Saturday, December 22, 2012

Konsep Kiraan

Assalamualaikum.

Konsep kehidupan ni mudah aja,
Kalau kau banyak berkira, banyak merungut, banyak bunyi,
Kau kena bersedia untuk lalui ujian laluan berhalang.
Simple bukan?
Tapi tak ramai sanggup nak berusaha lebih dari kudrat, tak ramai yang sanggup nak redha dengan apa yang diterima.
Ramai yang menganggap, "If u give me ten ringgit, then 10 ringgit worth of effort u'll get from me"
Sedangkan, rezeki dari Allah, bila kita nilaikan usaha kita sebanyak mana yang kita ditawarkan dari manusia lain, maka sebanyak itulah Allah akan kasi kita, sebab kita tak bekerja kerana Dia.
Cuba kita didik diri buat segala apa tindakan kerana Allah Taala, aku percaya, walaupun upah yang kita nampak tu 10 ringgit (contoh), tapi disebalik tu, Allah dah aturkan setimpal dengan keringat kita di jalan lain.

Didik diri dengan pemikiran positif, in shaa Allah, Dia tunjukkan jalan. Yakin.


#Self-Reminder.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone