Monday, February 14, 2011

runny nose and work

As salam everyone!

oh. today have been quite slow for me as i am not feeling quite well. boo hoo! nevertheless, thank you Allah for blessing me with sickness, yes, sakit itu kan penghapus dosa. semoga timbunan dosa yang aku kumpul sebagai seorang manusia biasa ini berkurang sedikit dengan sakit yang aku tanggung ini. insyaAllah.
speaking of SLOW, yes, i am. the whole day. in fact, upon writing the title of this entry, i mispelled "work" with "wrok" and "speaking" (the first word of this particular sentence) with "sepaking". how tragic is that??? *sobs*

work today have been quite slow too. but fortunately i managed to clear out one project before signing off today. yay for me!
erk. but then again, sakit sakit dan kerja kerja pun sempat kau online window shopping kannn!

bila kerja sambil sakit sakit begini, teringat pula gaya buat kerja ketika zaman uni dahulukala.
al maklum lah, zaman study. serba serbi ala kadar belaka. ala kadar pun, ha kau, dengan rak yang transform jadi meja nya. dengan meja kecik lipat lipat nya. boleh tahan. itu kalau di bilik. kalau di studio, lagi lebih lengkap barangkali. rasanya, lebih banyak tidur di fakulti kalau nak dibandingkan tidur di bilik. tanya lah mana mana pelajar dan bekas pelajar sealiran dengan aku, pasti pengalaman sama diceritakan. sebenarnya, kadang kadang kalau kita kaji betul betul, senario tidur di studio tuh tak perlu ada pun tak apa. tapi, entah. semacam sudah menjadi sumpahan budak archi jadi penunggu fakulti/studio. kamilah penunggu, kamilah hantu. *aku tak...dorang je. lalalala*
budak archi lain, aku tak tahu lah. tapi aku dengan beberapa yg rapat dengan aku, rutin kami memang selalunya jadi penunggu. subuh subuh nanti, time orang bangun bersiap siap nak pergi kelas, kami dengan muka tak siap ni akan serang cafe fakulti. sampai makcik dan kakak kafe dah lali sangat dengan muka busuk kami ni makan dengan senang hati pagi pagi sebelum pulang ke kolej masing masing untuk mandi dan turun semula ke studio (err...kadang kadang...untuk sambung tido di bilik). makcik siap dah kenal nama kami dan boleh teka belaka kami dari studio atau dari bilik (occasionally, we do go back to our rooms to sleep at nights).
itu kisah studio.
kisah aku?
sekali lagi, orang lain aku tak tahu. mungkin mereka punya gaya yang lain.
tapi aku, yang aku perasan lah, ada gaya buat kerja yang merapu sedikit.
menjelang tahun kedua (err...ke tiga hah?), laptop yang BANYAK berjasa semakin nazak, maka membuat muka kesian yang wajar dilempang lempang kat abah untuk menyumbang sedikit dana untuk membeli desktop untuk teruskan perjuangan. walaupun begitu, aku tetap degil usung kehulu kehilir laptop antik tuh. sebab?
sebab aku memang tak reti kekal satu kedudukan untuk buat kerja.
ye. aku ni fokus tak lama. jadi, setiap kali bosan je, memang aku pergi kacau orang atau jeling jeling kerja orang, atau paling kurang, aku pusing keliling meja sendiri.
dan makin lama, makin mencabar kesabaran itu laptop, maka, aku pasrah dan meng-fully utilizekan kemudahan desktop yang sudah ada.
nama pun desktop, memang atas desk lah jawabnya.
tapi, sebagai seorang farah diana, memang degil. tetap membantai desktop serupa seperti laptop.

1. bawak naik turun desktop dari bilik, ke studio, ke bilik semula, ke studio semula, seolah olah desktop tuh boleh sumbat dalam bag serupa laptop sahaja. kejadian sebegini akan berlaku dikala penggunaan studio dihujung minggu tidak diluluskan. ataupun sekiranya sensorang distudio dikala studio bukak 24jam, tapi tak ada sapa yang menghuni studio untuk diharapkan untuk melihat lihatkan keselamatan barang barang berharga.

2. instead of bekerusikan KERUSI, desktop ku berkerusikan KATIL. macam mana? setting desktop atas meja aku bikin menghadap katil. especially ketika dapat bilik yang besar tuh, memang katil dan meja bergabung terus. serupa macam, kalau aku nak tdo, memang boleh terus adjust sudut engsel pinggang ni dari 90 darjah kepada 180 darjah secara serta merta dan begitu juga sebaliknya. kalau aku menyampah tengok kerja, dan tekad nak tdo, aku tolak je meja menjauhi katil.

3. kerja sambil meniarap. ye. ini terjadi kepada kebanyakan pemilik laptop yang lain. KEBANYAKAN. tak semua. harap maklum.
apa cerita aku, tadi kata desktop, bukan?
yes. tips nya, kau bentang tikar atas lantai studio, bawak turun monitor dan keyboard dan mouse sekali. dan buatlah kerja seolah olah kau sedang bekerja menggunakan laptop. nak lebih selesa, sertakan bantal sebagai pelapi dagu.

4. pabila otak jammed, dan mata berpinar pinar, ambil sunglasses pink anda dan pakaikan ketika mengadap lukisan anda. dijamin.gila. lebih berkesan kalau sunglasses anda tak terlalu gelap sebab nanti kau nak tengok drawing kau macam mana, dol! lebih afdhal katanya kalau sunglasses anda itu mempunyai lapisan pelindung uv. bukan kah baik untuk mata? untuk kes kes seperti kerisauan kehilangan idea yang membuak buak kononnya, sertakan sekali helmet member anda yang mempunyai motor.ye. yang mempunyai motor. bukan yang mempunyai kereta sebab kawan anda yang mempunyai kereta sudah tentu tidak mempunyai helmet sebab apa natijahnya beliau nak pakai helmet ketika memandu. kerajaan mengesyorkan pemandu kereta memakai tali pinggang keselamatan ye, bukan topi keledar.

5. dan memandang kan point no 4 sudah mula menampakkan unsur unsur kurang waras, dan demi mengelakkan bolg ini mencapai kategori blog sampah, izinkan aku mengundur diri. itu menandakan penulis sudah semakin parah kesakitan yang dialaminya.
pesanan penaja: walaupun point point yang telah diutarakan seakan tak logik, tapi sememangnya itu yang berlaku di kala zaman study penulis dahulu kala. mungkin ada yang pernah turut mengalami pengalaman yang sama, atau mungkin ada pembaca yang mengalami pengalaman atau kaedah yang lebih efisyen. kalau sudi, jom la kongsi bagaimana gaya hidup kau zaman uni dahulu. ;)

baiklah. selamat malam kawan kawan.
dan salam maulidur rasul buat semua.

1 comment:

Aliesha Kirana said...

hahaha..sonok bc exprience farah.. ella xde lak smpai cmtu..tp ble final year, nk siapkan project, guna lab untuk FYP. tp bukan buat project, buat project donlod movie.. (-_-")