Friday, April 22, 2011

Bel dan Tam

Assalamualaikum.

Hello uols! How are u? I'm fine thank you.


Fine. Makin lama makin skema ayam aku ni kenapa? *sobs*

Oh. Hari ni nak bercerita tentang haiwan peliharaan. Yang mana haiwan yang paling kawan saya geruni.
Hai puan nurul! Anda sihat? Kih kih kih (gelak bajet innocent)

Tam is the mummy and Bel is the baby.
Tam adalah singkatan bagi hiTam.
Serius. Hitam amat si Tam neh. Sampai kan bila nak shoot gambar beliau, tak boleh. Dan message "subject too dark" akan muncul di lcd screen kamera tersebut. Sedih bukan? Maka, kamera phone jugak hebat menangkap gambar Tam! See see! Sapa kata slr best sangat (in denial statement sebab tak reti guna dslr.sobs)

Bel pulak adalah singkatan BELang (tapi sebutan nama bel adalah seperti BELL. Alaaa... Loceng tuuuhh. BELL rings dingdongdingdong)
Mak aihhh. Bel ni comel sangat. Paws beliau sangat menggeramkan. Cam ghimau pon hado. Tapi buas nya diaaa ya Allah geram jugak oi. Kalah kenakalan mak dia di usia beliau tuh.
Mummy (mummy as in mak AKU, bukan si Tam mak Bel tuh.ish ) asyik bengkek gerammm je sebab Bel suka bikin kecah. Hiyaaargh! Kadang nak bersilat je bila dia terbalikkan dustbin kat luar bilik kat atas tuh. Grrrr

Tapi, dek kerana kasih sayang mummy (again, mummy AKU.pffft) kepada Tam dan didikan yang mummy kasik sejak Tam kecik, membuatkan Tam faham dan dengar kata. Amazing I shall say.

Tadi, mummy cerita kat aku, siang tadi mummy geram sangat Bel buang air merata rata bersepah. (Tam dah di latih buang air hanya di sandbox) Bel pulak, puas mummy train tapi seperti yang diberitahu tadi, si kecik tuh degil!!
Dek kerana geram sangat, mummy pulas (pulas manjo jeee) telinga Tam dan kasik warning kat Tam:

"Tam! Ni nak habaq mai, hang ajaq sket anak hang tuh berak dalam pasir ni! Dok buat sepah pasai pa? Ajaq sket! Hamboih besa neh!"

Amazing nya, sejurus mummy cakap camtu pada Tam, Tam terus berbunyik bunyik pandang anak dia, Bel, dan kelihatan seperti memarahi anaknya itu. Aku kagum. Tam tak back up anak dia! Dia marah weh anak dia!hahaha.

Dan disuatu ketika yang lain, ketika Tam dan mummy kat dapur, mummy bertanya pada Tam:

"Tam! Mana Bel anak hang tuh? Dok atas ye? Panggil dia turun!"

Dan sejurus selepas itu, Tam mengiau dan zuuuuuus! Bel pun muncul berlarian turun dari tingkat atas!

Well, Bel masih degil tak dengar kata kitorang lagi. Tapi syukur ada Tam yang agak well behaved!

Baiklah.sekian tamat karangan subjek bahasa melayu spm saya bertajuk "Saya Seekor Kucing".

T__________T

But then again, aren't these cats cuteeeee! ^.^v. Sekian.
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

2 comments:

aku said...

tiba2 aku seram baca kisah ko ni..kenapa ye??adakah sbb aku xpernah membela kucing, tapi aku tak takut kucing..hai nurull..hahahaha....

fara-D said...

Hah? Motip seram bagai?? Hahaha.
Eh hai nurul! Ngehehehe