Monday, November 28, 2011

.... November to Remember (Day 2)

subuh @ Surfers Paradise12.11.2011
4.00am (Waktu Queensland) dah masuk waktu Subuh. jenguk balkoni. MasyaAllah. Subahanallah. Indahnya pemandangan. Tambah dengan soundtrack deru ombak. Tenang sangat, so refreshing..........and dozed off AGAIN! melampau punya mengantuk lah hai!! lepas snap snap sikit gambar Subuh at Surfers Paradise tuh dalam keadaan super mamai, memang sambung balik melayar bahtera ke alam mimpi. Aku suspect, jet-lagged. Dalam pada tu, 7am tuh akhirnya berjaya membangunkan diri secara tegar. tu pun dek kerana sinar matahari makin tajam menusuk melalui bukaan langsir bilik mengenai tepat ke mata. fuh!
So, siap siap packing barang mandi apa semua. seawal 8am tu, aku dah keluar mentawaf Surfers Paradise tu sekali lagik. Demi mengelak diri ini "hanyut" ketengah laut, sekali lagi aku mentahan diri daripada menjejak pasir pantai. tapi takat jenguk jenguk je pantai tuh. When the clock almost strike 10, cepat cepat aku uruskan check out, since Puan Nurul dah call bagitahu beliau dan keluarga dah on the way. Yahooooo.com.my!! dah lama tak jumpa beliau!!! and of course excited to meet the kids too!
Upon check out, the 200AUD yang dideposit dikembalikan. Ka-Ching! cewah!
Just in time i settled checking-out, Nurul and hubs arrived. We went straight to Dreamworld.
The entrance fee for Dreamworld (One Day Entry) was 79.99AUD (pre-purchased by Nurul's husband).
Tips: The tickets can be purchased online or on site pun ada. Ada macam macam jenis, One Day entry, Unlimited Entry, Family & Groups' purchase etc. Make your choice! I think, it's much easier if book online. Certain passes (tak silap aku lah) even cheaper bought online than at Front Gate (eg: Holiday World Pass). Nah Link to help you decide on which pass that suit you best.
13
Masuk masuk je terus terjah Motorace ride. Seorang diri since Nurul had to feed her babies. Fuh! Mak redah je nyahh! Serius terbaik!! Then dipaksa ride The Claw.
OMAK! tahu tak sepanjang hidup, menatang terbalik balik yg statik ni memang wa alergik der!
berpuluh kali terjah Sunway Lagoon tuh, tak pernah sekali pun aku berkeberanian naik SkyFlyer (kot) yg pusing statik tuh. tapi kat Dreamworld, disamping hakikat dipaksa oleh encik suami nurul itu
24
with my kesayangan
15
"Farah! pergi! kalau tak u tak boleh balik!"  -eleh farah, time ni kau sengih konon kannn. padahal dalam hati……
SEE! Ayat ugutan suruh aku naik thrill ride tuh. alang alang dari jauh, so, mak redah je nyahh! Bukti bergambar disnap oleh bestie kesayangan.
The Claw before
Before.
On the Claw copy
During.
after the Claw copy
After. FUHHH! Lega!!
25 
err...dan selit juga si comel ni juga ye. :D  16
but of all the thrill rides, i love Tower of Terror II. TERBAEK!!! (err... not that i rode on all rides though. missed out Cyclone, BuzzSaw, The Giant Drop) kenapa Tower of Terror II tuh terbaek?? u gotta feel it yourself! mwahahaha.
45
imagine, kau beratur untuk naik ride berkenaan, tapi kau tak nampak ride tersebut berfungsi macam mana. sementara beratur, ada soundtrack heartbeat berdebar debar. sumpah berdebar! aku dan nurul memang puas fikir dan sakit hati dengan bunyi beats tuh sebab bikin kami berdebar sakan. Puas jugak kami dok kejar jantung kami yang lari setempat time tu!but once kau turun dari ride tu, kau rasa puas! umpama baru pulih dari sembelit seminggu!*ok. sangat over perumpamaan*
oh. We had buffet lunch at Billabong Buffet Restaurant yang ada dalam Dreamworld tu. Certified halal. Jeng jeng! Bermulalah episode permulaan pemusnahan rutin diet aku!kahkahkah. Takpe, bukan selalu bercuti jejauh tempat orang camni. bedal je lahh! :P
Kos buffet tak ingat exact amount but roughly 25AUD lebih kurang. Oh! Diet kelaut, tapi aku kelangit ketujuh! hahaha! *overreacting sekali lagi ye cik farah!*
Dan di Dreamworld ni jugak kita boleh beramah mesra dengan artis artis ostolia tak lain tak bukan encik encik kangaroo! dan Koala. menurut kata husband nurul, only in Queensland we can cuddle koala, kalau negeri lain tak boleh kot. entah la.
Oleh kerana Kangaroo terkenal amat sinonim dengan boxing, apakehal aku pun terus set mind takut kat Kangaroo!nak usap pun kemaen tersipu sipu.
DSC_0871
sampai kena sound, "farah! buat malu je abah u vet!" =.=' kena lagik sedas! cis!
37
Tabik spring sama Medina sebab selamba je terjah haiwan haiwan kat situ.
Aku pulak berdebar tengok Medina riuh terjah haiwan haiwan kat situ.
tapi Koala aku sukaaaa! alololooooo. Sila rujuk gambar dibawah dan teka yang mana satu farah mana satu Koala T______T
40
oh. untuk posing seperti diatas, selain mempunyai wajah seiras dengan koala ada a few package photo. Plus, kasi je kamera kita kat dorang, they will snap for you using their camera AND ours. Sporting je, takde nak kedekut kedekut. Somehow, customer service mereka kat sana terbaik.
Nota: tak pun… kalau dah rasa malas nak pergi jauh jauh bergambar dengan koala kat Aussie sinun, datang je Petaling Jaya ni, “koala” yang baju hitam dalam gambar kat atas tuh ada je! =.=’
oh. Buffet yang amat kenyang. Sampai nak sambung naik rides pun berfikir sejenak dulu sebab totally bloated! *perut kenyang suka hati.*
Anyhow, kami tetap berhenti singgah for dinner @ Bonus Bros. Had Marinara Spaghetti. Oh sekali lagi terbang kelangit! seafood pulak tu, portion mega! *pengsan* Habiskan jugak,sebab sedap, walaupun masih agak agak kenyang lagik hasil ternakan lemak di Dreamworld earlier. HAHA.
70
Cool Bubba’s Wheels! *eceh! kalah la aunty Farah ngan Idris sebab kecik kecik dia dah ada kereta sendiri*
71
Creamy Sauce Marinara Spaghetti.
DSC_0974
Nurul: Nak tweet dinner with farah at Bonus Bros
Farah: ha! cun! cc kat @ellysuhaily sekalik k! *kakakak*
Selepas kenyang perut gendang gendut sesuka hati, kami pun bertolak ke rumah mereka yang sejauh dua jam perjalanan dari GoldCoast *terharu i. nangis seketika sambil soundtrack terharu berkumandang*
Oh! Seronok sangat sebab bersama teman rapat yang dah lama tak jumpa dan sembang. Precious moments. Bersama suami dan anak anak beliau yang comellll! Medina yang cheeky yang lincah dan lucu. and Idris yang cool habis! Aunty Farah tabik lah Idris, the Mr Cool Guy.
Sesampai di rumah mereka, bateri dah weak. KABOOM!! End of Day Two.
Koleksi Gambar:
26
Atas: anak dara hot (konon)
Bawah: Hot mama!
27
28
Excuse the gedik me! ^.^v

29
wife: Sayang, jom berlakon kena tembak.
husband: tak mau lah! i nak act cool je!
bubba: ….zzzzz….. (see! Idris paling sempoi!! Winking smile )
49
LET ME OUTTT!!!
50
I'm already trapped here. Release me please! HELP!

51
Lovely couple with one of their adorable kid. Love all of u! mwah!

55
<3 Miss Cheeky Medina! <3

62
Battery dah fully used.

65
i heart GoldCoast. wanna go again, please?
63
erm. kalau rasa nak lempang muka yang bajet innocent ni, harap maaf ok. (sebab aku sendiri rasa nak lempang muka ni! haha) tatau kenapa posing gini. mungkin gara-gara ramai tengah pandang serta melawan panahan matahari barangkali!

OH! Almost forgot. Summary total cost. well, to be fair, nak kira total cost untuk hari kedua ni macam tak aci lah kan sebab menumpang serta atas belas ihsan sahabat yang ada disana. tapi disebabkan mood blogging wa hari ni semacam je sekarang ni, dengan rajin nya aku study tambang dan route bas untuk ke Dreamworld tu dari Surfers Paradise. Thanks to this efficient website, memang sangat membantu kita mengatur perjalanan. And trust me, the public transportation sangat efficient and boleh sampai almost semua tourist spot. Untuk ke Dreamworld, nah ni Journey Details dari TransLink tuh. Type je point terdekat yang kita boleh tunggu bas tu and the destination, they will calculate tambang and which bus to board where etc. seronok weh aku surf website dia, jadi sawan nak pergi macam macam tempat! Tambang? Sehala $6.90. so, Pergi Balik Should be $13.80 lah!

Kos Hari Kedua:
1. Dreamworld: 79.99AUD
2. Transportation: 13.80AUD
Total: 93.79AUD* and the deposit of 200AUD dapat balik setelah check-out, on condition, bilik tak jahanam! kekekeke
ok. Start Day 2 ni, perbelanjaan meals dan other essentials aku takkan highlight sebab itu terpulang kat individu. (lost track sebenarnya. hahhaaha). So, what i can share adalah kos utama (eg: entrance fee, transport etc)

5 comments:

chika said...

Waaaa... terbaik ah dia punya journal. Nanti kalau orang tanya aku pasal holiday dekat GC, aku bagi link entry kau je la. Detail gila. HAHAHAHA.

Tak puas laaaaaaaa!

fara-D said...

AHAHAHA! ngelat!

tapi memang tak puas wehhhhhhh!!!!! ish ish ishhhh!

Izuan Idris said...

waaaaaa...
rase macam nak pergi hari nie jugak...
grrrrrrr...

fara-D said...

izuan idris: HAHAHA! itu memang intention aku! nak hasut kau pergi skali nanti! kakakaka

adzani adnan said...

faraaaaaah
waaaaahh...im jeles :P