As salam.
Well, aku bukan lah seorang designer yang bagus pun (kes sedar diri. sobs), tapi one thing i notice setelah sekian lama, kalau kerja melibatkan design, kau tidak akan lari daripada berdamping dengan kertas dan sketches. biar apa sekalipun design yang dimaksudkan, termasuklah baju, rumah, interior, hatta mendesign corak manik sekalipun. patutlah dulu lecturers sakan mengkerah kami kami untuk submit sketches sokmo. dan aku masih ingat, sedap je sketches aku time tahun pertama dulu jadi bahan tontonan seisi studio. ye. bukan sebab sketch the BOMB, tapi sebab jadi contoh sketch yang perlu baaaaaaanyak pembaikpulihan *nangis* siap kena haaaa signature lagik menonjol dari subjek. *nangis lagi barang sebaldi dua*
dan ketika ini, mendapat hobby baru, yang mana mungkin orang lain dah lamaaaa dah main hobby berkenaan cuma si farah diana ni je baru tergedik gedik nak huu haa wah wahhhhhh terkagum dengan hobby ini, turut melibatkan proses design. satu sahaja yang mahu aku katakan disini, design perlu ada proses. biarpun bermula dari satu titik sahaja. tak. ini bukan kata kata aku semata mata. rakan sekerja aku yang merupakan graphic designer juga setuju dengan kenyataan ini. dia sendiri, kalau mahu mengeluarkan design, bermula dengan hanya campak campak letak letak gitu gini. dari situ, idea bercambah dan diolah dan disusun dan sebagai sebagainya. dan ya, my current obsession towards pixel art juga memerlukan satu proses design juga. maka, kertas dan pen merupakan medium asas yang paling pertama dalam proses menghasilkan seni berkenaan. Sekian. Jom main seterika seterika manik jom!
Love,
Farah Diana
No comments:
Post a Comment