Saturday, October 31, 2009

TANGGUNGJAWAB

salam.
ewahhh...kau pk marah kau aje?????



eh eh. tetiba bukak entry nak emo.
ooops. sorry.
tapi aku meluat sangat dengan perempuan perempuan yang kurang ajar tak reti hormat ketua.
apa? korang cakap "kesah lak kitorang hal2 macam tu..."
ahahahahaha. aku nak gelak besar.
ok.
kau tak kesah ye......
kau sedar tak tu tanggungjawab?
TANGGUNGJAWAB???
tak belajar agama ke budak?
walaupun aku rasa ilmu agama aku ni ala kadar je, tapi aku tahu pentingnya laksanakan tanggungjawab. aku jugak tahu ketua harus dihormati, regardless lah siapa org nye, lousy or not the leader is, as long as tak memesongkan akidah, ketua harus dihormati...
kecewa.sangat.amat.
sebab perempuan2 itu aku anggap adik adik belaka.
memang tak pernah aku tolong dorang secara nyata. tapi secara jauh, aku pantau mereka agar sentiasa selamat.

sini korang aku nak bagi tahu,
ye, korang memang tak kesah hal-hal macam tu.
ye, aku nyebok je hal korang kan?
tapi sedar tak, dunia bidang yang kita ceburi ni sangat kecik.
networking amat penting.
korang silap amik course la kot.
korang buat la tak kesah,sok nangis aku tak heran.
sedar tak, kalau benda sekecik ni korang tak boleh galas, jadi arkitek nanti mampu ke korang nak handle TANGGUNGJAWAB ni?
korang lupa nasihat lecturer korang?
ingat senang nak jadi arkitek?
TANGGUNGJAWAB. aku tahu apa sangat la pengetahuan aku sepanjang 4 tahun aku nyemak kat UKM tu. tapi aku masih sedar, bukan senang nak galas tanggungjawab. kau ingat kenapa aku masih kat ukm, hanya jadi RA, dan menyebok tolong aktiviti2 PELAJAR tu? sebab aku dalam fasa kumpul kekuatan nak sambung belajar lah. senang sangat kan nak survive dalam field ni?
paling kurang, aku sedang kumpul balik tenaga nak practice, walaupun sekadar part 1 nye taraf.
kalau lembik cam kau orang, kirim salam kepada dunia,
baik gali lubang sedalam enam kaki dan suruh kawan kau timbus kau hidup hidup.

the.end.
marah itu penat.tapi kadang kadang aku perlu luahkan rasa marah aku ni supaya tak mudaratkan diri aku sendiri. penat sahaja aku jaga hati orang sedangkan orang tu tak reti adab sopan. konon gadis melayu comel, tapi tak ubah macam sembilu dalam daging.

Thursday, October 29, 2009

racing against time

berlumba dengan masa.
siapa menang? aku atau masa?
ceh.
sungguh tipu sahaja.
kerja sungguh macam siput lagi laju.
chopp chopp!
sesiapa jangan terasa...aku merujuk kepada diri sendiri. percaya aku, perkara yang lebih membuat aku sangat marah adalah diri aku sendiri.
kesian kan aku ni.
suka marah diri sendiri.
dan diri sendiri pun satu,
dah selalu kena marah pun masih ulang tayang speed limit paling minima.
apa lah farah ni.
kau tengok aku selalu bersuka ria kannnn......
memang la... hati siapa tahu.
haha.
kenapa? hati aku stress deep down under ke??
jawapannya...at the moment, tidak.
sedang hidup dengan ceria. walaupun banyak kerja.
tak kesah. janji jangan bebankan tekanan emosi aku.
heh. ratu drama dah mula pasang kekuda nak bukak langkah silat.
eh.
sebelum start drama tajaan kicap tamin balik pulau (ye woi. family kawan mak aku yang usahakan perusahaan kicap nih weh. kagum aku. tak tersangka. jap. lari topik. maaf)
baik aku stop.
tapi..........
kenapa aku rasa macam nak tulis lagi?

tennis. oh. dah lama tak main tennis.
erk.
sekiranya permainan lalu yang paling last main pada hari selasa minggu lalu, kira dah lama lah kann?

ok ok.
jom petang ni ke danau jom.
rindu nak main papan gelongsor kat kolam kanak-kanak.
eh eh. tipu lagi. tabaik menipu woi.
fine, danau takda gelongsor. kolam muslimah (konon) pun satu aras kedalaman sahaja. kecik sahaja. tak best langsung. kayuh dua tiga das, dah terhantuk kepala kat dinding. bosan.
maka, kalau petang ni tak sempat terjun masuk main pool, nak ke putrajaya lah.
itu pun kalau geng sukaneka berair riang ria ribena itu sudi mahu turut serta. kalau tidak,
aku akur melukut ditepi gantang sahaja mengira beras.

SUDAH! KAU BERAMBUS SEKARANG FARAH. KERJA LA WOI!!!

Thursday, October 22, 2009

review.

salam.

selamat ber review kepada adik2 sekalian.
all the best!

lepas ni, good luck untuk exam plak.
taaaaapi.....jangan buat2 lupa kerja-kerja workshop ye!
jangan sampai i jadi naga oi...

all the best!

p/s: mood blogging ada, modal nye tak ada....aduhaiiii.....

Wednesday, October 21, 2009

pelangi


salam.

semalam mendung.
punca tak ketahuan.
pantang ditegur rasa nak melempang.
gigi ketap sampai rahang penat.
otak biul fikiran tak terus.
matahari semacam berpaling.
gelap. suram.
penuh pura-pura.
orang berlawak, gelak konon-konon ketawa.
sekadar ingin menjaga hati.
sedangkan hati sendiri tak terjaga, bengkak ngilu pilu.

tapi hari ini.
pelangi pun tiba.
Allah kan Maha Kaya.
orang kata, Dia sorok matahari sebab nak kasi kita pelangi.
walaupun kerja tak jugak berkurang.
makin bertambah lagi ada.
tapi,
otak hari ini semakin bijak mengaturcara.
hati ini semakin tenang berbicara.
muka dah boleh senyum.
diri dah mula girang.
semangat semakin datang.

ya Allah,
terima kasih.
hanya tangis suram pahit getir ini sahaja
yang buat aku rasa nikmatnya senyum tenang dan girang ini.

ok. stop. jangan di tabur spekulasi aku dilamun cinta lah, verangan tak sudah lah pulak tetiba berpuitis bagai. terima kasih ye, aku tak perlu rekacerita kamu itu, simpan saja dalam kocek kamu.

kenapa?
orang di lamun cinta sahaja berhak meluah rasa rindu?
orang di lamun cinta sahaja kah berhak merasa langit ketujuh itu?
orang di lamun cinta sahaja kah boleh mencoret ayat seindah bahasa (konon)?
orang di lamun cinta sahaja kah berhak merasa dunia ini mereka yang punya?

no no no....you are wrong dear....
everyone deserves to be happy,
to fly towards the seventh heaven,
to crave beautiful words on the sky,
kerana kita gembira kerana kita nak gembira.
oh, tak mengapa kalau kadang kala ada tangis atau marah.
kerana itu lah yang memberi corak dalam cerita kita.

ok. mode happy. nak tanya jugak kenapa?







jujurnya....aku pun tak tau kenapa.
semalam, aku tatau kenapa aku down sangat.
and hari ni pulak, aku tatau plak kenapa aku rasa sangat happy.
after all,
we dont really need any reason to be happy, kan?
cheer up! the sun will always shine!

Monday, October 19, 2009

analisa data terkini.

current self-esteem : 0 %.
current mood : 10 % .
health : 13 % positive; 71 % numb; the rest, unknown.
smile-meter : 23 % honest; 77 % fake.and idiotic.
brain function : 47 % normal; 53 % down the drain.

tertera adalah analisa terkini bagi farah diana. sebarang teguran, nasihat, cacian, kejian, pujian kemungkinan besar hanya bagai angin lalu. sapaan teguran lambaian atau apa-apa yang berkenaan juga kemungkinan mampu mencetus letupan kecil sahaja, atau mungkin letupan dahsyat tak terkira. punca sebenar masih disiasat. orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes kejadian diminta tak perlu menghubungi mangsa mahupun pihak berkuasa kerana bimbang hubungan persahabatan tiba-tiba menjadi keruh sekeruh sungai kelang yang tak rupa sungai pun itu.

semoga tiada kejadian pinggan terbang atau partition dihempas gara-gara amukan ablasa. sekian.

Friday, October 16, 2009

netbook dan handbag


ya. ini dia netbook AKU. harap orang orang yang suruh aku upload gambor original, bukan dari website...hambik! (padahal, masing masing dah tgk sendiri. hehehehe)


Salam semua. Heh. Rasanya, nak mula kembali menjadi blogger tegar yang rajin update setiap hari.

Huh. Nampak sangat macam tak berapa ada life lately neh.

Hoi. Sapa kata blogger tegar tiada life hah?

Ok ok. Sekarang aku mengaku sedang kebosanan amat sangat, maka terhasil la entry yang ditaip lebih awal dan bakal dipublish HANYA apabila internet dapat diakses. Haha.

(tapi last last, terlupa nak publish dan kerana itulah baru hari ni muncul entry ini)

Baiklah. Topic yang ingin dikeutarakan hari ini (ceh. Apsal ayat macam sari berita penting saja neh??) adalah…obviously tentang netbook dan handbag. Kannn…tgk tajuk patutnya dah faham. Ceh.

Handbag dan perempuan selalunya sinonim. Pada pendapat aku lah tu. Sebab apa aku cakap macam tu? Sebab aku perempuan dan aku suka handbag sumpah annoying statement neh. Padam padam!

Sebab pada pemerhatian aku, rata-rata, perempuan mesti akan kepit handbag dia bila keluar berjalan-jalan. Tak kira sesempoi mana pun perempuan tu. Paling-paling pun, dia mesti kepit dompet dia. Ok. Kenapa ayat-ayat aku semacam tidak membuktikan apa-apa langsung neh?

Dah. Enough with general thoughts. Aku nak cakap tentang AKU nye point of view sahaja. Hmm….sejak bila ya aku suka handbag? Entah. Tak sedarlah pulak. Tapi kenapa handbag amat penting untuk aku sekarang ini? Sebab bagi aku, handbag memudahkan aku mengusung segala barang yang berkepentingan. Dan sebab aku tak suka mengembungkan poket seluar aku (oh. Dan kadang-kadang sebab baju or seluar aku memang takdak poket pun. ) hanya kunci dan handset sahaja yang dibenarkan berada dalam kocek seluar. Erk. Tapi dulu, aku lebih selesa sumbat jugak wallet dalam poket seluar. Eh? Apa punya hipotesis aku nak sampai kan neh???

Tu dia pendapat si mereng yang kurang tetap kot pendirian dia. Haihhh….

Nevertheless, handbag aku adalah nyawa aku. Tak kira kaler apa pun handbag tu. Dan ya, aku suka tukar-tukar handbag. Kalau boleh, aku nak 7 handbag supaya aku boleh tukar setiap hari ikut kaler kasut and baju. Ceh.

Wait. Kenapa macam bimbo entry aku kali nih???arghhh?!!!lantak lah…

Dan aku dalam handbag, kalau boleh nak ada segala equipment yang ada. Eh? Macam toolbox pulak?


Perkara penting yang wajib ada dalam handbag:(ceh! macam ayat buku teks sains plak ada point form bagai plak neh!)

  1. dompet. Tak kira ada wang atau tak. Sebab kad visa dan smiles amat penting. Dan kad pengenalan. Dan lesen memandu. Dan kad matrik (dulu…. XP ) dan kad cimb. Enough said.
  2. pen atau pensel. Dan kadang-kadang siap dengan apa-apa kertas. Kecik secebis pun boleh.
  3. handset. Yang paling penting tapi paling selalu terlupa. Sb biasanya akan keluarkan handset dan letak depan mata lepas tu terlupa sebenarnya handset depan mata. (apa aku cakap neh)
  4. kunci kunci. Kereta, rumah, xsite (ye. Masih simpan kunci xsite. Ceh. Sok kena pulangkan lah kat mereka yang berkenaan)
  5. charger handphone. Ha. Gelak gelak. Gelakkan aku eh. Gila apa usung charger kehulu kehilir. Disebabkan aku seorang yang suka memasang lagu menerusi handset, dan kadang-kadang memang bergantung harap kepada GPS yang ada dalam handset, ye, bateri handphone memang satu isu. Aku tak suka tengak bateri phone aku sekadar satu bar sahaja. Memang rasa tak selamat sbb handset kalau bateri low ketika emergency sangat menjengkelkan. Dan emergency boleh terjadi bila bila sahaja, maka bateri handphone WAJIB selalu berpatutan.
  6. dan ini lately….. netbook. Gadjet kesayangan terbaru buat masa ini selepas handphone. Walaupun kadang-kadang sumpah tak dapat connect to the internet, bukak jugak netbook konon nak mengupdate pekerjaan. Tapi kalau confirm memang nak pergi shopping semata-mata, dan ada tempat selamat yang boleh dibiarkan netbook ini, memang netbook disimpan disitu sahaja. Tak perlu bebankan bahu mengusung netbook hatta ke toilet sekalipun.
tu diaaa....salah dua item wajib dalam handbag.


Ok. Kenapa aku perlu ada netbook?

Sebab pertama adalah kerana KERJA. Aku punya desktop. Tapi, desktop aku letak dirumah. Sebab aku tak tahu nak sumbat desktop tu kat mana di tempat kerja. Takkan aku nak letak kat studio. Dah la menumpang studio orang, lagi mau semakkan studio mereka? Ceh. Buruk perangai.

Kedua, aku perlu netbook dan bukan notebook sebab netbook lebih mobile, lebih convenient untuk aku. Convenient dari segi mobility dan bukan graphic-wise. Tujuan utama aku bernetbook adalah untuk melancarkan pekerjaan, dan bukan membuat kerjaan berat seperti membanting padi mencangkul tanah bertukang kayu picture editing (photoshop), ber-3d, rendering mahupun berautocad (oh. Sumpah rindu nak berautocad. Ada sesapa nak sub kan kerja draughting kat aku? Mai mai aku tolong watkan drawing meh!) kerja –kerja tersebut aku prefer menggunakan desktop sahaja. Maka, netbook ni amat best utk aku yang prefer everything’s on the go.

Aku suka yang mudah bagi aku usung kehulukehilir.

Dan netbook ini telah mengukuhkan lagik alas an untuk aku sukakan handbag gabak yang memuatkan segala barang sampai kadang-kadang ada orang ingat handbag aku bag sakti yang memuatkan seluruh galaksi didalamnya. Cet!


Huaaahhh…..pagi tadi makan nasi lemak, kemudian disogok nasi goreng dan kek oleh junior. Oh sekarang berasa amat sleepy. Walaupun sebenarnya sebetul-betul makan hanya lah nasi lemak, dan nasi goreng tersebut hanya ditelan sebahagian sahaja dan kek pun beberapa gigitan sahaja, tetap dah rasa macam ular sawa yang didodoi dengan lagu indah setelah kekenyangan menelan seekor lembu. Hoh. Perumpamaan yang agak keterlaluan kot. Baiklah, lebih molek agaknya aku melayan movie dikala mata macam segan-segan nak dibeliakkan. Ish ish.

Monday, October 12, 2009

tradisi vs teknologi. tahi gigi.

Kalau kau ada basikal, motorsikal dan kaki,

Mana kau pilih untuk sampai destinasi?

Kalau aku,

Aku pilih kaki,

Sebab aku tak reti bawak motorsikal.

Dan sebab aku gayat tunggang basikal.

Tapi kalau kau,

Mungkin kau pilih basikal,

Sebab kau tak ada lesen motorsikal.

Atau mungkin mereka pilih motorsikal,

Sebab mereka bisa mengemudi motorsikal.

Tapi,

Destinasi tetap sama kan?

Jarak tetap tidak berbeza kan?

Yang beza,

Jarak masa, dan kerahan tenaga.

Kalau sudah tahu kau nak pilih kaki,

Maka siap sedia bergerak lebih awal.

Kalau sudah sedar hanya mampu berbasikal,

Maka bersedialah mengayuh lebih laju.

Kenapa mesti tegah mereka yang memilih motorsikal?

Perlu ke kalau mereka itu mampu menunggang motorsikal itu clamp motorsikal sendiri semata-mata kerana nak tunggu kau yang lembab berjalan kaki.

Oh. Lagi sekali aku bilang,

Kau sudah tahu kau bakal menapak dengan kaki kau,

Maka awal-awal lah kau mula melangkah,

Kerah lebih sedikit tenaga kau itu.

Kalau kau mengharap motorsikal itu bergerak lembab,

Hanya kerana kau terkedek-kedek menapak,

Macam mana hidup kau nak maju?

Senang cerita,

Kalau PHD dah jadi buah hati kau,

Kirim salam kepada kejayaan sejati,

Such a loser,

Trying to win by slowing people down rather trying to speed up your freaking slow a**.

Oops. Maaf, terkasar bahasa.

Aku kan sudah bilang,

Sudah terang dan nyata kesayangan aku yang mana,

Kalau kau berpasal dengan mereka,

Kau berpasal dengan aku.

Oh. Jangan risau, aku takkan usung parang mengamok tak tentu hala.

Takkan aku jeling kau sampai mata kau terus buta,

Oh, tak mungkin aku pasang kekuda bersiap silat serang kau (walaupun sumpah tak pernah belajar silat kan).

Di sini saja aku mampu meluah kata.

Sebab aku tahu,

Kalau aku sembur di alam nyata,

Sama seperti cedok air masuk tab mandi yang diletakkan di sebelah kolam renang.

Eh.

Oh. Sama seperti mencurah air di daun keladi.

Ah. Tak best lah keladi.

Hmmm….

Thursday, October 08, 2009

early morning?

salam.
this is just a short entry.
tak boleh panjang panjang sangat. pergelangan tangan lenguh sebab main tennis tanpa dimulakan dengan bismillah stretching terlebih dahulu. oh. jangan risau. lenguh sedikit sahaja.
biasa lah tu, setelah sekian lama 'mandom', sekali start bersukan secara mendadak begitu, pasti ada sengal situ sana sini sinun kan.

oh, sungguh berjela alasan. rasa mahu tampar diri sendiri.

ok. sekarang aku terfikir kenapa aku disini. tadi semacam ada bahan saja untuk di blog kan, tapi sekarang dah pudar pulak.
ku rasaaakan pudar dalam hatiiii ku...
erk? shut up u farah! karaoke kalau, p alamanda or metropoint sana ye. sini tak digalakkan.
(ah sudah!farah kalau menulis pasti saja merapu merepek kerepek ok. adoi. bila ah nak berubah niii?)


jom. sapa nak join p karaoke?
jom la jom....aku takdak geng ni.... (takada konon. bila orang ajak, alasan macam-macam kau kasik kannn...)

semalam sudah start gaya hidup sihat.konon. hopefully berterusan.
dah lama tak main tennis. oh. seronok bermain tennis dengan gdik izuan dan finas semalam.
tapi mata sumpah tak reti stop jeling kat one group of people yang sedang main volleyball kat court sebelah. oh. nak sangat buat muka tak malu and, "hi guys, may i join u? thank u."
tapi mungkin sebab bangsa mereka lain dari aku dan mereka punya group pun dah just nice bahagi dua, maka aku tahankan diri sahaja. tak apalah. lain kali, aku beranikan diri terjengah join sahaja mereka tanpa segan silu, ok?
srikandi oh srikandi. tahu tak saya rindu kalian?
semua dah bawa haluan masing-masing.
seorang di ukm juga (selain aku le), tapi SELALU jumpa sangat la kan. tak pernah kot? adoi.
seorang di kulim. dah transform jadi anggun jelita (tapi masih kekal perangai suka berangan and sedikit otai dia tu)
seorang di puchong. kerja .
seorang di kelantan. dentistry. masih berjuang lagi tak silap aku.
seorang, entah dimana, tiada khabar berita.
seorang yang junior. satu fac dengan aku. tapi dah lama kot tak nampak dia. mana la si kechik sorg neh?
oh. ada beberapa lagik kot. sumpah taktau khabar. aduhai.
saya rindu kalian. rindu nak rebut bola ngan korang. pastu serve yang kadang kadang macam nak main ngan court sebelah (ye. aku tau. tu aku punya kerja. isk.) paling rindu nak jerit kat court macam kita je yang conquer the court. most of all, aku rindu the times where we go as one. the team spirit. the fun we had.


dah! mula pulak segala replaying the past memories. dah. it's not that im unhappy with today, i really am very delightful with mylife now, even happier i guess. Alhamdulillah. it's just that sometimes i tend to miss those beautiful days before. heh.
i cherish the moments now and then.
and hopes the best for everyone.


ok. petang ni nak swimming (sebab MASIH tak ada geng kalo nak berbola tampar pun kannn) kat danau. kalau iman tak jadi join pun, AKU TETAP AKAN KE DANAU petang ini. sapa2 lagi mau ikot? (melainkan hujan. isk....)

ok. back to work. daaaa....

Sunday, October 04, 2009

indah

salam semua.
how's your weekend? splendid? happy? lovely? memorable? superfragilisticexpialidocious?
i know mine was! ^.^

im glad this weekend was a joyous one.
well, it all started on Friday night i guess.
anuar texted me on friday afternoon. leave out the details and we met at midvalley, shah, adian, gedik, and ya was there too. but somehow it turned out three of us watched The Ugly Truth (thumbs up for this show! loved it to bits!) and the rest went for Sorority Row. well, since it was september, the month of shah's and anuar's birthday, they redeemed the birthday gift for Jcard members and we used the coupon for the movie (which we bought three tickets for the price of two), and we also used the coupon for dinner at Kenny Roger's, again, paid two sets of quarter meal but got three meals instead. cewah! tudia explanation sampai ke foundation!
made those two boys (shah and anuar, that is) walked me to my car at the parking because i was too takut to get my car alone, thanks to all those stories bout all those robbery lah apa lah at parking lots. ceh. (actually, alasan je. saja mengada nak di escort ke kereta. hahahahahasumpahannoyingkaunifarah!)

then, saturday (3rd oct 2009) was the most awaited date since .... brapa lama tah. haha.
sungguh menanti hari sabtu itu sebab ada dua wedding rakan mrsm balik pulau, sekaligus membolehkan satu reunion kecik diadakan. wani tiba di kl sentral seawal subuh. heh. tak tak....aku tak amik dia sesubuh itu. hehehe...
wani tunggu intan dan naik lrt ke taman paramount dan situ je aku amik mereka.
selepas tu, wani dan aku bersiap2 (intan dah siap awal2 dah. heh), makan-makan kueh raya sket, minum air sket, then, off to bandar utama kutip si syamil a.k.a babun rafiki tua tak sedar diri! :P
then, head to kota damansara, kutip shamoo plak, and kami merangkak pulak ke ikea cari wedding gifts. sejak meng-suggest mencari hadiah di ikea, aku dah terbayang cermin. wuuuuh! suka cermin suka! jumpa la seekor cermin berbingkai hitam yang semacam kacak sampai dalam hati menanam niat nak beli seekor suatu hari nanti bila ada rumah sendiri. (berangan! cis)
jalaaaaan lagi, jumpa lampu comel pulak. sepakat membawa berkat, we decide nak lampu comel sekor dan cermin kacak sekor sebagai hadiah kepada pengantin baru. then merayap skejap kat ikano cari wrapper dan kotak nak sumbat hadiah tersebut. alkisah, kelewatan daripada time yang dijanjikan nak bertemu kete satu lagi kat tesco ampang. maka, kedua-dua kete bercadang bertemu di lokasi kejadian terus sahaja. kenduri shikin dulu. meet there terus.
oh. kete lagi satu terdiri daripada azmir, awon, ira and pia, kak pah bawak kete sendiri, and aku mengusung shamoo, syamil, wani dan intan. di kenduri shikin, bertemu nana suria, zati suria, kak rai. and di kenduri shi pulak, met najlaa, fiza, anis, faezah (erk. kan kan? ke tersilap nama neh?), and yeah, surprisingly, one of my ex-studiomate; ty! haha. small world, awek ty is shi's friend kat matriks.
selepas berkenduri kendara, mula otak berfikir nak merayau kemana pulak. dah lama tak jumpa kan, so, harus lah spent time lama sket. last-last, lepak mcd bangi. ok. MCD BANGI! sbb pia insisted nak amik kete dia jugak2. ira balik with a friend (kot) masa kat mcd and the rest send wani ke ktm serdang before we mengular pulak ke jusco balakong. menonton ho yeah! sementara menunggu movie start, lepak foodcourt jj sambil makan tako sushi dan ubi apa tah. watched Sorority Row.sambil beberapa kali jugak tercarut sbb terkejut konon sambil senak perut tengkuk apa semua sbb posisi duduk kurang bernas.
hah. sapa kata jadi orang tinggi ni best sangat? sapa? SAPA? eh. maaf, tetiba emo pulak. ceh ceh.
dan selepas menonton, bercemolot ngan mereka sekalian sambil mengkagum menempek dalam kete FERARI PUTIH pia. fuuuh! bau kete baru woi! haha. berlambai-lambai berlaga-laga pipi (sesama kaum hawa je ye...) di tgh-tgh kawasan parking jusco itu. itulah perangai tak senonoh bantai suka hati je posing tgh jalan say goodbye sambil saling exchange contact numbers sambil berseloroh tak sudah sudah.
lalu, menghantar intan ke kg baru dan menghantar shamoo ke kota damansara semula. dan time tu baru perasan, perut menyanyi dan menari zapin sebab baru tersedar, konon makan sikit kat kenduri shikin sbb nak save space nak makan kat kenduri shi pulak. tapi end up tak makan pun sbb tah tak lalu plak. maybe sbb tak fancy ikan keli kot. ceh. demanding btol! maka, singgah plak mcd kelana jaya dan sumpah sengal sbb bodoh tak reti kira main bayar je cashier mintak bayaran sbb tak merasa pelik harga satu meal dengan mcflurry mencecah 28rm. rupa2nya, si cashier tersilap dengar aku sebut meal NO2 dengan 2 MEAL NO 2. maka, rezeki nana di rumah la nampaknya the extra meal.
sampai kat umah, mandi and melantak meal tersebut sambil join nana menonton spontan (AGAIN!)
upload SATU gambar paling favorite di facebook (sambil tersengguk depan netbook sbb dah penat and mengantok sangat) dan kemudian pengsan sampai ke pagi.

gambar paling favorite sekarang ni!!

ahad. bgn pagi. PAGI??? kahkahkah.
bangun dengan satu senyuman yang paaaling puas sbb nyenyak tidur tak diganggu langsung setelah puas enjoy dengan geng balik pulau di malam sebelumnya. tgh hari, finas msg nak datang beraya dan terus otak meligat nak masak kah atau nak tapau saja. haha. last last, sebab mood rajin ada, masak le mee sanggul kot, dengan main campak saja apa ingredient yang terlintas dalam otak. hoho. memperguna kan kupon rasamas yang dapat masa konvo hari tu. huuuu.
sambil bercerita bergelak berdekah2 dan melicinkan segala apa yang terhidang di meja, sambung plak kat depan tv menonton kadet kelly, dan kemudian mereka pun beransur pulang.
oh. yang hadir tadi termasuklah finas, elly, nisa, fieza, fadhil, gedik and kak huda.
oh. bukan OPEN HOUSE ni ye. riang ria di hari raya je pun. (kang ada plak....."farah...wat open house tak ajakkkkk!" hoh hoh. takde open2 nye, sapa nak mai, mai aja,takyah open2 nih...wat penat je kot. huuu)

oh. dan sekarang, nak senyuuuuuuum aja sebab these few days filled with happiness. surrounded by bunch of adorable ppl made me feel very grateful to be blessed with such love. oh. indah betul mempunyai rakan-rakan yang sungguh menyenangkan di sekeliling kita....
oh. malam ni bakal tidur dengan senyuman lagik. wuuuuh.

and to friends, thanks for being part of my life. no word can describe how happy i am to be blessed with all u great ppl. mmmwah! take care ok!

Thursday, October 01, 2009

penonton

salam. haha. live from fkab, ukm.
well, at the moment, juniors are presenting their poems, regarding their landscape project.
being me, the nosy ex-student who constantly lingers the studio almost everyday, of course i invite myself as an audience. haha. so far, only about 4 ppl presented their masterpieces.
comment?
(ceh farah. tetiba sebok komen org. cuba kau pergi depan tu and bersajak penuh hayat kat situ....)
well, they may have beautiful words composed, but none has actually captured my attention yet. not just yet.
perhaps, ada sedikit nervous dan malu malu kucing kot. hehehe.....

well, let's just see.

but what im about to write is just pieces of my thoughts. randomly, tak berkaitan dengan siapa pun.
i think, the practice is cool. sort of inculcating soul into their workpieces. how i wished i was given that sort of task during my study days. well, i didnt say i was much of a poetic person mendayu2 bikin lu punya hati cair kaw kaw, but i do like performing arts. yes, deklamasi sajak satu seni persembahan ok! it relates the heart, as the word comes pure from within. and thus it indirectly brings out the soul.
ok. sudah. bebel saja kot kau farah.
but i do really wish one of my dear juniors can outstand today's presentation. come on dear, keluarkan bakat seni korang! kasik dramatic sket. memang la akak ko ni gelak (evil grin disitu! hahahaha) but believe me guys, im amazed...