Tuesday, October 30, 2012

13-20 October 2012


Assalamualaikum. 

Amboi! Lemau tahu blog ini sejak dua tiga empat lapan menjak ini. 
Selain entri trip-trip lalu yang dah berkepam, dah selamat pun trip yang paling mega hujung tahun. 
Oh tidak lupa entri trip Goldcoast yang dah basi itu. Patut tak sambung penceritaan tentang trip berkenaan?  T___T
dari kisah Goldcoast, berlalu kisah Ho Chi Minh, dan baru selesai kisah Korea Selatan (macam la jelajah the entire South Korea, padahal takat terkedek kedek ke Jeju dan Seoul aja. pui!)
dan apakah persamaan kesemua destinasi percutian yang telah disebutkan ini?











.................................





Ya! 








...................Semua nya menjadi entry pekasam dalam blog farahbebelbobo. okbai!




Since a picture worth a thousand words, yeo-gi, i-cheon words! ^^v 
ps: gedik nak use hangul, padahal boleh pass tulisan aja. tatabahasa hancur lebur. pui!


Monday, October 22, 2012

Social Network?

Assalamualaikum. 
Hai Bobo! Lama tak conteng kau kan? Rindu i tak rindu tak rindu tak?
*debush!*

Mood percutian Korea Selatan masih membelenggu. Tapi Alhamdulillah, dapat kembali bekerja dengan tenangnya. Gambar? Perlu upload tak? Rasa macam pasti ramai menyampah kalau aku upload satu album cuti-cuti. Ye tak? 
Entahlah. Susah nak jangka manusia ni. Kita berusaha bersangka baik sahajalah. Kadang-kadang, lain di facebook, lain di twitter, di alam nyata apatah lagi. Kadang-kadang sedih, bila media sosial jadi tempat luah geram, bila di ajak bersemuka, dalih panjang sedepa. Kenapa mesti macam tu ye? Bak kata uncle yang renovate rumah jiran mak cik aku, "Tuhan ha, kasi sama kita itu otak untuk pikir lo..."

Eh eh eh? Kau dah kenapa tetiba ni hey? Lari topik wey! Mwahaha.
Point is, these social networks can actually be hazardous to our real world. Please please please my dear friends, let's not abuse the social network we already have. Share beautiful thoughts, share pretty pictures, but never let negative assumptions, negative remarks taint the impressions of others on us. We sometimes tend to post things just to express our anger, our disappointments, but i think those might lead to misinterpretations, be it to the tone of expressions, or even worse, misleading of the impression on our personality. Shall there be any arguments, come back to nature; communicate, eye-to-eye. 
Allah dah tegah kita daripada mengumpat, jadi kenapa kita nak lawan cakap Allah? 
Normal buat sorang manusia untuk rasa marah, teraniaya atau pun terpedaya. Tapi semua tu ujian. Kalau teraniaya, beranikan diri berdepan dengan penganiaya. Barangkali "si polan" itu tak terniat pun bertindak sedemikian,mungkin juga belia sengaja? Tak mustahil juga beliau tidak sedar tindakan beliau? Well, we're human, bound to make mistakes. Live with it, confront it, and move forward. Kalau benda dah jadi, di selongkar juga sumber kejadian berkali kali, tiada makna juga. Let's cherish what we already have and look forward on what to come, shall we? 
Life's short, it's beautiful if we let beautiful thoughts paint it. If we refuse to put aside the brush with the dark paint on, then obviously we got to see only the dark side. Till then, smile and smile, it'll worth every mile! Toodles! ^^v

Monday, July 16, 2012

Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing...

...tapi kalau kau hanya tahu ringan sahaja dan segan silu mahu sama sama memikul dek kerana kau terasa beban sendiri dah terlampau berat tak dapat kau pikul sendiri, jangan terlalu berharap ada yang selalu sudi hulur bahu tampung berat kau.

Faham konsep susah sama susah senang sama senang ini? Kalau tak faham, pergi main jauh jauh. Ramai lagi insan yang jauh lebih bermakna untuk aku kongsi beban mereka, senang sahaja, sebab mereka turut sudi meminjamkan kudrat mereka dikala aku susah. Sekian.

P/s: tak tuju pada sesiapa secara khusus. Hanya reminder to self and sahabat sahabat sekalian. Sekiranya ada terasa, harap maaf, that might be your bad habit, let's move to the brighter side and change for the better. ^^
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone

Monday, July 02, 2012

.... November to Remember (Day 3)

Assalamualaikum.
G'day! How ya goin'
Puiiii! Tetiba nak lidah Aussie pulak. Padahal sudah agak basi dah entry ini.
Sat sat sat! Mak nak selongkar balik laci mak ni nak tengok ada tak lagi apa apa catatan berkenaan trip Goldcoast tahun lalu itu.

................

"13.11.11-
Movieworld.
As early as 9.00am (Goldcoast Time)
Masuk masuk jumpa Lola Bunny > Batman  > Batmobile
Rode on Lethal Weapon. Spooky Ride

..................

PUUUII lagi! itu je catatan yang hado! *sedey!*
Padan lah muka, perap la lagi info yang hado tuh!

Well well well....
disebabkan aku super-rajin dikala ketika ini, mari lah aku buat research sikit.

Basically, hari ketiga hanya ke Movieworld dan Harbourtown. Itupun di Harbourtown secara laju dan menyambar sebijik backpack Merah, kononnya untuk adik kesayangan itu, dan sehelai baju 'steng' berharga 10AUD (er....ke 5AUD hah?) Kenapa backpack merah KONON? sebab akhirnya beg merah tuh jadi hakmilik si penulis sebab hari terakhir di Goldcoast penulis panjang kaki terjah Harbourtown seorang diri. (akan diterangkan dalam entry seterusnya....semoga entry yg dijanjikan dapat dikeudarakan dalam tahun ini juga kahkahkah!)
Nota: satu satunya backpack yang aku ada dan digunakan almost untuk segala apa acara, travel? gym? running event? semua aku bedal pakai bag tuh. dan aku tak paham apa relevannya aku menerangkan fungsi bag berkenaan disini. *dush!!*
Kembali ke story, di Harbourtown memang heaven. Tambah tambah pula sedang Christmas sale (kalau tak silap aku lah. tapi memang tengah sale) Certain products memang berbaloi beli. Bagi si kaki besar macam aku ni, puas hati laaaa dapat borong kasut size 11 disana. TAPI, si penulis ala ala lemau lambat pickup keperluan diri sendiri. Maka, sepasang je kasut yang telah disambar. WAIT! save cerita shopping di entry lain. Yang nyata, hari ke-3 ni memang fun jugak sebab sekali lagi melagakan segala molekul darah dalam badan di Movieworld. Ride paling kejang otak adalah Scooby-Doo Spooky Ride! Ride tu tak la melibatkan putaran 360 darjah, tapi debaran dia omakkau!! Serius nak tercabut jantung sebab dalam kegelapan yang amat, gayat, landasan dia memang kau tak nampak dengan jelas maka kau akan tertanya tanya kemana gerabak tuh nak pergi. Siap gerak backwards lagi woi tertinggal jantung aku kat dalam landasan tuh!
Berpeluang la layan aksi live dari Batman. Dan nurul kata aku dah macam paparazzi cuba nak ambil gambar sebanyak mungkin (ayat defence: angle pelbagai supaya boleh pilih gambar terbaik kelak. puii!)Oh indahnya pemandangan Batmobile lalu depan mata rasa nak tumpang je! hakhakhak
Superman punya ride ketika itu tutup untuk maintenance. KECEWA TAHU! Boyfriend i tuh off duty pulak sentap mak!
Selepas sesi menjadi kanak kanak mengejar degupan jantung super laju di Movieworld sambil posing sini sana dengan characters in the movies (Austin Power, Lola Bunny, Marilyn Monroe, Batman etc), kami pun bergerak ke masjid kot (ingatan sedikit on and off ketika itu) dan kemudian ke Harbourtown yang dah hampir nak tutup tapi tetap berjaya membeli sebijik beg merah dan sehelai blouse.
And kembali ke rumah bff di Lismore, New South Wales (erk. betul ka ni?) Oh, ke singgah dinner dulu hah?? err.... mungkin tidak sebab kami bantai makan secara pukal di salah satu cafe tuh (buffet style, halal) yang aku pun tarak ingat nama nya. Merujuk kepada website Movieworld tuh, rasa macam rick's cafe itu tapi please nanti kalau ada any readers yang nak makan disana, confirmkan semula masa nak membayar before start makan tu ye, they do have halal cert if i'm not mistaken.
Penat dan masih kenyang, maka kami beransur pulang ke Lismore.











Kos Hari Ketiga:
1. Movieworld: 79.99AUD

err.... itu sahaja info tentang kos yang dapat aku kongsi sebab al maklum, cerita kan dah basi. dah hampir setengah tahun berlalu. Apa pun, it is advisable to purchase the ticket online. Senang dan mudah. Senang dan mudah bukan sama ke hey?
Dan menurut kata sahabat, online purchase lebih saving. RASANYA lah. ^^
Dan seperti yang ku bilang dalam entry ini, nak sampai ke Movieworld (atau world world yang seangkatan keliling movieworld ni) pun mudah sebab it is also one of Goldcoast's attractions. Nah! Sebab aku tengah malas dan dah pelupa, pergi study sendiri aturan perjalan uols (if menggunakan public transport) dari SINI. 

oh. leka memblog, wa tak mandi lagi! wow wee carrie junior! jom mandi! ayuh!! 

Till then, 
Hooroo!! ^o^v

NOTA LAGI: Susunan gambar agak bersepah dan aturan ayat dan segala penekanan dalam ayat (italic, bold underlined bagai) turut segan diselenggarakan sebab .... sebab saja! mwahahaha! Harap maklum! peace yaww!

Friday, June 29, 2012

[Tiada Tajuk]

Assalamualaikum.

"Penipu kau farah! Kata nak up entry sambungan trip Goldcoast yang dah basi tu. Dusta semata mata! Nyah kau dari sini! I hatechyuuuuuuuu!"

Tu dia kemaen drama monolog dia.
No, aku takmau list kan alasan dah lama tak isi blog ni dengan sebarang isi kandungan hatta secebis ayat sekalipun.
Apakan daya, kehidupan pura pura sibuk ini semakin mencengkam jiwa. (Nota: mode ayat rapu sedang keudara. Harap maklum. Penulis sedang berblog dalam keadaan santai sakan sambil mata separa terkatup. )

Well, mungkin dengan semangat menaikkan entry yang entah dari mana muncul ini, maka aku highlight sedikit sebanyak rentetan peristiwa yang telah tercatit sejak dua menjak ini:

- kehidupan semakin tenang. Barangkali kerana sudah semakin matang. Ecehcehceh.

- selamat sudah menyelesaikan satu trip ke Ho Chi Minh. Dalam keadaan sedikit kurang sehat, namun tetap fun fun fun!

- semakin suka acara marathon/larian/jalanan. Walaupun hakikatnya tak la mampu sangat bawak badan super ringan ni berlari lagi. Tapi, ada satu kepuasan bila setiap acara diselesaikan. Ironiknya, waktu sekolah/hingusan dulu, acara lari ni antara acara sukan yang aku cukup tak faham relevan nya diwujudkan. Gila sempit otak ketika itu bukan? Mwahaha! Naaah. Setiap orang ada pendapat masing masing, bukan? :)
One of the precious things I've learnt, that life can be a marathon. To avoid from tripping at the end of the road, we shall start the journey slow and steady. Accelarate when the moment is right. Only we know when OUR right moment is.

- work life? Career? So-so lah. Syukur dapat kerja dengan team yang sporting. Boleh kata lebih kurang just nice dalam comfort zone.

- baru belajar makan gula gula Dequadin. Kecoh kau farah!
Fyi, strepsils dan sebarang gula gula yang kononnya bertindak sebagai pelega tekak or batuk ni adalah sesuatu yang dalam senari yg dijauhi. Tapi oleh kerana sehari sebelum kl marathon minggu lalu masih batuk batuk, personal "coach" I paksa makan jugak. Sedap pulak menatang dekoden tuh! (Mode peghak nak mampuih)

Tuh dia sedikit sebanyak kononnya. Bila baca balik macam tak signifikan sangat pun untuk diblogkan. Namun, sekali lagi ditegaskan disini, sila take note bahawa penulis berblog didalam keadaan vertikal bersama mata separa terkatup.

Dan dengan itu, al kisah mata penulis dah mencapai level hanya 25% terbuka sahaja, kita tamatkan entry tanpa tajuk ini seberapa segera yang mungkin.

Take care uols! Till then,
Lots of LOVE,
Fara-D ^o^v
Sent by DiGi from my BlackBerry® Smartphone