Sunday, February 13, 2011

Keywords Analysis


As salam semua. sihat?

Gara-gara encik adian yang telah mengupload gambar tentang keyword analysis blog beliau, aku pun tetiba nak teringat tentang statcounter aku. so, walaupun dah terlupa password dan username, maka, gigih jugak aku mencari gali username kembali. hahaha. nasib baik mudah! :P

jom tengok apa yang ada.....

1. kelong enul
erk! apakah itu? aku memang ada kawan dari mrsm balik pulau yang kami panggil Kelong (singkatan Kak Long. bebudak kan waktu tu, pelat sakan jadik Kelong). dan sememangnya one of by closest friend named Ainul di panggil Enul. tapi apa kaitan Kelong dan Enul? atau Kelong yang dimaksudkan adalah Kelong yg orang pancing pancing ikan itu? Enul gemar memancing kah???

2. tema hena hena a uuu uuuu
sumpah haku tak faham apa relevan nya motif ini!!

3. down, kecewa
mak down! ok fine. buat ratu emosi seperti aku, dua itu mungkin perkataan yang kerap muncul didalam blog ini. fine korang FINE! aku pasrah!

4. perbezaan sains hayat dan sains fizikal
hmmm. ini mungkin kerja adik adik yang baru melangkah ke alam matrik yang masih terumbang ambing mahu mengambil sains hayat ataupun sains fizikal. kemungkinan result mereka tiptop untuk kedua dua subjek biologi dan fizik dan buntu nak pilih yang mana satu dek kerana dua dua subjek kegemaran. nasihat akaQ, adik buat solat istikharah ye. doa minta petunjuk dari Allah. dua dua pun sama sahaja baik buruk dia, bergantung kepada jalan mana yg adik nak tuju. *tuh dia nasihat kak farah kauuuuu*

5. tadika di kelana jaya
oh. kemungkinan ibu ibu atau bapa bapa muda sedang mencari tadika untuk anak mereka. al maklum lah, ibu bapa zaman sekarang sibuk sibuk belaka. memang tak sempat nak keliling kampung survey tadika. bagus. saya suka benar ibu bapa yang penting kan pelajaran anak anak sedari kecil ini. tahniah! tapi, saya dulu dulu sekolah di tadika pertiwi. sangat best tapi sayangnya tadika tersebut telah dirobohkan. T____T

6. ayat memohon kemaafan
erk. ya. itu juga mungkin gara gara kerap sangat menjadi ratu drama sabun saban hari. tapi, gigih kau kan nak google ayat kemaafan. buat ayat sendiri please! sebab kemaafan itu muncul dari dalam diri anda sendiri, tidak kira seputar alam mana ayat anda, janji ayat ANDA. percaya lah, ayat ANDA lebih kuat dari ayat yang anda google itu! ^.^v

7. tlong bagi kredit mexiz rm 30
ini mungkin gara gara sedang search scam yang serupa aku dapat beberapa minggu yang lalu. kita senasib nok! *sobs* tetiba kan!

8. picture jin kazama
APA? ni sibuk sibuk search gamba balak gua pehal? *mode perasan*

9. nur medina
awwww...saja tau. saya rindu amat ok anak angkat aku sorang tuh! mummy, bila lagik nak balik malaysia please? tunggu ok mummy, auntie farah tengah kumpul duit tabung ni nak g sana!


10. cara mix and match shawl and baju
SEDIH OK! kau nak perli aku apa? takdaaaa.... the last person u will come to for fashion tips is FARAH DIANA. or perhaps, dont bother....u'll definitely be disappointed. sampai hati lu orang keluarkan keyword ni ke blog aku eh. *emo*

11. inner shawl
dah. untuk tidak mengecewakan, ini link beliau: Inner & Shawl Closet by Cha. inner beliau best. titik. (tengok cha, bila lagi ko nak belanja aku ni weh? dah banyak kali aku promote neh! hahahaha)

baiklah. cukup untuk malam ini. sebenarnya, kekurangan modal nak update blog. *tipu*
asalnya nak update tentang liondance, tapi, tetiba sebab sakit perut gelakkan keywords ini, terus rasa nak share dan sembang sikit pasal keywords terbabit. bahana betul. dah jam satu pagi tapi mata tak lelap lagi, maka terhasil lah entry merapu ini. mana tidak, petang tadi setelah pulang dari the curve yang dipergi straight dari opis jam satu, tidur tanpa sempat menukar pakaian ok, dari jam 5pm hingga jam 8pm!! menangis la kau nak paksa mata tu tidur supaya bertenaga untuk menjalankan kerja ID pertama ko jap lagi. *sigh*
baiklah, doakan agar farah diana mampu segera tidur kumpul tenaga ye. till then, toodles!!

8 comments:

Suehaily Mohd Jiwa said...

okay,dah terburai isi perut ni gelak.apasal lawak sgt malam ni!ayat nak melampau netul,hahahahahaaha

fara-D said...

elly:
penangan masuk air dik!
dah tdo tak hengat siang tadi, malam jadi burung hantu!

Adian said...

what the hell is tema hena hena a uuu uuuu?? ahhahahahaa

Aida Zahrol said...

cane nak wat keyword analysisss? nak jugakkk

norasidah said...
This comment has been removed by the author.
fara-D said...

adian:
itu lah pasallllll! tak paham hakuh!

aida:
ko ada nuffnang tak? nuffnang pun ada keyword analysis neh

Aida Zahrol said...

ok takde nuffnang T__T

fievelski said...

ayo keyword analysis aku suma lucah2 segala. siap ada sentap skirt japan ke hape tah haritu.tataulah makhluk mana yg google menda itu. pelik bin ajaib, ramai orang actually google alyaa, sampai ke blog aku.jeng jeng jeng. alyaa, lekas komen.