aduh. satu jari cedera.
ok. boleh dijadikan alasan lama tak update blog tak?
ceh! padahal....baru cedera tgh hari tadi...abes, semalam kelmarin dulu dulu tu kau buat apa farah???
hep hep!diam diam. jangan pecah tembelang farah pemalas kat sini woi!
ok. cukup. memang aku takdak modal nak berceloteh sini sejak kebelakangan ini.
aku sedang bertanding dengan rakan-rakan jsb sekalian dalam pertandingan blog sapa paling banyak sawang kot?
ceh ceh. merapu lagik. diam kau farah diam!
ni kenapa tiba tiba ayat nak menjatuhkan diri sendiri ni ha?
adeih.
dengan terhantarnya segala mak nenek topical study kepada supervisor dan jabatan, maka, boleh la kot aku mengisytihar diri ini sebagai seorang penganggur. boleh?
cis. tak best betul title tu.
sebab apa tak best? sbb title tu menyebabkan aku hidup dalam serba kekurangan.
eh eh. kurang...maksud aku...kurang rm lah.kasih sayang makan pakai semua tetap cukup sbb duduk kat umah. yang kurang hanya rm. isk. sedeh btol kehidupan si mata duitan yang kekurangan duit ini.
apa apa? ada suara-suara menjerit soh aku g cari kerja?
shuh shuh. i know what im doing.
kau tak tau apa apa tentang aku, sila tutup mulut, jangan pandai pandai buat spekulasi ye.
memang aku malas. tapi kau tetap tak tau kan apa perancangan aku kankankan?
ye.....jangan risau rakan-rakan, insyaAllah.....ada perancangan aku ni....
cuma melaksanakan nya sedikit berat loh. ceh ceh. alasaaaaaaaaaan je farah ni.
xpe...yang penting niat.
hisy hisy. makin melalut kot. tolong la farah. kan lagi bagus kau update blog ko dengan cerita tentang BBQ, tentang promosi dance pad yang ko gembar gemburkan tu, tentang makan malam kat william's ke, review movie transformer 2 yang ko tonton tempohari ka....
dah dah. tau tak jari aku saket skang?????
sebenarnya, asal usul jari gatal menaip hari ni adalah kerana nak meletak peringatan kepada diri sendiri supaya WAKE UP and DO something FAST!
baik. rakan rakan yang membaca sekalian. tolong pantau to do list saya ye, list ini perlu dilangsaikan sebelum 30jun2009.... 2009 ye, bukan 30 jun 2020.
to do list:
- update resume
- video 3 minit
untuk dihantar ke agensi pencari bakat(ceh! perasan di situ! ceh lagik!) - lengkapkan borang permohonan simbiosis dengan segera
- melaksanakan impian mummy agar rajin sket anak ketiga dia ni mendesign kabinet dapur, revamp sket interior tingkat atas (ni dari thn lepas sebut, tak terlaksana pun. ceh) dan design parking space kt dpn umah utk abah (sbb kete dah banyak sangat. ceh!semak je)
- membizibodikan diri menanya lecturer mana nak guna RA. sumpah btol tekad nak jadi RA dlu neh!
- .........
doa2 la moga encik RAJin aku tu datang segera ye.....
jangan anggap rintangan itu sebagai dugaan, tapi ambillah cabaran itu sebagai satu peluang.
setiap kejadian, biar buruk atau baik, tetap terhampar peluang dan hikmah untuk setiap daripada kita ini nilai kan dan rebut kan.
ok. perenggan akhir itu saja yang berkait dengan tajuk kot. ok apa, ada gak kaitan kankankan?! hehehehe