Monday, July 02, 2012

.... November to Remember (Day 3)

Assalamualaikum.
G'day! How ya goin'
Puiiii! Tetiba nak lidah Aussie pulak. Padahal sudah agak basi dah entry ini.
Sat sat sat! Mak nak selongkar balik laci mak ni nak tengok ada tak lagi apa apa catatan berkenaan trip Goldcoast tahun lalu itu.

................

"13.11.11-
Movieworld.
As early as 9.00am (Goldcoast Time)
Masuk masuk jumpa Lola Bunny > Batman  > Batmobile
Rode on Lethal Weapon. Spooky Ride

..................

PUUUII lagi! itu je catatan yang hado! *sedey!*
Padan lah muka, perap la lagi info yang hado tuh!

Well well well....
disebabkan aku super-rajin dikala ketika ini, mari lah aku buat research sikit.

Basically, hari ketiga hanya ke Movieworld dan Harbourtown. Itupun di Harbourtown secara laju dan menyambar sebijik backpack Merah, kononnya untuk adik kesayangan itu, dan sehelai baju 'steng' berharga 10AUD (er....ke 5AUD hah?) Kenapa backpack merah KONON? sebab akhirnya beg merah tuh jadi hakmilik si penulis sebab hari terakhir di Goldcoast penulis panjang kaki terjah Harbourtown seorang diri. (akan diterangkan dalam entry seterusnya....semoga entry yg dijanjikan dapat dikeudarakan dalam tahun ini juga kahkahkah!)
Nota: satu satunya backpack yang aku ada dan digunakan almost untuk segala apa acara, travel? gym? running event? semua aku bedal pakai bag tuh. dan aku tak paham apa relevannya aku menerangkan fungsi bag berkenaan disini. *dush!!*
Kembali ke story, di Harbourtown memang heaven. Tambah tambah pula sedang Christmas sale (kalau tak silap aku lah. tapi memang tengah sale) Certain products memang berbaloi beli. Bagi si kaki besar macam aku ni, puas hati laaaa dapat borong kasut size 11 disana. TAPI, si penulis ala ala lemau lambat pickup keperluan diri sendiri. Maka, sepasang je kasut yang telah disambar. WAIT! save cerita shopping di entry lain. Yang nyata, hari ke-3 ni memang fun jugak sebab sekali lagi melagakan segala molekul darah dalam badan di Movieworld. Ride paling kejang otak adalah Scooby-Doo Spooky Ride! Ride tu tak la melibatkan putaran 360 darjah, tapi debaran dia omakkau!! Serius nak tercabut jantung sebab dalam kegelapan yang amat, gayat, landasan dia memang kau tak nampak dengan jelas maka kau akan tertanya tanya kemana gerabak tuh nak pergi. Siap gerak backwards lagi woi tertinggal jantung aku kat dalam landasan tuh!
Berpeluang la layan aksi live dari Batman. Dan nurul kata aku dah macam paparazzi cuba nak ambil gambar sebanyak mungkin (ayat defence: angle pelbagai supaya boleh pilih gambar terbaik kelak. puii!)Oh indahnya pemandangan Batmobile lalu depan mata rasa nak tumpang je! hakhakhak
Superman punya ride ketika itu tutup untuk maintenance. KECEWA TAHU! Boyfriend i tuh off duty pulak sentap mak!
Selepas sesi menjadi kanak kanak mengejar degupan jantung super laju di Movieworld sambil posing sini sana dengan characters in the movies (Austin Power, Lola Bunny, Marilyn Monroe, Batman etc), kami pun bergerak ke masjid kot (ingatan sedikit on and off ketika itu) dan kemudian ke Harbourtown yang dah hampir nak tutup tapi tetap berjaya membeli sebijik beg merah dan sehelai blouse.
And kembali ke rumah bff di Lismore, New South Wales (erk. betul ka ni?) Oh, ke singgah dinner dulu hah?? err.... mungkin tidak sebab kami bantai makan secara pukal di salah satu cafe tuh (buffet style, halal) yang aku pun tarak ingat nama nya. Merujuk kepada website Movieworld tuh, rasa macam rick's cafe itu tapi please nanti kalau ada any readers yang nak makan disana, confirmkan semula masa nak membayar before start makan tu ye, they do have halal cert if i'm not mistaken.
Penat dan masih kenyang, maka kami beransur pulang ke Lismore.











Kos Hari Ketiga:
1. Movieworld: 79.99AUD

err.... itu sahaja info tentang kos yang dapat aku kongsi sebab al maklum, cerita kan dah basi. dah hampir setengah tahun berlalu. Apa pun, it is advisable to purchase the ticket online. Senang dan mudah. Senang dan mudah bukan sama ke hey?
Dan menurut kata sahabat, online purchase lebih saving. RASANYA lah. ^^
Dan seperti yang ku bilang dalam entry ini, nak sampai ke Movieworld (atau world world yang seangkatan keliling movieworld ni) pun mudah sebab it is also one of Goldcoast's attractions. Nah! Sebab aku tengah malas dan dah pelupa, pergi study sendiri aturan perjalan uols (if menggunakan public transport) dari SINI

oh. leka memblog, wa tak mandi lagi! wow wee carrie junior! jom mandi! ayuh!! 

Till then, 
Hooroo!! ^o^v

NOTA LAGI: Susunan gambar agak bersepah dan aturan ayat dan segala penekanan dalam ayat (italic, bold underlined bagai) turut segan diselenggarakan sebab .... sebab saja! mwahahaha! Harap maklum! peace yaww!

No comments: