Wednesday, February 02, 2011

my status in year 2010

Salam Semua.
oh seronok! hari ni dah start cuti! tidor sampai lebam!! muahahaha.

eh tidak. tetap bangun awal. errr....jam 9am kira awal, bukan? hahahaha
malam semalam, gigih mengaplikasikan My Status in Year 2010 kat facebook tuh.
Akhirnya, berjaya view. kahkahkah. nampak sangat loser menda alah tuh pon tak reti guna! ngahahaha.

dan setelah berjaya, gigih baca setiap status yang dipost sepanjang tahun lalu.
fuh! banyak status emo rasanya tahun 2010. kahkahkah.
tapi, ada satu status yang aku post yang pada perkiraan aku, agak wajar dan relevan dengan hidup hari ini.

Nah. cuba lihat gambar dibawah ni:


rujuk status yang didalam lingkaran merah itu.
oh tak tak. bukan apps fb yang tolong buatkan bulat merah tuh, aku sendiri buat kan line merah tuh dalam Paint. erk. sunggoh lah rasa tragis edit gambor guna Paint instead of Photoshop. sobs!
read: MALAS.

yes. apa terjadi ketika itu?
oh. disebabkan sedikit rasa kurang keyakinan diri untuk meneruskan karier dalam bidang yang dipelajari suatu ketika dahulu, macam macam jenis pekerjaan aku apply menerusi Jobstreet. macam macam ok.
but mostly, aku apply as Interior Designer. sebab at least, tak lari sangat daripada bidang asal.
dan PELBAGAI jenis pekerjaan aku apply. saja nak test market dan tengok apa yang bersesuaian dengan jiwa. katanya.
graphic designer pun aku apply. kahkahkah. sungguh tak kena ok. dengan skill sangat minima ada hati tuh nak apply graphic designer. ceh ceh!
interior designer. ok lah kot. tak lari banyak but still, its a whole new thing. memang basic ID aku agak ZERO. harapkan projek semester 4 aku tuh je lah sebagai panduan asas. tu pun, projek minor. sobs lagi!
erk. i even applied.....


....


CIKGU TADIKA!
now, sila ketawa berdekah dekah. sila sila silaaaa! T____T
experience: about three weeks (or less kot). sebab tolong jadi cikgu tadika kat tadika yg dioperasikan oleh sepupu aku. lucu bukan? but those kids were adorable. oh. that time, i was assigned to take care of the 3 & 4 year olds. there were only two of them. both adalah cousins. a girl and a boy. the girl sungguh pandai bercakap. pandaiiiii sangat. suka sangat dia! dan rajin! dengan aku tak reti mengajar, dia yang datang bawak buku kat aku ngajar aku abc. *mak down skejap!*
yang cousin dia plak, sungguh tak reti bercakap. tapi manja. sangat manja. haha. on my last day, dia macam tahu tahu pulak aku last dia. meragam tak tentu pasal. dan melekat je. tak mahu lepas. nak dukung je. dah pulak, dukung tak mahu aku duduk. aku di minta berjalan. once aku duduk, walaupun tak lepas dia dari dukungan, dia start merengek. isk. hensem weh budak nih!!
kenangan. kenangan amat singkat sebelum aku masuk UKM. singkat tapi banyak. macam macam ok layan kerenah budak budak. seronok! main air. dancing. singing. tapi, i wasnt really a teacher material though. kalau lagi lama aku dok tadika tu, memang jahanam tadika tuh kot. dengan aku aku skalik jadi student tadika tuh. lalala.

kembali kepada topik asal,
aku ada apply a post as child photographer.
yes, u heard it right
photographer.
sengal kan? pegang kamera pun cam pegang batu. aduhai. harapkan slr pinjam abah punya, tapi sumpah tak reti segala setting mak nenek semua tuh.
but i applied just because i missed working with kids.
lucu? tapi at that time, i wanted that job so badly.
namun, apakan daya. interview dapat. dan dah pergi. was ok la the interview.
but, tak ada rezeki disitu barangkali.
justeru, terhasillah status fb seperti yang aku bulatkan didalam gambar diatas.

kecewa bukan?
tapi itulah indahnya janji Dia. setiap apa yang Dia kurniakan, biar susah biar senang, pasti ada hikmah tersendiri.
Dia sengaja bikin aku kecewa dahulu, sebab Dia dah sediakan jalan lain untuk aku.
Alhamdulillah, aku rasa tenang dan bahagia dengan kerja sekarang ni.
Gaji bagi aku, tak kesah berapa kuantitinya.
jika nak dibandingkan dengan bermacam faedah sampingan yang aku idam idamkan, gaji sebanyak itu sudah mencukupi barangkali.
faedah sampingan apa yang aku maksudkan,
1. masa untuk diri aku sendiri dan keluarga. itu PALING aku syukur. walaupun sabtu pun hari kerja, tapi, pressure kurang. HAHA. siapa pernah kenal aku tahu aku memang kurang tahan lasak sedikit dengan pressure.
2. ketenangan. somehow, aku rasa amat tenang. dengan kawan kawan di satu department semua helpful dan supportive. aku rasa selamat dan seronok. dan jika ditakdirkan aku bertukar kerja kelak, mereka tetap sebahagian dari hidup aku.
3. jarak tempat kerja. sangat. dekat. dengan. rumah! hahahaha. kalau tersedar dari tidur jam 8.30am pun sempat siap dengan laju dan sampai on time. HAHAHA!*berlagak sekejap* dan sempat berkasih sayang dengan mummy dahulu pagi pagi sebelum ke pejabat. ^.^v

bukan tidak mahu kembali ke landasan asal. cuma kekuatan tu belum ada.
insyaAllah, siapa tahu, suatu hari kelak, aku kembali mencari sinar harapan dalam bidang asal aku nanti.
dan pada kawan kawan semua, fahamilah, tidak semestinya yang belajar sains jadi saintis, tidak semestinya belajar arkitektur jadi arkitek, dan tak semestinya belajar ekonomi rumah tangga jadi tangga rumah. jadi lah apa pun, yg belajar arkitektur nak jadi arkitek, silakan. dan nak jadi surirumah aja, silakan. asalkan tidak menjadi sampah masyarakat, sudah! yang penting, yakin dengan apa yang dibuat (tapi jangan kau seyakinnya jadi penyangak sarip dol kampung durian sudah! itu mau kena penampor lapanbelas das!).
renung renungkan, selamat beramal! *dato fadzilah kamsah, i pinjam tagline u skejap ye!*

sekian. stay cute everyone!!

;)

2 comments:

hany ^_^ said...

hahaha..sama la kite...kena test market kan kak fara...
but id is actually hard...huuu..
dah rasa sebulan dulu...cham da bejaya..akak pun bejaya..saya tukar lagi !! weheee

fara-D said...

hani sayang,
akak tak fully as ID lagik. jauuuuh lagi dalam handling ID.
keje akak skang fokus tiling je.
sedang cuba freelance utk membe je, tu pun saaaaaaangat basic juga.

takpe...kita slow2 ye hany!!! all the besttt!