Assalamualaikum.
Mana lagi aku nak cari tempat curhat?
Sini je lah.
Since aku yakin semua manusia dah move on ke other platforms.
Hopefully, this is my safe space.
Sebab space yang dahulunya aku marked as my safe zone, akhirnya menjadi satu-satunya ruang yang menjadi trigger utama aku sekarang.
Kiri kanan, depan belakang, semua pesan untuk bercakap, bersembang, keep distracted.
Dan terpaling utama, “sembanglah dengan Dia.”
Trust me, I did.
Cukup.
Jangan datang sogok telinga aku untuk “nangis lah kat Pencipta” yada yada yada.
Itu urusan aku dengan Dia.
Just because you don't see me sujud before your eyes, doesn't mean I didn't.
What I feel now is… everyone is judging me.
Bagai madu, sepah dibuang.
Ye. Itu lah yang aku rasa now.
Bukan sekali dua ya aku cuba self-motivate myself not to downgrade myself.
Tapi entahlah.
“I know it's hard, but if you need to let it out, I'm here.”
I lost trust in this sentence already.
When I silently scream, nobody bothered to tanya khabar.
Sebab takut kot ya aku ni dah masuk category gila eh?
But ada lah yang randomly merisik khabar.
May Allah bless these people.
Dalam otak aku, hari-hari aku berperang macam dalam kartun tu…
The optimistic Farah vs. the pessimistic Farah.
— Tindakan orang itu begitu begini sebab dia sayang kau, Farah. Dia tak nak kau makin koyak.
vs.
— Tahniah. Orang itu begitu begini sebab dia dah safely dodged a bullet. Terselamat daripada pening kepala nak “fix” you, Farah!
—
— It's high time you soar higher, Farah. Dah tiba masa kau level up.
vs.
— Kepakaran kau dah tak relevan. Dah lapuk ditelan zaman, Farah. Get a grip!
—
— I can do this on my own! I am capable of creating my own path! Yes, I can!!
vs.
— Ada orang janji nak guide aku. Tapi? Kenapa aku rasa terkapai-kapai ni? Aku nak buat apa dah ni?
—
— Syukur sangat. Dah banyak terima kasih sayang dan ihsan dari situ.
vs.
— Get lost, Farah. Your presence there just ruins things around you.
Penat, ok.
Penat sangat.
Kadang-kadang, sekadar nampak rutin di sana pun dah cukup untuk trigger how my old self used to be while I was there doing those routines too.
Tapi hari ini, aku tak ada di sana.
Aku cuma lalu dan nampak mereka buat apa yang aku pernah buat di situ.
Dan kemudian…
I'll start shaking and blaming myself again.
Aku discounted my precious experiences a LOT.
Sakit tu tak boleh nak describe.
Sebab luka tu tak visible.
Orang hanya mampu…
“Semoga Allah mudahkan urusan u, Farah.”
Untuk strangers, I'd be glad orang doakan begini.
Tapi, buat yang nampak depan mata how I struggle, tapi lempar juga ayat itu…
Baik kau tikam je aku.
Not that I really have a choice to run far away from that “ex-safe-space.”
I did talk to myself quite a lot.
About forgiving people.
About forgiving all that happened.
About moving on.
And most importantly…
about forgiving my own self.
But those sadness, rage and frustrations keep coming every now and then.
Hence, I'm here.
In hope to just dump whatever is filling up my head and just hope that it disappears soon.
Dan mungkin…
untuk pertama kalinya, aku tak perlu explain semuanya.
Tak perlu justify kenapa aku rasa begini.
Tak perlu convince sesiapa bahawa luka yang tak nampak itu tetap luka.
Aku cuma nak ruang untuk letak semua benda yang terlalu berat untuk aku bawa seorang.
Please jangan datang kepada aku bertanya khabar ketika aku dah tenang nanti.
Sebab kadang-kadang, bila sesuatu yang kita cuba heal datang semula dalam bentuk soalan, tempat, rutin atau kenangan…
sakitnya terasa macam kita kena mula dari awal semula.
Yang Masih Cuba Cari Pelangi,
Farah Diana
