Friday, June 29, 2012

[Tiada Tajuk]

Assalamualaikum.

"Penipu kau farah! Kata nak up entry sambungan trip Goldcoast yang dah basi tu. Dusta semata mata! Nyah kau dari sini! I hatechyuuuuuuuu!"

Tu dia kemaen drama monolog dia.
No, aku takmau list kan alasan dah lama tak isi blog ni dengan sebarang isi kandungan hatta secebis ayat sekalipun.
Apakan daya, kehidupan pura pura sibuk ini semakin mencengkam jiwa. (Nota: mode ayat rapu sedang keudara. Harap maklum. Penulis sedang berblog dalam keadaan santai sakan sambil mata separa terkatup. )

Well, mungkin dengan semangat menaikkan entry yang entah dari mana muncul ini, maka aku highlight sedikit sebanyak rentetan peristiwa yang telah tercatit sejak dua menjak ini:

- kehidupan semakin tenang. Barangkali kerana sudah semakin matang. Ecehcehceh.

- selamat sudah menyelesaikan satu trip ke Ho Chi Minh. Dalam keadaan sedikit kurang sehat, namun tetap fun fun fun!

- semakin suka acara marathon/larian/jalanan. Walaupun hakikatnya tak la mampu sangat bawak badan super ringan ni berlari lagi. Tapi, ada satu kepuasan bila setiap acara diselesaikan. Ironiknya, waktu sekolah/hingusan dulu, acara lari ni antara acara sukan yang aku cukup tak faham relevan nya diwujudkan. Gila sempit otak ketika itu bukan? Mwahaha! Naaah. Setiap orang ada pendapat masing masing, bukan? :)
One of the precious things I've learnt, that life can be a marathon. To avoid from tripping at the end of the road, we shall start the journey slow and steady. Accelarate when the moment is right. Only we know when OUR right moment is.

- work life? Career? So-so lah. Syukur dapat kerja dengan team yang sporting. Boleh kata lebih kurang just nice dalam comfort zone.

- baru belajar makan gula gula Dequadin. Kecoh kau farah!
Fyi, strepsils dan sebarang gula gula yang kononnya bertindak sebagai pelega tekak or batuk ni adalah sesuatu yang dalam senari yg dijauhi. Tapi oleh kerana sehari sebelum kl marathon minggu lalu masih batuk batuk, personal "coach" I paksa makan jugak. Sedap pulak menatang dekoden tuh! (Mode peghak nak mampuih)

Tuh dia sedikit sebanyak kononnya. Bila baca balik macam tak signifikan sangat pun untuk diblogkan. Namun, sekali lagi ditegaskan disini, sila take note bahawa penulis berblog didalam keadaan vertikal bersama mata separa terkatup.

Dan dengan itu, al kisah mata penulis dah mencapai level hanya 25% terbuka sahaja, kita tamatkan entry tanpa tajuk ini seberapa segera yang mungkin.

Take care uols! Till then,
Lots of LOVE,
Fara-D ^o^v
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone