Friday, June 06, 2008

hari ini hari yang amat panjang

Clueless. Fara-d ni memang bongok ke hape? Tak reti-reti buat kerja dalam hardisk ka? Yang sebok gatai buat kerja straight from thumbdrive tu pasai apa?!

Siyes, semalam ok je. Takde perangai pon. Tapi sejak kejadian ITU!! The kejadian ITU! ITU ITU!! Things went haywire! Totally f****d up lah! Nampak kalo nampak pempuan tu pasni, harus aku baling terompah saiz 8 kat dia! Ye, aku memang suka salahkan pihak lain. Sapa soh gatal tangan tutp plug laptop aku?! Kalo betul tertutup, takpe lagik, ni sbb NAK SEMBANG NGAN JANTAN! Ni yang wat aku hangen satu cakerawala ni!

Tolong....nak jerit weh!~

Kenapa? Kenapa? Kenapa?

Dulu, aku sangat takut save kat hardisk sbb laptop aku dlu crash, menyebabkan keje2 aku sume lesap, and dragged me down. Skang? Im being cautious, work straight from the external device, pon lagu ni gak? *tahan tahan tahan....jangan stat mencarut fara-d* sedang menahan amarah ni. bahaya kalo aku lepaskan kemarahan secara nyata, kang banyak ati sakit. Biar ati sendiri je sakit, takpe, jgn sakit kan ati orang! Menggigilnya. Nak stat keje semula pon da terbantut sbb terlalu menggigil. Esok, selepas suboh, wa nak lepak tempat aku lepak tadik sbb wa tau itu bitch pasti akan duduk situ! And bila meja semua tu aku nak penuhkan, tamau kasik can dia duduk! Takpun, aku dengan bangga nya akan sambung external hardisk aku so that both power socket will be fully occupied, biar dia hampa favorite spot dia da aku rampas! Hamek ko! Siyes, akan ku lakukan ni! pedulik, sapa soh gatai sangat, garik sangat! I’ve always admire those soft-spoken girls coz they represent a true lady, but this girl....NO WAY MAN! That represent not a lady, perhaps a...STOP FARAH! Dont call people names! Tabaik! Suka2 nak label orang.!!

Astaghfirullahalazim..........

Ye, fara-d has cracked! Sapa saket ati aku berayat kasar camni, sila lompat ke blog lain. Ini tempat luahan hati aku, bukan blog ilmiah, bukan blog politik, bukan blog resipi makanan maupun gossip celebrity dalam dan luar negara. Sapa, ada quote2 yang bisa menenangkan hati (menenangkan hati aku, bukan MENANGkan perempuan itu) , sila la drop kan comment anda. Kalo rasa nak kutuk aku tak patut camni, sila makan hati sbb aku takda layan. Sekian!

Aku selalu bersyukur dengan perangai buruk aku; pelupa ni. memang la aku patut elak perangai pelupa ni, tetapi, kadang-kadang, aku rasa syukur sebab itu mungkin salah satu cara yang Allah kurniakan kepada aku supaya aku cepat lupa pada rasa marah, cepat lupa pada kejadian-kejadian yang menyakitkan. Aku mengaku aku punya hati yang rapuh, maka dengan itu, aku mungkin senang disakiti secara diam, tapi aku diam saja dan melupakannya. Aku bukan nak kata aku ni orang baik-baik ke hapa, Cuma aku nak cakap, tolong jangan terus-terusan sakitkan ati aku. Apa da aku da merapu sangat ni? terlebih sudah

tadi, entry ditulis jam 4 pagi tadik. now, 8.30pm di umah. fuh! wat a long day. mujo ada beberapa staff jsb yang prihatin yang sanggup tolong aku. time kaseh! dari panas-panas terus jadik sejuk. time kasih jugak kepada monkey-monkey yang tak abis-abis berlawak sakan sampai aku terus tewas dengan amarah aku. hiks! mati aku kalo depa tau aku panggil depa monkey. sapa depa??? haha.... no la, they're not monkey, mereka adalah rerakan yang sam-sam menanti drawing di print.... nua, sha, nisa, sarah.... ada lah beberapa orang lagik. nasib jugak ada diorang, kalo tak, mau aku gigit-gigit meja kat tempat menunggu tuh. time kaseh yer time kaseh!

korang, korang tau tak bahawa kami di jsb punya staf-staf yang sangat la sporting dan helpful! no wonder mereka dapat award jabatan paling mesra! cayalah! walopon plotter buat perangai mengada-ngade, tapi staf-staf jsb sangat penyabar dan berdedikasi dalam melaksanakan tugas mereka! syabas syabas! tak sesia berpanas hati tunggu ....eh....panas kah? layanan sket nye first klas, dari panas langsung sejuk!

thanks again. *wink!*

waaah! saya da tak larat. better stop skang sebab jap gi perlu menenangkan diri untuk menyiapkan drawing bumbung secara laju sebelum bertolak ke penang. adudududu..... sakit sakit!

Thursday, June 05, 2008

amok 3?

salam.....
apa cer?
sakit kepala sket. baru je rasa sakit kepala sikit ni. siiiiikiiit je sakit.
sebab apa? sebab aku ngamok-ngamok sikit tadi kot. kenapa aku mengamok?

over u guna perkataan mengamok!!


tak da lah. buat pa marah marah lama-lama kan. baru semalam kuar statement idup harus sentiasa happy.

taaaaapi..........aku tetap rasa berapi-api skang. kenapa?

fara-d .....taaariiiiiiik napas............hembussssssssss......

dah. lega.

apa jadi tadik farah?

alkisah. aku sedang bergumbira membuat lukisan kerja di perkarangan luar studio aku ni. erk. studio lama da. serius, tak penah sebersemangat ini aku membuat kerja lukisan guna AutoCAD ni. tekun gila la walaupun seakan slow speed kerjaan nya. datang la pula seorang manusia dengan muka ketat dia dok selang semeja daripada aku (sebab meja sebelah aku ni aku lambakkan barang-barang aku) tak kesah beb. itu hak dia, ni tempat awam. takde keje aku nak halau orang. bukan hak aku nak control sapa dok sebelah aku. dok buat tu, sempat terjeling member tuh sebenarnye dok sakan berfriendster. no hal, geng. internet free ni, aku pon layan fs blog dload apa semua. janji jangan KACAU aku. sambil tu, aku wat le working drawing tu. mesti ingat aku pura-pura kan? betul! aku sedang wat working drawing. smalam tu memang berpura-pura. kalo aku sebut aku pura-pura, mmg aku pura-pura. kalo aku kata aku wat keje, mmg wat keje, so jgn ilangkan mood aku. susah tau nak dapatkan mood bekerja tuh! ha yo!
kerja kerja kerja. si pompuan tu pun cam da bersiap sedia nak blah dari tempat bertapa dia kat sebelah aku ni. at the same time, ada sorang guy ni approach dia and seems like he was about to chit-chat dengan cik kak sebelah ni. member yang sedang sakan nak kemas laptop ni sedang datang berdekatan aku nak off plug laptop dia. aku punya la risau dak tu tersepak bahagian-bahagian laptop aku yang super sensitip ni ka... tersepak meja ni ka, mau termati laptop ni. tapi aku buang jauh sangkaan tu. takkan bangang sangat kan dak tu. well, aku kembali la bekerja dengan tenang nye. sekalik, poof! laptop aku black-out!! apa kes??? aku tak sepak apa? gerakkan mouse pun idak. apa kah apa kah apa kah???? sekalik aku pusing tengok switch, OFF???? both switch, that bit**'s nye switch and MINE! wtf???? and she was then teruuuus menghadap the guy she was talking to without realising she shut off MY laptop adapter!! oi, nampak laki terus jadik kalot and didnt check u switch off the correct switch ka???? piss off gila nI! aku sedang BUAT KERJA ok!KERJA! aku tak kesah sangat kalo aku sedang melayan blog ke... layan lagu je ke....tapi aku akan rasa nak nyalakan meriam buluh kat muka orang yang ganggu perjalanan kerja aku walaupun sedikit je gangguan dia tu!! oh, unless, org tu sebut maaf. aku cepat sejuk orang nye, betul. orang mintak maaf, aku cepat cair. sebab manusia semua buat silap. aku tau, aku pun banyak wat silap. kalo orang mintak maaf, insyaAllah aku maafkan. tak baik tau bila orang mintak maaf kita tak maafkan. tapi pompuan ni TAK!! LANGSUNG TAK!!! perangai aku, aku suka expect orang berkelakuan seperti aku. erk?? tak tak... silap... camne nak cakap ek...ha...contoh utk kes-kes minor camni, kalo kiter off plug tu, byk2, aku make sure the correct plug yang aku tekan @ cabot. sebab aku tau perasaan orang yang terganggu akibat devices dorang termati tetiba. jadi, susah sangat ke orang len nak berjaga-jaga agar tak ter-off plug laptop aku? lagi satu perangai aku, kalo aku tengah khusyuk wat keje and tetiba ada manusia tersilap kelakuan yang melibatkan kebantutan kerja aku, aku terus jadi kepanasan kegigilan nak ngamok and mood ilang, and aku akan bengang kalo ada orang wat mood bekerja aku tu ilang! bagi aku, kadang-kadang agak susah nak mendapatkan mood MEMULAKAN kerja. bila da mula, insyaAllah ok. cuba korang, contoh la, saaaaaangat la susah mendapatkan nota subjek apa-apa lah. susah gila la nak dapat kan, kena g carik lecturer yang salu takdak kat bilik la, kena carik senior yang terlupa mana dia letak nota tu la, nak photostat nota tu, mesin rosak, korang kena menjelajah dari satu kedai ke satu kedai sampai jumpa tempat photostat yang berfungsi, da photostat tu, kertas lak tersangkut, cuba-cuba photostat lagik, minah photocopy tu tersilap copy nota lain, dah betul-betul dapat nota tu dalam tangan, da rileks nak baca nota tu, da stat baca, tetiba, ada orang tak dikenali, terambik nota tu dan bakar nota tu depan mata korang. amacam? tak rasa nak lumat muka orang tu dengan tanah liat campor cili padi gred A beserta rempah ratus yang dah basi ke? aku...ye! itu yang aku rasa. kalo korang tak rasa camtu, memang wa tabik spring sama lu sbb punya tahap kesabaran yang tinggi. siyes, aku salute. walaupun ada orang kata aku ni penyabar orang nye, tapi aku tak pun rasa aku ni penyabar.

haihh. setelah mencoret disini, lega rasa. kepada gadis yang terlibat itu, len kali check2 la plug mana ko switch off. jangan nyusahkan orang. mujo autocad ada backup. kalo aku tengah pulun wat photoshop presentation ka, mana natang alah tu ada backup @ autosave, nak save sekali sekala pun hazab kalo file besar. ye, ingat-ingat ye dik. (macam budak pempuan tu bacaaaa je la blog ni kan? haha)

da....aku da sejuk. kan aku da kata, aku cepat sejuk. dah. sambung kerja. petang ada kelas struktur. moga-moga aku dapat semula ketenangan membuat kerja ni. sekian.





(edited)
drawing file i was working on, corrupted! yeah, THANKS VERY MUCH LADY!! I OWE U ONE!! *sarcastic* NOW u are REAAAAAAALLY GETTING on my nerves!!!! sejuk pon jadik hangit balik!! *damn!*

Wednesday, June 04, 2008

mode berlukisan kerja (supposed)

salam

short update perhaps?


damn! done the most stupid thing today; wrote a pay-check worth RMXXX.XX WRONGLY!!! bongok taw! bleh la plak.... da la abah da sampai pj masa tu (i was then at the tyre shop in serdang)
handphone, bateri kiok. bertuah abah nak boleh contact aku skang kan. ayo!!!! takot abah marah! farah diana ni memang sengal ubi sket, nak tulis cek pon tak gheti. kejadah kan.....

camne weh camne? naya kes ni. cina kedai tu pon pandang semacam je kat aku. siap mintak no tepon aku lagik. eleh, ingat aku nak tipu hangpa ka? sorry la beb! wa tak sengaja do!sok abah wa pergi la kat hangpa bayaq balik! ada rosak lu punya bisnes ka?? erk! knapa aku emo sebegini? patutnya, wajar pekedai tu pandang slack or semacam sebab aku yang dah berumor atas 20 tahun ni bleh sangat tak peka terhadap cara menulis cek yang sah. kan? ayo!

kena g tepon abah ni! *nangis 5 minit*


but on the other side, im still in the happy mode! haha! cacat btol! tapi betul apa, idup mesti ceria. kalo ceria, bila sakit cepat baik, bila sedih cepat terubat, bila demam cepat kebah. dan bila mereng camni?? wahaha!!

aku tertelan ubat kuda mana ni sampai mode aku hyper dua tiga hari ni weh? sepatutnya menyiapkan lukisan kerja neh, pelan-pelan semua aras nak kena submit jumaat ni, tapi mode aku yang terlampau hyper ni macam merasok aku berpoya-poya di internet ni ha. kejadah weh?! malam sila lepak di bilik je ye farah, jangan gatal nak berinternet kat fakulti, cari nahas namanya tu. sabtu ada planning, maka jumaat kene setel SEMUA ya. ahad lak da nak gerak ke penang. isk! cepat la sampai penang, aku sunggoh rindukan penang! aku rasa, mau larikan diri skejap masa program tu berlangsong, aku nak lawat cikgu-cikgu balik pulau. rindu sangat kat depa! cikgu mail....cikgu zuraini... eh? haah la, cikgu shahrul kan da pindah kelate, tak dapat nak jumpa dia agak nya. apa kabo dia eh gamak nye...yang aku tau, dia da kawen. huk! rindu la cikgu2....




haih? aku rasa, apa yang aku dok karang dalam otak tadi untuk dimasokkan dalam entry ni sangat lain dari apa yang da ditulis ni. itu menandakan, kewarasan aku da kurang stabil ni. sekian, baik aku berpura-pura lagik berlukisan kerja dan seterusnya menngelupur keesokan harinya akibat tak siap drawing! lalalala...
sekian.

Tuesday, June 03, 2008

happiness

salam

nak baca entry ilmiah lagi kah? owh maaf, hari ni mood nak mengamok!! *grrr!*
ehek! walaupun pada masa yang sama, merasa sangat gembira melayang-layang! wahkakaka....

kes amok 1
roomate aku tak balik bilik malam tadi! huh! jahat punya budak, biar aku tido sensorang malam tadik! kejam kejam kejam!!! siap ko, aku dendam ni!

haha! gigit jari la ko, cik chiks chika!!! *banyak tanda seru ni.....*

kes amok 2
ni baru amok sejati punya kes ni! laptop ex-roomate aku di curik. ada kamera skalik dalam beg laptop tu. spectacle dia sama. buduh nye pencurik! aku rasa, dia mesti da lama aim dan observe lama studio tuh. kalo tak, masakan dia tau ada pintu di tgh tu ang connect both studios. (dia masok kot studio junior sbb masa tu studio lama aku tu pintu masih berkunci. sangat marah ni! *carut carut & carut* haa.... sedang dalam proses mengurangkan carutan ni, maka berusaha menapis entry daripada perkataan-perkataan yang berbaur carutan. huhu

kes happy 1 (happy pulak)
no satu ni tammo sebut. kang orang salah paham. haha! orang-orang tertentu je tau. *hah datin nurul!tu la ko.... tinggal aku sensorang lagik!* haaa!!Motif bajet hot gossip ni???

kes happy 2
jumaat or sabtu ni mau berjumpa chenta2 hati....haha! nak jumpa kanak2 klas L balik pulau da. tapi tak ramai kot. syamil ni.... nak trun kl timing sedap2 je b4 aku g penang ahad ni. mujo jumaat ni dia turun, kalo jumaat depan, tak ke gigit jari tak dapat bersiar-siar bersama aku yang best ni?? hahahaha! *over la, fara-d!*

kes happy 3
aku di sinari cahaya suam-suam kuku . direct. di satu spot kat perkarangan fakulti kejuruteraan dan alam bina ni (oh ye....fakulti aku da ada nama baru ek.... dari Fakulti Kejuruteraan UKM kpada Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina. ho yeah! merasa i ok!!) walopon kadang rasa sangat panas, tapi best jugak weh. cam...disinari kan... rasa cam dilimpahi kurnia cahaya. wuhu! bajet angel! gila!

Sunday, June 01, 2008

As-Built Drawing

apakah? oh, itu adalah drawing bagi bangunan yang DAH dibina. kalo working drawing pulak, drawing yang dilukis untuk bangunan yang AKAN di bina. ada beza kan?
kenapa tetiba pasal drawing lak ni? huhu. kelenguhan sket la skang, so, berblog la sebentar.

ye, drawing yang dimaksudkan adalah drawing umah johor yang group aku buat di Endau tu. aku ditugaskan melukis roof plan & roof structure plan. tau tak, setiap kali projek design aku, aku akan tersangkut perkembangan idea/progress design aku gara-gara bumbung? betul cakap puan akmal dulu,
"i find most of u always leave out the design of roof on the early stage of designing, padahal bumbung juga merupakan elemen yang sangat penting. kamu cuba tengok balik cara kamu design, u stress on the plans and eleveations, and in the end, u ALWAYS opt for the flat roof...."
aku sangat ingat hujah dia yang ini masa dia ngaja teknologi binaan dan bahan. betapa dia stress kan bumbung tu. yes puan, i find it true!
macam manusia, yang melengkapkan rupa, tentulah topi, rambut, tudung. botak pun lengkapkan gaya kan? cuba bayang manusia di design tanpa kepala, ewww! creepy nye! sama je, bila mendesign, kita sepatutnya consider SEMUA, dari asas nye, naik ke tiang, ke tinding nye, ke mana letak duduk pintu tingkap nye, sampai ke bumbung. in fact, masa kita mendesign space tu, kita dah patut bayang kan macam mana 'topi' dia nanti...

wah! terlebih sudah! kenapa tetiba aku berbumbung bagai ni?? ilmiah kah tiba-tiba? ayo! naaah! aku tetiba rasa nak memotivasi diri supaya lebih peka next sem (and of cos la sem sterusnya dan seterusnya ketika bekerja nnt) wah!

erk! kenapa rasa semacam je mengisi entry begini ek?

aku tetiba rasa macam nak peluk sejambak bunga. cam bes ek? huuu...nak tunggu grad nnt, mau setahun lagi tu. sabar farah sabar.......

ada orang tak suka diberi hadiah bunga, katanya, bunga bukan leh makan, tak pun bukan leh simpan, kang layu. tapi aku suka.... ngeee!!

bunga bunga! come to me!! (bukan BUNGA indon tu ye!)huhu