Saturday, May 23, 2009

nak letak tajuk apa ntah?

salam.
mood tengah ada. mari oi mari update blog hoi!!

haha

event -1 (sbb tadi da list kan 1 sebagai internal review, tapi before that, ada event lain):
hayo! event la sangat.
di satu ketika, ketika dok kalut buat design, otak da tepu sangat. kak aida pulang ke rumah, maka tinggal yin, iman, finas dan aku saja di duranta itu. tiba-tiba, aku teringat aktiviti dahulu kala, dengan geng sengal yang terdiri daripada cik...eh...puan nurul, cik ainul adibah, encik anuar khairoji, cik norhayati, encik adian, encik gedik, dan sapa sapa lagi lah (note: ahli rombongan selalu berubah berdasarkan situasi ketika itu ye rakan-rakan...) dikala 2-3 pagi ting tong takdak idea, pasti putrajaya lah hala tuju kami. bukan buat apa pun, ngok ngek ngok ngek, tangkap gambar guna kamera digital berkualiti rendah (tapi abes best lah masa tu!) sambil masing-masing bajet diva, ala-ala tengah shooting untuk cover album. pergh. terbaik lah!
tetiba pulak la malam itu (tarikh tak ingat lah....sila google, kalo berjaya, aku kasik eskem malaysia!) terkeluar pulak dialog dari mulut drebar kelisa kuning ini
"putrajaya jom! cari idea!"
ingat kan, tak mendapat sambutan, tapi....
"skang kak? JOM!!" si hyper berjaket kuning.
hoh?? tercengang! ada jugak yg melayan idea mereng aku ni.
dan pung pang pung pang, dengan keadaan suis tingkap kelisa yang rosak tu (ni jangan tanya kesah ni! malas da nak ulang tayang cerita neh) menonong la 4 gadis ni kat putrajaya tuh jam 2-3 pagi tuh. jalan jalan cari nahas!haha! memandangkan semua gadis, aku refuse to stop berposing kat mana-mana. just gerak menikmati pemandangan melalui kaca kereta sahaja (kaca???) risau keselamatan anak dara orang kaedahnya kan! haha.

maaf, gambo gelap. malas den nak edit lebih lebih. haha

event 0 (haha! rupanya, termiss 2 event...err...event la kot.):
selepas bloodbath day (bak kata adian), iaitu hari final presentation tempoh hari (14 mei 2009), memang betol ramai mandi darah ketika itu. tak terlepas lah aku, siap berendam air mata sampai ayah bonda risau dan terus kasi alasan nak tuka kete (yang pada ketika itu aku meminjam waja sbb kelisa suis tingkap rosak, dan ketika itu, tingkap waja la stuck pulak. cis. memang kena mandi bunga aku ni, tak de luck btol dengan kereta, ada je masalah! bawak sampan kang!!) and came all the way from pj to bangi untuk kasik semangat untuk teruskan perjuangan yang bersisa selangkah dua ini. iklan jap: thank u mummy abah and nana! mwwwwah!
balik ke topik asal, selepas episod berendam airmata...eh...episod bloodbath, keesokan hari nya adalah hari jumaat. al kisah, teman finas bertemu rakannya yang datang dari mana tah, jalan jalan kat alamanda la kononnya. sambil masing-masing meroyan membeli donut big apple dengan menggunakan kupon finas. dalam dok menikmati donut di foodcourt rasa sayang itu, termuncul la idea gila lagi.
"karoke berapa tapak je lagi kat belakang tu!! karoke jom!"
dan pada ketika yang sama, yin turut mencadangkan aktiviti 'tarian' mesin arked tuh.
hai budak budak ni, kau sukaaa je stuju kan aktiviti lagho kakak kau ni!
"JOM KAK!!"
dan selepas menghantar rakan finas ke masjid untuk solat jumaat, (masa finas nganto tu, sempat jugak aku menyambar sehelai blause untuk dipakai ketika internal review nanti.hahaha),
melalak la kami berlima; aku, finas, yin, iman dan dayah. all girls ok! pergh. boleh pulak dayah ni pilih lagu melalak lalak tak hengat punya. semua pun layan! kahkahkah. sampai tak puas tu, g tambah 2 lagu lagik tu (asalnya, kitorang amek pakej sejam satu bilik). kua pusat karaoke tu, yin dah macam tikus mondok dah suara aku (motif tikus mondok???) hahaha. dan malam itu, masing-masing bersemangat meneruskan perjuangan membetulkan design masing-masing. cewah!

muka paling hodoh tu muka ku memakan donut ye. ceh!

event 1 (ha...dah masuk balik dalam track pun. hehehe) 18 mei 2009:
final review. semua cuak ayam. mengantuk pun cam ayam jugak. tapi semua tamau kalah, berposing lah lagi. dan selepas kata-kata amanat dari para lecturer yang disayangi, bertempiaran la masing-masing mencari sesuap nasi. eh. ke destinasi masing-masing. ada balik tidur, ada p tengok movie, ada berkaraoke 3jam...erk? sapa karaoke 3 jam tuh? sapa sapa???
yang penting, sempat jugak kami merakam kenangan indah bersama lecturer ketiga-tiga nye bersama. oh my, sedih ok. sudah semakin hampir ke penghujung.

dan pulang petang itu, bantai tdo (orang kata tak baik tdoq waktu asar....tapi gua bantai jugak! dah malam tak sempat tdo, tgh hari p bantai karaoke pulak...mana tak pengsan jugak jugak petang tu). selepas itu, pabila maghrib menjelang, dikejut oleh rakan studio dan selepas itu, meng-on ym.
di buzz oleh orang kota damansara itu (mind u, takda kaitan langsung dengan pengganggu rakan ku nurul itu ye)
ainul lah!

fara-d: fuh! karoke 3 jam td weh! puas!!
ainul: hina!! weh. ko pnat tak?ada mood berjimba lagik? ke nak tdo mlm ni?
fara-d:oh. bergantung kepada cadangan aktiviti. kenapa?
ainul: terasa nak makan lamb chop lah! kg baru jom!

pergh! org kota damansara yang baru dapat kete neh....panjang betol kaki! baruuu je hari sbelumnya dia mai ke ukm melawat sambil mengajak ku ke tesco mencari steering lock. fuh! dasat org berkereta savvy itu! hahaha!

ajak kak aida, "JOM!"
dayah tiba-tiba buzz ym "JOM!"
dan ahli rombongan terdiri daripada:
3 bijik kereta; savvy itam ainul, jazz merah dayah dan err.... ferrari malaysia iman
yang terdiri daripada kak aida (pengetua af), aku (penjaga pintu duranta), finas (setiausaha pengetua), yin (warden duranta), iman (pemilik to...yol yang comel), dayah (toyol yang comel ...err... ampun dayah! toyol comel baik hati ok, bukan toyol cam dalam mitos melayu tuh!), dalila (rakan toyol..hehehe), che lan (org tua yang veteran), adian (sumber entertainment seantero donia), ainul adibah (tuan savvy itam merangkap orang kota damansara itu), gediks (gps - gedik penunjukjalan serbaguna! penghafal jalan yang terbaek lah kau gedik!).
dan berwestern food lah kami itu malam. dan pulang itu, kete jazz merah de-tour sket, singgah sana sini skejap. dan aku sampai awal dia studio, menumpang sebentar di studio juniperus sementara menanti kereta rombongan kaler merah tu kembali ke pangkal jalan (sbb kete ferrari putih tu dah selamat di rumah ketika itu) dan dikala menetap sementara di juniperus itu, si adian terus passed out tak sedar hingar bingar donia dah, sementara si hafiz dok sakan kena rasuk antu apa tah, melalak tak hengat. mujo la tu studio kau hafiz... maka, layan je la kehyperan budak darjah 4 sorang tuh.
tumpang tanya, kunyit tu memang ada elemen pencetus hyper kah??internal review

sessi melalak 3jam

sessi makan plak



event 2, 19 mei 2009:
oh. cadang mau pulang mengambil baju untuk dipakai keesokan harinya (external review). tapi, memandangkan berlomba tidur dengan finas (aku celik tgk finas tdo, aku sambung tdo mengharap finas bangun dulu, dan finas celik tgk aku tdo, lalu beliau pun turut sambung tdo mengharap pulak aku bangun dulu. elok la adik kakak berdua nih. lumba sapa tdo lagi lama...)maka, bangun di tengahhari rembang, dan cancel plan balik umah. pakai je baju yang dipakai ketika bloodbath day tempohhari (note: darah2 peperangan dah dibersihkan. cewah! bajet betol2 luka fizikal kan!) setelah berhempas pulas berbincang nak nonton malamnya itu, berym secara lapan hala, sambil berbincang dengan pihak lain untuk event 3 (bakal diceritakan later) sampai kepala naik juling, akhirnya petang tu pecut ke alamanda membeli bahan-bahan paArty untuk keesokan harinya (ye...event 3 tuh la,....sabor...nak citer la neh!!!)
selepas ke alamanda, campak2 barang ditempat yang sepatutnya, tanpa sedikit pun dihidu oleh pengetua (cewah! terer tak weols? hahaha), lalu bergegas (gegas ke??) bersiap2 untuk ke kl pula. mini reunion konon, menonton bersama-sama di capsquare (bergerak lambat sikit sebab ada orang tu mekap lama sangat!hahaha! ) mini reunion disertai oleh shafiz si pembersin penggegar alam, gedik gps, adian cnn, chelan wargaemas, cheeway aktor hongkong, ya dan yeh laila majnun jsb, dan of coz lah aku (erk. suka suka je aku kasik nama kt orang kan...heee...gurau sajo ye rakan2...no heart feeling okeh?) oh. dan shida dangdut serta ainul gelek! haha
movie bertajuk: angels & demon. ANGEL ok, bukan angle. amboi korang ni, mentang2 dah bekerja dan ngadap working drawing most of the time, abis diangle kan segala nye eh!
dan al kisah, kesian sorg kawan kita, macam comel je kan membagi kad touch n go kepada toll gate girl padahal apa yang perlu di lakukan adalan men-touch kad tersebut di mesin dan GO! ok, di maafkan rakan tersebut, maybe tak pernah guna touch n go kot. tp semacam lucu jugak la, sbb aku yg ketika itu guna tiket biasa bleh lepas dulu daripada org yg bertouch n go itu! haha!

oops! event 2 gamba nan ado. harap maaf. haha!

event 3, 20 mei 2009:
external review. fuh. no comment on the external review. sama macam lepas-lepas kot. tapi, kali ini, menyendeng-nyendeng kat 5th year, sbb yang diraikan disitu. nak dapat timing nak p carik ice cream. hehehe.
nota: kak aida! actually, kunci tu hilang betol ke camne? i tak terlibat langsung ok plot penipuan or pensorokan kunci dan sewaktu dengannya, i handle majlis dan makanan je. plot menjaga 'birthday girl' adalah kakak-kakak lain ok. hehehe
selepas external habis mengreview hasil kerja 3rd year, kami lari ke juniperus, membuat hingaq kat sana. hahaha. tak tak...memasak wo. untuk majlis keraian lah. steambot ok. dan sandwich. fuh! chef utama: iman dan gedik. aku? jadi runner separuh nyawa. penat but worth it! ^.^
dan later that day, kami berlari ke kedai sate dan alamanda. alamanda mencari ice cream dan barang2 yang ketinggalan. oh. lilin. LILIN!!! grrr (marah yin! marah manja je...kehkehkeh) kedai sate buat apa? bli sate la...takkan nak tempah baju kat kedai sate!? apa la...
dan setelah setel segala masak memasak serta diselang seli pula dengan sessi bersama lecturer, kami pun menanti dengan penuh sabar ketibaan yang diraikan. ada yang siap tergolek terlena dibuai mimpi, ada yg dok bertenggek kat kafe sbb nak ice cream da makin cair, maka terpaksa tumpang cafe. alih2, kak maz misscall jeeta, dan aku tak tau menahu. dan mujur ada encik fadhil yang kelam kabut patah balik selepas membeli burger di kafe memberitahu tuan pengetua (ehem) dah on the way ke banglo af. hahaha! sepantas kilat aku dayah dan aai memecut lari ke banglo sama, dgn ice cream serta lilin yg entah dimana. ketika turun dari kereta, dah dengar nyyanyian selamat hari jadi berkumandang sayup sayup. cis! sedikit spoil sebab kek (diganti oleh eskem) lambat sampai. cari lilin. tak putus asa tu, tegah kak aida daripada memasuki juniperus. sementara itu, terhisteria sbb lilin hilang! adoiii!! orang-orang lain sakan dok mengekek gelak tgk aku terjerit jerit cam beruk cari lilin. adoi. sabar je la ok! takpe, lilin dinner ada. jadik ah! cis.
dimulai dengan ucapan oleh yang diraikan, iaitu kak aida pengetua af. hehehe.
dan kemudian, diselangi lawak-lawak picisan oleh orang sekeliling,
disusuli doa yang dibaca kan oleh encik fadhil, dan kemudian, masing masing terkam makanan yang terhidang. oh. lupa, ada juga sessi suap menyuap antara senior2 5th year. alolololo....comel betol! hehehe.
well, the party alhamdulillah went accordingly, sedikit lari here and there but perfect! thanks semua yang hadir, semua yang bertungkus lumus dan hopefully everyone enjoyed it. the party mainly to celebrate kak aida's birthday, and secara tak sedar, turut menjadi sebagai satu parti ....perpisahan? oh sedih! i sentap! deep inside, bilaaaa lagi nak merasa melihat these happy faces TOGETHER dalam satu majlis... beramah mesra antara satu sama lain, gurau senda gelak tawa. oh. ratu emosi dah stat daaaah! menci lah!
heh. apa pun, seharian berkejaran rasa hilang penat tengok semua orang kesayangan had fun berparti itu, especially dapat dengar gelak kak aida comel. cewah! oh my, im gonna miss EVERY single person in the room lah!
p/s: ada sorang adik kita tersentap sedeyy tengok senior2, sedeyy sbb dia rapat ngan senior2, ngan classmate sendiri katanya dia tak serapat dengan kakak-kakak dia neh. alo cayang comel neh.... takpe, percaya lah, nanti ada je muka-muka ni sekali skala kat ukm tuh! hehehe.

sessi preparation: masak memasak la konon


majlis kemuncak af. eh. haha. yang berbaju hijau tu birthday gurl ye, bukan yang berjaket itam menayang perut itu! *larikkk*

event 4, 20 mei 2009 juga:
memandangkan external baru berlalu siangnya, kakak kakak 5th year sedikit tertekan kot. dan kerana itu, ada yang mencadangkan mereka gi karoke (ha! nak kata aku la tu! bukan bukan! orang len cadang! aku cadang tempat je weh!!) hahaha. pantang dengar perkataan karoke aku ni, teros laju nak ngeko! kahkahkah! maka, aku finas dan yin menjoinkan diri bersama kak maz dan kak z berkaroke di metropoint. mula mintak sejam je,
"betul kak maz, sejam je??"
"err.... tambah satu jam lagik!"
kahkahkah! last2, dua jam la si gadis gadis ni melalak sepenuh hati.
kak z dan kak maz comel ke masa penutup acara karok itu, alkisah, lagu terakhir tu macam slow, kak maz suro la tekan next je sbb sayu sangat lagu last tu. alih-alih, tekan next, dah tak bleh da. rugi rugi, depa pun bantai melalak jugak lagu berkenaan, tanpa muzik. pergh! terhebat lah kak maz ngan kak z! aku menahan perut gelakkan dorang!! tapi best ah mereka! terbaik!! kak z kak maz, nanti karok lagik!! hahaha!!

ahli ahli terlibat: kak z, kak maz, yin, finas and yours truly. ecewah! hahahahambek kau!


fuh! berakhir entry panjang ku ini. pada mereka-mereka yg terlupa aku jemput ke majlis keraian tu, maaf yer (especially dituju pada adik2 comel fieza elly n nisa). sorry ye adik2, i nak ajak, tp terkelam kabut that day, terlupa pulak tekan msg. huuu...sorry ye sayang. cewah! dan pada mereka2 yang lain yang tak terjemput, maaf la ye, serius tak teringat dek pala hotak ku yang ram slow nih. huhuhu. lain kali mungkin.

dan di kesempatan ini (ceh! macam rancangan anugerah apa plak aku neh?), ingin saya (saya plak??) ucapkan, selamat maju jaya kepada semua. pada rakan-rakan sebaya yang masih berjuang (4th year yang bakal ke 5th yr tu le... ) teruskan perjuangan! pada rakan-rakan studio yang bakal menempuh part 2 terus, all the best! pada senior2 yang disayangi, berusaha! menuju puncak, gemilang cahaya...erk? motif lagu af??
pada semua, (dah penat nak pk pada sapa lagik...ngeeeh), selamat melaksanakan apa saja yang anda rancangkan. may HIS blessings be with u all the time, insyaAllah. saaaaaaayang semua!

dah. panjang lebar membebel kali ni. dah dah. siap kau bersawang lagik pasni bobo. aku nak wat topikal plak! daaa!

persediaan

salam semua.

uhuuk uhuk! haaaa chooom!!!
oops. excuse me.

oh sorry semua, habuk banyak la. penat bersihkan sawang kat farahbebelbobo neh. ish ish.

huuu. banyak ni nak update. tapi, masih tak sempat nak update. mood dan bahan takda lagik. ok. for the time being, kita buat prelude dlu ye. kahkahkah.

event 1: internal review, karoke 3jam & rambu ramba westernfood di kg baru
event 2: bangun lambat dan berlari-lari anak mencari 'bahan' untuk event 3 sebelum berlari menonton di petaktopi (capsquare)
event 3: external review, berlari-lari lagi utk event kemuncak and 'surprise dalam surprise'
event 4: event pada hari sama dalam event 3, bersama kakak kakak dan adik adik comel. (sampai ilang suara esok nye T.T )

err.... macam banyak je kan? konon banyak tu. silap-silap, kua sepatah dua ayat je nanti. lalalala....


sorry la, mood tadak ni. dok dalam dilemma skang ni. apa-apa pun, tolong doa kan aku dapat petunjuk ye. dilemma apa? nanti dah setel semua, i'll let everyone know ye. it's the matter between life and death. eh? berat je bunyi?? aa... no no... it's about future la... nanti ye nanti.

tak.. jangan nak fikir aku nak kawen la, nak fly la... takde takde. nanti aku citer le...sabar ye sabar....

Sunday, May 10, 2009

cerita cinta

short...very short update.
sangat rush hour sekarang, but nak jugak update entry khas untuk bonda (as if she read this blog lah...takpe.... maybe one day she'll read this, or maybe not, but nevertheless, i love her most!)

HappY Mother's day, mummy!!

everyday is a mother's day. but since the world really wants to put the Mother's Day in calender, so, be it. there's no ONE special day called mother's day for me, but EVERYDAY's special cause mummy is always in my heart. mummy, thanks for all your love. hearts!





p/s: haisy. betol cakap mummy semalam, anak dia yang paling manja (and mengade2....) is ...tuuu.... yang selalu jatoh tergolek yang kuat merapu yang sengal tak sudah tuuuu.....
sape sape? tuuu.... yang sepatutnya bekerja mendesign secara laju sebab nak grad sikiit masa je lagik. hisy. sapa lah tuh ek?
:P lantak le korang eh, suko den la. omak den! ko rimas eh aku manja? ada aku kesah??? lalala




Wednesday, May 06, 2009

salam.
farah, sempat kau update entry ye! dalam dok kalut kejar masa tuuuu!!


well, apa gamba atas tu?
oh. TIADA KAITAN dengan yang hidup atau yang mati.
TAK ADA ok!!


emo plak?


mana...sapa yang emo? cakap sket bila masa aku emo??

manaaaaa weh manaaa....
mana ada farah diana (bukan nama sebenar), yang bangun pagi (pagi ker? 11.30 am, pagi lah! kahkahkah!), lalu berhajat pulang ke koleh memandikan diri di kolej. namun gara-gara mamai sedikit. sediiiiikit saja mamai nye, dan turut disumbangkan faktor jalan tar yang kurang rata, beserta kondisi tanah yang agak lembut, maka mangsa jatuh tersungkur posing baik bak bersantai di pantai berpasir putih indah di sapa angin bayu serta deruan ombak.
hoi! apa gelak?
aku dah kata, bukan nama sebenar. rekaan semata-mata tu.
mana ada farah diana (bukan nama sebenar) jatuh tergolek sehingga kaki kiri nya sedikit terseliuh dan kini jalan macam penguin. mana ada. AKU KATA TAK ADA!! (eh? emo lagik...takda sudah la farah ni....hisy!)

gambar di atas saja je aku tempek, sekadar menghias entry. takda ...aku ulang ..TAKDA KAITAN pun dengan kejadian pagi tadi (erk?)







TAKKKK!! AKU TAK JATOH LAAAA!!!



ps: dengan ini, aku merasmikan aktiviti jatoh tergolek adalah aktiviti rutin sekali setiap semester. sapa nak join, meh isi borang. mujo kali ni tak seteruk ini. kalo tak, harus mak aku anta mandi bunga taik ayam air perigi lapan belas perigi serata dunia neh. cis

eh? tadi kata takda kaitan??

(-.-")

Monday, May 04, 2009

usia

salam.

aih. penat lah bz dan pura-pura bz hari neh. tettt!

AMARAN: entry yang kurang motif. kalo takut buang masa, tak payah baca.


tiba-tiba tadi, terfikir tentang usia.
fuh. now sudah tahun 2009. kira-kiranya, aku bakal menginjak usia 23tahun.
DUA PULUH TIGAAA???
ya Allah. makin meningkat sudah.....

nape aku rasa makin tua ha? maaak! sempat ke nak capai semua target aku???
stamina pun dah makin kurang kot. uhuk uhuk!
cewah! over taww!

ayyoo.... tah apa-apa farah diana nih ok.
dah. keje banyak menanti woi.
tapi kan...tua-tua aku, tua lagi orang yang lagi tua dari aku.
kahkahkah!!!


p/s: ha. kan aku da kata entry ni entry buang waktu. ish ish. insap la farah woi.