Apa khabar janggut korang ha? Smart kan bela janggut tunggu kemunculan episod 3 Kisah Jalanan India aku kan. HAHAHAHAHAokaytaklawak!
Baiklah. Tak mahu intro panjang lebar sangat walaupun hakikatnya, meleretkan intro tu adalah kepakaran cik Paghah ini.
Kisah perjalanan di India sedikit sebanyak sudah berkarat lah jugak, tapi thanks to the cakaran ayam, dapat lah recall balik serba sedikit pengalaman kami di sana.
Day 3: Varanasi.
Episod sebelum ni pengalaman pertama train malam kan. Maka, menjelang pagi, the second tier of the sleeper class biasa nya akan di turunkan so that we passengers can sit pulak after penat tidur sepanjang malam. Menjelang siang, makin ramai locals hop on sesedap rasa, maka the train makin padat. Aku dan Ar duduk bertenggek di isle seat and the rest bertenggek kat the window seats (with the bags, of course). Dek kerana makin crowded, agak mengerekot jugak kami duduk memuat di seat kami tuh. Dan nak jadi cerita panjang sikit, journey ke Varanasi tuh TERSANGAT lah panjang (rujuk sketch hahaha. dan Video tak seberapa. kenkonon nak belajar vlog tapi mek ni pemalu orangnya! *pui!*)
So, apa kami buat dalam perjalanan super lama itu? Rekod video entah hapa, yours truly jadi pengacara tak bertauliah bersama mek Ar, tapi bila menonton semula video obviously suara kami agak tenggelam dalam bunyi angin yg bergerak.
Selain tu, aku dan Ar (dek kerana teruk sangat lama perjalanan train tu dah habis buntu dah tatau nak buat apa, nak merayau sepanjang gerabak haruslah tak logik sebab keretapi dah makin sesak dengan manusia seluruh alam) main interview interview ala2 tengah mengacara rancangan travel kenkonon nya dengan vocab English yang bersepah habis. T_T. Snap snap gambar syok sendiri, main candy Crush (aku lettew!) Ahli ahli lain ada yg mingle dengan kanak kanak local yg share compartment sleeper kami tuh. Ada dua tiga lagi sambung sengguk ternak taik mata, ada dok putar iPong main game. Enjoy scenery perjalanan yang tak terakam dek kamera sebab agak tebal kabus sepanjang perjalanan.
Nampak tak nampak tak nampak tak? Nampak tak betapa panjang perjalanan sampai kan bukan main berjela perenggan awal nak explain kisah dalam train SAHAJA. Sampai di Varanasi, kami disambut oleh sahabat kami (kenal melalui sorang couchsurfer jugak) bernama Avi. Avi sangat friendly and cheerful, terus masuk dengan kepala gila enam ketul kanak kanak dari Malaysia ni. Kami di bawa check in di Om Shanti Om Guest House dulu. Freshen up setelah almost 24 hours lebih jadi kambing jadian tak mandi.
Ok. Iklan jap.
Korang, kalau korang travel tempat sejuk, korang tetap rajin mandi atau korang selamba je maintain tak mandi sebab tak perasan pun berpeluh sakan whatsoever?
Sebab aku yang pemalas mandi gak ni, aku suka weh berendam (ok. overina sedikit disitu nak berendam padahal shower je yang ada) air dingin. SUKA ok SUKA!! Memang tak kalut lah aku nak gigih cari water heater untuk mandi sebab, mek ulang; AKU SUKA AIR SEJUK! ok. sekian iklan.
Lepas freshen up segala, Avi bawak kami around the pekan, dan oleh kerana agak berkejar nak naik boat untuk menonton upacara di pooja di ghat sepanjang sungai Gangga tu, Avi suggest kami naik Auto (depa panggil auto. similar tu tuk tuk di Thailand. 2 auto-rickshaw utk memuatkan kami seramai enam ketul ini. So, 3 ketul satu auto. Ok first time aku naik tuk tuk/auto whatever they call it. Sendat ok. Dan benarlah bagai dikata, bila naik autorickshaw, percayakan drebar auto itu. Dia bawak kau selaju yg mungkin di segala celah laluan bangunan dengan hebatnya! (rujuk video Day 3: Varanasi on Auto). Sesendat alam i tell u! Rasa macam nak tercampak keluar tapi kami selamat. Cekap sungguh para drebar autorickshaw di Varanasi neh!
So, we went on a sampan. On the way nak ke sampan tu, situasi normal di sana, akan ada local yang akan cuba jual almost anything kepada tourist. In this case, a few kids were trying to sell us candles to be lit and dihanyutkan di Sungai Gangga (ps: please sahabat Muslim, kami bukan termakan dengan ritual itu, cuma kami ada sebab kami yang bakal aku huraikan ni). Berbalik kepada ketika kami berjalan ke sampan, kami disapa a few kanak kanak jual candle. This one girl named Pooja (if im not mistaken), gigih sembang dengan kami nak sell off her candles. Kami semua kagum dengan slang English dia yang FUYYOOO sangat mat salleh OHKAY! interesting girl, sebab dia petah berbicara. Kami sempat tanya dia belajar English kat mana, tanya umur dia segala, and she answered each question dengan sangat teratur grammar dan vocab, Dan akhirnya, dengan niat semoga dia rajin belajar dan naikkan taraf hidup dia di sana, kami pun beli la seketul lilin dari dia. Sweet girl, i must say!
Sambil dok menonton upacara mereka, Avi explained things around sambil diselit soalan-soalan curious dari kami tentang upacara, adat resam mereka di sana. Apparently, menurut Avi, (correct me if im wrong, ini hanya pemahaman aku yg dah agak berkarat), di India, kos kematian adalah jauh lebih mahal dari kos menyambut kelahiran. Selain itu, ada beberapa keadaan yang mayat tak dibakar tapi di hanyut etc. Sambil diceritakan segala adat resam mereka, ada jugak exchange budaya adat resam kita di Malaysia juga. Kira pertukaran pengetahuan budaya terjadi gituh. Seronok jugak share and compare culture orang dengan kelaziman kita disini.
Dan entah macam mana, on the way pulang, boleh pulak ada sesi belajar mengayuh sampan! Hadoilah! memang lambat la sampai ke tebing bila kasi kami kami ni terkial kial dayung sampan tuh.
Info: Sungai Gangga tu adalah holy river for the Hindus, dan merupakan trans-boundary river yang merentasi India dan Bangladesh. Varanasi pula adalah daerah yang mempunyai paling banyak series of Ghats di sepanjang sungai tersebut. Ghat tu apa? "a series of steps leading down to a body of water, particularly a holy river." (Sumber: Wikipedia. nk lebih lanjut, kau Google lah okeh. Tak kuasa mak mwahahaha).
Dek kerana dah malam, maka rupabentuk senibina ghat ghat tuh tidaklah dapat kami nak jamu mata sangat. Maka, sehabis our boat ride, kami yang agak kebuluran menerjah ke sebuah restoran by the river menjamu perut yang sakan berpesta rock kapak. Jeling jeling meja keliling sebab blur tak tau apa nak order sebab time ni Avi left us to have our dinner by ourselves.
Lepas dinner, kami naik trishaw yang muat muat dua ketul satu trishaw. Sedih ok tengok brader yang kayuh ...eh jap...menatang tuh rickshaw ke trishaw? sesuka hati kau je, Paghah!
*setelah Google sedikit maklumat* ok. Rickshaw yang human tarik tuh, trishaw yg ala beca tuh kot.
Agak sedih sebab terasa kesian brader tuh gigih mengayuh nak bawak kami yg cecomels neh!
T__________T
HAHAHAcis!
Balik guesthouse comel, dan pengsan berjemaah.
Menarik ke pengalaman weols neh?
Oh well, I am sorry for not being able to put the memories into proper words. Tapi setiap langkah perjalanan tu, buat kita insaf, dan melakar pengetahuan dan pengalaman baru. Buat kita sedar kurang lebihnya kita kat Bumi Allah yang luas ni, betapa kerdilnya kita ni.
Contoh, kanak kanak perempuan speaking berhabuk tadi.
Aku sangat terharu tengok kegigihan dia dan kepetahan dia mencari rezeki untuk menampung kehidupan dia. And she seemed like a very hardworking girl yang very eager to explore the world.
Which hits me, i have had all the luxury of growing up comfortably (Alhamdulillah, tak la mewah tapi cukup lah serba sedikit), yet i might have been taking things for granted all these while.
Nak cerita isi hati kesimpulan pengalaman perasaan berjalan di sana memang lapan kajang kertas pun belum tentu habis sebab kau tahulah, yang nama Paghah ni memang suka memanjanglebarkan karangan. Kalau masuk exam selalu jenuh adjust balik karangan kasik cukup patah perkataan,
Apa yang penting...kerjasama!
ok #lawakhambar
Apa yang penting, kita buka mata, dan jangan hanya bertelagah dengan orang tentang norma kehidupan yang disogok depan mata kita, sebab di sebalik sana, ada cerita lain yang berlangsung. Pokoknya, kita cherish diversity.
ps: Time naik train tuh, kalau boleh, elakkan lah nak enjoy pemandangan sangat dikala train baru gerak meninggalkan stesen ye. tunggu dah jauh sikit ye. err.... er... sebab...errr.....nanti la next episode mek cerita.
Yours truly,
Farah Diana MH
#sukatamatceritatetiba
[Video] Day 3: From Kolkata to Varanasi
[Video] Day 3: Varanasi on Auto
Welcome to Varanasi. Sekodeng Varanasi dari atas keretapi
Upacara di salah satu Ghat di tebing sungai Gangga
Auto-rickshaw yang sendat dengan 3 ketul rakyat Malaysia
Rickshaw yang ditarik beskal. Terima kasih abang sudi mengerah tenaga hangkut kami! T_T
Ye. Yang nama Nur Iman ni memang pentidur tegar. Atas bot pun boleh lena sesungguhnya.
Crash course: How to dayung sampan!