Assalamualaikum.
Baru selesai sesi luahan perasaan dengan kembar lain mak lain pak aku, agak lama sudah tak sembang dengan beliau. Kalau dulu, rajin YM dan siap balas sms macam pakwe makwe dah aku rasa. HAHA. Serius, berbalas sms bukan main sakan sampai lewat malam dalam gelap pun sanggup! Nasib baik sekarang mewah dengan social network, ada fb ada twitter, sekarang jimat sikit main sembang kat twitter pulak. HAHA
Dek kerana demam KDrama sedikit kebah ini malam, dan stok drama yang download semua dah layan, dan dah malas nak sambung download drama lain, melekat la aku kat desktop ni. Asal nya nak buat kerja. KONON. tapi kalau dah start sembang dengan kembar ku itu, alamat janji tinggal janji je lahhhhh kerja yg dibawa pulang itu. woopsie! haha.
And then, here comes a sudden urge to update my blog. Semua gara gara nak update status facebook, tapi macam panjang sangat bebelan aku tuh, alang alang, baik aku update blog je kan?
apa yang aku gigih nak bebelkan tuh?
Ni. tentang Wang.
Apa? Duit? Wang? Money? What? Well, wa mata duitan gak. kau gila sapa tak suka duit woi?! Tapi tahu tak, duit tuh tak patut kita jadikan landasan kehidupan kita ni. Some might say, aku dah biasa hidup senang, tak layak nak sembang pasal duit ni. “kau tunggu farah, cuba nanti kau bankrap takde duit sesen pun kan bank, mak pak kau dah tak mampu hulur wang kat kau nanti, baru kau tau susah tak susah nak cari duit”
Meh sini, sapa yang berani cakap bersuara macam tu kat aku, meh sini aku nak lepuk kau sedas dua! Ye, Alhamdulillah, so far kehidupan dari segi ekonomi agak smooth. But watch it dear, just because you see that person never said he /she needed financial aid, does not mean he/she never had to face hardship. Lagi sekali, meh sini aku nak lepuk sesapa yang cakap aku tak pernah rasa susah. Walaupun kesusahan aku tu boleh kata kategori minima je, tapi tetap pernah. Tahap kesusahan tak perlu ada definisi kronik atau sendu sendu saja ye. Orang lain mungkin pernah rasa susah tak makan lapan belas hari. Tapi, kesusahan yang aku pernah lalui; contoh; trapped di Labuan seorang diri, gaji tak masuk lagik, duit dalam tangan cukup-cukup untuk tambang pulang ke Kota Kinabalu kejar flight jam 4, yang mana di Labuan, tersalah beli tiket ferry yang dijangka tiba di KK jam 4.30. ok. aku merapu sudah. highlight disini, setiap individu pasti Allah akan uji dengan tak sikit, banyak kesusahan. Paling aku takut, diuji dengan kesenangan melampau. Ya Allah, mohon Kau sentiasa sinari landasan ku!
Kenapa aku membebel pasal duit ni? aku di ambang bankrap ke? atau aku duit melimpah ruah tatau nak tuang ke mana ke?
Nothing specific. Just peringatan untuk diri sendiri. tambah tambah lepas sesi luah perasaan dengan kembar ku itu, dan di tambah kebetulan ada rakan quote;
“Jadikan duit sebagai alat, bukan matlamat”
True enough? why? Sebab kalau WANG menjadi matlamat kita, alamat, kecenderungan untuk kita pijak orang orang sekeliling kita tuh amat tinggi. Kerana wang, saudara bisa jadi lawan. Duit ni kan kawan kawan, jangan nak di pandang remeh sangat. walaupun sekadar sebagai alat. Sebab kita manusia, cenderung untuk menjadikan wang sebagai matlamat. ALLAH uji kita sama ada melalui kesukaran atau kesenangan hidup. Berhati hati lah dalam mengendalikan kesenangan atau kesusahan hidup kita ye kawan kawan. Supaya tidak tersasar dari landasan.
Usah lah terlalu taksub atau rakus mengejar harta dunia, disebalik pulak kata kata syukur bagai. Don’t get me wrong, bukan lah nak kata jangan bersyukur atas kurniaan Illahi. Cuma melalui pemerhatian aku, sejak kebelakangan ni, disebalik ucap kalimah syukur dikurniakan rezeki berkoyan koyan jongkong timah (contoh la) setiap bulan, terselit pula bulan depan nak sekapal jongkong emas pulak. Takpe, bagus tu nak bakar diri sendiri berusaha meningkatkan taraf hidup sendiri. Allah suka orang yang berusaha. Cuma hati hati, ye, kawan kawan. Jangan sampai dalam usaha kita mengejar kesenangan itu, kita tak sedar kita terjah je apa jua jalan asalkan matlamat tercapai. Means, dalam nak mengejar tu,semua pun kita halalkan dengan berlandaskan niat LillahitaAllah, tanpa pertimbangan yang rapi. Allah kasi akal untuk digunakan bersama pertimbangan iman supaya kita tak tersasar dari jalan menuju kepada Dia. Wallahualam.
Selalu semat dalam minda dan hati, Allah ada bersama kita. Susah dan senang. When u feel like Allah isn’t being fair to us, stop and evaluate again, are WE being fair enough to Allah?