Wednesday, January 15, 2014

Kisah Jalan Jalanan India - Day 1: Kolkata

Assalamualaikum.
Akibat diperli sifu Adian tentang kewujudan blog ini, maka sementara nak berehat sebentar dalam dok bertungkus lumus membuat sedikit kerja, meh la aku update travelogue mek sebentar okeh?

Oh ye, tidak seperti kebiasaan (well...biasa kerr soalnya?), entry travelogue aku biasanya akan diseling dengan berjutaan gambar memandangkan aku malas berceloteh panjang.
Tapi mungkin tidak untuk kali ini. Sebab....trip kali ini aku sesungguhnya diserang virus kemalasan snap gambar. Entah roh apa merasuk aku lebih suka record video. Konon konon sendiri mengacara atau suruh ahli rombongan lain jadi host. Haruslahhh video video berkenaan bertahap kanak kanak hingusan. Maka sekiranya entry-entry travelogue India nanti diselit para video yang dirakam penulis blog, harap ambil perhatian beberapa perkara ini:

1. Kalau rasa suara "pengacara" seakan-akan Donald Duck, mohon pura-pura tak kenal. 
2. Kalau rasa video seperti "motif? perlukah video sebegini??" ... mohon pura-pura tak pernah tonton video-video berkenaan.
3. Anggaplah siri video yang diupload seolah-olah menggambarkan sedang berada bersama di lokasi. Kalau semacam perasaan ketika menonton itu seperti "serius? sumpah bosan kau ni!", mohon sekali lagi....err...nak mohon apa ye? hmmmm. AHHH! Suka hati den ah! #emo

Apa-apa pun, mek suka okeh membebel sensorang fefeeling hos travel show ecehhh! #pui!

Ohkay. Tengok! Mukadimah pun dah bukan main merapu lagi. ish ish ish!

Dah dah dah.

Day 1.Kolkata
We departed from LCCT, Kuala Lumpur on th 16th and arrived Kolkata sharp at 12am on the 17th of December 2013.
Nak menjadi cerita sedih/seram/tragis/lucu* (*sila tanda yang mana anda rasa nak tanda), ada la seketul tiga ahli rombongan nih punya la excited nak tahu perasaan winter di India. Maka, tergediklah keluar dari pintu terminal arrival airport Kolkata tuh. Dah agak agak paham cuaca ala-ala Cameron Highlands je, dengan yakin nak masuk kembali melalui pintu yang keluar tadi.
Jeng jeng jeng!
FYI, kesemua pintu lapangan terbang adalah dikawal ketat oleh pak pak askar bersenjata siap.
Okay. Ditegah masuk melalui pintu berkenaan. Fine, ku pikir "oh! untuk exit je eh pintu ni? orait"
Boyyyyyy i was wrong! 
Nak masuk kot entrance terminal arrival itu, ditahan pak askar itu.

Pak askar: Sorry where are you going? (ketika cubaan masuk selamba kodok kami)
Me: oh we just arrived. Our bags are inside and our friends are inside too! (sambil tunjuk boarding pass dan passport. Nasib jugak aku kepit passport aku tu sentiasa)
Pak Askar: (meneliti document) No. You out, cannot go in. Ask your friend come out. 
Me: (OF COURSE aku panic! sejuk kooot!!) but..... all our bags inside! we just arrived we just came out to get some air.
Pak Askar: NO! Once out no more come in!

Us: (SERIOUSLY????) T__________T
Masa ni aku dah ketar dah tapi control cool. Sebab was not alone kahkahkah!
Memacam pemikiran lah menerjah otak aku.
Then dapat idea nak masuk ikut terminal departure. ting ting! *konon kreatif lah tu*
Turned out........SAMA jugakkkk! dikawal ketat ohmaigucciehmanamampuguccibatasudahhh! Mek nak nangis sakit jiwa!
Pendek cerita, buat muka kesian tapi confident, bebaca doa sket hembus sembur air kat Mak Askar tuh, lepas masuk. Masa turun escalator melepasi terminal departure tuh, lalu kawasan Pak Askar kerek tadi.
Terkulat kulat (aku laaa) menyorok supaya Pak Askar tuh tak nampak. DAH LA MEK PAKAI BAJU KALER BIRU STRIKING ISHHH! Sampai kat dua ketul yang tak gedik keluar dari terminal tuh tadi, paksa dorang heret bag kitorang pindah lokasi lepak yang lain. Aku pulak cecepat keluarkan jaket dan cover baju superstriking tuh. Cis! Begini rupanya perasaan seperti pelarian haram! Kahkahkah! 
Maka, keras lah kami di satu port itu sahaja gara gara risau Pak Askar kerek itu menyedari penyeludupan kembali masuk kami.
Oh ye, untuk malam kami sampai tuh, kami tidur airport sahaja sebab risau menggagau mencari lokasi hotel tetengah malam padahal sebab cheapskate!
Note 1: Tidur airport Kolkata, okeh la. Compared to airport kat Dhaka. Naaaanti la sampai part Dhaka mek story kenapa. Safety-wise, KAU NAK TANYA LAGI SAFE KE TIDAK?! Yang kami gigih ditegah masuk tu, sah sah la security dia tiptop! #emopart2

Usai Subuh, kami pun memulakan langkah keluar dari airport Kolkata...kali ni memang niat tidak mahu masuk balik kahkahkah!
Get two cabs (sebab kitorang berenam bersama backpack memasing), dan menuju ke Howrah Train Station. Tujuan ke sana seawal pagi adalah untuk find out/terus beli tiket train ke destinasi seterusnya esok hari.
Walaupun sebenarnya boleh booking train ticket online, which is reliable, tapi masalah kami is satu, online purchase nak kena ada credit card issued by bank dari India dan dua, wajib ada phone number India.
Dan...puas jugak terkedek kedek kat train station tu nak figure out macam mana nak purchase tiket nya. Sudah nya, kami cuba berjalan ke tempat penginapan yang ditempah oleh rakan CS yang berada kat Kolkata.
DAN! Yakin it was walking distance. We walked across the Howrah Bridge and.... then.... terus blur nak masuk street mana!!
Akhirnya berbekalkan clue landmark 'New Market' (sebab taxi driver pun macam blur tatau alamat yang kami tunjuk), kami hire 2 cabs again supaya masa dan tenaga tak terbazir.
Note 2: sila tawar untuk segala perkhidmatan/shopping di India. Dan cuba untuk tidak menunjukkan muka tak yakin sangat (sebab tu aku jarang menjadi tukang nego...sebab aku senang kantoi muka mudah kena tipu! T_T ) untuk mengelak di ketuk kaw kaw. 
Note 3: Di Kolkata, teksi kuning adalah pengangkutan awam paling utama yang harga berpatutan. Di daerah daerah lain, jangan harap kau nak jumpa teksi kuning ni. Remember lagu Dr Bombay, Calcutta (Taxi, Taxi, Taxi)? Cerita pasal taxi driver kan kan kan? Sebab memang Kolkata tuh penuh dengan teksi. Ibarat seperti di Ho Chi Minh sangat penuh dengan motorsikal, di Kolkata penuh dengan teksi kuning. Even kereta persendirian pun tak sebanyak teksi kuning tuh. 

Sampai hotel, kawtim dan tawar menawar servis hotel (ye. aku ada sebut tawar untuk segalanya kan....and i MEAN it!) Tak dapat tawar harga, nego lah dan insist type of room yang kita nak.

Siap check-in, kami pun wash up and get ready after rest a bit. Dalam pada tu, member CS pun sampai.
Kami minta tolong beliau ajar kami purchase tiket train. Sistem train dia macam agak effisien. Sebab tu sampai penin kepalahotak aku. Nasib baik dalam team trip kali ini ada satu kepala yang study kaw kaw pasal train India. Ada memacam kuota. Ada tourist kuota, ada Tatkal (tatkal ni macam kuota last minit. Dan harganya biasanya lebih mahal daripada harga biasa. Kuota Tatkal ni dibuka hanya 24jam sebelum tarikh berlepas. Terhad. Kaunter Tatkal biasanya bukak jam 10, seawal jam 7am ada dah yang beratur. )
Lepas setel tiket train ke Varanasi, baruuulah memasing rasa lega dan...sedikit lapar lalala.
Rishabh (member CS Kolkata) bawak kami cuba street food. Beliau vegetarian, so yakin la jugak nak makan apa yang beliau syorkan.
Nama street food berkenaan? Memacam! Ada manis, ada berempah, ada beroti. Memacam, tapi yours truly nih haruslah tak ingat nama makanan-makanan tuh! Tapi antara yang aku ingat adalah Chai (teh susu, macam teh tarik lah kat Malaysia tapi rasa dia sumpah berbeza. Sebab dorang biasanya add rempah/masala dalam teh tu. Memang terbaik untuk panaskan badan), Coke + Susu, Saffron Lassi, Pakoras (macam samosa), paneer (cottage cheese. tapi jenis masakan/lauk paneer tuh aku terlupa. Dah la sedap, boleh kau tak ingat, Paghah??). Oh ye, mostly drinks dorang serve dalam cawan tanah liat. Aku ingat lepas minum tuh nak kena kasik balik...rupanya depa campak buang ja! #peghak. 
Iman siap suggest kumpul cawan2 tuh, untuk kasi sebagai souvenir kenkawan kat Malaysia tadi kahkahkah. 

Selain street food, kami pusing Victoria Memorial Hall. Somehow, ketika nak ke Victoria Hall ni, satu cab terpisah (cab yang aku naik lah), berhenti lokasi lain. Nak jadi cerita lagik, time tengah call geng cab satu lagi untuk update lokasi, gigih bagitau memasing dok terpacak depan kuda. Memasing dok menekankan memang dok depan kuda. Sekali, aku tetiba teringat ada lalu kereta-kereta kuda sebelum sampai kat pagar yang kitorang turun tu. ERK! 

geng teksi aku: korang kat kuda as in KUDA hidup eh? kitorang kat PATUNG kuda neh lahhh!
geng teksi lagi satu: patut laaaaa tak nampak korang! kitorang depan port kereta kuda!!
Ceh!! Rupanya taxi driver aku tuh drop kitorng pintu belakang, cab satu lagi pintu depan. Maka, masuk je la kot belakang.

EH! Dah panjang sangat membebel!!
Kerja aku banyak lagik ni weyyy! KROHHHH!

Dan seperti aku bilang tadi, memang tak ada gambar sangat. Gambar banyak Izuan yang capture. Dah lepas 2 minggu pun aku tak copy lagi gambar-gambar beliau. Dari kamera aku haruslah limited jugak! Maka dalam entry ni, tak banyak lah support dari gegembars.
Sebagai ganti,
aku upload video suasana trafik Kolkata.
Jangan lupa ye pesanan-pesanan sebelum menonton video tuh ye!

Walaupun sebenarnya video ni dirakam pada hari kedua, aku paksa korang tengok jugak sebab suasana hingar macam ni lah yang menghentam gegendang telinga kami sepanjang dua minggu kami kat India. Not just Kolkata, tahap kebingitan bunyi di setiap persinggahan kami seperti ini lah! So, till then.......krohhhhh!

No comments: