dorang singgah umah pakcik aku ajak dia g makan! haha.

sampai penang, dinner secara laju di D’tamarind Seafood. nyam nyam! dinner secara pantas kononnya mahu kejar train yang dijadualkan jam 11 pm tuh. hampeh. dah dekat jam 1 baru gerak train. sedih! kalau tahu delay, mahu jugak kami sambung makan dengan tenang. HAHA.

sesampai di kl sentral, aku cda dan pzol serang tandas cuci muka gigi bagi nampak siap sikit. haha. lepas tu, serang mcD for breakfast. dan sampai rumah, kembali ke bentuk asal. erk. rutin asal. oh. nasib baik juga pzol memberi pain killer sementara tunggu train kat butterworth tuh. memang tenang sikit kaki sepanjang perjalanan.

dan sehingga kini. kaki masih ada kesan lebamnya. tapi Alhamdulillah, dah semakin surut sakitnya. InsyaAllah, RUTIN KE GYM BOLEH KEMBALI SEPERTI BIASA! malah, wajar lah lebih giat sebab hampir TIGA MINGGU lebih dah ponteng gym gara gara tak boleh sarung kasut. SEDIHHHH! tapi berbaloi baloi sakit ini bila pasangan pengantin; fasya & hafiz suka dengan hadiah tersebut. dan berbaloi sangat juga sebab dapat berkumpul dengan cda, pzol, gedik, ella, azizah, mclong dan lain lain rakan matrik kolej mara kulim. weeeee!

esok, akan memaksa kaki ini mencium stokin dan kasut sukan kembali untuk kembali ke rutin yang baruuu nak di terap itu.

and yes, im glad i registered with the gym, sebab sakit sakit kepala yang kerap dahulu kala itu sudah tiada sejak memaksa diri workout. hmmm…means sakit kepala tuh memang sebab kurang fit. so, jom!

Friday, January 14, 2011

things i’ve learnt part 3

salam everyone. ohsorandom post for the night. as for break from work (at home ok. not thaaat lame to stay back in the office. moreover, alone. pffft!)

1. being an part of the organizer, hati mesti kering. yes. i have learnt that alot. well, it’s hard to believe that ME…of all people…ME, farah diana, can finally become batu. (as i always label myself as a drama queen, yes, i hardly find not to mengamok/emo an easy task!haha!) ragam manusia memang banyak, tapi tak semua kita boleh layankan. BUT, there’s always a polite way to manipulate people’s complaints. *wink*

2. i have learnt that im better at spontaneous plans rather the  pre-planned ones. i mean, i have no problem joining a pre-planned programs/vacations etc, but if i were to handle things, i prefer impromptu decisions. thanks to my sis, she’s the best partner in crime. we always tend to do things out of the blue. ALWAYS. (ie: sabah trip last deepavali break. one of the best trip ever!) nevertheless, i am training myself planning more wisely on trips. Open-mouthed smile

3.  i have learnt to control myself from freaking out too easily. i have this habit of what people call rebellious (or so i thought). abah also once said, “tuh…pusar kat kepala tu tanda budak degil. anak abah no 3 ni memang degil. degil dalam diam!” well, i think i have to agree on that, no? because the more u push me, the slower i go. haha. this perangai i think my pengarah program back in the archustic will agree 100%. lagi dia suruh aku buat, lagi aku tak buat. HAHA! (awww….those old days. Smile with tongue out )

4. when i learn or discover new things (ie: u can actually relink ur files u composed in illustrator. and when u edit the file, it can automatically update the image (for instance) u edited.cool heh?!!) i get excited. VERY! and i tend to share it with people, even though those people ALREADY KNEW! pfft! lame! but i couldn’t care less, i will still be as jumpy as if i found a box of gold!HAHAHA! makcik kayo!!

5. life is a neverending learning process. so just live it to the fullest, ignore whatever that bothers u (not totally, though. but dont let it get onto your nerves) and just smile. u’ll be surprised what ur hidden potentials are. be confident on what u wanna do. i myself am trying to step into new things. things that i was not confident i could do properly before. but now, i am just going to DO IT and see what the outcomes are. if it fails, let it be. that is what we call the process of learning. rather thank i regret it, and start saying, “what if…?”, why not i just go with it.

 

that’s all for tonight. i wanna be a YES GIRL (note: referring to the YESMAN movie.LOL!) not YES to EVERYTHING, but to EVERYTHING relevant. wish me luck!

Thursday, January 06, 2011

haaaaaa.........chuuuum!!!!

Salam semua.

hello hai hai haiii!

haaaa....chuuuum!
tudia...bersawang katanya blog neh! *sedih!*

i busy sikit lah uols! maaf ye, BoBo, dah terbengkalai kau sejak dua menjak ni. *fakta auta: pura pura busy sebenarnya!*

oh. sebentar tadi, telah pergi ke kenduri rakan sejak darjah satu. nama kami dan nama ayah kami hampir sama. well, nak kata rapat sangat dengan beliau, tidak juga. mungkin ala2 rapat ketika kami satu kelas semasa tingkatan 2. fuuuh! rasanya, kenduri beliau tadi adalah kenduri rakan sekolah menengah rendah yang kedua yang aku berjaya attend. kenalan kenalan lain dari sekolah tersebut rasanya asyik tak terpergi. semalam pun ada seorang, tapi sangat tak sedar kenduri beliau this week, maka tak tersempat ambil cuti kelmarin. *sobs!*
apa apa pun, tahniah kepada Diyana Hillmee dan Solehah Abd Rahim atas perkahwinan anda. jap jap. hoi! bukan bukan. diyana tidak berkahwin dengan solehah, saya mengucapkan tahniah kepada setiap satu mereka. ok. baik, saya betulkan ayat ye.
Tahniah Diyana Hillmee bersama pasangan dan Solehah Abd Rahim bersama pasangan atas perkahwinan kalian yang baru berlangsung.

how's that?

hahahahahahampehbangangfarahneh!
well, walaupun agak lamaaaaaaa dah tak berjumpa dengan mereka mereka ni, tapi, Alhamdulillah, meeting them was one of the best moments jugak. eh eh ehhh. semua pun dah nak kahwin ni.
dan nampaknya, tema kahwin sejak dua menjak ni nampaknya cam mengarah ke warna kebiru-biruan lah agaknya. sebab tgk album gambar kenduri semlam, biru dan kenduri tadi pun si pengantin pakai biru. tapi i like lahhh! cantekknyaaaa dorang! huuu.
err...walaubagaimanapun, terkekok kekok laaah jugak si farah diana neh sebab dah lama oh tak jumpa gadis gadis sekolah menengah dulu. ye. gadis. jangan tanya mana kawan kawan lelaki sekolah menengah rendah aku sebab aku sekolah perempuan ketika aku tingkatan 1 hingga 3 dulu. pffft!
dan biasalah, kalau dah nama kenduri, pakat datang pulak dengan kawan kawan belaka, mmg boleh runtuh dewan! nasib baik lah si gadis gadis ni behave well. cewah! (ye...yg perangai kurang semenggah sket nih geng matriks ngan ukm. mmg muka tembok belaka termasuk lah penulis ni. cuma penulis ni comel dan sopan santun sikit ye. harap maklum! <--- statement undang pelempang secara bersiri neh!)

gambar? tetttt!
sejak dua menjak (eh? apsal entry kali ni aku rajin sangat guna sejak dua menjak?? sejak tiga empat lima menjak tamau?!)
ni, cik farah ni memang liat sangat lah nak pegang kamera. lagik lagik kalau nak disuruh usung si gabak kepunyaan abah tu. huh. i sedar diri lah sebenarnya, sbb tu malas bawak kamera abah tu. sedar diri bahawa tidak mahir mengendali slr secara bernas. daripada aku rasa nak melempang muka sendiri selepas menengok hasil tangkapan laut....eh...tangkapan gambar2 yang tak berkualiti, lebih baik i berdiam diri verangans diva bersedia sengeh tatkala kamera orang lain mula beraksi!maka, nyelit nyelit je lah secara malu malu kura kura di kamera rakan rakan sekalian. HOHO!

what i really love about diyana's wedding was her deco.... FRESH flowers are everywhere!!! ahhh. *drool!* the food was nice too. and of course, the company. kawan kawan sekolah. oooh. semua dah dewasa.

ok lah. itu sahaja sari berita penting. sehingga bertemu semula beberapa kurun akan datang. jangan marah haa. yang setia mengunjung tuh, terima kasih daun selasih. i lap u ol lah! very de ok!

till then, stay cute! ^.^v

Sunday, December 05, 2010

lawak di malam hari

Salam Sejahtera.

ooooh. indah sunggoh weekend minggu ini.
ecewah. seperti weekend weekend lain tidak indahlah bukan?
kau reti maksud pembuka kata bagi sesebuah karangan tak? ni la yang aku sedang cuba lakukan. T_T

kalau nak bercerita pasal aktiviti hujung minggu, adoilah mak, sakit kaki mak, nyah!
menulis entry ni pun sebab ada bahan daripada persembangan bersama keluarga beberapa ketika yang lalu.

kisah 1:
ketika sedang mengajar dikelas, si chef ini bercerita dan tetiba tergelak sorang sorang. padahal, yang diceritakan tu tak ada lah lawak mana pun. rupa rupanya, beliau kebetulan teringat cerita lain yang buatkan beliau tak tahan gelak:

ada dua orang ni, naik keretapi dari kl ke penang (or vice versa, not sure on that). mereka berdua ni tak pernah naik keretapi. first time lah tu kononnya. entah macam mana, terjumpa lah pulak orang jual buah strawberry. pun tak pernah rasa jugak. dorang ni pun beli lah takat nak cuba macam mana rasanya buah strawberry tu. al kisah si A ni suap je buah strawberry tuh dalam mulut, keretapi kebetulan masuk ke dalam terowong. gelap gelita lah sebentar suasana.

keluar sahaja keretapi tadi dari terowong, si B pun mula la hulur tangan nak capai strawberry tuh.

B: meh sebijik, nak rasa jugak.
A: eh jangan lah! aku makan tadik terus jadi buta sekejap!


kisah 2:
dahulukala, adalah aktiviti apa tah, persatuan wanita ke hapa. ada aktiviti di bandar tak silap. wanita wanita ini datang dari kampung. ulu mana tatau ye. tapi memang first time mungkin merasa guna mangkuk tandas. akan tetapi, ketika nak ambil mencuci ke apa tah, mungkin kerana tidak mengenali TAP, dicedok nya air yang nampaknya jernih dari mangkuk tandas tersebut. bila di tanya, "manaaa lah tahu... ingatkan macam perigi, air dia pun jernih!"
nota kaki: ok. sedih. tapi syukur kan sekarang hidup mudah je. Alhamdulillah

ok sekian. itu sahaja buat entry kali ini. penat wooh berjalan seharian hari ini. ngahahah! sok keje uols! nanite!

Thursday, December 02, 2010

Youtube

Salam!

Baiklah. sementara menanti file kerja dimuaturun, meh update blog meh.

kenapa tajuk sebegitu rupa?

terima kasih kepada cik alyaa najwa yang post a few links on her facebook a few days ago (which i actually get to view it today since i’ve been accessing my fb just via my mobile phone recently due to kekebalan network opis yang menegah para pekerja nya access fb diwaktu kerja ngagagahahahahapadanmukakau dan tidak lupa kepada kelupadirian diri terhadap desktop maupun netbook yang bagaikan pasir ditepi pantai dipandang pilu hakutatauhapahakumengarutnehmakakalausanggupsilateruskanbaca! )

maka, tergatallah tangan ini menekan nekan tetikus ini di laman web youtube. woi woi woi! sawan weh video ni semua! sukaaaaaaaaaaa!!

ok. ini terjumpa secara rawak. but i love it yo!

oh. maaf. ibawah ni baru link yang cik alyaa share di fb, dan cik farah pula terasa mahu share di blog. creative! jatuh chenta mak! sungguh kagum dengan orang orang begini yang gigih dan gila dan gila gigih serta gigih gila rearrange music org macam ni menggunakan alternatif selain daripada alat muzik asal.

hah! aku lepuk kang! aku kata, video yang dibawah niii…yang atas tu pun kagum gak, tapi tu konsep lain dah, yang atas punya video main konsep mashup.alaaa…mashup, ala2 mashed potato kat kfc tuuu. kau lenyek lenyek kentang lepas tu campur segala ramuan dan pati ayam bagai lepas tu ngaaap makan burrrrp Alhamdulillah! erk. sila dapatkan resipi mashed potato di blog lain ye sebab resipi tadi tu sumpah aku tak jamin kesahihan dia sebab dikala aku menulis entry ni, semacam sudah kemasukan air dalam otak.

ye ye. aku terangkan sekali lagi. walaupun korang tak hingin pun penerangan aku sekalipun, tapi takpe. aku gigih ni nak terangkan konsep mashup dan konsep acapella ni walaupun korang lebih tahu maksud kedua dua konsep tu. tak pe takpeee, bagi chance aku terangkan, ok! sebab aku tak mampu produce video sehebat video video yang aku share di entry ni, sebab itu lah aku pun bajet gigih jugakla nak terangkan konsep padahal dah brapa ratus aksara dah aku hentak di papan kekunci ni namun tak keluar juga bunga bunga penerangan yang aku gembar gemburkan tu.

sebelum aku menerangkan, sila semat didada dan fikiran bahawa penerangan aku ni berdasarkan kefahaman aku, kalau salah sila diam diamkan sebab kasik chance ok penulis blog feeling diva disini. HAHAHA. fine! tak lawak!

Mashup tu …wait! sebut betul betul dik, MASH-UP! mengikut kefahaman farah diana yang sah sah takleh gunapakai sebagai bahan rujukan dalam tesis anda, gaulan satu, dua atau beberapa buah lagu menjadi satu lagu yang smooth. oh. maaf, ada juga mashup yang mungkin ke laut bunyi dia, tapi takpe, kita maafkan. sekurang kurang nya si pembuat ada bakat menggabungkan beberapa lagu menjadi satu karya yang mungkin tidak berjaya. well, dalam menghasilkan masterpiece, tak salah bukan try and error.

Acapella tuh pula tiada kaitan langsung dengan pelakon veteran kegemaran aku di zaman kanak kanak bernama Acappan itu. Acapella itu kalau menurut kefahaman farah diana, ialah bunyian muzika yang sejujurnya terhasil dari bunyian mulut manusia semata mata, oh, dan mungkin tamborin juga diterima pakai dalam konsep tersebut.  selain mulut, itu tidak pula pasti saya tentang itu. mungkin bunyian angin dari kejauhan itu boleh dikira sebagai unsur acapella, siapa tahu, sila angkat tangan!

dan ye, di bawah ni ada a few youtube links on acapella punya songs. mind you, bukan MIMING ye. kau nak cari video miming, sila cari sendiri. jangan bikin gua panas disini! HAHA!

ok. file dah selesai muat turun. dengan itu, seperti yang dijanjikan, sila lah tonton video video acapella ni. nak lebih lagi, sila google sendiri. sekian! ^.^v

ye. mimik muka beliau turut menyumbang kepada penghasilan karya beliau ini. ecewah!
one of my fave!
comel kan?
see…acapella is one way you can express your creativity. where u reproduce a song very similar to the original one, without any of those highly tech punya instruments. cool, bukan?

baiklah. selamat malam semua! Winking smile