Betapa kini, saat ini, hati ku keras
Keras-keras batu, keras lagi hati aku
betapa dulu aku menangis bak hujan yang luruh, kini tangis itu kering bak kemarau melanda
Fikiran ku kini kosong, sekosong gurun luas tanpa pohonan
Perasaan ku? Lagi keliru….bukan berasa keliru, tapi keliru kerana perasaan yang mendatar ini
Sakit? Dah lama hilang…dah lama lali dengan kesakitan-kesakitan itu
Pendengaran ku kini akhirnya ditulikan
Emosi…? Ya….keliru juga….. keliru kerana perasaan mendatar itu dan kerna kelalian sakit-sakit itu
Mata ku seakan-akan buta
Namun tak pula aku minta dibutakan mata ini atau dipekakkan telinga ini….
Maha Suci Allah, melindungi hati batin ku dari terus-terusan menyakiti diri sendiri
Maha Pengasih Allah, membuka pintuNya agar aku kembali ke jalan benar, yang menyedarkan aku betapa aku seringkali lupa untuk menghambakan diri kepadaNya yang sentiasa dekat bersamaku
Manusia bisa sakit menyakiti
Mereka juga sering menyakiti diri sendiri
Mereka celik tapi buta
Mereka dengar tapi tuli
Mereka ingat tapi lupa
Itu aku…. Aku yang telah lama menyakiti diri sendiri
Yang konon nya menjaga hati yang lainnya tapi lupa tentang diri sendiri
Yang konon nya menjaga hati yang lainnya tapi tanpa sedar, dalam masa yang sama menyakiti hati-hati itu
Aku mahu hidup sendirian agar aku tidak akan menyakiti apa-apa dan siapa-siapa
Tapi aku tahu itu mustahil kerna apa-apa itu dan siapa-siapa itu lah yang sering menjaga ku dengan izin Dia yang Maha Penyayang
Allah Maha Mengetahui, Kau sahaja yang mengerti diriku ini, lebih dari aku mengetahui apa yang tersirat dalam diri ini.
Ya Allah, apakah ini? Aku kurang mengerti… sesungguhnya tidak mengerti sama sekali
p/s: tak payah berselindung, aku terus terang skang…pada yang berkenaan, usah get offended by this entry….dis is about myself and the confusion im facing. Im confused by these internal feelings, not by U! sejujurnya, aku tak bisa tafsir apa sebenarnya yang tersirat dalam hati aku. U may have reasons but there are things hard to explain been whirling inside me that so far, seems to block any input, be it +ve or –ve, be it right or wrong, I choose to be in the condition I am now. Maaf sangat-sangat sekiranya (yes…maybe im bein TOO jujur now…) aku katakan bahawa the F word (not the F**K la…the F****dsH*p) is not available in my diary…at the moment. Don’t misunderstand me, its not im breaking anything, just that im at state where life is caging me inside the ‘play safe’ cage. Refusing to let me free, free to neither fall nor free to fly. Im blank, Im confused and I need a nap…..a very long one… perhaps a super long one that all these hurtful things disappear from my life totally……….
and that is definitely impossible………………………………………*sigh*