Saturday, December 22, 2012
Konsep Kiraan
Konsep kehidupan ni mudah aja,
Kalau kau banyak berkira, banyak merungut, banyak bunyi,
Kau kena bersedia untuk lalui ujian laluan berhalang.
Simple bukan?
Tapi tak ramai sanggup nak berusaha lebih dari kudrat, tak ramai yang sanggup nak redha dengan apa yang diterima.
Ramai yang menganggap, "If u give me ten ringgit, then 10 ringgit worth of effort u'll get from me"
Sedangkan, rezeki dari Allah, bila kita nilaikan usaha kita sebanyak mana yang kita ditawarkan dari manusia lain, maka sebanyak itulah Allah akan kasi kita, sebab kita tak bekerja kerana Dia.
Cuba kita didik diri buat segala apa tindakan kerana Allah Taala, aku percaya, walaupun upah yang kita nampak tu 10 ringgit (contoh), tapi disebalik tu, Allah dah aturkan setimpal dengan keringat kita di jalan lain.
Didik diri dengan pemikiran positif, in shaa Allah, Dia tunjukkan jalan. Yakin.
#Self-Reminder.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, October 30, 2012
13-20 October 2012
Assalamualaikum.
Amboi! Lemau tahu blog ini sejak dua tiga empat lapan menjak ini.
Selain entri trip-trip lalu yang dah berkepam, dah selamat pun trip yang paling mega hujung tahun.
Oh tidak lupa entri trip Goldcoast yang dah basi itu. Patut tak sambung penceritaan tentang trip berkenaan? T___T
dari kisah Goldcoast, berlalu kisah Ho Chi Minh, dan baru selesai kisah Korea Selatan (macam la jelajah the entire South Korea, padahal takat terkedek kedek ke Jeju dan Seoul aja. pui!)
dan apakah persamaan kesemua destinasi percutian yang telah disebutkan ini?
.................................
Ya!
...................Semua nya menjadi entry pekasam dalam blog farahbebelbobo. okbai!
Monday, October 22, 2012
Social Network?
Monday, July 16, 2012
Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...
Faham konsep susah sama susah senang sama senang ini? Kalau tak faham, pergi main jauh jauh. Ramai lagi insan yang jauh lebih bermakna untuk aku kongsi beban mereka, senang sahaja, sebab mereka turut sudi meminjamkan kudrat mereka dikala aku susah. Sekian.
P/s: tak tuju pada sesiapa secara khusus. Hanya reminder to self and sahabat sahabat sekalian. Sekiranya ada terasa, harap maaf, that might be your bad habit, let's move to the brighter side and change for the better. ^^
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Monday, July 02, 2012
.... November to Remember (Day 3)
G'day! How ya goin'
Puiiii! Tetiba nak lidah Aussie pulak. Padahal sudah agak basi dah entry ini.
Sat sat sat! Mak nak selongkar balik laci mak ni nak tengok ada tak lagi apa apa catatan berkenaan trip Goldcoast tahun lalu itu.
................
"13.11.11-
Movieworld.
As early as 9.00am (Goldcoast Time)
Masuk masuk jumpa Lola Bunny > Batman > Batmobile
Rode on Lethal Weapon. Spooky Ride
..................
PUUUII lagi! itu je catatan yang hado! *sedey!*
Padan lah muka, perap la lagi info yang hado tuh!
Well well well....
disebabkan aku super-rajin dikala ketika ini, mari lah aku buat research sikit.
Basically, hari ketiga hanya ke Movieworld dan Harbourtown. Itupun di Harbourtown secara laju dan menyambar sebijik backpack Merah, kononnya untuk adik kesayangan itu, dan sehelai baju 'steng' berharga 10AUD (er....ke 5AUD hah?) Kenapa backpack merah KONON? sebab akhirnya beg merah tuh jadi hakmilik si penulis sebab hari terakhir di Goldcoast penulis panjang kaki terjah Harbourtown seorang diri. (akan diterangkan dalam entry seterusnya....semoga entry yg dijanjikan dapat dikeudarakan dalam tahun ini juga kahkahkah!)
Nota: satu satunya backpack yang aku ada dan digunakan almost untuk segala apa acara, travel? gym? running event? semua aku bedal pakai bag tuh. dan aku tak paham apa relevannya aku menerangkan fungsi bag berkenaan disini. *dush!!*
Kembali ke story, di Harbourtown memang heaven. Tambah tambah pula sedang Christmas sale (kalau tak silap aku lah. tapi memang tengah sale) Certain products memang berbaloi beli. Bagi si kaki besar macam aku ni, puas hati laaaa dapat borong kasut size 11 disana. TAPI, si penulis ala ala lemau lambat pickup keperluan diri sendiri. Maka, sepasang je kasut yang telah disambar. WAIT! save cerita shopping di entry lain. Yang nyata, hari ke-3 ni memang fun jugak sebab sekali lagi melagakan segala molekul darah dalam badan di Movieworld. Ride paling kejang otak adalah Scooby-Doo Spooky Ride! Ride tu tak la melibatkan putaran 360 darjah, tapi debaran dia omakkau!! Serius nak tercabut jantung sebab dalam kegelapan yang amat, gayat, landasan dia memang kau tak nampak dengan jelas maka kau akan tertanya tanya kemana gerabak tuh nak pergi. Siap gerak backwards lagi woi tertinggal jantung aku kat dalam landasan tuh!
Berpeluang la layan aksi live dari Batman. Dan nurul kata aku dah macam paparazzi cuba nak ambil gambar sebanyak mungkin (ayat defence: angle pelbagai supaya boleh pilih gambar terbaik kelak. puii!)Oh indahnya pemandangan Batmobile lalu depan mata rasa nak tumpang je! hakhakhak
Superman punya ride ketika itu tutup untuk maintenance. KECEWA TAHU! Boyfriend i tuh off duty pulak sentap mak!
Selepas sesi menjadi kanak kanak mengejar degupan jantung super laju di Movieworld sambil posing sini sana dengan characters in the movies (Austin Power, Lola Bunny, Marilyn Monroe, Batman etc), kami pun bergerak ke masjid kot (ingatan sedikit on and off ketika itu) dan kemudian ke Harbourtown yang dah hampir nak tutup tapi tetap berjaya membeli sebijik beg merah dan sehelai blouse.
And kembali ke rumah bff di Lismore, New South Wales (erk. betul ka ni?) Oh, ke singgah dinner dulu hah?? err.... mungkin tidak sebab kami bantai makan secara pukal di salah satu cafe tuh (buffet style, halal) yang aku pun tarak ingat nama nya. Merujuk kepada website Movieworld tuh, rasa macam rick's cafe itu tapi please nanti kalau ada any readers yang nak makan disana, confirmkan semula masa nak membayar before start makan tu ye, they do have halal cert if i'm not mistaken.
Penat dan masih kenyang, maka kami beransur pulang ke Lismore.
Friday, June 29, 2012
[Tiada Tajuk]
"Penipu kau farah! Kata nak up entry sambungan trip Goldcoast yang dah basi tu. Dusta semata mata! Nyah kau dari sini! I hatechyuuuuuuuu!"
Tu dia kemaen drama monolog dia.
No, aku takmau list kan alasan dah lama tak isi blog ni dengan sebarang isi kandungan hatta secebis ayat sekalipun.
Apakan daya, kehidupan pura pura sibuk ini semakin mencengkam jiwa. (Nota: mode ayat rapu sedang keudara. Harap maklum. Penulis sedang berblog dalam keadaan santai sakan sambil mata separa terkatup. )
Well, mungkin dengan semangat menaikkan entry yang entah dari mana muncul ini, maka aku highlight sedikit sebanyak rentetan peristiwa yang telah tercatit sejak dua menjak ini:
- kehidupan semakin tenang. Barangkali kerana sudah semakin matang. Ecehcehceh.
- selamat sudah menyelesaikan satu trip ke Ho Chi Minh. Dalam keadaan sedikit kurang sehat, namun tetap fun fun fun!
- semakin suka acara marathon/larian/jalanan. Walaupun hakikatnya tak la mampu sangat bawak badan super ringan ni berlari lagi. Tapi, ada satu kepuasan bila setiap acara diselesaikan. Ironiknya, waktu sekolah/hingusan dulu, acara lari ni antara acara sukan yang aku cukup tak faham relevan nya diwujudkan. Gila sempit otak ketika itu bukan? Mwahaha! Naaah. Setiap orang ada pendapat masing masing, bukan? :)
One of the precious things I've learnt, that life can be a marathon. To avoid from tripping at the end of the road, we shall start the journey slow and steady. Accelarate when the moment is right. Only we know when OUR right moment is.
- work life? Career? So-so lah. Syukur dapat kerja dengan team yang sporting. Boleh kata lebih kurang just nice dalam comfort zone.
- baru belajar makan gula gula Dequadin. Kecoh kau farah!
Fyi, strepsils dan sebarang gula gula yang kononnya bertindak sebagai pelega tekak or batuk ni adalah sesuatu yang dalam senari yg dijauhi. Tapi oleh kerana sehari sebelum kl marathon minggu lalu masih batuk batuk, personal "coach" I paksa makan jugak. Sedap pulak menatang dekoden tuh! (Mode peghak nak mampuih)
Tuh dia sedikit sebanyak kononnya. Bila baca balik macam tak signifikan sangat pun untuk diblogkan. Namun, sekali lagi ditegaskan disini, sila take note bahawa penulis berblog didalam keadaan vertikal bersama mata separa terkatup.
Dan dengan itu, al kisah mata penulis dah mencapai level hanya 25% terbuka sahaja, kita tamatkan entry tanpa tajuk ini seberapa segera yang mungkin.
Take care uols! Till then,
Lots of LOVE,
Fara-D ^o^v
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone
Tuesday, May 15, 2012
Mengejar Awan.
Hah molek, time tengah menggelupor kejar dateline lah mood blogging menjelma. Hey Bobo! how are you, bebeh! *pang! pelampang sedas*
Dek melayan blog rakan-rakan, especially si pakcik bas rapidSabah ini, terbakarlah juga sedikit sebanyak.
Nak cerita memacam tapi mak aih, kerja menimbun ni cik Bobo.
Apa kata aku highlight a few points yang aku treasure very much about the trip?
(tentang trip keseluruhan rasa aku boleh rujuk blog pakcik bas sebab agak detail juga updates beliau. mwahaha!)
- sekali lagi jadi lone ranger (sebelum ini lone ranger ketika travel di Goldcoast tahun lalu) merentas negeri, dari Brunei kembali ke Kota Kinabalu dengan bekal kewangan yang amat terhad. Disertai sandal hampir putus. Dan pengetahuan pengangkutan awam yang amat terhad. Did i mention financial constraint? T___T . Ke Brunei menaiki van bersama mereka dan pulang seorang diri, dengan bantuan mereka juga sedikit sebanyak. Flight kembali ke KL dari KK adalah jam 3.30pm begitu. Si bijak pandai ini selamba kodok je beli tiket ferry dari Labuan ke KK jam 1.30pm yang mengambil masa 2 jam paling kurang pun. Hah ye, ferry tu terus sampai sebelah kapal terbang kau tu kan farah diana! T_T. Nasib baik pernah mengalami kejadian seumpama ini (will tell about it some other time. and yes, it happened during the Goldcoast trip. itu laaaaaagi tragis ok!), maka, nak tak nak aku gelak kan diri sendiri dan lekas lekas bertindakbalas membuat muka kesian dan mentukar tiket ferry dengan speedboat ke Menumbok dan sambar je teksi/pengangkutan awam yang terpantas ke airport KK. Nasib baik tiket boleh refund. fuh! Dan yes, battery phone nyawa nyawa ikan turut menambar thrill pengembaraan. haha! p/s: yes, i really laughed even in that critical situation because these sort of things happened to me quite a few times kot, and well, Alhamdulillah, i survived everytime. KEHKEHKEH!
- been wanting to do a roadtrip, across semenanjung but turned out Iman had arranged the trip as such and impian nak merasa roadtrip terlaksana, but in Borneo instead. Dah nama roadtrip, memang most of the time on the road lah (duh?) and being with a great and cool team, the trip was one of the best i've been to. Alhamdulillah.
- somehow, it really is one of the most memorable trip i could ever wished for. Ahli rombongan sememangnya automatically clicked (despite the fact that we were of the same studio back in UKM lah kan) and semua otak fleksibel and can respond to spontaneous plans very well. And everyone takes good care of each other. Simply said, semua macam adik beradik yang harmony. (i'll have to say, this is the most essential point. which is i have a set of adik beradik yang cool!) And i really don't mind travelling with them again.
- Jejak kaki kat Brunei tengah malam dan keluar daripada Brunei seawal pagi keesokan harinya. Bunyi macam ngok sangat kan? but as i said before, i've been accompanied by a set of brothers and sisters yang sangat cool, so the plain roadtrip from Kota Kinabalu to Brunei across a few parts of Sarawak became somewhat interesting.
- Tidur kat surau. Well, since masuk Brunei pun dah agak lewat malam, i doubt we could reach the accommodation on time. And somehow the thought of bertenggek kat masjid had been lingering around my mind while we were struggling to find the location of the youth club there. Nak jadi kisah, memang ter'makbul' doa bertenggek kat surau youthclub tu sebab penjaga asrama dah pulang ketika kami tiba. Lawak sangat tapi itulah antara pengalaman berharga trip berkenaan. Alhamdulillah, surau kami tumpang itu pun dah cukup selesa untuk kami bertujuh.
- Mengejar Awan. yes. we literally chase over the awan ketika sedang turun dari Kundasang menuju ke Kota Kinabalu. Back a few years, i was amazed by the clouds just beside our car while we were going uphill during the trip with boss (merangkap lecturer ku) and Aisyah, Gedik, & Shafiz. Subahanallah, the awan is just beside you and you're racing with the clouds. How amazing the sight was? speechless. Allah Maha Berkuasa. And that beautiful experience, i wished my brothers and sisters would be able to witness too. So whenever we could see awan on the side of the road, me and Ana will quickly snap some shots. But trust me, photographed moments will never have the same feel compared to the moments 'photographed' inside your own memory/experience. You really have to witness the beautiful creation yourself.
Tuesday, April 17, 2012
Rezeki, Jodoh, Ajal dan Maut
ohoi! i'm back! feewit!
Okay. Wajar di beri pelempang cik penulis ni kan. Entry travel Aussie terbengkalai setakat hari kedua sahaja. Dah selamat terbang ke Sabah dan menanti the next trip dah pun, masih tak update trip tahun lepas itu. Oh sungguh pemalas!
"Blog? apa itu?" dush!
Dengan masuknya entry ini, semoga rajin kembali mencoret pengalaman kehidupan sehari hari. Basically, kehidupan rutin sama setiap hari, tapi tak bermakna kehidupan aku sangat bosan, mind you!
Have tried lots of new things recently, and Alhamdulillah, kehidupan amat menggembirakan.
Resah gelisah, perit getir, sedih gembira semua rencah hidup yang memberi warna dalam kehidupan seharian. (dan kenapa ayat aku malam ni semacam makin menjurus ke format buku teks sangat ni?)
Angin mana entah tiup, tapi hati rasa tercarik carik untuk tulis topik seperti yang tertera. Mungkin sebab banyak siri kejadian berlaku di sekeliling, sama ada dari drama, realiti atau pun pemerhatian.
Tajuk entry ni serasa aku simple saja. Tapi hamba Allah macam aku ni selalu lupa. Lupa tentang konsep qada' dan qadar, dan mungkin juga lupa untuk sentiasa bersyukur.
Rezeki, jodoh, ajal dan maut tu adalah antara rahsia Allah yang sukar kita manusia ni nak kupas sendiri melainkan Dia mengizinkannya.
Oh, sebelum ada yang hentam aku, baik aku clarify siap siap.
Apa yang aku tulis tertakluk kepada pendapat random aku, sekadar melalui ilmu pengetahuan yang tak seberapa. Maka sekiranya ada yang bercanggah, feel free to correct me. Sebab aku tau, kita manusia perlu saling ingat diingatkan. :)
Kembali kepada topik.
Allah itu Maha Adil. dan Maha Mengetahui.
dan rezeki yang Dia nak kasi kepada kita manusia ni, berbeza beza.
Usaha kan tangga kejayaan. Allah takkan hampakan umatNya yang berusaha.
Tapi, kadang kadang hasil usaha kita kelihatan tak setimpal dengan penat lelah yang dah kita curahkan. Ye ke? Kita nilai balik 'penat lelah' kita tu.
Betul kita ikhlas curahkan keringat kita dalam usaha kita itu?
Entah entah, mungkin kita sering merungut?
Atau barangkali kita selalu berkira kira sangat?
Mungkin jugak kita sering buruk sangka banyak perkara?
Wallahualam. Siapalah kita untuk persoalkan kurniaan Allah untuk kita.
Bukan lah bermaksud kita serahkan je apa pun yg Allah nak kasi kita.
Untuk APA sekali pun, biar soal rezeki, jodoh mahupun ajal dan maut, tertakluk kepada usaha kita.
Contohnya, ajal dan maut, itu rahsia Allah juga. kita tak tahu bila waktu kita yang dah tertulis.
"Dah tercatat tarikh mati kita. Buat lah apa pun, jatuh basikal pun boleh mati kalau dah sampai waktu"
Meh sini aku nak lempang boleh? Kan dah bilang tadi, itu rahsia Allah. Dalam soal ajal maut ni, kita masih boleh berusaha. Bagi aku lah, kita berusaha jaga kesihatan, pun satu usaha memanjangkan umur untuk lebih bersiap kembali kepadaNya. Tapi kalau dah Allah tarik juga nyawa dalam keadan kita berusaha sedaya upaya memelihara anggota yang Allah pinjamkn ni, sekali lagi, itu rahsia Allah. Perlu ke nak persoalkan?
itu hak Dia.
Kalau jaga makan jaga minum, tapi tetap dapat penyakit kronik bagai, itu rahsia Allah. Mungkin kalau tak dihidap sakit kronik tu (CONTOH, mind you), kita lupa nak bersyukur. Kan tu tanda Allah sayang kita?
Rezeki?
"Dia tu, kaki bodek... tu pasal bos sayang! kita keje separuh nyawa, apahal lak dia dapat benefit lebih?! panas ati den!"
Sini ekau, den tangan kan ekau nak? kan dah bilang, itu rahsia Allah.
Sekecewa mana pun kita dgn hasil usaha yang kelihatan tak setimpal, jangan kalah dengan hasutan syaitan.
Sedih kecewa marah, tu semua usaha syaitan nak bakar kita ke level yang satu lagi iaitu hasad dengki. Nauzubillah.
Tak semua orang mampu menjana pemikiran positif. dont get me wrong, optimis dan pessimis dua dua ada kelebihan masing masing. tapi bersederhana dalam segala hal. Pandangan negatif tak semestinya tak berguna. tapi jangan biarkan pandangan negatif tu menarik kita jatuh kebawah, apatah lagi, jangan sampai kita bertindak lebih jauh menyakiti makhluk Allah yang lain.
Bab rezeki, senang je, usaha kuat, ikhlas, letak tepi "calculator" tu (ehem. metafora la kunun. sebenarnya nak cakap, jangan dok berkira sangat) dan Lillahitaala, insyaAllah, Dia kurniakan yg terbaik buat kita dari pelbagai simpang (tak semestinya dari highway utama yang kita lalu tu)
Petang tadi, ketika sedang tunggu pc aku yang hebat kat opis tuh (hebat secara sarkastik ye. harap maklum. pfft! render kadang2 mencabar kesabaran la hey!), kenalan di opis berseloroh bisik kat aku,
"apa pasal lu tarak naik pangkat?"
ayyo amoi! sentap hati mak nak! T_____T
haha. i just laughed at her question. *sentap skejap gak ah. tapi, what everrr!*
But she did make me think hard.
Hey, betul jugak dia cakap kan. apasal aku tak naik pangkat? asal asal asal? grrrr.
PANG! lempang diri sendiri.
Hahaha. well, itu rahsia Allah. (aku rasa, berulang kali aku sebut "itu rahsia Allah". kalau tak tersampai jugak point aku tatau ler)
Aku percaya pada rezeki yang Dia dah janjikan.
Mungkin usaha aku tak cukup, dan tahap itu je yang selayaknya aku.
Haruslah aku giatkan usaha aku kelak.
Mungkin jugak aku banyak "mencuri" ketika aku bertugas, sebab tu Allah kasi level itu saja.
Wallahualam. Elakkan lah dari kita berburuk sangka pada yang lain, lebih baik kita nilai diri kita daripada kita kalut nilai orang lain. Takut juga, kalau kita compare org lain dengan kita, mana tahu timbul unsur unsur iri hati atau hasad dengki. Ya Allah, mintaaaa dijauhkan sifat tu. Lebih baik kita compare DIRI kita dengan orang lain. HAH! lain tahu! kalau kita compare orang lain dengan kita, kita cenderung untuk listkan kelebihan kita berbanding orang lain, dari situ, mungkin datang riak segala. Ampuuuun! minta dijauhkan!
tapi kalau kita compare lebihnya orang lain daripada kita, kita mungkin boleh kenalpasti mana kelemahan kita lalu bertindak memperbaik DIRI kita.
Ingat, lain orang lain corak rezeki dia. tak perlu jaki dengki sama orang lain kenapa dia dapat lebih kenapa tak kira walaupun kita rasa usaha dia dan kita sama kuat. Fokuskan kepada DIRI kita, sebab Allah dah beri tanggungjawab kepada kita untuk memelihara diri sendiri sebelum kembali kepadaNya, itu termasuklah memperbaik segala kekurangan yang kita ada, but that does not mean we have to drag people down to make us look brighter, no?
Panjang sudah bebelan aku. Sebelum makin pening dengan ayat ulang ulang ulang aku ni, baik aku stop.
Cuma yang aku nak sampaikan, segala contoh yang aku sampaikan diatas applicable dalam usaha kita dalam soal rezeki, jodoh serta ajal dan maut. Kita usaha sedaya mampu mencapai apa yang patut. dan paling penting, dengan ikhlas dan kerana Allah Taala. Come on kawan kawan, masing masing mempunyai potensi, maka serlahkan ia. Untuk dapat kan sebijik kelapa, kita boleh panjat pokok kelapa tu, dan biarkan ia berbuah lagi kelak, tak perlu sampai nak tebang terus pokok itu, kan? *FINE! quote aku macam lari dari landasan topik entri ni la pulak. i don't care. as long as i know what i mean, and i hope readers (if any. sobs!) got what i meant too! insyaAllah* ^^
till then, let's move towards success! ^^
Wassalam
Friday, February 17, 2012
Setelah Sekian Lama.
Assalamualaikum.
Baru selesai sesi luahan perasaan dengan kembar lain mak lain pak aku, agak lama sudah tak sembang dengan beliau. Kalau dulu, rajin YM dan siap balas sms macam pakwe makwe dah aku rasa. HAHA. Serius, berbalas sms bukan main sakan sampai lewat malam dalam gelap pun sanggup! Nasib baik sekarang mewah dengan social network, ada fb ada twitter, sekarang jimat sikit main sembang kat twitter pulak. HAHA
Dek kerana demam KDrama sedikit kebah ini malam, dan stok drama yang download semua dah layan, dan dah malas nak sambung download drama lain, melekat la aku kat desktop ni. Asal nya nak buat kerja. KONON. tapi kalau dah start sembang dengan kembar ku itu, alamat janji tinggal janji je lahhhhh kerja yg dibawa pulang itu. woopsie! haha.
And then, here comes a sudden urge to update my blog. Semua gara gara nak update status facebook, tapi macam panjang sangat bebelan aku tuh, alang alang, baik aku update blog je kan?
apa yang aku gigih nak bebelkan tuh?
Ni. tentang Wang.
Apa? Duit? Wang? Money? What? Well, wa mata duitan gak. kau gila sapa tak suka duit woi?! Tapi tahu tak, duit tuh tak patut kita jadikan landasan kehidupan kita ni. Some might say, aku dah biasa hidup senang, tak layak nak sembang pasal duit ni. “kau tunggu farah, cuba nanti kau bankrap takde duit sesen pun kan bank, mak pak kau dah tak mampu hulur wang kat kau nanti, baru kau tau susah tak susah nak cari duit”
Meh sini, sapa yang berani cakap bersuara macam tu kat aku, meh sini aku nak lepuk kau sedas dua! Ye, Alhamdulillah, so far kehidupan dari segi ekonomi agak smooth. But watch it dear, just because you see that person never said he /she needed financial aid, does not mean he/she never had to face hardship. Lagi sekali, meh sini aku nak lepuk sesapa yang cakap aku tak pernah rasa susah. Walaupun kesusahan aku tu boleh kata kategori minima je, tapi tetap pernah. Tahap kesusahan tak perlu ada definisi kronik atau sendu sendu saja ye. Orang lain mungkin pernah rasa susah tak makan lapan belas hari. Tapi, kesusahan yang aku pernah lalui; contoh; trapped di Labuan seorang diri, gaji tak masuk lagik, duit dalam tangan cukup-cukup untuk tambang pulang ke Kota Kinabalu kejar flight jam 4, yang mana di Labuan, tersalah beli tiket ferry yang dijangka tiba di KK jam 4.30. ok. aku merapu sudah. highlight disini, setiap individu pasti Allah akan uji dengan tak sikit, banyak kesusahan. Paling aku takut, diuji dengan kesenangan melampau. Ya Allah, mohon Kau sentiasa sinari landasan ku!
Kenapa aku membebel pasal duit ni? aku di ambang bankrap ke? atau aku duit melimpah ruah tatau nak tuang ke mana ke?
Nothing specific. Just peringatan untuk diri sendiri. tambah tambah lepas sesi luah perasaan dengan kembar ku itu, dan di tambah kebetulan ada rakan quote;
“Jadikan duit sebagai alat, bukan matlamat”
True enough? why? Sebab kalau WANG menjadi matlamat kita, alamat, kecenderungan untuk kita pijak orang orang sekeliling kita tuh amat tinggi. Kerana wang, saudara bisa jadi lawan. Duit ni kan kawan kawan, jangan nak di pandang remeh sangat. walaupun sekadar sebagai alat. Sebab kita manusia, cenderung untuk menjadikan wang sebagai matlamat. ALLAH uji kita sama ada melalui kesukaran atau kesenangan hidup. Berhati hati lah dalam mengendalikan kesenangan atau kesusahan hidup kita ye kawan kawan. Supaya tidak tersasar dari landasan.
Usah lah terlalu taksub atau rakus mengejar harta dunia, disebalik pulak kata kata syukur bagai. Don’t get me wrong, bukan lah nak kata jangan bersyukur atas kurniaan Illahi. Cuma melalui pemerhatian aku, sejak kebelakangan ni, disebalik ucap kalimah syukur dikurniakan rezeki berkoyan koyan jongkong timah (contoh la) setiap bulan, terselit pula bulan depan nak sekapal jongkong emas pulak. Takpe, bagus tu nak bakar diri sendiri berusaha meningkatkan taraf hidup sendiri. Allah suka orang yang berusaha. Cuma hati hati, ye, kawan kawan. Jangan sampai dalam usaha kita mengejar kesenangan itu, kita tak sedar kita terjah je apa jua jalan asalkan matlamat tercapai. Means, dalam nak mengejar tu,semua pun kita halalkan dengan berlandaskan niat LillahitaAllah, tanpa pertimbangan yang rapi. Allah kasi akal untuk digunakan bersama pertimbangan iman supaya kita tak tersasar dari jalan menuju kepada Dia. Wallahualam.
Selalu semat dalam minda dan hati, Allah ada bersama kita. Susah dan senang. When u feel like Allah isn’t being fair to us, stop and evaluate again, are WE being fair enough to Allah?