salam.
nasib RA macam kami ni membuat kerja-kerja b*****l. RA as in Research Assistant ye, bukan Resident Architect ok.
kerja RA memang betul relax. Alhamdulillah. tapi, tak lah relax sangat actually.
bila buat kerja ni,
banyak perkara sampingan terabai.
aku dapat rasa, pasti ada yang tak puas hati dengan kami ni.
mungkin ramai rasa, "RA je.... takkan takleh tolong? kitorang ada design ni...subjects lagi... tolong la cover."
oh dear, i should not make a fuss out of these.
tapi aku mahu suarakan juga. be it nobody ever read this, i dont care.
cuma jangan sampai tahap ra rasa nak just drop all these out and just leave. jangan.
kalau kau nak berkira kau sibuk dengan studies and all, fikirkan kami jugak, kami sama sibuk juga. kalau kau fikir kau sacrifice cuti kau dan rasa terpinggir, kami juga begitu, bukan takat cuti, curi masa kerja.
bodoh ok bodoh. oops. memarahi diri sendiri. kau jangan gatal-gatal nak sentap ngan ayat aku. ni aku memarahi diri sendiri. siap kalau aku dengar ada yang ngokngekngokngek komplen aku blog about sacrfice kunun and all, memang aku humban dalam perigi sebelah jpp tuh. amaran neh.
time management aku hancur gila. dan disebabkan itu, hati ni hancur sebab banyak hati terluka. hati sendiri tak payah cakap la, dah memang tak nampak rupa hati dah. sampai punca masalah sebenar pun dah taktau yang mana satu.
tapi tolong jangan sampai aku dengar ada yang BERKIRA dengan workload ni sbb kalau aku dengar, kau belum tahu macam mana rupa farah diana kalau FARAH pulak yang berkira. ni jaguh matematik dan matematik tambahan dulu ok. matematik aku sejak sekolah sampai matrik tak pernah kurang dari 90 ok! hah. unsur bongkak pulak disitu. sumpah benci diri sendiri bila berkata sebegitu tapi malas nak tekan backspace. lantaklah.
paling meruntun hati...... ok fine. aku tak bisa cerita apa yang paling meruntun hati ekoran kerja sukarela aku neh. orang boleh gelak kan aku konon kuat berdrama, aku sendiri menyampah dengan diri aku kuat berdrama airmata. orang boleh tahu port aku melayan perasaan merambu airmata bagai. orang boleh bahan kan drama-drama aku. tapi korang tahu tak hati aku? tahu tak masalah aku? pernah faham tak aku? pernah?
orang kata aku kuat nangis. nangis kat toilet. nangis tepi tasik. nangis dalam kete. nangis sensorang dalam bilik. nangis dalam hati ketika kawan sekeliling semua dok berdekah2 gelak, dan cuba sedaya upaya untuk sama-sama ketawa. sangat susah tapi aku memang pakar dalam melakonkan watak tragis macam tu.
sudah lah. aku tak salah kan sesapa melainkan diri sendiri. semua orang tak faham tentang aku sebab aku sendiri tak open up. yes, i know that. not this time. aku dah banyak menyusahkan kawan-kawan aku dengan series of dramas and am not gonna add more. im happy all of u happy. tak perlu, aku tak perlu kawan-kawan menangis. cukup sekadar kongsi gembira. aku tamak, harap maaf. aku juga kedekut. sebab aku hanya sudi kongsi gembira aku, aku tak sanggup dah kongsi sedih aku. cukuplah drama swasta aku. sebelum makin teruk membodohkan diri dengan kesedihan aku sendiri.
man. tajuk dengan entry lari habis. pathetic gila ok farah diana ni. sekian.
2 comments:
sokong!!!!!!! dh la keja byk...gaji x dpt lak tuh...bertmbah saket la hati ini!!!!!!!!!!!!!!!!!
kannn alya kannnn!!!buat rusuhan kang! hahaha!
Post a Comment