Friday, October 27, 2017

Ratu Emosi


Assalamualaikum.
This photo was taken at Perhentian Island.
Uuuui! Random sangat kau kan Paghah?
Entahlah. Dah hujung-hujung tunggu masa si kecik ni meluncur keluar, makin nostalgic & emosi pulak. Tettt! pigidahhh! Kau memang ratu emosi kot, Paghah! kahkahkah!
Every little things people do surely akan lekat...cuma secara facade hakak buat muka kering jek.
Contoh time-time entah mana mulut tetiba sebut nak makan anything specific seperti burger ke, softserve cheesecake FamilyMart-yang-cari-gadoh-sedap-menyampah-aku-nak-lagi-dan-lagi or takoyaki Aeon yg mamat tu buat kerek ngan laki aku pastu kena balik ah dengan laki aku bila dia tersilap buat order tu, AND especially nasi goreng cili api, Encik Husband akan try his best to fulfill. Kadang tu siap bangun tidur dah terus tanya "Sayang ada rasa nak makan apa-apa tak harini?" Isteri mana tak cair oi?
Alhamdulillah, bukan encik Husband je, kakak ku and mummy pun sama.... Mummy lagi power, baru terfikir tak sebut lagi, poof tetiba muncul masak lemak labu.
Like i said, senang tersentuh even the little things. Blame the hormones, no? HAHA.
Mengingatkan balik what he did when we were learning to know each other. Truth is, i can say that we really betul-betul bercinta selepas nikah. Sebab sebelum tu memasing poyo memalu control macho.pui! Tipu la kata cinta selepas nikah ni all rainbow and puffy white clouds. Of course ada ribut dia but Alhamdulillah, it was a test for us and we did it. Alhamdulillah.
Masa zaman kenkonon nak kenal-kenal tak kecoh kat orang that we are trying to lead to the next level, we went to Pulau Perhentian. Yang tahu we were in such relationship hanyalah kakak ku, and my two bff yang sama mengajar kat preschool aku tu.Nak jadi drama samarinda la katakan, aku yang memang suka travel tapi dah lama tak travel ni terlupa bawak the most essential thing yg aku tak pernah miss masa gi travel; sweater. Come on, sweater kot! Cover from sejuk malam, back up kalau tak cukup bantal, and banyak lah fungsi dia! Terbebel pasal aku tertinggal sweater when he was nearby then masa kitorang sedang tunggu bas ke Terengganu tuh. Well, upon hearing that, eh eh...smooth je dia tarik keluar one of his sweater and pinjam kan. Eh eh laaa ex-boyfriend i nih, tetiba masuk slot drama Korea pulak dahhh. Si Leesa dan Putri (the two bff teachers tuh) dah sengih-sengih tercover acah sweet dah. Rupanya memang encik Husband memang suka kumpul sweater, kebetulan dia hangkut dua helai for that trip pulak. Ada chance la nak acah sweet kat i time tu kan? *emoji tersipu malu*
So, even teringat kisah lama sebegitu pun bikin hati terharu tahap apa dah, lagi pulak simple gestures time-time sekarang ni yg lagi sensitif dari sediakala. Apa lagi hakak nak cakap, hanya syukur Alhamdulillah and semoga Allah pelihara keluarga hakak ni sambil cuba aim the highest level di Akhirat nanti, in sha Allah.

Okay. Pinggang dah menjerit perit oi. Baby D, hang bila nak keluaq sayang? Kita dah 39 weeks ni...ayah and bonda tak sabaq nak jumpa u, sayang. Be good, okay darling. Whatever it is, in sha Allah ayah & bonda will try our best for you.

Yang Sedang Sarat,
Farah Diana

No comments: