Saturday, April 02, 2011

Kalau consume kunyit, jadi hyper

As salam.

Ye. Dahulu kala, aku bersama rakan rakan studio, terutama rakan rakan serumah memang mempercayai suatu mitos bahawa pengambilan kunyit dalam makanan boleh mengakibatkan pemakan itu menjadi hyper. Semua gara gara seorang daripada kami yang sangat suka order nasi goreng ayam kunyit ketika kami keluar makan, beliau seringkali menjadi hyper setelah selesai makan. Maka, mana mungkin kami tidak mempercayai hipotesis kami itu!

Dan setiap kali sahabat itu menunjukkan gejala hyper beliau, kami langsung tanya,
"Finaz (bukan nama sebenar), tadi lunch ada makan masakan berkunyit eh??"
Tapi. Comel bukan lelucon kami itu.
Tak?
Ye tak apa. Aku pasrah.

Ok. Apa motif pulak aku cerita pasal hyper?
Tiada motif.
Mungkin rindu dengan rakan rakan studio.
Walaupun sekarang sedang hidup bahagia, tapi tetap rakan rakan lama dirindui belaka.
I do have different sets of friends. Semua kategori ada ciri tersendiri.
dan boleh kata, setiap satu set ada keistimewaan tersendiri.
Contoh, set kmk, set radio bergerak. Bila ada cerita sensasi daripada salah satu kami, terus satu geng akan sedia termaklum dengan pantas. Especially if its good news.
Hoi! Kau fikir hartis dengan kontroversi je ada sensasi. Weols pun sensasi hoccay!

Set sri aman pulak, set manja.barangkali, kerana kami perempuan perempuan belaka, maka we're more cuddly cuddly among us. memang dengan set sri aman, stok stok ayu belaka (erk. Kecuali yours truly. Sobs!)

Ada set mrsmbp, ukm, archustic, opis feruni. Semua berbeza ciri.

Namun, satu sahaja persamaan mereka semua yang amat ketara;
Mereka semua adalah nadi senyuman sehari hari aku. Well, they're the precious bunch of people that keeps me going everyday!
*ratu drama dah mula pasang layar*

Sekian. Jom tido secara laju! Satuuuu.... Dua.... TIGA!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

Suehaily Mohd Jiwa said...

kamu jua nadi senyuman kami di sini.huuu
bertambah senyum lagi kalau join dinner red wok!jomss la

fara-D said...

Mmg laaa mahu join. NAK sgt. But mmg truly jujur ni weekends akak full blaka.