Wednesday, December 30, 2009

please. wait no longer.
more of these, please. more.
and i really mean, NOW!

Tuesday, December 22, 2009

hari sukan sekolah

salam.

perut lapar.
sehingga jam 10.57pm ini masih belum pulang.
dah la petang tadi bertennis.
sambung bekerja (konon. fb lebih kot), tanpa mandi dahulu.
sumpah rasa nak muntah bau diri sendiri masam! cis.
tapi takpe, kerja dah siap.
tengah tunggu orang tolong pdf kan.
maklumlah, cik farah ni bab bab IT neh juling sikit.
sementara tu, alkisah menaip lah di bobo ini.
oh. lama tak memanggil blog dengan nama manja dia ya.
BOBOOOOO...boboooo!! oooooh!

ok. mode mereng dah muncul.
tapi seronok dengar keletuk keletak type laju laju walaupun mende merapu.
seeeee.... entry kali ni dah melanggar janji. kata nak entry bermotif dan berfaedah selepas ini. ish.

ok farah. jangan langgar janji.

motif kali ini: archustic.

oh. tadi melihat adik-adik dah start buat maskot. PANG! terasa tertampar diri sendiri.
oh. itu bukanlah tamparan illusi pertama untuk hari ini.
tamparan tamparan lain telah muncul tengahari tadi lagi.
"biro lain semua dah start buat kerja...cuma duit la tak da lagik"
sedih disitu. kecewa dengan diri sendiri.
rakan-rakan semua dah pulun, tukang cari duet neh pulak slow motion.
semua dahulukan duit sendiri. kasihan mereka.
serba salah patik dibuatnya.
err...maaf. salah guna kata ganti diri.
serba salah aku dibuatnya.
"layout booth macam mana? under business kan?"
tudiaaa....satu lagik terkena.
kasihan anak-anak buah aku dapat leader yang sumpah blur cam aku.
status fb dah bersangkut paut pasal kira-kira. kenapa?
sebab itu bertujuan nak memarahi diri sendiri agar jangan berkira sangat membuat kerja bengkel ni. ish...........

ok. lain kali sambung. dah sangat penat.

p/s: ceh. tajuk tiada kaitan langsung!

Thursday, December 17, 2009

salam.
jam dah menunjukkan 2.22pagi.
kalau aku masih seorang student, atau mungkin sedang bekerja sebagai buruh kasar...err... maksud aku, bekerja di bidang arsitektur yang sebenar, maka, mata masih terbeliak pada ketika ini mungkin normal.
tapi kini, aku hanya seorang pembantu penyelidik yang agak slow bekerja. maka, kecelikan mata pada waktu waktu sebegini tanpa arah tuju tanpa berchat dengan sesiapa tanpa arah tuju (see.... nampak tak aku lost disitu, sampai point arah tuju tu terulang ulang), adalah suatu norma yang kurang normal.

kan. inilah akibatnya sekiranya pantang letak kepala atas bantal terus lentok tak hengat. padahal, malam sebelumnya tidur lengkap tak ada cacat cela.
mula-mula, pasang dvd royal pain. konon. skali mana silap dia tatau, gambar cantekk je keluar, tapi bisu tak bersuara. oh. frust betul takdapat melayan encik doktor yang hot dalam siri itu. cis.
takpe lah. nasib ada rancangan number. layan sebentar. abis je cerita tu, sumpah kesian kat kutu kutu sebab dah mati belaka.

jap jap. nak bergossip sat ngan housemate. macam menarik je cerita adik kecik aku sorang neh. sat eh saaat......






ok. sambil bergossip sambil menaip entry lah.
these few days have been filled with emotions. err...few DAYS??
ok ok. fine. apa apa lah.
i admit im such a drama queen, but forgive me for being myself. haish.
but no worries, i'll try my best to control my emotions from today onwards. ye lah, mesti ramai menyampah nak mampos tengok aku asyik asyik emo. pelempang jugak farah ni.
err....tuh kannn.... start dah. baru tadi janji nak control. hahahaha!

ok. cerita menda lain.
cerita apakah?
haish. mengong btoi.

balik rumah semalam, puas kena sindir. tu lah, sebab beremosi sangat lah. kuat merajuk, kuat sentap. haihhhhh.
tapi takpe, ngan sapa lagik nak manja kalau bukan ngan family sendiri kankankannnn!
hahaha.


dah. tudia entry kurang bermotif. kompem takkan ada orang komen di entry ini. motif?
hish. i really should improve my writings though. asyik tulis tak berfaedah saja. ok. janji lepas ni update entry yang bermotif ok. janji! ada cadangan mau tulis apa tak? huaaahhh!

Tuesday, December 15, 2009

nasib RA

salam.

nasib RA macam kami ni membuat kerja-kerja b*****l. RA as in Research Assistant ye, bukan Resident Architect ok.
kerja RA memang betul relax. Alhamdulillah. tapi, tak lah relax sangat actually.
bila buat kerja ni,
banyak perkara sampingan terabai.
aku dapat rasa, pasti ada yang tak puas hati dengan kami ni.
mungkin ramai rasa, "RA je.... takkan takleh tolong? kitorang ada design ni...subjects lagi... tolong la cover."

oh dear, i should not make a fuss out of these.

tapi aku mahu suarakan juga. be it nobody ever read this, i dont care.
cuma jangan sampai tahap ra rasa nak just drop all these out and just leave. jangan.
kalau kau nak berkira kau sibuk dengan studies and all, fikirkan kami jugak, kami sama sibuk juga. kalau kau fikir kau sacrifice cuti kau dan rasa terpinggir, kami juga begitu, bukan takat cuti, curi masa kerja.

bodoh ok bodoh. oops. memarahi diri sendiri. kau jangan gatal-gatal nak sentap ngan ayat aku. ni aku memarahi diri sendiri. siap kalau aku dengar ada yang ngokngekngokngek komplen aku blog about sacrfice kunun and all, memang aku humban dalam perigi sebelah jpp tuh. amaran neh.
time management aku hancur gila. dan disebabkan itu, hati ni hancur sebab banyak hati terluka. hati sendiri tak payah cakap la, dah memang tak nampak rupa hati dah. sampai punca masalah sebenar pun dah taktau yang mana satu.

tapi tolong jangan sampai aku dengar ada yang BERKIRA dengan workload ni sbb kalau aku dengar, kau belum tahu macam mana rupa farah diana kalau FARAH pulak yang berkira. ni jaguh matematik dan matematik tambahan dulu ok. matematik aku sejak sekolah sampai matrik tak pernah kurang dari 90 ok! hah. unsur bongkak pulak disitu. sumpah benci diri sendiri bila berkata sebegitu tapi malas nak tekan backspace. lantaklah.

paling meruntun hati...... ok fine. aku tak bisa cerita apa yang paling meruntun hati ekoran kerja sukarela aku neh. orang boleh gelak kan aku konon kuat berdrama, aku sendiri menyampah dengan diri aku kuat berdrama airmata. orang boleh tahu port aku melayan perasaan merambu airmata bagai. orang boleh bahan kan drama-drama aku. tapi korang tahu tak hati aku? tahu tak masalah aku? pernah faham tak aku? pernah?
orang kata aku kuat nangis. nangis kat toilet. nangis tepi tasik. nangis dalam kete. nangis sensorang dalam bilik. nangis dalam hati ketika kawan sekeliling semua dok berdekah2 gelak, dan cuba sedaya upaya untuk sama-sama ketawa. sangat susah tapi aku memang pakar dalam melakonkan watak tragis macam tu.

sudah lah. aku tak salah kan sesapa melainkan diri sendiri. semua orang tak faham tentang aku sebab aku sendiri tak open up. yes, i know that. not this time. aku dah banyak menyusahkan kawan-kawan aku dengan series of dramas and am not gonna add more. im happy all of u happy. tak perlu, aku tak perlu kawan-kawan menangis. cukup sekadar kongsi gembira. aku tamak, harap maaf. aku juga kedekut. sebab aku hanya sudi kongsi gembira aku, aku tak sanggup dah kongsi sedih aku. cukuplah drama swasta aku. sebelum makin teruk membodohkan diri dengan kesedihan aku sendiri.


man. tajuk dengan entry lari habis. pathetic gila ok farah diana ni. sekian.

Monday, December 14, 2009

Archustic Trial Camp - 10-13 Dec 2009

salam.
berdasarkan tajuk diatas, dengan ini saya...

sumpah annoying buat ayat macam tuh. haish.
ok. merujuk kepada tajuk diatas, kami berharap pihak tuan...

OK! buat perangai tingtong lagi. bila nak insaf farah diana neh?!

actually, the camp started on the 4th, cuma bermula dengan pihak ukm sahaja, tanpa co-hosts. menyediakan segala persediaan untuk menguji ketahanan minda dan fizikal para penganjur. erk?
so basically, the camp was held to test run the modules, to train the committee before the actual event, and to observe those with potentials to become the facilitator during the actual event in the month of June 2010, disamping berkenal-kenalan dan beramah mesra dengan co-hosts agar lebih mudah bekerjasama dikemudian hari.

malas cakap banyak, puas putar otak nak fikir apa yang nak ditulis, namun, susah sikit sebab macam-macam nak kena tapis. al-maklumlah, kami masih lagi dalam progress perancangan, maka kalo diceritakan secara detail, kan nanti basi orang luar tahu senarai module kami. ceh ceh cehwah! tunggu ya Archustic 2010 nanti ya! ^.^

pendek kata, bersyukur jugak ada camp ni sebab melalui camp ini, dapat mendekatkan diri dengan adik-adik jsb semua. oh my, akak tau semua pun stress gila on this but i also believe all of us can do it, and will enjoy it. dari sini juga, dapat kawan-kawan baru dari twintech dan taylor's yang memang sporting belaka! everytime cerita semula tentang event, memang sakan pecah perut sebab banyak sangat keletah para peserta. dari camp ni juga dapat dikenalpasti mana cacat cela aturan perancangan dan justeru memberi ruang kepada pihak penganjur mengubahsuai perancangan agar lebih lancar nanti.

oh. dan penat juga jadi penganjur. ayo! ni baru 4 hari, dengan bilangan lebih kurang 80 orang. nanti kena handle 800 orang!!! ahhh........
tapi takpe.... penat tempohari tak rasa sangat sebab sangat seronok melayan kerenah semua orang. moga nanti actual event berjalan lancar dan berbaloi tumpah darah airmata semua. hahahaha! (macam dok berperang lah plak!)

ok. sudah. otak dah beku dok lam studio neh. lagi lagi plak asyik dok gelak je hari ni bercerita cerita camp hari tu. semput jugak, bukan sebab penat jadi penganjur, penat sebab bergelak. habislah pasni nangis plak lepas dah puas gelak. oh no!

Saturday, December 05, 2009

kejayaan hari ini

salam.
hoh. asal nak letak entry sarkastik disini, tapi takpe lah, emosi masih boleh dikawal. feeewit.
hebat tak aku kawal emosi kali ni??
kahkahkah.
tengok tu, aku gelakkan, so jangan tanya kenapa aku sedih or marah sebab soalan tu sungguh tak relevan.

mutiara kata buat diri aku disini untuk hari ini:
usah buang waktu memikirkan terlampau mendalam sedangkan waktu itu boleh dimanfaatkan dengan melaksanakannya.




wah! serius aku bangga dengan diri sendiri hari ini sebab berjaya memujuk diri sendiri. hahahaha..,... apa la.... ok. sudah semangat bekerja. jom kawan kawan, let's win this ok!!
ARCHUSTIC: ON!