Thursday, February 24, 2011

presentiiiiiiing......


TADAAA!!
ok. walaupun hanya SEORANG yang respon dalam entry INI, tapi tak apa, aku tetap nak share dengan semua. aku percaya, ada lain lain silent readers nak tahu tapi malas letak komen (sama je perangai cam si penulis blog ini. hukhuk. terima kasih sudi baca anyways. mwah mwah!)

ceh ceh tuh dia si perasan dah muncul. kahkahkah.

ok berbalik kepada tujuan asal, tuuuh. cuba klik kat gambar diatas, akan link ke blog baru aku! feeewiiiit!
dah beberapa lama jugak diwujudkan, tapi segan mak aihhh nak promote that blog. basic sangat.
dan side bar blog ni pun bakal di update segera. mana mana link tak terwujud sudah tu, bakal dilupuskan, yang mana ada baru nak letak, bakal diletakkan, dan sebagai sebagainya (teringat lecturer sorang suka sebut "dan sebagai sebagainya..." masa kasik kuliah. ehek. rindu lah lecturer tersebut. geng ukm, cepat teka sapa?! hahahahaha)

ok lah. badan dah keluar lampu merah bateri nak habis dah ni (woi. berangan jadi ultraman lah pulakkk. hish). dah la kerja esok. eh. kejap lagi lah....dah khamis dah pun.

jumaat kerja juga.dan sabtu CUTI weeeewiiiiiit! tak sabar tunggu cik ella tiba di kl. nak bawak beliau jenjalan tgk jalan jam kat federal highway ahahahaha. *bongok punya planning* ahad kenduri cda, sabtu malam pula first time jadi pelukis inai (gara gara encik pzol lah! offer nak sponsor inai untuk cda, tapi suruh FARAH lukis. wak luuuu!)tapi takpe, demi cik bakal puan norasidah, i sanggup u!
(asal ko jangan suruh aku lukis inai sarat dengan motif awan larat kerawang kerawit yang sarat berat legap semua tu sudehhh. mahu aku sorok dalam selimut selama beberapa purnama sebab bakal dikritik teruk oleh para intelek jsb ukm yang terdiri daripada fievelski, adianto, nurulism, ceeda, pnaz, alyaa najwaa dan lain lain yang sekapal dengannya (be it senior, junior etc)

okies, adios amigos asta la vista good nite uols!! ^.^V

Friday, February 18, 2011

sebelah kaki dah melangkah

As salam semua.

Satu kaki dah melangkah masuk.
or at least, separa daripada selangkah, mungkin?
moga langkah ini membuka bicara langkah langkah yang seterusnya.
i am aware, that people will talk.
people will give me the look.
people maybe laugh.
but i choose to take the risk.
as someone said, why focus on the loads of weakness when u can focus on the ONE strength?
manipulate your strength to cover up your weaknesses.
thus, im going to give it a try.

p/s: ahahahaha! entry ini mesti menimbulkan tanda tanya bukan? tak apa. nanti korang tahu juga. anggap entry ini sebagai satu hint untuk anda. kalau nak jugak tahu, drop comment anda, aku nak tengok jugak readers kesayangan semua ni teringin ke nak ambil tahu apa yang aku sedang buat! kihkihkih. till then, stay cute people!!

Monday, February 14, 2011

runny nose and work

As salam everyone!

oh. today have been quite slow for me as i am not feeling quite well. boo hoo! nevertheless, thank you Allah for blessing me with sickness, yes, sakit itu kan penghapus dosa. semoga timbunan dosa yang aku kumpul sebagai seorang manusia biasa ini berkurang sedikit dengan sakit yang aku tanggung ini. insyaAllah.
speaking of SLOW, yes, i am. the whole day. in fact, upon writing the title of this entry, i mispelled "work" with "wrok" and "speaking" (the first word of this particular sentence) with "sepaking". how tragic is that??? *sobs*

work today have been quite slow too. but fortunately i managed to clear out one project before signing off today. yay for me!
erk. but then again, sakit sakit dan kerja kerja pun sempat kau online window shopping kannn!

bila kerja sambil sakit sakit begini, teringat pula gaya buat kerja ketika zaman uni dahulukala.
al maklum lah, zaman study. serba serbi ala kadar belaka. ala kadar pun, ha kau, dengan rak yang transform jadi meja nya. dengan meja kecik lipat lipat nya. boleh tahan. itu kalau di bilik. kalau di studio, lagi lebih lengkap barangkali. rasanya, lebih banyak tidur di fakulti kalau nak dibandingkan tidur di bilik. tanya lah mana mana pelajar dan bekas pelajar sealiran dengan aku, pasti pengalaman sama diceritakan. sebenarnya, kadang kadang kalau kita kaji betul betul, senario tidur di studio tuh tak perlu ada pun tak apa. tapi, entah. semacam sudah menjadi sumpahan budak archi jadi penunggu fakulti/studio. kamilah penunggu, kamilah hantu. *aku tak...dorang je. lalalala*
budak archi lain, aku tak tahu lah. tapi aku dengan beberapa yg rapat dengan aku, rutin kami memang selalunya jadi penunggu. subuh subuh nanti, time orang bangun bersiap siap nak pergi kelas, kami dengan muka tak siap ni akan serang cafe fakulti. sampai makcik dan kakak kafe dah lali sangat dengan muka busuk kami ni makan dengan senang hati pagi pagi sebelum pulang ke kolej masing masing untuk mandi dan turun semula ke studio (err...kadang kadang...untuk sambung tido di bilik). makcik siap dah kenal nama kami dan boleh teka belaka kami dari studio atau dari bilik (occasionally, we do go back to our rooms to sleep at nights).
itu kisah studio.
kisah aku?
sekali lagi, orang lain aku tak tahu. mungkin mereka punya gaya yang lain.
tapi aku, yang aku perasan lah, ada gaya buat kerja yang merapu sedikit.
menjelang tahun kedua (err...ke tiga hah?), laptop yang BANYAK berjasa semakin nazak, maka membuat muka kesian yang wajar dilempang lempang kat abah untuk menyumbang sedikit dana untuk membeli desktop untuk teruskan perjuangan. walaupun begitu, aku tetap degil usung kehulu kehilir laptop antik tuh. sebab?
sebab aku memang tak reti kekal satu kedudukan untuk buat kerja.
ye. aku ni fokus tak lama. jadi, setiap kali bosan je, memang aku pergi kacau orang atau jeling jeling kerja orang, atau paling kurang, aku pusing keliling meja sendiri.
dan makin lama, makin mencabar kesabaran itu laptop, maka, aku pasrah dan meng-fully utilizekan kemudahan desktop yang sudah ada.
nama pun desktop, memang atas desk lah jawabnya.
tapi, sebagai seorang farah diana, memang degil. tetap membantai desktop serupa seperti laptop.

1. bawak naik turun desktop dari bilik, ke studio, ke bilik semula, ke studio semula, seolah olah desktop tuh boleh sumbat dalam bag serupa laptop sahaja. kejadian sebegini akan berlaku dikala penggunaan studio dihujung minggu tidak diluluskan. ataupun sekiranya sensorang distudio dikala studio bukak 24jam, tapi tak ada sapa yang menghuni studio untuk diharapkan untuk melihat lihatkan keselamatan barang barang berharga.

2. instead of bekerusikan KERUSI, desktop ku berkerusikan KATIL. macam mana? setting desktop atas meja aku bikin menghadap katil. especially ketika dapat bilik yang besar tuh, memang katil dan meja bergabung terus. serupa macam, kalau aku nak tdo, memang boleh terus adjust sudut engsel pinggang ni dari 90 darjah kepada 180 darjah secara serta merta dan begitu juga sebaliknya. kalau aku menyampah tengok kerja, dan tekad nak tdo, aku tolak je meja menjauhi katil.

3. kerja sambil meniarap. ye. ini terjadi kepada kebanyakan pemilik laptop yang lain. KEBANYAKAN. tak semua. harap maklum.
apa cerita aku, tadi kata desktop, bukan?
yes. tips nya, kau bentang tikar atas lantai studio, bawak turun monitor dan keyboard dan mouse sekali. dan buatlah kerja seolah olah kau sedang bekerja menggunakan laptop. nak lebih selesa, sertakan bantal sebagai pelapi dagu.

4. pabila otak jammed, dan mata berpinar pinar, ambil sunglasses pink anda dan pakaikan ketika mengadap lukisan anda. dijamin.gila. lebih berkesan kalau sunglasses anda tak terlalu gelap sebab nanti kau nak tengok drawing kau macam mana, dol! lebih afdhal katanya kalau sunglasses anda itu mempunyai lapisan pelindung uv. bukan kah baik untuk mata? untuk kes kes seperti kerisauan kehilangan idea yang membuak buak kononnya, sertakan sekali helmet member anda yang mempunyai motor.ye. yang mempunyai motor. bukan yang mempunyai kereta sebab kawan anda yang mempunyai kereta sudah tentu tidak mempunyai helmet sebab apa natijahnya beliau nak pakai helmet ketika memandu. kerajaan mengesyorkan pemandu kereta memakai tali pinggang keselamatan ye, bukan topi keledar.

5. dan memandang kan point no 4 sudah mula menampakkan unsur unsur kurang waras, dan demi mengelakkan bolg ini mencapai kategori blog sampah, izinkan aku mengundur diri. itu menandakan penulis sudah semakin parah kesakitan yang dialaminya.
pesanan penaja: walaupun point point yang telah diutarakan seakan tak logik, tapi sememangnya itu yang berlaku di kala zaman study penulis dahulu kala. mungkin ada yang pernah turut mengalami pengalaman yang sama, atau mungkin ada pembaca yang mengalami pengalaman atau kaedah yang lebih efisyen. kalau sudi, jom la kongsi bagaimana gaya hidup kau zaman uni dahulu. ;)

baiklah. selamat malam kawan kawan.
dan salam maulidur rasul buat semua.

Sunday, February 13, 2011

Keywords Analysis


As salam semua. sihat?

Gara-gara encik adian yang telah mengupload gambar tentang keyword analysis blog beliau, aku pun tetiba nak teringat tentang statcounter aku. so, walaupun dah terlupa password dan username, maka, gigih jugak aku mencari gali username kembali. hahaha. nasib baik mudah! :P

jom tengok apa yang ada.....

1. kelong enul
erk! apakah itu? aku memang ada kawan dari mrsm balik pulau yang kami panggil Kelong (singkatan Kak Long. bebudak kan waktu tu, pelat sakan jadik Kelong). dan sememangnya one of by closest friend named Ainul di panggil Enul. tapi apa kaitan Kelong dan Enul? atau Kelong yang dimaksudkan adalah Kelong yg orang pancing pancing ikan itu? Enul gemar memancing kah???

2. tema hena hena a uuu uuuu
sumpah haku tak faham apa relevan nya motif ini!!

3. down, kecewa
mak down! ok fine. buat ratu emosi seperti aku, dua itu mungkin perkataan yang kerap muncul didalam blog ini. fine korang FINE! aku pasrah!

4. perbezaan sains hayat dan sains fizikal
hmmm. ini mungkin kerja adik adik yang baru melangkah ke alam matrik yang masih terumbang ambing mahu mengambil sains hayat ataupun sains fizikal. kemungkinan result mereka tiptop untuk kedua dua subjek biologi dan fizik dan buntu nak pilih yang mana satu dek kerana dua dua subjek kegemaran. nasihat akaQ, adik buat solat istikharah ye. doa minta petunjuk dari Allah. dua dua pun sama sahaja baik buruk dia, bergantung kepada jalan mana yg adik nak tuju. *tuh dia nasihat kak farah kauuuuu*

5. tadika di kelana jaya
oh. kemungkinan ibu ibu atau bapa bapa muda sedang mencari tadika untuk anak mereka. al maklum lah, ibu bapa zaman sekarang sibuk sibuk belaka. memang tak sempat nak keliling kampung survey tadika. bagus. saya suka benar ibu bapa yang penting kan pelajaran anak anak sedari kecil ini. tahniah! tapi, saya dulu dulu sekolah di tadika pertiwi. sangat best tapi sayangnya tadika tersebut telah dirobohkan. T____T

6. ayat memohon kemaafan
erk. ya. itu juga mungkin gara gara kerap sangat menjadi ratu drama sabun saban hari. tapi, gigih kau kan nak google ayat kemaafan. buat ayat sendiri please! sebab kemaafan itu muncul dari dalam diri anda sendiri, tidak kira seputar alam mana ayat anda, janji ayat ANDA. percaya lah, ayat ANDA lebih kuat dari ayat yang anda google itu! ^.^v

7. tlong bagi kredit mexiz rm 30
ini mungkin gara gara sedang search scam yang serupa aku dapat beberapa minggu yang lalu. kita senasib nok! *sobs* tetiba kan!

8. picture jin kazama
APA? ni sibuk sibuk search gamba balak gua pehal? *mode perasan*

9. nur medina
awwww...saja tau. saya rindu amat ok anak angkat aku sorang tuh! mummy, bila lagik nak balik malaysia please? tunggu ok mummy, auntie farah tengah kumpul duit tabung ni nak g sana!


10. cara mix and match shawl and baju
SEDIH OK! kau nak perli aku apa? takdaaaa.... the last person u will come to for fashion tips is FARAH DIANA. or perhaps, dont bother....u'll definitely be disappointed. sampai hati lu orang keluarkan keyword ni ke blog aku eh. *emo*

11. inner shawl
dah. untuk tidak mengecewakan, ini link beliau: Inner & Shawl Closet by Cha. inner beliau best. titik. (tengok cha, bila lagi ko nak belanja aku ni weh? dah banyak kali aku promote neh! hahahaha)

baiklah. cukup untuk malam ini. sebenarnya, kekurangan modal nak update blog. *tipu*
asalnya nak update tentang liondance, tapi, tetiba sebab sakit perut gelakkan keywords ini, terus rasa nak share dan sembang sikit pasal keywords terbabit. bahana betul. dah jam satu pagi tapi mata tak lelap lagi, maka terhasil lah entry merapu ini. mana tidak, petang tadi setelah pulang dari the curve yang dipergi straight dari opis jam satu, tidur tanpa sempat menukar pakaian ok, dari jam 5pm hingga jam 8pm!! menangis la kau nak paksa mata tu tidur supaya bertenaga untuk menjalankan kerja ID pertama ko jap lagi. *sigh*
baiklah, doakan agar farah diana mampu segera tidur kumpul tenaga ye. till then, toodles!!

Monday, February 07, 2011

angpau!!

Salam.
How's everyone doing? hopefully ceria sentiasa! ^.^v

for the first time in my life ...err....so i thought, i received red packets today! wuhuuu!
seronok tak terkira. put aside the amount, but receiving sampul merah telah membuat hari isnin aku minggu ini a cheerful one! ngahahahaa (dah duit rayo den dah tak layak dapat.... dapat duit rayo cino pun bolehhhhh lahh!!suko suko suko!!)

ok. nak update blog tentang itu sahaja.
bosan bukan?
tak mengapa. saya tak kesah.
oh. mungkin ada selingan sedikit:

cerita 1:
ada sedikit bertekak manja antara sang ibu dengan sang anak.
ibu: makan je keje! cam mana nak kurus nih?
anak: mana ada, sikit sikit sikit tapi banyak kali je. takpe....
ibu: huh! ye lah tu! sesia lah workout segala mak nenek tuh!!
BAPA: ntah nya! membazir je! *secara tetiba walhal sedang enak tidur. dan selepas menabur minyak kedalam api, kembali berdengkur dengan amannya*
anak: gulp! *sentap*

cerita 2:
sang ibu datang menyertai anak anak yang sedang leka menonton tv. sambil makan.
lalu ibu bertanya, "beli apa tadi?"
"kuey tiow sup untuk ibu, yong tau fu untuk bapa bla..bla...bla..."
"i pergi tanya bla...bla...bla...dia tak payah sign. only need me to sign" dan kembali berdengkur. teka siapa?
ya.
sang bapa yang sedang enak tidur sekali lagi membuat keajaiban memotong bicara ketika sedang berdengkur lena. sampai kini, sang anak amat kagum dengan kebolehan bapanya tiba tiba muncul membuahkan bicara secara bernas out of nowhere. comel bukan bapa itu?


p/s: cerita diatas adalah olahan semula kejadian sebenar. tak tak. bukan kejadian terhadap aku. *tak nak mengaku*. sekian.

Wednesday, February 02, 2011

my status in year 2010

Salam Semua.
oh seronok! hari ni dah start cuti! tidor sampai lebam!! muahahaha.

eh tidak. tetap bangun awal. errr....jam 9am kira awal, bukan? hahahaha
malam semalam, gigih mengaplikasikan My Status in Year 2010 kat facebook tuh.
Akhirnya, berjaya view. kahkahkah. nampak sangat loser menda alah tuh pon tak reti guna! ngahahaha.

dan setelah berjaya, gigih baca setiap status yang dipost sepanjang tahun lalu.
fuh! banyak status emo rasanya tahun 2010. kahkahkah.
tapi, ada satu status yang aku post yang pada perkiraan aku, agak wajar dan relevan dengan hidup hari ini.

Nah. cuba lihat gambar dibawah ni:


rujuk status yang didalam lingkaran merah itu.
oh tak tak. bukan apps fb yang tolong buatkan bulat merah tuh, aku sendiri buat kan line merah tuh dalam Paint. erk. sunggoh lah rasa tragis edit gambor guna Paint instead of Photoshop. sobs!
read: MALAS.

yes. apa terjadi ketika itu?
oh. disebabkan sedikit rasa kurang keyakinan diri untuk meneruskan karier dalam bidang yang dipelajari suatu ketika dahulu, macam macam jenis pekerjaan aku apply menerusi Jobstreet. macam macam ok.
but mostly, aku apply as Interior Designer. sebab at least, tak lari sangat daripada bidang asal.
dan PELBAGAI jenis pekerjaan aku apply. saja nak test market dan tengok apa yang bersesuaian dengan jiwa. katanya.
graphic designer pun aku apply. kahkahkah. sungguh tak kena ok. dengan skill sangat minima ada hati tuh nak apply graphic designer. ceh ceh!
interior designer. ok lah kot. tak lari banyak but still, its a whole new thing. memang basic ID aku agak ZERO. harapkan projek semester 4 aku tuh je lah sebagai panduan asas. tu pun, projek minor. sobs lagi!
erk. i even applied.....


....


CIKGU TADIKA!
now, sila ketawa berdekah dekah. sila sila silaaaa! T____T
experience: about three weeks (or less kot). sebab tolong jadi cikgu tadika kat tadika yg dioperasikan oleh sepupu aku. lucu bukan? but those kids were adorable. oh. that time, i was assigned to take care of the 3 & 4 year olds. there were only two of them. both adalah cousins. a girl and a boy. the girl sungguh pandai bercakap. pandaiiiii sangat. suka sangat dia! dan rajin! dengan aku tak reti mengajar, dia yang datang bawak buku kat aku ngajar aku abc. *mak down skejap!*
yang cousin dia plak, sungguh tak reti bercakap. tapi manja. sangat manja. haha. on my last day, dia macam tahu tahu pulak aku last dia. meragam tak tentu pasal. dan melekat je. tak mahu lepas. nak dukung je. dah pulak, dukung tak mahu aku duduk. aku di minta berjalan. once aku duduk, walaupun tak lepas dia dari dukungan, dia start merengek. isk. hensem weh budak nih!!
kenangan. kenangan amat singkat sebelum aku masuk UKM. singkat tapi banyak. macam macam ok layan kerenah budak budak. seronok! main air. dancing. singing. tapi, i wasnt really a teacher material though. kalau lagi lama aku dok tadika tu, memang jahanam tadika tuh kot. dengan aku aku skalik jadi student tadika tuh. lalala.

kembali kepada topik asal,
aku ada apply a post as child photographer.
yes, u heard it right
photographer.
sengal kan? pegang kamera pun cam pegang batu. aduhai. harapkan slr pinjam abah punya, tapi sumpah tak reti segala setting mak nenek semua tuh.
but i applied just because i missed working with kids.
lucu? tapi at that time, i wanted that job so badly.
namun, apakan daya. interview dapat. dan dah pergi. was ok la the interview.
but, tak ada rezeki disitu barangkali.
justeru, terhasillah status fb seperti yang aku bulatkan didalam gambar diatas.

kecewa bukan?
tapi itulah indahnya janji Dia. setiap apa yang Dia kurniakan, biar susah biar senang, pasti ada hikmah tersendiri.
Dia sengaja bikin aku kecewa dahulu, sebab Dia dah sediakan jalan lain untuk aku.
Alhamdulillah, aku rasa tenang dan bahagia dengan kerja sekarang ni.
Gaji bagi aku, tak kesah berapa kuantitinya.
jika nak dibandingkan dengan bermacam faedah sampingan yang aku idam idamkan, gaji sebanyak itu sudah mencukupi barangkali.
faedah sampingan apa yang aku maksudkan,
1. masa untuk diri aku sendiri dan keluarga. itu PALING aku syukur. walaupun sabtu pun hari kerja, tapi, pressure kurang. HAHA. siapa pernah kenal aku tahu aku memang kurang tahan lasak sedikit dengan pressure.
2. ketenangan. somehow, aku rasa amat tenang. dengan kawan kawan di satu department semua helpful dan supportive. aku rasa selamat dan seronok. dan jika ditakdirkan aku bertukar kerja kelak, mereka tetap sebahagian dari hidup aku.
3. jarak tempat kerja. sangat. dekat. dengan. rumah! hahahaha. kalau tersedar dari tidur jam 8.30am pun sempat siap dengan laju dan sampai on time. HAHAHA!*berlagak sekejap* dan sempat berkasih sayang dengan mummy dahulu pagi pagi sebelum ke pejabat. ^.^v

bukan tidak mahu kembali ke landasan asal. cuma kekuatan tu belum ada.
insyaAllah, siapa tahu, suatu hari kelak, aku kembali mencari sinar harapan dalam bidang asal aku nanti.
dan pada kawan kawan semua, fahamilah, tidak semestinya yang belajar sains jadi saintis, tidak semestinya belajar arkitektur jadi arkitek, dan tak semestinya belajar ekonomi rumah tangga jadi tangga rumah. jadi lah apa pun, yg belajar arkitektur nak jadi arkitek, silakan. dan nak jadi surirumah aja, silakan. asalkan tidak menjadi sampah masyarakat, sudah! yang penting, yakin dengan apa yang dibuat (tapi jangan kau seyakinnya jadi penyangak sarip dol kampung durian sudah! itu mau kena penampor lapanbelas das!).
renung renungkan, selamat beramal! *dato fadzilah kamsah, i pinjam tagline u skejap ye!*

sekian. stay cute everyone!!

;)