Monday, April 04, 2011

Cinta Sejati

As salam semua.

While i was blogwalking, in some random blogs, and in dear friends' blogs, private and public blogs, i came across this quote;

"Cinta sejati adalah saat kau bahagia melihatnya bahagia bersama insan lain, namun kau masih tersenyum dan berkata "aku bahagia dengan melihatmu bahagia""

klise?
drama sangat?
too hard to be true?

well. lain orang lain pendapat barangkali, tapi kadang kadang how amazing our different perspectives can intersect at few unique points. no?

pernah tak kau berdiri di satu majlis perkahwinan, dan kau tersenyum lihat pengantin berarak ke pentas persandingan?
atau airmata kau hampir menitis ketika lafaz nikah selamat dilangsungkan dan kawan kau sah menjadi suami isteri?
atau mungkin tersenyum sendiri melihat album gambar perkahwinan yang cantik dan kagum sangat?
atau pun, kau rasa melayang sangat bila menonton video wedding from whatsoeverphoto team yang sangat unique dan comel dan indah dan sebagainya?

pernah?

tahu tak, sebenarnya, video video tu, gambar gambar tu semua biasa sahaja. tapi kerana Cinta Sejati yang ada dalam diri kamu, itu yang membuat semua yang kamu tonton dan lihat tu menjadi sebuah kisah yang sangat indah.

TUNGGU! sebelum kau sesedap tembikai susu (fuh! lama tak makan honeydew!esok nak carik lah!) nak cemik muka bagitau aku ni tengah berdrama bagai, tetiba sawan nak jadi doktor cinta, atau meng-assume penulis sedang hangat dilamun cinta dengan si polan bin si polan, baik tahankan cemikan muka anda itu. baca dahulu what i have to say! HAHA

yup. memang aku di lamun cinta. dah sekian lama dilamun cinta.
apa?
siapa that SPECIAL SOMEONE?
meh join aku gelak.
sebut CINTA je kau fikir the opposite gender. ish korang ni. mind setting very derr ok!

cinta tak tertakluk kepada satu sudut sahaja.
ye.
cinta bukan hanya untuk sang teruna dan dara sahaja.
bukan untung ayang dan cayang atau honey dan bee! *erk?*
kita ada Dia, Pencinta kita paling setia.
kita ada mummy dan abah kita, yang senantiasa mencintai kita.
kita ada kakak abang adik kita, yang kita boleh gantung harap cinta kita.
dan kita ada kawan kawan sekeliling kita untuk kita kongsi cinta kita.
dan, kita ada diri kita sendiri untuk kita cintai. sebab kalau kita tak cintai diri kita sendiri, yang mana kita juga merupakan salah satu kejadian Dia yang sempurna, macam mana Dia nak cintakan kita?

dan berbalik kepada quote pada perenggan awal entry ni,
yes. ada benar juga madah tu.
kalau benar yang kita tersenyum melihat insan itu bahagia, be it our friends, our ex lovers, our sister brother cousins, if we could do as what was quoted (which is smile and say...), maka benar belaka itu cinta sejati kita. andai kata kita melihat seseorang tu sedang bahagia namun tidak mampu tersenyum dan berkata "aku bahagia melihatmu bahagia", harap maaf, itu BUKAN cinta sejati kita. put a stop, move on. sebab, cinta sejati akan membawa perasaan bahagia, bukan derita.
kawan kawan, misal kata kau rasa sakit melihat album gambar facebook bekas kekasih kau dan kau rasa nak bunuh beliau sebab beliau kelihatan bahagia sangat, come on sayang, it's not worth it. you, too, deserve all the love in the air. so just chill and have faith in our Ultimate Lover, Dia Yang Satu.

p/s: heh. tak tau angin apa dah ni entry very the cheesy lovey dovey gitu. sumpah baca balik mungkin tergelak sakan haku! but then again, just my two cents. u too have your own definitions on lots of things kan? just suddenly tonight i would love to define LOVE from my perspective. peace people! ^.^v

6 comments:

Aida Zahrol said...

eleh nak lari topik la tu. tunggu la kelas mekap nnt. aku nak bongkar semuannnyaaa.

ko dah de bf ekkkkk farahhh :P

Aliesha Kirana said...

sgt la comel sgt la betul!... sgt lah sokong cik fawa, n i try to be as the quote said..ehehe..muah3!

Shepha said...

pernah tak kau berdiri di satu majlis perkahwinan, dan kau tersenyum lihat pengantin berarak ke pentas persandingan?
atau airmata kau hampir menitis ketika lafaz nikah selamat dilangsungkan dan kawan kau sah menjadi suami isteri?
atau mungkin tersenyum sendiri melihat album gambar perkahwinan yang cantik dan kagum sangat?
atau pun, kau rasa melayang sangat bila menonton video wedding from whatsoeverphoto team yang sangat unique dan comel dan indah dan sebagainya?


aku nangis tengok geng matrik aku yg plg sewel sekali finally met her pemilik tulang rusuk.
rosak maskara aku.dem

fara-D said...

Aida:ye aida, bf aku memang ramaaaai

Ella: goooood. ;)

Shepa: kan! The same thing happened to me. Tapi tahan gila airmata drp kua sbb kat dewan sanding (xsempat g nikah dia pagi tu...laaaaagila touching kannnn). Mata terkedip2 cover macho kununnya...

norasidah said...

huwaaaa....x sgka farah boley berpuitis...hebat la..ni mesti bnyk bc novel ella ni..hehehe..

sbek ko x nanges wey, kalau x aku mesti nanges jugak..marah mak andam..hehehe...

wah, aku geli nk sebut ni..tp saya rinduuuuuuuuu kamu!!

fara-D said...

baru aku perasan komen ko ni cda! bila masa ko komen neh?? yeee....rindu ko jugakkkk!