Assalamualaikum.
ohoi! i'm back! feewit!
Okay. Wajar di beri pelempang cik penulis ni kan. Entry travel Aussie terbengkalai setakat hari kedua sahaja. Dah selamat terbang ke Sabah dan menanti the next trip dah pun, masih tak update trip tahun lepas itu. Oh sungguh pemalas!
"Blog? apa itu?" dush!
Dengan masuknya entry ini, semoga rajin kembali mencoret pengalaman kehidupan sehari hari. Basically, kehidupan rutin sama setiap hari, tapi tak bermakna kehidupan aku sangat bosan, mind you!
Have tried lots of new things recently, and Alhamdulillah, kehidupan amat menggembirakan.
Resah gelisah, perit getir, sedih gembira semua rencah hidup yang memberi warna dalam kehidupan seharian. (dan kenapa ayat aku malam ni semacam makin menjurus ke format buku teks sangat ni?)
Angin mana entah tiup, tapi hati rasa tercarik carik untuk tulis topik seperti yang tertera. Mungkin sebab banyak siri kejadian berlaku di sekeliling, sama ada dari drama, realiti atau pun pemerhatian.
Tajuk entry ni serasa aku simple saja. Tapi hamba Allah macam aku ni selalu lupa. Lupa tentang konsep qada' dan qadar, dan mungkin juga lupa untuk sentiasa bersyukur.
Rezeki, jodoh, ajal dan maut tu adalah antara rahsia Allah yang sukar kita manusia ni nak kupas sendiri melainkan Dia mengizinkannya.
Oh, sebelum ada yang hentam aku, baik aku clarify siap siap.
Apa yang aku tulis tertakluk kepada pendapat random aku, sekadar melalui ilmu pengetahuan yang tak seberapa. Maka sekiranya ada yang bercanggah, feel free to correct me. Sebab aku tau, kita manusia perlu saling ingat diingatkan. :)
Kembali kepada topik.
Allah itu Maha Adil. dan Maha Mengetahui.
dan rezeki yang Dia nak kasi kepada kita manusia ni, berbeza beza.
Usaha kan tangga kejayaan. Allah takkan hampakan umatNya yang berusaha.
Tapi, kadang kadang hasil usaha kita kelihatan tak setimpal dengan penat lelah yang dah kita curahkan. Ye ke? Kita nilai balik 'penat lelah' kita tu.
Betul kita ikhlas curahkan keringat kita dalam usaha kita itu?
Entah entah, mungkin kita sering merungut?
Atau barangkali kita selalu berkira kira sangat?
Mungkin jugak kita sering buruk sangka banyak perkara?
Wallahualam. Siapalah kita untuk persoalkan kurniaan Allah untuk kita.
Bukan lah bermaksud kita serahkan je apa pun yg Allah nak kasi kita.
Untuk APA sekali pun, biar soal rezeki, jodoh mahupun ajal dan maut, tertakluk kepada usaha kita.
Contohnya, ajal dan maut, itu rahsia Allah juga. kita tak tahu bila waktu kita yang dah tertulis.
"Dah tercatat tarikh mati kita. Buat lah apa pun, jatuh basikal pun boleh mati kalau dah sampai waktu"
Meh sini aku nak lempang boleh? Kan dah bilang tadi, itu rahsia Allah. Dalam soal ajal maut ni, kita masih boleh berusaha. Bagi aku lah, kita berusaha jaga kesihatan, pun satu usaha memanjangkan umur untuk lebih bersiap kembali kepadaNya. Tapi kalau dah Allah tarik juga nyawa dalam keadan kita berusaha sedaya upaya memelihara anggota yang Allah pinjamkn ni, sekali lagi, itu rahsia Allah. Perlu ke nak persoalkan?
itu hak Dia.
Kalau jaga makan jaga minum, tapi tetap dapat penyakit kronik bagai, itu rahsia Allah. Mungkin kalau tak dihidap sakit kronik tu (CONTOH, mind you), kita lupa nak bersyukur. Kan tu tanda Allah sayang kita?
Rezeki?
"Dia tu, kaki bodek... tu pasal bos sayang! kita keje separuh nyawa, apahal lak dia dapat benefit lebih?! panas ati den!"
Sini ekau, den tangan kan ekau nak? kan dah bilang, itu rahsia Allah.
Sekecewa mana pun kita dgn hasil usaha yang kelihatan tak setimpal, jangan kalah dengan hasutan syaitan.
Sedih kecewa marah, tu semua usaha syaitan nak bakar kita ke level yang satu lagi iaitu hasad dengki. Nauzubillah.
Tak semua orang mampu menjana pemikiran positif. dont get me wrong, optimis dan pessimis dua dua ada kelebihan masing masing. tapi bersederhana dalam segala hal. Pandangan negatif tak semestinya tak berguna. tapi jangan biarkan pandangan negatif tu menarik kita jatuh kebawah, apatah lagi, jangan sampai kita bertindak lebih jauh menyakiti makhluk Allah yang lain.
Bab rezeki, senang je, usaha kuat, ikhlas, letak tepi "calculator" tu (ehem. metafora la kunun. sebenarnya nak cakap, jangan dok berkira sangat) dan Lillahitaala, insyaAllah, Dia kurniakan yg terbaik buat kita dari pelbagai simpang (tak semestinya dari highway utama yang kita lalu tu)
Petang tadi, ketika sedang tunggu pc aku yang hebat kat opis tuh (hebat secara sarkastik ye. harap maklum. pfft! render kadang2 mencabar kesabaran la hey!), kenalan di opis berseloroh bisik kat aku,
"apa pasal lu tarak naik pangkat?"
ayyo amoi! sentap hati mak nak! T_____T
haha. i just laughed at her question. *sentap skejap gak ah. tapi, what everrr!*
But she did make me think hard.
Hey, betul jugak dia cakap kan. apasal aku tak naik pangkat? asal asal asal? grrrr.
PANG! lempang diri sendiri.
Hahaha. well, itu rahsia Allah. (aku rasa, berulang kali aku sebut "itu rahsia Allah". kalau tak tersampai jugak point aku tatau ler)
Aku percaya pada rezeki yang Dia dah janjikan.
Mungkin usaha aku tak cukup, dan tahap itu je yang selayaknya aku.
Haruslah aku giatkan usaha aku kelak.
Mungkin jugak aku banyak "mencuri" ketika aku bertugas, sebab tu Allah kasi level itu saja.
Wallahualam. Elakkan lah dari kita berburuk sangka pada yang lain, lebih baik kita nilai diri kita daripada kita kalut nilai orang lain. Takut juga, kalau kita compare org lain dengan kita, mana tahu timbul unsur unsur iri hati atau hasad dengki. Ya Allah, mintaaaa dijauhkan sifat tu. Lebih baik kita compare DIRI kita dengan orang lain. HAH! lain tahu! kalau kita compare orang lain dengan kita, kita cenderung untuk listkan kelebihan kita berbanding orang lain, dari situ, mungkin datang riak segala. Ampuuuun! minta dijauhkan!
tapi kalau kita compare lebihnya orang lain daripada kita, kita mungkin boleh kenalpasti mana kelemahan kita lalu bertindak memperbaik DIRI kita.
Ingat, lain orang lain corak rezeki dia. tak perlu jaki dengki sama orang lain kenapa dia dapat lebih kenapa tak kira walaupun kita rasa usaha dia dan kita sama kuat. Fokuskan kepada DIRI kita, sebab Allah dah beri tanggungjawab kepada kita untuk memelihara diri sendiri sebelum kembali kepadaNya, itu termasuklah memperbaik segala kekurangan yang kita ada, but that does not mean we have to drag people down to make us look brighter, no?
Panjang sudah bebelan aku. Sebelum makin pening dengan ayat ulang ulang ulang aku ni, baik aku stop.
Cuma yang aku nak sampaikan, segala contoh yang aku sampaikan diatas applicable dalam usaha kita dalam soal rezeki, jodoh serta ajal dan maut. Kita usaha sedaya mampu mencapai apa yang patut. dan paling penting, dengan ikhlas dan kerana Allah Taala. Come on kawan kawan, masing masing mempunyai potensi, maka serlahkan ia. Untuk dapat kan sebijik kelapa, kita boleh panjat pokok kelapa tu, dan biarkan ia berbuah lagi kelak, tak perlu sampai nak tebang terus pokok itu, kan? *FINE! quote aku macam lari dari landasan topik entri ni la pulak. i don't care. as long as i know what i mean, and i hope readers (if any. sobs!) got what i meant too! insyaAllah* ^^
till then, let's move towards success! ^^
Wassalam
2 comments:
Read.. I love this entry.. =).. From Q' Irfan (Brunei)
thank you! Alhamdulillah,just sharing some self-reminder ^_^
Post a Comment