Monday, March 15, 2010

tell me how

salam.
memang susah benar jadi pemimpin.
tak tak. jangan salah anggap aku sedang mengeluh. tidak.
cuma saya sendiri masih belajar bagaimana nak memimpin.
hidup saya sendiri semacam tidak teratur, ini mahu memimpin orang lain?
apa yang saya fikirkan??
dan tidak juga, saya tidak dalam ambang mengibarkan bendera putih.
cuma saya perlukan petunjuk bagaimana lagi harus saya lakukan.
selaku pengikut, saya tidak suka dikerah TERLAMPAU kerap oleh pemimpin saya, walaupun hakikatnya beliau ada hak itu. saya boleh menerima peringatan sekali dua, tapi tidak SETIAP DETIK MASA. dan kerana tidak gemar diperlakukan begitulah apabila saya sendiri yang menjadi pemimpin, saya amalkan pendekatan 'no pressure'. saya bertanya once in a while, dan terserah kepada anak buah untuk datang laporkan progress. saya beri kebebasan kepada anak buah untuk melakukan kerja masing masing ikut kesesuaian masa masing masing. dan di kala saat-saat genting, dimana anak anak buah ada komitmen lain yang perlu tumpuan khas, laaagilah saya tak akan ganggu anda melainkan anda bersuara bertanya atau menyatakan.
tapi, dengan pendekatan tersebut, ada pula yang berasa terabai. saya mohon maaf sangat tapi tak ada niat langsung saya mahu abaikan sesiapa pun. tak sampai hati ok.
yang saya yakin telah lamaaa saya abaikan ..... ada seorang. ye, saya yakin amat saya telah abaikan SATU orang ini. nak tahu siapa?
ye.
DIRI SAYA SENDIRI.
saya banyak mengabaikan diri sendiri.
tak nak elaborate more on this, khuatir orang bilang saya bising banyak, kerja tarak.
tapi tak apa, kalau pengorbanan mengabaikan diri sendiri itu dapat bantu anak anak buah saya, well be it.
tapi kalau tetap ada yang rasa terabai, i know i failed.
saya tak tahu sudah bagaimana lagi mahu saya jalankan tugas saya.
tolong seseorang, tunjuk kan saya bagaimana.
saya tahu amat sukar menjadi pemimpin.
maka, saya mohon sesiapa yang sudi, tolong tunjukkan.
dan sekali lagi, saya mohon maaaaf sangat amat kalau ada yang terasa terabai oleh saya. percayalah, saya tak pernah niat langsung mempersiakan anda.






makin hari, saya rasa makin keliru mengapa saya di sini.
tapi cerita yang Allah bentangkan kan itu unik.
saya percaya, setiap apa yang Dia gariskan untuk saya, biar tenggelam sesak nafas, biar melayang bunga riang, ada titik tujuan yang terbaik untuk hamba Nya.
baiklah, Allah sayang saya, kalau tidak, Dia akan biarkan saya terus hanyut tanpa arah tuju yang nyata.
terima kasih, Ya Allah. Kau Maha Besar.

1 comment:

Adian said...
This comment has been removed by the author.