Tuesday, March 01, 2011

BFF’s wedding

As salam semua.

 

sila ambil perhatian sebelum meneruskan pembacaan/pelayaran: entry ini mungkin mengandungi unsur unsur emo. penulis mengizinkan dan pasrah sekiranya ada pembaca yang langsung pengsan selepas membaca entry ini.titik.

As much as i wanted to write a loooooong special entry for a dear friend, i might as well just post a few pictures.

34

ok. kenal itu budak?

itu Norasidah Khalil. seorang rakan karib sejak zaman matrikulasi lagi. serba sedikit tentang beliau, saat pertama kitorang start berkawan. sampai bila pun aku takkan lupa sebab she’s a one unique and special friend one can have!

Hari pertama kuliah di matrikulasi, aku sedang beratur diluar dewan kuliah bersama Ella dan Shuhada. Ella ni rakan mrsm balik pulau dulu. shuhada pulak rakan satu dorm matriks time tuh. tiba tiba ada seorang budak comel menyapa,

“hai! kelas awak kelas ni ke? kelas N kan?”

“haah. kelas N” kata aku. time tuh, semester pertama kami di kelas N. selepas dirombak ketika semester kedua, kelas kami bertukar nama ke kelas M.

dan sejurus selepas aku menjawab sedemikian rupa, beliau terus menjerit kepada sahabat dorm beliau, “ha! aku dah ada kawan dah ni!dorang pun satu kelas ngan aku!”

and the friendship begins. and never ends.

dikala ketika gambar diatas di snap, sememangnya mata aku dah tergenang genang. entah tatau kenapa, terharu sangat sebab sahabat paling dekat akhirnya menemui pasangan hidup. sedikit ralat sebab tak sempat tengok majlis nikah beliau. tapi, agak lega juga tak sempat hadir, sebab kalau sempat, KOMPEM aku ni meleleh airmata!! rosak lah mekap mak, noks! (hakikatnya, aku tak mekap okeh! tak gheti!) Dah kata time kenduri pun aku dah main emosi bergenang airmata segala, kau fikir aku dapat tahan ke kalau tengok majlis nikah?! pffft!

Tapi sungguh, ada satu perasaan haluuuuus menusuk jiwa time tengok cda dan milo (mr husband bff itu) berarak ke atas pentas. rasa tempias bahagia mereka tu turut masuk dalam hati aku. entah, aku serasa seperti indah sangat tengok mereka. rasa legaaaa sebab salah seorang sahabat aku sudah ada yang bakal menjaga beliau, sehidup semati insyaAllah. dalam pada masa yang sama, segala memori susah senang nangis ketawa aku sejak matrik semua bertubi tubi berlari dalam kotak memori aku time tuh. aku sendiri sukar nak jelaskan macam mana perasaan aku time tuh tapi sejujurnya, aku happyyyyyy sangat dengan wedding beliau. dalam sedar tak sedar masih tak percaya beliau dah bernikah.

harap maaf, aku memang ratu drama sikit! ^.^v *peace*

doa aku buat kau, Cda,

semoga jodoh kalian berkekalan didunia dan akhirat insyaAllah. dan dilimpahi limpah kurniaNya sentiasa. semoga kasih sayang kalian sentiasa kukuh dan utuh. tak ada kata kata yang dapat gambarkan betapa girangnya hati ini atas pertalian yang baru termeterai ini. Congrats, Cda dear. love u! to Milo, jaga kawan aku baik baik! there’s no other cda dalam dunia ni, hanya dia sorang dan takkan ada pengganti yang sebaik beliau!

sebelum penulis makin galak bermain emosi dan airmata (airmata gembira ok! jangan nak propa sangat!) , adalah wajar sekiranya beliau turut mengundur diri. esok kerja weh! tak sanggup bermata panda sekali lagik esok pagi. sekian. wasalam.

2 comments:

fievelski said...

ayo.sedih sat tak dapat kepergian. dikeranakan ada hal peribadi.

Aliesha Kirana said...

waaaa nangesss.. T.T

sahabatku sudah bersuami. sob sob. begitu cepat masa berlalu...