Monday, March 15, 2010

tell me how

salam.
memang susah benar jadi pemimpin.
tak tak. jangan salah anggap aku sedang mengeluh. tidak.
cuma saya sendiri masih belajar bagaimana nak memimpin.
hidup saya sendiri semacam tidak teratur, ini mahu memimpin orang lain?
apa yang saya fikirkan??
dan tidak juga, saya tidak dalam ambang mengibarkan bendera putih.
cuma saya perlukan petunjuk bagaimana lagi harus saya lakukan.
selaku pengikut, saya tidak suka dikerah TERLAMPAU kerap oleh pemimpin saya, walaupun hakikatnya beliau ada hak itu. saya boleh menerima peringatan sekali dua, tapi tidak SETIAP DETIK MASA. dan kerana tidak gemar diperlakukan begitulah apabila saya sendiri yang menjadi pemimpin, saya amalkan pendekatan 'no pressure'. saya bertanya once in a while, dan terserah kepada anak buah untuk datang laporkan progress. saya beri kebebasan kepada anak buah untuk melakukan kerja masing masing ikut kesesuaian masa masing masing. dan di kala saat-saat genting, dimana anak anak buah ada komitmen lain yang perlu tumpuan khas, laaagilah saya tak akan ganggu anda melainkan anda bersuara bertanya atau menyatakan.
tapi, dengan pendekatan tersebut, ada pula yang berasa terabai. saya mohon maaf sangat tapi tak ada niat langsung saya mahu abaikan sesiapa pun. tak sampai hati ok.
yang saya yakin telah lamaaa saya abaikan ..... ada seorang. ye, saya yakin amat saya telah abaikan SATU orang ini. nak tahu siapa?
ye.
DIRI SAYA SENDIRI.
saya banyak mengabaikan diri sendiri.
tak nak elaborate more on this, khuatir orang bilang saya bising banyak, kerja tarak.
tapi tak apa, kalau pengorbanan mengabaikan diri sendiri itu dapat bantu anak anak buah saya, well be it.
tapi kalau tetap ada yang rasa terabai, i know i failed.
saya tak tahu sudah bagaimana lagi mahu saya jalankan tugas saya.
tolong seseorang, tunjuk kan saya bagaimana.
saya tahu amat sukar menjadi pemimpin.
maka, saya mohon sesiapa yang sudi, tolong tunjukkan.
dan sekali lagi, saya mohon maaaaf sangat amat kalau ada yang terasa terabai oleh saya. percayalah, saya tak pernah niat langsung mempersiakan anda.






makin hari, saya rasa makin keliru mengapa saya di sini.
tapi cerita yang Allah bentangkan kan itu unik.
saya percaya, setiap apa yang Dia gariskan untuk saya, biar tenggelam sesak nafas, biar melayang bunga riang, ada titik tujuan yang terbaik untuk hamba Nya.
baiklah, Allah sayang saya, kalau tidak, Dia akan biarkan saya terus hanyut tanpa arah tuju yang nyata.
terima kasih, Ya Allah. Kau Maha Besar.

Saturday, March 13, 2010

boleh kah???

"if u manage to lose 20 kilos,at least, before this year's puasa, mummy will award all the money u need to entirely change ur whole wardrobe!"

OH MY GUCCI!!!
Err... Mummy, does band hero considered as wardrobe? ^.^v

Saturday, March 06, 2010

wishlist SATU

tu dia. wishlist SATU katanya. ada lagik. tapi buat masa ni, meh update dengan yang SATU ini dulu!


ok fine.
mungkin menatang alah ni dah basi.
tapi tiba tiba aku came across this thing.
dulu macam terdetik jugak, "ek ehh....macam best je menda alah ni..."
tapi, takat detik sajor lah katanya. tak la pulak semacam meroyan ke hapa.
akan tetapi, lain pula hari ini. terasa semacam mahu ke lowyatt this instance and mencari menatang alah ni serta merta! sangat mahu oh!!!!! grrr....geram betul!!!MAU MAU MAU!!


oh! tak kiralah aku berbunyi peghak bin jakun ka... outdated ka... basi lemau sakan kaa....
tapi sekarang seperti teringin sangat menatang alah ni! huaaaaah!

ada sesapa tau mana nak cari menda ni (pada firasat, merasakan ada kat lowyatt pun!).
pendek kata, ada sesapa ada info:

1) HARGA menatang neh (tak kira lah band hero ka guitar hero ka band hero ka...)
2) so far, aku browse internet, ada for xbox, ps2, ps3 and wii. untuk pc ada? (tapi kalo ps2 punya pun boleylahhh.....*sambil berkira kira nak kebas ps2 Hanif*)
3) tempat/website yang ada jual kejadah ni di Malaysia

ok. cukup 3 soalan cepukmas dari aku. sila jangan gelakkan aku.
rasanya, aku bukan lah the type yang gila game sangat kot. paling excited pun, main dance mat. tu pun ikot mood,and kalau ada geng yang sama sama excited sakan.
untuk yang ni, ada yang nak join aku main menda alah ni sama aku? ahhahahaha.




p/s: sebab sebab lain sangat berminat menda alah ni is because nak belajar main gitar betul malas. HAHAHA!

Thursday, March 04, 2010

kadang kadang

kadang kadang,
apa yang kita tak lihat, tak seperti apa yang kita nampak.
kadang kadang,
apa yang kita tahu, tak seperti yang kita kenal.
kadang kadang,
apa yang kita betul, tak seperti apa yang benar.
kadang kadang,
apa yang kita anggap, tak seperti apa yang sebenarnya hinggap.

kadang kadang.
bukan selalu.
tapi.
kadang kadang itulah yang kadang kadang bikin yang kiri jadi kanan, yang depan jadi belakang.
dan sebab kadang kadang itu jugak kadang kadang yang hitam jadi putih yang putih jadi hitam.






aish. dunia memang macam macam hal.
aku dah rasa semacam dah tua sangat. sebab dah jumpa bermacam macam orang dan dah merasa bermacam macam emosi dan tekanan.
rasa macam dah lama sangat bergelar manusia...
tapi, tak apa. itu semua ujian dan cabaran sebagai hamba Dia.
makin lama, makin tak tahu yang mana satu sebenarnya yang benar. rumit.
sebab tu orang kata, hidup kita ni takkan pernah habis belajar. makin kita belajar makin banyak yang kita tak tahu sebenarnya.
mari menjadi orang berilmu, yang tahu memanfaatkan ilmu itu sebaiknya.
ya Allah, Kau berkatilah segala ilmu yang aku peroleh, biar secara formal, mahupun dari pengalaman, semoga apa yang Kau berikan itu tidak memakan diri aku. dan aku mohon pada Mu, lindungilah aku dari tergelincir daripada landasan yang telah Kau bentangkan buatku.

bebudak ukm

aku rindu kawan kawan ukm aku.
(kawan kawan kmk mrsmbp apa semua nnt k. jangan main sentap. korg pun sentiasa kat hati. cuma lately khusus kepada rakan uni sebab banyak benda berkaitan uni terjadi!)

sangat rindu.
yang masih berlegar depan mata pun aku rindu jugak.
motif?

fine. mood ratu drama sudah on. sekian.
wa banyak kerja. chow dlu.

*singgah bank dlu kua duit nak shopping! eh. sorry, nk kua duit utk archustic. jangan berspekulasi ok! sekeh bagi!*