Friday, April 29, 2011

Reunion Trip

As salam. Hey people! My girls and I have just arrived in Tawau. And we're on our way to Semporna. Am so excited coz we'll be having a good time in Mabul. Let's just hope the trip goes smooth and one of the most exciting trips.

Ok fine. I don't know what to do now (in the van on the way to semporna). Nak hambik gambor sah sah nampak segala rumput tepi jalan ni kan *mata ke atas, tangan didada*

Ok. Till then. Toodles!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Tuesday, April 26, 2011

Realistic

Ok. Just a quick one.

A few things I have to keep track:
1. Lakukan perubahan secara perlahan lahan.

2. Bersabar. Perubahan drastik hanya membawa keburukan. Maka, sabar itu amat penting.

3. Mulakan matlamat dengan sederhana, dan teruskan usaha. Pendek kata, perlu satu matlamat yang realistik dan praktikal.

4. Dapatkan panduan pakar. Banyakkan membaca, or get a personal trainer (tapi $$$ adalah faktor kritikal. Maka, I shall resort to reading materials first)

Dan

5. Tambah pengetahuan. Again, kumpul ilmu dengan bacaan.

Fine. Mari buat pengakuan disini.
Aku suka baca artikel artikel kevin zahri. Especially those tips from iluvislam.com.my tuh. Titik.

Sekian. Selamat malam kawan kawan! ^.^v
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 25, 2011

Saya sepasang seluar jeans

Assalamualaikum.

Ni apahah sejak dua menjak suka buat karangan bahasa melayu UPSR jenis gambaran gini nih? T-T

Fine. Memandangkan mata dah layu, tapi tetap tak mampu pejam dengan tenang selagi tak update entry mengenai sepasang jeans, maka berbaringnya saya disini ingin menegaskan lagi hujah saya...

...
Wait.
Sekali lagi, farah diana ini wajar dilempAng.

*PANG!*

Adoi! Ok fine. Ce cite ce cite *sambil meneruskan penceritaan dengan pipi lebam dilempang diri sendiri sebab kerapkali lupa diri.sobs*

I used to have a pair of jeans that I love so much. And somehow, after a visit to tangkuban parahu a few years back during study trip,the jeans somehow terkakis. Entah bergesel kat bahan kimia apa ntah sampai bleh terkakis.
,
Disebabkan aku selesa dengan seluar itu, aku beli yang sebijik sama bagi mengganti seluar tersebut. Dan setelah the 2nd pair tamat riwayat, aku tetap cari yang sama. Means, I have had three pair of jeans of the same brand and size. Dek tigo tigo pasang dah cacat cela, hati ini remuk redam merajuk takmo beli jeans dah.

Tapi lama2, sebab nak sebijik seluar yg lasak sket utk casual, cari jeans semula. Found the fit size and menawan kalbu design nya di liz clairborne. Ye. Taste tak nak hagak hagak kan. But rm 400 for a pair of jeans semacam kalis rinduuuu oh kalis piluuuuuuu!

Dan langsung... Ting ting ting! Timbul idea konon bernas. Inspired by the patchwork shawls. I have two patchwork shawls that I loveeee sgt. So, if a shawl can be made of a patchwork, why not jeans?

And tadaaaa! Thus seperti dalam gambar terhasil. The attached pics are of before and after. And ... Well.. I don't give a damn on how people will react on the design (tapi comments are always welcomed, co criticisms and comments are important phase of any design development.tuh dia...dah macam assignment rekabentuk senibina la pulak) I think it does look a bit weird, but for a first-timer, I think I am truly satisfied with my artwork. Peace uols! Good nite people. Zzzzzzzzz...
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Friday, April 22, 2011

Bel dan Tam

Assalamualaikum.

Hello uols! How are u? I'm fine thank you.


Fine. Makin lama makin skema ayam aku ni kenapa? *sobs*

Oh. Hari ni nak bercerita tentang haiwan peliharaan. Yang mana haiwan yang paling kawan saya geruni.
Hai puan nurul! Anda sihat? Kih kih kih (gelak bajet innocent)

Tam is the mummy and Bel is the baby.
Tam adalah singkatan bagi hiTam.
Serius. Hitam amat si Tam neh. Sampai kan bila nak shoot gambar beliau, tak boleh. Dan message "subject too dark" akan muncul di lcd screen kamera tersebut. Sedih bukan? Maka, kamera phone jugak hebat menangkap gambar Tam! See see! Sapa kata slr best sangat (in denial statement sebab tak reti guna dslr.sobs)

Bel pulak adalah singkatan BELang (tapi sebutan nama bel adalah seperti BELL. Alaaa... Loceng tuuuhh. BELL rings dingdongdingdong)
Mak aihhh. Bel ni comel sangat. Paws beliau sangat menggeramkan. Cam ghimau pon hado. Tapi buas nya diaaa ya Allah geram jugak oi. Kalah kenakalan mak dia di usia beliau tuh.
Mummy (mummy as in mak AKU, bukan si Tam mak Bel tuh.ish ) asyik bengkek gerammm je sebab Bel suka bikin kecah. Hiyaaargh! Kadang nak bersilat je bila dia terbalikkan dustbin kat luar bilik kat atas tuh. Grrrr

Tapi, dek kerana kasih sayang mummy (again, mummy AKU.pffft) kepada Tam dan didikan yang mummy kasik sejak Tam kecik, membuatkan Tam faham dan dengar kata. Amazing I shall say.

Tadi, mummy cerita kat aku, siang tadi mummy geram sangat Bel buang air merata rata bersepah. (Tam dah di latih buang air hanya di sandbox) Bel pulak, puas mummy train tapi seperti yang diberitahu tadi, si kecik tuh degil!!
Dek kerana geram sangat, mummy pulas (pulas manjo jeee) telinga Tam dan kasik warning kat Tam:

"Tam! Ni nak habaq mai, hang ajaq sket anak hang tuh berak dalam pasir ni! Dok buat sepah pasai pa? Ajaq sket! Hamboih besa neh!"

Amazing nya, sejurus mummy cakap camtu pada Tam, Tam terus berbunyik bunyik pandang anak dia, Bel, dan kelihatan seperti memarahi anaknya itu. Aku kagum. Tam tak back up anak dia! Dia marah weh anak dia!hahaha.

Dan disuatu ketika yang lain, ketika Tam dan mummy kat dapur, mummy bertanya pada Tam:

"Tam! Mana Bel anak hang tuh? Dok atas ye? Panggil dia turun!"

Dan sejurus selepas itu, Tam mengiau dan zuuuuuus! Bel pun muncul berlarian turun dari tingkat atas!

Well, Bel masih degil tak dengar kata kitorang lagi. Tapi syukur ada Tam yang agak well behaved!

Baiklah.sekian tamat karangan subjek bahasa melayu spm saya bertajuk "Saya Seekor Kucing".

T__________T

But then again, aren't these cats cuteeeee! ^.^v. Sekian.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 20, 2011

Berganti Hati

dinyanyikan oleh Anggun.

on the loop.

memang betul. kena ganti hati. fuh! deep meaning kan.

 

 

 

 

tak berkaitan dengan tajuk mahupun lagu berkenaan. tapi. sekarang. aku SANGAT perlu terapi mental.read: kawan kawan kesayangan. be it the ukm-s, the kmk-s, the mrsmbp-s or sriamanians (oh. i bet sri aman punya friends i dont really have lots of close friends back then. sobs)

 

 

note: kadang kadang, badut pun boleh jadi emo. sekian.

Wednesday, April 13, 2011

down memory lane

As salam.

Gara gara entry ini dari sahabat seperjuangan zaman uni dahulu,

terus terimbas kenangan lama.

Speechless sebenarnya. sebab terlalu rindu aktiviti gila gila muda remaja dahulukala.

Semua aci redah. sesuka hati.

tangkuban3

 

rinduuuuuuuuuuuuuuu….rindu serindu rindunyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa….

 

tuh dia. dah start pasang karaoke pulak. sekian

p/s: puan nurul haizum, cik farah diana sentiasa rindukan anda. anda juga merupakan salah satu anugerah Allah yang amat berharga dalam hidup yang sementara ini. biar kita jauh, biar kita jarang berbicara, biar kita terpisah oleh jarak dan masa, ikatan halus yang dah kita simpulkan sejak dulu tetap kukuh sampai bila bila. insyaAllah. thank you, Allah, for granting me you as one of my precious gifts! ^.^v mwah mwah!

Tuesday, April 12, 2011

update[s]

As salam sekalian alam.

Fuh. Straight to the point, there are a few things been bothering bout my dear BoBo (this blog):

satu. links kat kanan nih. ada a few yang tidak valid. ada juga yang tiada. eh. ye. ada nak update rakan-rakan lain yang mana baru sahaja aku sedar kewujudan blog mereka (kasihan. maafkan penulis blog ni ye, beliau bab bab up-to-date sememangnya FAIL!)

dua. updates. ye. dah bermacam macam aktiviti menarik (kot) yang telah dilalui yang serasa teruja mahu dikongsi di blog tapi ada tapi. see? penyakit M tuh memang setia melekat lah. *sobs*

tiga. singgah menyinggah. oh. aku suka menyinggah di blog rakan rakan terdekat. memang suka. rakan tak dekat pun. asal blog tuh menusuk citarasa aku, memang tanpa jemu aku jemu. eh. tanpa jemu aku jenguk. jenguk je lah. nak drop comment, aduilah, atas sebab sebab tertentu, susah sikit nak meninggalkan tapak.

*erk. perlu ke farah? aman bahagia lagi blog mereka kalau ko tak sibuk sibuk tinggalkan komen.huh* diam kau Bo, DIAM! kasik chance aku berdrama sekejap <----- monolog dalaman. mental betul!

baiklah. cukup tiga point. sekarang,izinkan penulis menyediakan bahan untuk update seterusnya ya! good night, sweethearts!

*erk. kata nak sediakan bahan, tapi wish goodnight! nampak sangat kelentong mak henon – BoBo

*aku kata DIAM KAU, BO!! <---sekali lagi penulis diserang sakit mental. pffft!

Saturday, April 09, 2011

Tidur

As salam.

Tossed and turned quite a number of times.
Tried everything possible to make myself asleep.
Tried switching off the lights. Tried switching it back on. Tv on tv off. Aircond on and then off.

But.
The eyes are still wiiiiide awake.

Hello eyes, can you two shut for now. I need the sleep so badly.

Oh fine. Maybe I should do some reading.
Yes.
Now I know why I couldn't get myself to sleep.
That is, I forgot to do my task as an...eheem...self-proclaimed-editor for a bff who is working hard to get her manuskrip done. Well people, come join me pray for her, will ya? A talented writer and perhaps, a famous author one fine day.
Amin.
Toodles noodles! ^.^v
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Wednesday, April 06, 2011

Pernah tak?

As salam

Anda pernah tak,
Taip mesej ringkas di telefon bimbit anda, dan kemudian gigih tunggu balasan sambil tersengguk ketiduran? Padahal hakikatnya, anda terlupa tekan "SEND".

Lebih dahsyat lagi,
Anda terasa mimpi anda berbual dengan mummy atau abah anda malam (atau siang juga) ketika anda sedang qada tidur sangat real dan semacam wajib dilaksanakan seperti apa yang anda mimpikan itu tapi pesanan tersebut seakan tidak berapa jelas, ye la, mimpilaaa katakan.
Yang mana, hakikatnya, memang benar mummy atau abah anda telefon tadi dan suruh balik hujung minggu hantar servis kereta (contoh).

Atau mungkin perbalasan sms dengan sahabat anda bertanya tentang dah tonton toystory atau belum, tapi anda balas no no toystory naik lorry.
Dan seminggu selepas itu, ketika anda sedang clearkan inbox telefon bimbit anda, anda tergaru garu membaca mesej toystoRy sahabat anda dan mereply apakah anda sudah reply mesej pertanyaan sahabat anda itu.

Lagi seronok,
Anda pernah tak, tulis blog entry dengan mata separa terbuka, dan dari sebaris ayat ke ayat seterusnya banyak kali anda backspace sebab tersilap perkatan 'benar' ditulis 'beran', perkataan 'perkataan' ditulis 'petakaan', malah, kedua kali pembetulan pun tertulis 'perkayaan'.

Pernah?

Baiklah. Saya mengaku, saya PERNAH sedemikian.
Terutama ketika zaman study dahulu kala. Sekian.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, April 04, 2011

Cinta Sejati

As salam semua.

While i was blogwalking, in some random blogs, and in dear friends' blogs, private and public blogs, i came across this quote;

"Cinta sejati adalah saat kau bahagia melihatnya bahagia bersama insan lain, namun kau masih tersenyum dan berkata "aku bahagia dengan melihatmu bahagia""

klise?
drama sangat?
too hard to be true?

well. lain orang lain pendapat barangkali, tapi kadang kadang how amazing our different perspectives can intersect at few unique points. no?

pernah tak kau berdiri di satu majlis perkahwinan, dan kau tersenyum lihat pengantin berarak ke pentas persandingan?
atau airmata kau hampir menitis ketika lafaz nikah selamat dilangsungkan dan kawan kau sah menjadi suami isteri?
atau mungkin tersenyum sendiri melihat album gambar perkahwinan yang cantik dan kagum sangat?
atau pun, kau rasa melayang sangat bila menonton video wedding from whatsoeverphoto team yang sangat unique dan comel dan indah dan sebagainya?

pernah?

tahu tak, sebenarnya, video video tu, gambar gambar tu semua biasa sahaja. tapi kerana Cinta Sejati yang ada dalam diri kamu, itu yang membuat semua yang kamu tonton dan lihat tu menjadi sebuah kisah yang sangat indah.

TUNGGU! sebelum kau sesedap tembikai susu (fuh! lama tak makan honeydew!esok nak carik lah!) nak cemik muka bagitau aku ni tengah berdrama bagai, tetiba sawan nak jadi doktor cinta, atau meng-assume penulis sedang hangat dilamun cinta dengan si polan bin si polan, baik tahankan cemikan muka anda itu. baca dahulu what i have to say! HAHA

yup. memang aku di lamun cinta. dah sekian lama dilamun cinta.
apa?
siapa that SPECIAL SOMEONE?
meh join aku gelak.
sebut CINTA je kau fikir the opposite gender. ish korang ni. mind setting very derr ok!

cinta tak tertakluk kepada satu sudut sahaja.
ye.
cinta bukan hanya untuk sang teruna dan dara sahaja.
bukan untung ayang dan cayang atau honey dan bee! *erk?*
kita ada Dia, Pencinta kita paling setia.
kita ada mummy dan abah kita, yang senantiasa mencintai kita.
kita ada kakak abang adik kita, yang kita boleh gantung harap cinta kita.
dan kita ada kawan kawan sekeliling kita untuk kita kongsi cinta kita.
dan, kita ada diri kita sendiri untuk kita cintai. sebab kalau kita tak cintai diri kita sendiri, yang mana kita juga merupakan salah satu kejadian Dia yang sempurna, macam mana Dia nak cintakan kita?

dan berbalik kepada quote pada perenggan awal entry ni,
yes. ada benar juga madah tu.
kalau benar yang kita tersenyum melihat insan itu bahagia, be it our friends, our ex lovers, our sister brother cousins, if we could do as what was quoted (which is smile and say...), maka benar belaka itu cinta sejati kita. andai kata kita melihat seseorang tu sedang bahagia namun tidak mampu tersenyum dan berkata "aku bahagia melihatmu bahagia", harap maaf, itu BUKAN cinta sejati kita. put a stop, move on. sebab, cinta sejati akan membawa perasaan bahagia, bukan derita.
kawan kawan, misal kata kau rasa sakit melihat album gambar facebook bekas kekasih kau dan kau rasa nak bunuh beliau sebab beliau kelihatan bahagia sangat, come on sayang, it's not worth it. you, too, deserve all the love in the air. so just chill and have faith in our Ultimate Lover, Dia Yang Satu.

p/s: heh. tak tau angin apa dah ni entry very the cheesy lovey dovey gitu. sumpah baca balik mungkin tergelak sakan haku! but then again, just my two cents. u too have your own definitions on lots of things kan? just suddenly tonight i would love to define LOVE from my perspective. peace people! ^.^v

Saturday, April 02, 2011

Kalau consume kunyit, jadi hyper

As salam.

Ye. Dahulu kala, aku bersama rakan rakan studio, terutama rakan rakan serumah memang mempercayai suatu mitos bahawa pengambilan kunyit dalam makanan boleh mengakibatkan pemakan itu menjadi hyper. Semua gara gara seorang daripada kami yang sangat suka order nasi goreng ayam kunyit ketika kami keluar makan, beliau seringkali menjadi hyper setelah selesai makan. Maka, mana mungkin kami tidak mempercayai hipotesis kami itu!

Dan setiap kali sahabat itu menunjukkan gejala hyper beliau, kami langsung tanya,
"Finaz (bukan nama sebenar), tadi lunch ada makan masakan berkunyit eh??"
Tapi. Comel bukan lelucon kami itu.
Tak?
Ye tak apa. Aku pasrah.

Ok. Apa motif pulak aku cerita pasal hyper?
Tiada motif.
Mungkin rindu dengan rakan rakan studio.
Walaupun sekarang sedang hidup bahagia, tapi tetap rakan rakan lama dirindui belaka.
I do have different sets of friends. Semua kategori ada ciri tersendiri.
dan boleh kata, setiap satu set ada keistimewaan tersendiri.
Contoh, set kmk, set radio bergerak. Bila ada cerita sensasi daripada salah satu kami, terus satu geng akan sedia termaklum dengan pantas. Especially if its good news.
Hoi! Kau fikir hartis dengan kontroversi je ada sensasi. Weols pun sensasi hoccay!

Set sri aman pulak, set manja.barangkali, kerana kami perempuan perempuan belaka, maka we're more cuddly cuddly among us. memang dengan set sri aman, stok stok ayu belaka (erk. Kecuali yours truly. Sobs!)

Ada set mrsmbp, ukm, archustic, opis feruni. Semua berbeza ciri.

Namun, satu sahaja persamaan mereka semua yang amat ketara;
Mereka semua adalah nadi senyuman sehari hari aku. Well, they're the precious bunch of people that keeps me going everyday!
*ratu drama dah mula pasang layar*

Sekian. Jom tido secara laju! Satuuuu.... Dua.... TIGA!!
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone