Sunday, July 09, 2006

Olympiarch 2006

OLYMPIARCH 2006


ada orang bising soh aku update blog mengenai olympiarch.

mmg nak...taaaapiiii....tah lah....takde mood!!
ermm....ok la....here goes..... oh yer...aku tulis psl olympiarch bukan sbb KAMU ye adian...ada sbb nye...ekekek....

Olympiarch... dah lebih kurang 2minggu berlalu. tapi baru skarang aku terasa mau tulis pasal acara gilang gemilang terbilang itu. eventnya berlangsung dari 17jun '06 sampai lah 22jun '06, tapi aku rasa, event tu dah bermula bahangnya sejak mula cuti semester lagik. 'kanak-kanak' ukm yang menjadi peserta semua menjadi penghuni setia fakulti kejuruteraan ukm itu demi membuat persediaan untuk ke acara tahunan pelajar senibina semalaysia itu. 2minggu pertama tu, ramai yang macam blur tatau nak wat apa sedangkan senior berkali-kali cerita tentang betapa sibuknya mereka ketika bengkel2 yang diorng pergi dolu-dolu. abg is; senior 3rd year kami pernah menyuarakan kerisauan nya tentang progress persediaan ke olympiarch satu malam tu.katanya, dia risau sebab tgk progress kami2 ini sgt slow.... eheheh!! aku pon turut sama risau masa tu...ye lah.... banner(bidang aku utk olympiarch ni...) hampeh tak start2 lagik.... asyik membebel mintak sesapa design tiap2 kali meeting. but alhamdulillah, everything went well pada minit-minit terakhir.hehe...dah dasar kami2 ni hobby tau, SUKA sangat wat keje last minit!!!
well....macam2 la jadik masa prepare tu. but walaupun kelihatannya seperti kami sume ni telah terkorban waktu cuti, tapi aku SUKA! sbb at least, masa cuti tu terisi dengan aktiviti2 bersama kenkawan terchenta. truthfully, the first two weeks lebih byk terisi dengan main macam kanak-kanak ribena!! uuu...aku dah mula membosankan entry ini....wokeh...skip lah part ini...huhuhu!!
ok ok....mari teruskan ke OLYMPIARCH di UTM,Skudai Johor pulak.
kami diwarwarkan akan bertolak jam 6pagi 17jun itu. waaah!! taktaulah mampu ke tidak mencelikkan mata seawal 5pagi demi nak ke studio sebab bas akan bertolak dari fakulti kejuruteraan itu. tambahan pulak, kami jagoan studio1 sekalian ini seakan-akan lumpuh dek kerna tiada kenderaan untuk menghangkot barang-barang dari kolej Burhanuddin Helmi itu. dan petang 16jun itu, satu berita disampaikan bahawa kami akan bertolak jam 8 pagi.FUH!
dan apgi 17 jun itu, kami pun pakat kumpul kat depan kolej Burhan tu dan jalan ramai-ramai ke studio. rombongan disertai oleh ainul, mekti, nurul, adian, kembar;ya dan ai, wan, shahfiz (bersama span serta bakul toiletries dia...ish!), shida, shiken dan juga aku. maka terkedek-kedek lah kami pagi itu. mereka-mereka yang berkenderaan bernama motosikal itu hanya mampu lalu sambil tersenyum simpati melihatkan kami berjalan termengah-mengah pagi itu.
bas pun bertolak dalam jam 9pagi. duduk je dalam bas memang aku terus lena.enak betul tdo sampai sedar-sedar je dah sampai ke perhentian mana ntah utk breakfast.masa dalam bas, macam-macam aku tanya pada nurul dan ainul memandangkan mereka dulu matrik johor. aku yang takpernah sampai johor ni (well....masa kecik penah kot tp MMG tak ingat!) berkali-kali tanya;pada ainul nurul juga a'ai, "jauh lagik ke?", "jb ngan skudai mana lagik jauh?" , "kat skudai ada apa?" bla bla bla
hmmm...okay! cut-out the story tentang perjalanan hidup...eh....perjalanan dalam bas tu. machaaaam la tak penah naik bas kan!!!
sampai di gate UTMSkudai, bas berhenti (dUh!) masok la seorang chinese girl yang comel memberi sedikit sebanyak penerangan dengan lagak gayanya yang saling tak tumpah bagaikan seorang pemandu pelancong yang berjaya. ***tepok tangan utk dia!!!***
mula-mula sekali, kami dibawa ke tempat pendaftaran peserta dan pemerhati (observer yang terdiri daripada abg-abg serta kakak-kakak 3rd year yg disayangi itu...) hmmm...macam-macam la jugak dapat. tshirt la, cd limkokwing la(eh?ada ke dlm goodies bag aku ek??) , epal dan limau, air mineral, sandwich, pen dll.
isk.....panjang pulak cerita aku ni....detail sangat!huh!! wat design taknak la plak detail sedetai-detail ini ek!!hampeh!!

nak tau program, gi tengok kat blog nurul ataupun adian. disini aku mau komen/puji atau menyuarakan pendapat aku jer....malas nak tulis panjang-panjang sangat.packing pon lom lagik tau!!!

17 jun-9mlm (lebih kurang la...) ~ ice-breaking session
kami di bahagikan kepada 6 faction; biru, merah, oren sebagai alliance 2 dan kuning, magenta dan hijau sbg alliance 1 (tak silap aku ler...) bagi aku, aktiviti nye agak fun tapi rasanya, "ice" itu kurang pecah la... nape ek? sbb sume pakat tak bleh cakap takot rosak mask (huh!!tak cakap,pon rosak!!!) nak break hapa nya!hehehe...but sonok gakla walaupun malam itu pakat menyental muka dengan klorox!ahahah!!tpoo tpoo!!

~module
mula mula skalik, kami diterangkan mengenai objektif module yg merupakan persediaan untuk battle yang bakal berlangsung pd hari keempat (kan??) .isi-isi module nya? buat kubu, topeng, costume serta weapon.pemilihan king serta 2 orang jeneral dibuat hari itu. oh yer...aku berada dlm kumpulan biru (dimana aku selalu tersasul sebut rumah biru...rasa cam dlm rumah sukan ms sekolah dolu2....)
basically, aku merasakan perjalanan module agak meleret. bayangkan la, setiap hari buat bende yang sama; atur strategi, buat kubu, buat topeng, buat weapon. aku telah memilih untuk join team bina kubu, bersama-sama shida dan chee way, shah g wat trebuchet manakala tan gi wat mask. to tell the truth,aku ngantok masa dok bincang-bincang buat kubu tuh. mata ni dok tertahan-tahan, terkedip-kedip...seksanya, Allah je la yang tau! don't get me wrong here....i ENJOYED building the kubu but sebab aktiviti dia terlampau meleret membuat aku kadang-kadang rasa bosan. ada skalik, encik king yang perasan muka bosan aku tuh menghambat (ekekek..tpooo!tpooo lagik!!ot exactly hambat la...:P ) aku ngan shida naikke HQ blue team, kot-kot sana ada keje yang boleh dibuat. huh!lebih kurang gak...aku ngan shida blur habis. maka, kami pon sebokkan diri ngan memasokkan cermin ke topeng yang dah siap di spray itu. sonok tgk si kembar ngan wan buat weapon utk team magenta, aku p0n igt nak tolong blue team buat weapon gak tapi tak reti nak nyelit camne sbb sangat tak kenal mereka-mereka yang handle weapon tu. so, kembali la aku ke kubu buat-buat sebok....huhu!
kesimpulan untuk module: module nya menarik tapi kurang mantap aturannya. terlalu meleret. cuba kalo di set satu hari concentrate mask, esok nye wat weapon plak then paling lama pon 2 hari untuk bina kubu, mungkin kurang sket risiko kebosanan tahap melampau bagi sesetengah pihak (macam aku yang sengal ini...) but overall, i really enjoyed building the kubu and watching the trebuchet works!! ho yeah!!

~battle
huh! komen aku disini....rules are meant to be broken!!!! haha!! hmm...mula-mula, aku join pihak reload weapon...sbb aku SUKA main AiR!!hehehe.... pastu...bila dah makin ramai berkerumun kat tempat mereload, aku pon mara kehadapan dengan dua bijik belon air yang aku confirm takkan pecah bila dibaling ke pihak lawan sbb agak kecik dan kekenyalan belon itu masih tinggi yang bisa melantunkan kembali belon itu dgn jayanya;bukan pecah dengan jayanya (apa punya ayat yang cuba aku sampaikan ni???)
sekali tu, pihak lawan pecah masuk kubu dan meluru melanggar baldi mereload weapon.masa tuh mmg aku hangin gila! syaitan btol! sakit ati tgk selamba badak dia merempoh baldi tu macam badak!!!dan lepas pada tu, aku pon usung la botol mineral berisi air berwarna tuh. bajet nak serang balas la konon. alih-alih, aku pegi tuang kat sorang dak team oren yg sedang berlindung kat kubu team biru.
mula, aku jeling sorang faci team biru yg duduk dekat ngan tempat dak oren tuh nyorok.aku tanya (dgn mata la...) nak attack ke...aku dah sedia pegang dua bijik botol yang terisi penoh. si cik faci ni pon kasik signal soh attack je...aku pon apa lagik! simbah la air tuh kat dia.
adoi la....menjerit la si mamat ni
"oi!!kita kawan la!!!"-mamat oren
aku diam jap.tak caya!aku buat-buat nak tuang lagi
"WOI! kita sekutu la! OREN!!!"
dan waktu tu, Allah je la yang tau betapa guilty nya aku rasa!!! kesian mamat tuh tak pasal-pasal basah kuyup dek kerna sekutu sendiri! isk!!
kalau lah encik mamat team oren tuh baca entry ni...aku nak dia tau, AKU MINTAK MAAP SANGAT-SANGAT!!! serius, masa tu aku baaaaru je berkecimpung dalam aktiviti menyerang sbb sebelom tuh aku sebok reload weapon. ketahuilah bahawa aku amat TERLUPA tentang kewujudan SEKUTU dalam battle tuh!! SORRY YER ENCIK MAMAT TEAM OREN!!!SAYA TAK SENGAJA!!!SAYA SENGAL!!!MAAF YER!!!huhu!!
but battle tuh amat seronok!!

~blue team a.k.a UniqueHorn
walaupon aku kurang berkesempatan mengenali SEMUA kamu-kamu, (korang pon tak sempat tengok kemerengan aku yg sbenar :P ), tapi i had fun wif u guys. ada jugakla nama-nama yang aku kenal masa tu....tapi i bet korang musti tak kenal aku kan...isk!! aku suka cheer blue!! walaupon tak sehebat hakka team lain, tapi aku tetap suka cheer blue serta tepok amai-amai tuh!!!mmg fun sangat2!!yeeeha!! dan it seems that we really enjoyed ourselves kan!!!

~performance nite
"I LOVE U,UKM!!!" ekekekek....dah semestinya aku amat puas hati dgn persembahan kami. aku bangga dengan anak-anak ukm sekalian. ada diantara kita (ehem ehem!!) tak pernah tahu apa itu gamelan, tak pernah ketuk alat bernama rebana itu, tak pernah kenal bentuk bonang, saron, gambang,dan peking, tapi masih mampu bermain alat-alat itu dengan jaya nya! hasil tunjuk ajar encik azan yang sangat best itu! tahniah!! (sayang kan kita tak dapat nak amik kelas gamelan untuk ko-k nnt gara-gara keWAJIBan untuk amik KHIDMAT MASYARAKAT untuk ko-k kite.... **sob!sob!!**) mungkin bukan rezeki kita utk menang sebab mmg institusi-institusi lain pon tak kurang hebatnya!!
antara persembahan yang menarik perhatian aku.... wayang kulit by sri iskandar.mujo la aku paham sket2 loghat kelate tuh....sakit perot ku gelak dgn dialog2 mantap dari encik2 uitmsri iskandar tuh! pastu, alif college nye performance pon best gak, menarik, lagu2 dia pon best.well done! uitm shah alam pon best gak, the sengau show. then, byk lagi lah...tak dapat nak di listkan semua.... uia dgn permaisuri aWWw nye, comel btol! band-band dari pelbagai institusi nye.... tapi yg kurreng sket is the performance nite2 dimana rata-rata persembahan agak panjang dan meleret ...and don't get me wrong again, performance yang ada memang menarik2 belaka (IKM sgt mantap dan kreatif dgn idea tarian lampu neon tuh!) ...tapi cam lama. agak meleret but overall, OK la...best! host mlm-mlm performance tuh mmg kelihatan seperti juruacara professional. mantap! cuma mungkin kurang sensitif dari segi costume pada malam kedua tu. but Nas and Grace(host mlm peformance), u guys are GREAT!

~majlis pembukaan
setting was nice. the songs were GREAT. performance pon best jugak... speech by the VIPs were not like those LONG, boring speeches we usually have to hear during other event's opening ceremony (thank u dear VIPs...u're THE BEST!!) walaupun speech yang ringkas, but informative.hahah! but the ending of the opening ceremony was quite WILD!! pada fikiran aku, waktu lagu flames of fire tuh berkumandang tu, school-school yang hadir nak lari across pentas, sekadar nk amik banner and kibar-kibarkannya serta turun balik berarak keliling dewan tu ke. tapi, tanggapan aku SALAH! alih-alih, sume atas stage pakat terkinja-kinja macam orang yang sedang dikawal pil ecstasy sedang melayan lagu techno di kelab-kelab malam. i was STUCK on the stage sbb dah ramai sangat naik and the stairs pun berpusu-pusu manusia memenuhi ruang stage itu. really, call me names,call me lame, but i really do feel STUPID at that time. betapa aku rasa nak tolak semua orang supaya mereka berhenti meniru lagak gaya berok2 dihutan belantara itu.tapi siapalah aku...... aku hanya mampu berdiam diri dan menanam pemikiran bahwa mereka-mereka ini semua sedang excited mau menyambut olympiarch.apa-apapun, tahniah sbb anda punya semangat berjuang yang tinggi! (cheh!!sesuai ke ayat aku ni kat sini???)

~DANGA BAY,JB.
hmmm...sebuah tempat yang indah, sesuai utk bergambar. mungkin malam nya lebih hidup daripada petang. interesting...

~After war party
well....tak banyak yang boleh aku komen disini. takde mende sgt pon. memandangkan pada mlm party itu, keputusan performance di umum, makanya aku nak ulas sedikit ttg result performance.
bukannya aku nak kesah ukm menang ke tak, tapi i think sumthing fishy is goin on! uuu....statement tuuu!! haha!no lah! aku cuma cakap apa yg aku rasa je, kalau-kalau ada pihak yang kurang puas hati or terasa, ampun maaf dipinta yer.tak berniat pun.cuma disini, aku nak cakap, mengapa tidak diumumkan paling kurang, top5 best performance?? kan ke better that way? ini tak, dua je yang diumum, itu pun dua-dua dibolot uia. takde la....maksud aku di sini, apa salah nya diumum 5, tak pun 3 ke, tempat teratas tu. susah sangat ke nak umum? UMUM je...bukan suroh sedia hadiah tempat pertama ke seploh! at least, kalo umum best 5, sekurang-kurangnya dapat menggembirakan hati 5institusi yg menduduki tangga 5teratas itu daripada berbelas-belas institusi yg kecewa sbb satu-satunya tangga yang diumumkan itu dibolot oleh institusi yang lain.paham ke apa aku cuba sampaikan ni?? lagi satu, dengar-dengar, judge kedua-dua hari adalah berbeza. nape lak camtu? ini bukan akademi fantasia dimana para pengkritik nya hanya seorang yang tetap dan selebihnya berubah setiap minggu. tahap penilaian setiap individu bergelar manusia adalah berbeza, maka satu acara yang diadili oleh dua barisan hakim yang berbeza agak kurang adil. ye lah,pengadil hari 2 takkan dapat nilai kemantapan persembahan2 hari 2 itu jika beliau tidak menonton persembahan hari pertama itu dulu. paham tak? takpaham kalo.... buat2 paham dah lah....taklarat nak terang panjang-panjang! and utk pengetahuan semua, kalian usah lah serang aku kiranya ada kata-kata aku yang mungkin mengguris sesetengah pihak. ini hanyalah pendapat aku. kalo ada silapnya, maafkan lah aku insan biasa ini. aku hanya menyuarakan apa yang terbuku dihati, tak salah kankankan!!! :P

~majlis penutup
hmmm... idea kurang bernas dgn membuat di tempat terbuka...but hye!itu hanya lah pendapat AKU! but OK la.... aku suka persembahan intro bengkel akan datang daripada uitm shah alam. unique! hanya hentakan kerusi yg mengalunkan irama dan kelentikan tangan yg dipusing-pusing sudah cukup menarik perhatian!!well....im looking forward to the next workshop yang bakal diadakan di uitm shah alam nnt. UiTMSA....ALL THE BEST!!~

ok lah.... cukop la entry kali ni....selang beberapa jam nnt, mungkin...i repeat MUNGKIN akan menyusul entry baru. kalo rajin la.... packing pon belum ni!!hehehe.....

p/s: maap, entry ku tidak ada gambar, aku takdak kamera. tau kat encik azimin ttg situasi aku yg takdak kamera ni musti dia akan ckp "kuno la kamu takde kamera!!" huaaa......nak wat camne....kamera rosak!!isk!!!~

Sunday, July 02, 2006

SenGaLness

time untuk update on olympiarch!!! hehehe....tatau la nape ada org tuh sebok sgt soh wat liputan olympiarch neh!!muahaha!! aku bukannye ada kamera mau tayang2 gambar pon. sekadar berbahasa basi, meluahkan pendapat2 aku yg tak sebernas mana pon. ish ish.......

camne nak mula psl olympiarch eyh?? isk....dah lama rasanya event itu berakhir but baru skarang terasa nak menulis nye.... well.....next entry lah psl olympiarch!! :P nak cerita kesengalan hari ni dlu. ^o^

WAJA vs KELISA
ok ok....i know the title seems like sum kind of fight or anything.trust me, KELISA won!!! yeeehaa!!~
alkisah.....
kak lin keje petang today, 2pm start. mummy and abah went off for a kenduri at about 11am lagi.so, im left at home with kak lin,maktok and abg lan.then came kak lin with muka simpati dia....haihh!!tau btol dia kelemahan adik dia sorang nih yg tak leh handle muka kesian....cis!!
"boleh hantar kak lin tak...?"
"kan kete abg imran ada? nape nak anta plak?"
"alaaaa....bleh la! ari ni ahad, alasannya kete banyak susah nak parking nnt! boleh laaaaa!! nnt balik kak linsoh abg imran yg amik...denda sbb balik fr outstation lambat!!ekekeek!!"
dgn panjang lebarnye beliau mengexplain....hadoihh!! memandangkan aku sendiri mmg sedia kebosanan kat umah ni, aku pun setuju dgn niat menghiburkan hari ahad yg suram ku ini.
straight ke detik sampai di tempat keje kak lin (Giant), aku pun berpindah la ke seat pemandu memandangkan kak lin yang drive dulu.oh ye...at first i thught of driving the kelisa instead of waja kepunyaan abg imran tuh.unfortunately, the waja was blocking the kelisa, leaving me with no choice but to drive the waja.instinct sangat la kuat suruh drive kelisa!haha....sambung sambung....setelah sekian lama menjadi seorang pemandu yang berhemah, aku pon pasang la safety belt, on radio dan search hot.fm (hampeh!!!Tak dapat cari channel la radio tuh!) , adjust rear mirror (side mirror tak la plak check kan!!) adjust seat sehingga merasa selesa sebagai pemandu berhemah (ceewaaah!!) here comes the nightmare.... HANDBRAKE TAK BLEH TURUN!!!
MAKKKKKK!!! mmg sgt nak nangis masa tuh. tros telefon hanset kak lin....
"this is the mailbox for bla bla bla......" wat s**t lah!!! mmg mulut dah stat membebel merapu dah....kalut punya pasal. boleh pulak button handbrake tuh tenggelam!!kak lin ni nak tekan sedalam mungkin handbrake dia nih ker?? korek2...tak lepas gak button tuh....
tepon abah plak...voicemail gak....ARGHHH!!! tepon mummy.... no answer!! Astaghirullahalazim....... tolong kaaaamiiii bantuuuuu kamiiiiii ...lagu anak yatim by PRamlee dah berkumandang dalam kepalahotak ku.berkali2 jugak la tepon mummy, abah & kak lin... sampai rasa mau letak hanfon tgh jalan tuh sambil gelak memerhatikan ia hancur digelek kereta yg lalu.tapi, apa lah salah handphone ku itu.....Last2 aku nekad, apa nak jadik jadik lah!teros off enginge and nak kejar pak guard yang lalu.
"ek eh pak guard ni! laju plak dia jalan!!oii!!~"-sekadar berkata2 dlm hati je.
nasib lah ada uncle berbangsa cina nih lalu seblah kete abg ipar aku tuh tros aku mintak tolong sama dia
"err...excuse me sir. can u pliiiiis help me! i couldnt pull the handbrake down... the button got stuck inside!!" mendayu-dayu aku merayu...huhu!!
uncle ni yg terkejut terpinga2 menghlurkan gak bantuan nye.dia pon masok dlm kete and tolong turunkan stelah puas mengorek lubang button durjana itu.
"thank u, sir! thank u VERY MUCH"
huhu.... dis story has NOT come to an end yet!
sambil membebel sensorang on the way balik tuh, teringat plak maktok pesan kuey tiaw goreng. singgah sat kat area FAM tu. ku tarik handbrake durjana itu dan cuba menurunkan nya semula.
"I HATE THIS CARRRRRRRR!!!"
dgn menghempas pintu kete tuh (alang2 dah sampai and park lawa2 tuh, trun je la beli kuey tiaw utk maktok...)aku pon menonong memesan dua bungkus kuey tiaw goreng. tgh2 tunggu tu, otak ni ligat dok pikir nak mintak tolong sapa la plak ni. ada tak sesapa tinggal kat area ni nak ni pohon bantuan. sambil2 mata meliar mencari muka2 yg berpotensi utk membantu diri ini. last2....try tepon mummy again.
"MUMMY!!! awat keta kak lin ni? tak bleh trun handbrake ni!!ni kat FAM, making the biggest mistake for not going straight back home...tadi kat giant pon mintak tolong ada uncle lalu seblah kete tadik!!MACAM MANA NIE!!!"
"yg ikut pegi hantar kak lin tu pasai pa?"
"laaa....dah dia mintak tolong hantar....farah hantaq lah! mlm dia soh abg imran amik, denda balik lambat katanya... mummy kenduri kat mana???"
"shah alam..."
ayyyoooo....kot shah alam tuh sekadar selangkah dua dari FAM tu bleh gak soh abah datang tk..adududu!!!!
"hmmm....xpe lah....i'll see wat i can do.....sat ni farah call back"
masok je kete, aku pon berusaha menurunkan handbrake. susah nyer .... mummy call
before mummy sempat berkata sepatah perkataan...aku dah meraung
"I HATE DIS CAR!!! buang dalam tasek jer lah!!!EEEEE!nyampah!!"
mummy just gelak....sambil memberi kata2 perangsang.
"xpe lah mummy, farah cuba lagik...."
cuba ....dan cuba..,... anta msg kat kak lin tny camne nak trun handbrake....dan cuba lagik!
Alhamdulillah.....akhirnya!
dlm perjalanan ....macam2 kesimpulan aku wat....tgk side mirror
"cis!!mcm manaaaa la kakak aku drive ni...stakat side mirror utk tgk pungkok keta ni buat pa? org nak tgk kete blakang...aduuuui!" ya lorr....thats the typical me....pot-pet-pot-pet....
sampai je umah tros msg mummy...
mummy!farah dah SELAMAT sampai rumah dah ni.....

so...ada beberapa kesimpulan yg aku simple kan disini..
1) rakyat malaysia mmg berbudi bahasa.... asal kita tau cara memohon bantuan, pasti ada yang sudi menghulurkan....thank u uncle! ^o^
2) jgn terpedaya dgn muka2 simpati.....huh!
3) i LUV the kelisa better than WAJA (to be exact...im NEVER going to touch THAT waja again...my mum's maybe larr....but THAT one??? SORRY lah!!)
4) kalo ada problem pada kereta, bila dah betol sket, teros pulang ke rumah, jgn dok gatai singgah2....make SURE it is back to NORMAL dlu....
5) last but not least.... even tho aku geram insiden ni melanda...but im lovin it!!! being sengal is just FUN!!! ngeh ngeh!!.... ^o^

Saturday, July 01, 2006

gOtonG RoyOng .... oNg....onG!!~





kembali ku kesini sebentar...

sume gara2 bosan.
alkisah...saje2 la bukak2bulletin kat frenster tuh.yg sangat menarik perhatian adalah post bertajuk :gotong royong sem baru 0607
meh kita ikuti isi kandungannya.....

HaLLuuuu...


kepada smua adik2 kuuuu

untuk makluman...gotong royong JSB pada 10 Julai
2006 (Isnin) 2.00 petang cam biasa ler, dah mula
sem baru ni keje ke skit yer...studio kome' tu dah
berantakan...

so make sure, smuanye dah ade on that day
okeyyy

adiosss...amigosss

ekekek!!!amacam? mantap tak pendekatan yg kak atie gunakan? ahaha!!! really caught my attention tho!!
ha....so...jgn buat2 dono plak ye encik2 & cik2 penghuni JSB tuh.... slamat bergotong royong...oNg...onG!!~ ^o^

p/s: adian...jgn tinggal kamera lak!! buat liputan live yer!!!ekekek....but gambar2 gak... keje mau jalan eyh!! heheheh....... ;P

19 turn 20...duh?!

HaPPy biRthdaY tO me!! ^o^


everyone!!! im 20 on 30th june 2006. leaving the 'teen' years behinf eyh?! ;)
to those great ppl called frens....who wished me yesterday... THANK U!!! not just for the wishes....but also for being such great frens who can stand the sight of me!!haha!!
which reminds me how i miss u guys.....
dnoor, chikas, sham, cda, ella, shuhada, kelong.....sangat lama k tak jumpa korg...kelong mana ilang weyh?! oh yes...speaking of birth day.....today, 1st of july 2006 is the 20th birthday of ....
NUR IZZAH AZES a.k.a chikas!!!!
HAPPY BIRTHDAY IZZAH!!!! muah!! u're my bestfren ever!!

hmmm...tgk pada cake ni...teringat plak masa beli cake kat secret recipe dgn adian, enul, mekti and nuar. the cake was meant to surprise nurul on her birthday. maka, choc banana pon dipilih atas dasar favorite cik nurul la diva nih... satu insiden yg tak bleh aku lupa masa tu is when nuar suggest instead of beli kat secret recipe tuh, salut kek pisang ngan coklat ...ni sume gara2 terserempak ngan kek pisang masa dok pusing2 supermarket Warta tuh... adudu beb oii.....

yesterday...tgh2 dok online, aunty nah called.
"hellooooo" -typical aunty nah yg suke memanjangkan perkataan hello tuh...
"iyer....." -fara-d
"heheheh..happy birthday!!!tak kuar ke?"
"ekekek...tenkiu.taklah... nak celebrate kemendenye...." -fara-d yg sengal...
"hisy!g la dating!! -sambil mengekek gelak...haihh mak sedara aku sorg ni....
"alaa....mmg nak g dating...tapi tatau nak kuar ngan yg mana satu..ramai sgt!!!"
(haha!!ramai la....bajet btol!!! poyo seh fara-D!!!)
abis terburai ketawa aku dgn aunty nah... baru dia tau anak buah dia sorg nih pon loyar buruk cam dia gak!!hehehe.....
mummy plak tny...
"hmm....nk g mkn? nak pizza?"
isk..mummy nih mmg terer bc pikiran aku yg dah lama tak menikmat pizza... :P
"jom jom!!!boleh je!!!"

so mlm tuh, dua branak ni pon menonong la pi cari pizza hut,leaving abah at home utk teman maktok.dlm kete, dua2 dok penin nak pi tang mana...OneUtama ke Giant tepi LDP tuh ke....Jaya sec14 ke.... last2, singgah kat kedai runcit seblah LaManila beli barang2 dulu. konon nak beli barang runcit dulu b4 going to OU.ter-lalu kat secret recipe lah pulak...mula la aku ni ngengade...
"ek eh....secret recipe la mummy!!"
"haa....kte g secret recipe lah... pizza hut ada delivery...secret recipe takde...."
heheh...mula la aku ni berangan2 nak makan best2 sket....paling tak pon nak cuba kek coklat yg ada marshmallow atas dia (huhu...tatau nama dia....tp ari tuh nampak cam best je...ekekek!!!) adala dlm 3-4 kali pusing, tak dapat2 jugak parking. ish!! tensen kami....

last last...
"alah mummy!!kite g kat Giant lah...situ pon ada secret recipe... susah2 sgt kita p Kayu...hehehe" *kayu nasi kandar ss2....muncul idea nk g mamak sbb dah pukul 9.30pm masa tuh
"hmm...sure? jom...."
then...mummy pon drive keluar dr tpt-susah-nak-parking tu. konon nak menghala ke Giant, tp last2...sbb dah agak lewat, & terlepas junction ke kayu, dua beranak ini pon pergi la ke restoran area FAM tu.haihhh.....apa2 la labu!!!
yg penting....last nite was great sbb dpt dinner dgn mummy...JUST THE TWO OF US!! ^o^

well....thank u so very much to all my frens for the birthday wishes... sms...frenster....telephone....ym...msn.... sgt bersyukur to be surrounded by great ppl like all of u...terharu aku kerna punya teman2 yg mengingati.
nurul la chika...
cik aiza kembar....
mr adian poyo....
mekti....
studiomates....
kmk...
bp....
sri aman....
nana sisterku cayang di sabah....
kak lin (hoho!!kak lin gave dis bookmark from Arch yg sgt lawa!!kayu lagik!!!)....

and most importantly.... MUMMY and ABAH for giving me chance to be in this world, who guide me to be me ....
"FARAH SAYANG MUMMY!!"
"FARAH SAYANG ABAH!!"
"FARAH SAAAAAYANG SEMUA!!!"

^o^