Thursday, October 29, 2015

Kaya?

Assalamualaikum

Satu je aku nak cakap.
Kalau pasal kaya miskin dan wang ringgit (dan "kisah silam tuuu"), jangan buat lawak pasal benda-benda tu dengan aku.
AKU la...dengan orang lain terpulang lah aku tak halang pun.
Tapi dengan AKU, lagi lagi lawak kenkonon tu mengkaitkan aku dengan harta dan status dunia tu, harap maaf, sumpah aku tak boleh bertolak ansur.
Minta maaf sensangat sebab memang seminggu emosi aku akan terganggu kalau "lawak" berkaitan benda benda yang aku sebut tadi dituju kat aku. (tambah tambah kalau tersilap timing. merasa lah)

And I have made it clear, i despise money as goal in life.
Susah nak faham bahawa duit tu bukan keutamaan aku?
Bukan sebab aku kaya (dont go there. lagi teruk aku ngamok nanti!!)
Sebab as far as i respect your battle, dont come and test me with mine. You had no idea how being in my shoes was and obviously i had no idea how in yours were too.
Nak aku cerita dah berapa lama aku tak shopping bebetul untuk diri aku?
Nak aku bukak cerita kenapa aku dah lama tahan diri dari travel jejauh walaupun passport aku masih valid lagi 3 tahun?
Nak kena announce ke saban hari aku perah otak pikir camne nak survive financially in today's crazy world?
Perlu aku war warkan kadang kadang tengah malam aku breakdown lap airmata macam hujan tetiba dan end up memujuk diri sendiri sebab aku kena kuat dan kena berdiri atas kaki sendiri?

TAK.
Sebab aku tau, orang lain pun ada masalah sendiri.
Orang lain pun ada struggle dia.
Orang lain pun ada emosi dia.
Tapi at one point, bila ada yang tak mampu faham common sense sebegitu terhadap aku, i cant help it but breakdown jugak.
But then again, being me, aku akan breakdown sorang diri dan pujuk diri sendiri.

Alhamdulillah, aku memang tak pernah rasa susah dari segi wang sejak kecik.
Bukan sebab keluarga aku kaya atau kerja aku hebat gaji kepuk kepuk.
Tapi sebab priority bukan wang ringgit, dan priority bukan wang ringgit tu bukan sebab senang nak dapat duit...tapi sebab there other things in life yang lebih utama buat aku (and my family in sha Allah)

Kau cuba hadap berita time bomb yang doktor kasi terhadap kakak kau.
Dan kau cuba hadap berita sebegitu berulang kali.
Rasa macam pasir kat tekak.
Tapi aku yakin Allah ada. Dan perancangan Dia adalah yang terbaik.

Aku mohon. Please. PLEASE jangan buat lawak pasal kaya miskin dengan aku.
Sensitif.


Sebabkan harta dunia, ada keluarga berpecah belah.
Sebabkan harta dunia, kawan boleh jadi lawan
Sebabkan harta dunia, AKU diperbodoh.
Ye, sebab aku memang bodoh.
Maka, maafkan lah aku.
Maafkan aku sebab memang susah untuk aku bina balik semangat yang runtuh akibat harta dunia ni.
Dan bila dalam masa beberapa saat je aku dilabel tak peduli harta sebab harta aku ni segunung, memang terima kasih sangat sebab semangat yang bertahun aku kumpul balik tu runtuh balik.

Yang Sedang Breakdown,
Farah Diana

1 comment:

Adian said...

bertabahlah...