OLYMPIARCH 2006
ada orang bising soh aku update blog mengenai olympiarch.
mmg nak...taaaapiiii....tah lah....takde mood!!
ermm....ok la....here goes..... oh yer...aku tulis psl olympiarch bukan sbb KAMU ye adian...ada sbb nye...ekekek....
Olympiarch... dah lebih kurang 2minggu berlalu. tapi baru skarang aku terasa mau tulis pasal acara gilang gemilang terbilang itu. eventnya berlangsung dari 17jun '06 sampai lah 22jun '06, tapi aku rasa, event tu dah bermula bahangnya sejak mula cuti semester lagik. 'kanak-kanak' ukm yang menjadi peserta semua menjadi penghuni setia fakulti kejuruteraan ukm itu demi membuat persediaan untuk ke acara tahunan pelajar senibina semalaysia itu. 2minggu pertama tu, ramai yang macam blur tatau nak wat apa sedangkan senior berkali-kali cerita tentang betapa sibuknya mereka ketika bengkel2 yang diorng pergi dolu-dolu. abg is; senior 3rd year kami pernah menyuarakan kerisauan nya tentang progress persediaan ke olympiarch satu malam tu.katanya, dia risau sebab tgk progress kami2 ini sgt slow.... eheheh!! aku pon turut sama risau masa tu...ye lah.... banner(bidang aku utk olympiarch ni...) hampeh tak start2 lagik.... asyik membebel mintak sesapa design tiap2 kali meeting. but alhamdulillah, everything went well pada minit-minit terakhir.hehe...dah dasar kami2 ni hobby tau, SUKA sangat wat keje last minit!!!
well....macam2 la jadik masa prepare tu. but walaupun kelihatannya seperti kami sume ni telah terkorban waktu cuti, tapi aku SUKA! sbb at least, masa cuti tu terisi dengan aktiviti2 bersama kenkawan terchenta. truthfully, the first two weeks lebih byk terisi dengan main macam kanak-kanak ribena!! uuu...aku dah mula membosankan entry ini....wokeh...skip lah part ini...huhuhu!!
ok ok....mari teruskan ke OLYMPIARCH di UTM,Skudai Johor pulak.
kami diwarwarkan akan bertolak jam 6pagi 17jun itu. waaah!! taktaulah mampu ke tidak mencelikkan mata seawal 5pagi demi nak ke studio sebab bas akan bertolak dari fakulti kejuruteraan itu. tambahan pulak, kami jagoan studio1 sekalian ini seakan-akan lumpuh dek kerna tiada kenderaan untuk menghangkot barang-barang dari kolej Burhanuddin Helmi itu. dan petang 16jun itu, satu berita disampaikan bahawa kami akan bertolak jam 8 pagi.FUH!
dan apgi 17 jun itu, kami pun pakat kumpul kat depan kolej Burhan tu dan jalan ramai-ramai ke studio. rombongan disertai oleh ainul, mekti, nurul, adian, kembar;ya dan ai, wan, shahfiz (bersama span serta bakul toiletries dia...ish!), shida, shiken dan juga aku. maka terkedek-kedek lah kami pagi itu. mereka-mereka yang berkenderaan bernama motosikal itu hanya mampu lalu sambil tersenyum simpati melihatkan kami berjalan termengah-mengah pagi itu.
bas pun bertolak dalam jam 9pagi. duduk je dalam bas memang aku terus lena.enak betul tdo sampai sedar-sedar je dah sampai ke perhentian mana ntah utk breakfast.masa dalam bas, macam-macam aku tanya pada nurul dan ainul memandangkan mereka dulu matrik johor. aku yang takpernah sampai johor ni (well....masa kecik penah kot tp MMG tak ingat!) berkali-kali tanya;pada ainul nurul juga a'ai, "jauh lagik ke?", "jb ngan skudai mana lagik jauh?" , "kat skudai ada apa?" bla bla bla
hmmm...okay! cut-out the story tentang perjalanan hidup...eh....perjalanan dalam bas tu. machaaaam la tak penah naik bas kan!!!
sampai di gate UTMSkudai, bas berhenti (dUh!) masok la seorang chinese girl yang comel memberi sedikit sebanyak penerangan dengan lagak gayanya yang saling tak tumpah bagaikan seorang pemandu pelancong yang berjaya. ***tepok tangan utk dia!!!***
mula-mula sekali, kami dibawa ke tempat pendaftaran peserta dan pemerhati (observer yang terdiri daripada abg-abg serta kakak-kakak 3rd year yg disayangi itu...) hmmm...macam-macam la jugak dapat. tshirt la, cd limkokwing la(eh?ada ke dlm goodies bag aku ek??) , epal dan limau, air mineral, sandwich, pen dll.
isk.....panjang pulak cerita aku ni....detail sangat!huh!! wat design taknak la plak detail sedetai-detail ini ek!!hampeh!!
nak tau program, gi tengok kat blog nurul ataupun adian. disini aku mau komen/puji atau menyuarakan pendapat aku jer....malas nak tulis panjang-panjang sangat.packing pon lom lagik tau!!!
17 jun-9mlm (lebih kurang la...) ~ ice-breaking session
kami di bahagikan kepada 6 faction; biru, merah, oren sebagai alliance 2 dan kuning, magenta dan hijau sbg alliance 1 (tak silap aku ler...) bagi aku, aktiviti nye agak fun tapi rasanya, "ice" itu kurang pecah la... nape ek? sbb sume pakat tak bleh cakap takot rosak mask (huh!!tak cakap,pon rosak!!!) nak break hapa nya!hehehe...but sonok gakla walaupun malam itu pakat menyental muka dengan klorox!ahahah!!tpoo tpoo!!
~module
mula mula skalik, kami diterangkan mengenai objektif module yg merupakan persediaan untuk battle yang bakal berlangsung pd hari keempat (kan??) .isi-isi module nya? buat kubu, topeng, costume serta weapon.pemilihan king serta 2 orang jeneral dibuat hari itu. oh yer...aku berada dlm kumpulan biru (dimana aku selalu tersasul sebut rumah biru...rasa cam dlm rumah sukan ms sekolah dolu2....)
basically, aku merasakan perjalanan module agak meleret. bayangkan la, setiap hari buat bende yang sama; atur strategi, buat kubu, buat topeng, buat weapon. aku telah memilih untuk join team bina kubu, bersama-sama shida dan chee way, shah g wat trebuchet manakala tan gi wat mask. to tell the truth,aku ngantok masa dok bincang-bincang buat kubu tuh. mata ni dok tertahan-tahan, terkedip-kedip...seksanya, Allah je la yang tau! don't get me wrong here....i ENJOYED building the kubu but sebab aktiviti dia terlampau meleret membuat aku kadang-kadang rasa bosan. ada skalik, encik king yang perasan muka bosan aku tuh menghambat (ekekek..tpooo!tpooo lagik!!ot exactly hambat la...:P ) aku ngan shida naikke HQ blue team, kot-kot sana ada keje yang boleh dibuat. huh!lebih kurang gak...aku ngan shida blur habis. maka, kami pon sebokkan diri ngan memasokkan cermin ke topeng yang dah siap di spray itu. sonok tgk si kembar ngan wan buat weapon utk team magenta, aku p0n igt nak tolong blue team buat weapon gak tapi tak reti nak nyelit camne sbb sangat tak kenal mereka-mereka yang handle weapon tu. so, kembali la aku ke kubu buat-buat sebok....huhu!
kesimpulan untuk module: module nya menarik tapi kurang mantap aturannya. terlalu meleret. cuba kalo di set satu hari concentrate mask, esok nye wat weapon plak then paling lama pon 2 hari untuk bina kubu, mungkin kurang sket risiko kebosanan tahap melampau bagi sesetengah pihak (macam aku yang sengal ini...) but overall, i really enjoyed building the kubu and watching the trebuchet works!! ho yeah!!
~battle
huh! komen aku disini....rules are meant to be broken!!!! haha!! hmm...mula-mula, aku join pihak reload weapon...sbb aku SUKA main AiR!!hehehe.... pastu...bila dah makin ramai berkerumun kat tempat mereload, aku pon mara kehadapan dengan dua bijik belon air yang aku confirm takkan pecah bila dibaling ke pihak lawan sbb agak kecik dan kekenyalan belon itu masih tinggi yang bisa melantunkan kembali belon itu dgn jayanya;bukan pecah dengan jayanya (apa punya ayat yang cuba aku sampaikan ni???)
sekali tu, pihak lawan pecah masuk kubu dan meluru melanggar baldi mereload weapon.masa tuh mmg aku hangin gila! syaitan btol! sakit ati tgk selamba badak dia merempoh baldi tu macam badak!!!dan lepas pada tu, aku pon usung la botol mineral berisi air berwarna tuh. bajet nak serang balas la konon. alih-alih, aku pegi tuang kat sorang dak team oren yg sedang berlindung kat kubu team biru.
mula, aku jeling sorang faci team biru yg duduk dekat ngan tempat dak oren tuh nyorok.aku tanya (dgn mata la...) nak attack ke...aku dah sedia pegang dua bijik botol yang terisi penoh. si cik faci ni pon kasik signal soh attack je...aku pon apa lagik! simbah la air tuh kat dia.
adoi la....menjerit la si mamat ni
"oi!!kita kawan la!!!"-mamat oren
aku diam jap.tak caya!aku buat-buat nak tuang lagi
"WOI! kita sekutu la! OREN!!!"
dan waktu tu, Allah je la yang tau betapa guilty nya aku rasa!!! kesian mamat tuh tak pasal-pasal basah kuyup dek kerna sekutu sendiri! isk!!
kalau lah encik mamat team oren tuh baca entry ni...aku nak dia tau, AKU MINTAK MAAP SANGAT-SANGAT!!! serius, masa tu aku baaaaru je berkecimpung dalam aktiviti menyerang sbb sebelom tuh aku sebok reload weapon. ketahuilah bahawa aku amat TERLUPA tentang kewujudan SEKUTU dalam battle tuh!! SORRY YER ENCIK MAMAT TEAM OREN!!!SAYA TAK SENGAJA!!!SAYA SENGAL!!!MAAF YER!!!huhu!!
but battle tuh amat seronok!!
~blue team a.k.a UniqueHorn
walaupon aku kurang berkesempatan mengenali SEMUA kamu-kamu, (korang pon tak sempat tengok kemerengan aku yg sbenar :P ), tapi i had fun wif u guys. ada jugakla nama-nama yang aku kenal masa tu....tapi i bet korang musti tak kenal aku kan...isk!! aku suka cheer blue!! walaupon tak sehebat hakka team lain, tapi aku tetap suka cheer blue serta tepok amai-amai tuh!!!mmg fun sangat2!!yeeeha!! dan it seems that we really enjoyed ourselves kan!!!
~performance nite
"I LOVE U,UKM!!!" ekekekek....dah semestinya aku amat puas hati dgn persembahan kami. aku bangga dengan anak-anak ukm sekalian. ada diantara kita (ehem ehem!!) tak pernah tahu apa itu gamelan, tak pernah ketuk alat bernama rebana itu, tak pernah kenal bentuk bonang, saron, gambang,dan peking, tapi masih mampu bermain alat-alat itu dengan jaya nya! hasil tunjuk ajar encik azan yang sangat best itu! tahniah!! (sayang kan kita tak dapat nak amik kelas gamelan untuk ko-k nnt gara-gara keWAJIBan untuk amik KHIDMAT MASYARAKAT untuk ko-k kite.... **sob!sob!!**) mungkin bukan rezeki kita utk menang sebab mmg institusi-institusi lain pon tak kurang hebatnya!!
antara persembahan yang menarik perhatian aku.... wayang kulit by sri iskandar.mujo la aku paham sket2 loghat kelate tuh....sakit perot ku gelak dgn dialog2 mantap dari encik2 uitmsri iskandar tuh! pastu, alif college nye performance pon best gak, menarik, lagu2 dia pon best.well done! uitm shah alam pon best gak, the sengau show. then, byk lagi lah...tak dapat nak di listkan semua.... uia dgn permaisuri aWWw nye, comel btol! band-band dari pelbagai institusi nye.... tapi yg kurreng sket is the performance nite2 dimana rata-rata persembahan agak panjang dan meleret ...and don't get me wrong again, performance yang ada memang menarik2 belaka (IKM sgt mantap dan kreatif dgn idea tarian lampu neon tuh!) ...tapi cam lama. agak meleret but overall, OK la...best! host mlm-mlm performance tuh mmg kelihatan seperti juruacara professional. mantap! cuma mungkin kurang sensitif dari segi costume pada malam kedua tu. but Nas and Grace(host mlm peformance), u guys are GREAT!
~majlis pembukaan
setting was nice. the songs were GREAT. performance pon best jugak... speech by the VIPs were not like those LONG, boring speeches we usually have to hear during other event's opening ceremony (thank u dear VIPs...u're THE BEST!!) walaupun speech yang ringkas, but informative.hahah! but the ending of the opening ceremony was quite WILD!! pada fikiran aku, waktu lagu flames of fire tuh berkumandang tu, school-school yang hadir nak lari across pentas, sekadar nk amik banner and kibar-kibarkannya serta turun balik berarak keliling dewan tu ke. tapi, tanggapan aku SALAH! alih-alih, sume atas stage pakat terkinja-kinja macam orang yang sedang dikawal pil ecstasy sedang melayan lagu techno di kelab-kelab malam. i was STUCK on the stage sbb dah ramai sangat naik and the stairs pun berpusu-pusu manusia memenuhi ruang stage itu. really, call me names,call me lame, but i really do feel STUPID at that time. betapa aku rasa nak tolak semua orang supaya mereka berhenti meniru lagak gaya berok2 dihutan belantara itu.tapi siapalah aku...... aku hanya mampu berdiam diri dan menanam pemikiran bahwa mereka-mereka ini semua sedang excited mau menyambut olympiarch.apa-apapun, tahniah sbb anda punya semangat berjuang yang tinggi! (cheh!!sesuai ke ayat aku ni kat sini???)
~DANGA BAY,JB.
hmmm...sebuah tempat yang indah, sesuai utk bergambar. mungkin malam nya lebih hidup daripada petang. interesting...
~After war party
well....tak banyak yang boleh aku komen disini. takde mende sgt pon. memandangkan pada mlm party itu, keputusan performance di umum, makanya aku nak ulas sedikit ttg result performance.
bukannya aku nak kesah ukm menang ke tak, tapi i think sumthing fishy is goin on! uuu....statement tuuu!! haha!no lah! aku cuma cakap apa yg aku rasa je, kalau-kalau ada pihak yang kurang puas hati or terasa, ampun maaf dipinta yer.tak berniat pun.cuma disini, aku nak cakap, mengapa tidak diumumkan paling kurang, top5 best performance?? kan ke better that way? ini tak, dua je yang diumum, itu pun dua-dua dibolot uia. takde la....maksud aku di sini, apa salah nya diumum 5, tak pun 3 ke, tempat teratas tu. susah sangat ke nak umum? UMUM je...bukan suroh sedia hadiah tempat pertama ke seploh! at least, kalo umum best 5, sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati 5institusi yg menduduki tangga 5teratas itu daripada berbelas-belas institusi yg kecewa sbb satu-satunya tangga yang diumumkan itu dibolot oleh institusi yang lain.paham ke apa aku cuba sampaikan ni?? lagi satu, dengar-dengar, judge kedua-dua hari adalah berbeza. nape lak camtu? ini bukan akademi fantasia dimana para pengkritik nya hanya seorang yang tetap dan selebihnya berubah setiap minggu. tahap penilaian setiap individu bergelar manusia adalah berbeza, maka satu acara yang diadili oleh dua barisan hakim yang berbeza agak kurang adil. ye lah,pengadil hari 2 takkan dapat nilai kemantapan persembahan2 hari 2 itu jika beliau tidak menonton persembahan hari pertama itu dulu. paham tak? takpaham kalo.... buat2 paham dah lah....taklarat nak terang panjang-panjang! and utk pengetahuan semua, kalian usah lah serang aku kiranya ada kata-kata aku yang mungkin mengguris sesetengah pihak. ini hanyalah pendapat aku. kalo ada silapnya, maafkan lah aku insan biasa ini. aku hanya menyuarakan apa yang terbuku dihati, tak salah kankankan!!! :P
~majlis penutup
hmmm... idea kurang bernas dgn membuat di tempat terbuka...but hye!itu hanya lah pendapat AKU! but OK la.... aku suka persembahan intro bengkel akan datang daripada uitm shah alam. unique! hanya hentakan kerusi yg mengalunkan irama dan kelentikan tangan yg dipusing-pusing sudah cukup menarik perhatian!!well....im looking forward to the next workshop yang bakal diadakan di uitm shah alam nnt. UiTMSA....ALL THE BEST!!~
ok lah.... cukop la entry kali ni....selang beberapa jam nnt, mungkin...i repeat MUNGKIN akan menyusul entry baru. kalo rajin la.... packing pon belum ni!!hehehe.....
p/s: maap, entry ku tidak ada gambar, aku takdak kamera. tau kat encik azimin ttg situasi aku yg takdak kamera ni musti dia akan ckp "kuno la kamu takde kamera!!" huaaa......nak wat camne....kamera rosak!!isk!!!~
2 comments:
Haha, akhirnya ko update juga tentang sesuatu bernama Olympiarch. Nasib baik topik ni blom outdated. overall, bagus. entry panjang. dan ada maklumat yg xde dlm entry aku dan nurul. pandai bermain dengan kamera(oops jadi pengkritik AF plak). haha klaka pasal mangse ko team oren tu. dan juga pasal pihak lawan yang tumpahkan air. tp alliance GYM tu memang jahat, diorang bole baling botol mineral penuh tu kat aku. sakit gilee... kalu kene kat kepala mau aku xsedarkan diri smpi skrg. GYM main tipu!!! tidakk!!!
Pastu performance, a'ah sungguh xpatut bile diumumkan juara je. kalu juara lagu tu bolela sbb 1 kategori ade 4 je. ni ade berbelas2. sekurang2nya pasukan yg berhempas pulas berminggu2 wat latihan (ehem ehem) kat panggung seni (ooop cukup cukup) xla terkilan sgt kalu diorang tau kedudukan mereka.
anyway, can't wait to meet all of you back 2moro! and gotong royong on monday! yeehaw!
okay. 10.55 pagi- aku tamat membaca. kamu tentu dah kat ukm, maybe dah dpt bilik while me? baru bgn tdo.... oh... how romantic.Best klu setiap ari leh bgn sesuka hati.
bout olympiarch. Jgn tak tau, my PART TWO is on the way!! Blom abes agi. Masih cacat catatan olympiarch aku since byk lagi yg perlu dipuji+komplen. Okay, gud job farah cuz u finally join us to write super-entry yg berjela. how does it feels??? ahahahaha...
actualy,we looked at the same points so nothing much to say. We komplen the same things. but really, apa pon, UTM dah organize dgn baik. Cuma moral issues je perlu dikaji semula. Getting ramai gila non-muslim involved in the prog won't be such gud reason to them to put social issues behind. am i rite? c ya this evening! tonite.... PELAMIN, tunggu kami!ehehe... the abangs there sure mishing us kan? :p
Post a Comment