Sunday, August 29, 2010

shopaholic kah?

Salam 1Malaysia.

hmmm.... apa best sangat ye shopping tu sampai siap ada term "shopaholic" tuh??

adakah aku tergolong dalam kategori itu?

aduh. kalau ye, hangit la poket aku tiap tiap bulan.
aduhai! risau ni dengan tabiat membeli belah aku sejak dua menjak ni. pantang ada masa lapang, ada je idea nak leburkan wang. teruk betul! hep hep. mind u, im not boasting about my wealth whatsoever ok. NO! gaji pun ala kadar cukup makan, but Alhamdulillah lah nampaknya.

cuma wondering, is bad if i love to shop?
things always seems not enough, lah.
why is that so?
tiap tiap minggu, ada je material yang seperti amat diperlukan.
ooooh. macam mana nak kumpul duit buat rumah untuk family niii?
macam mana pulak nak saving untuk yearly trip niii?

oh no! gotto learn not to overspent my monthly salary lah. good luck, farah!

Friday, August 27, 2010

about watch and a car.

Salam 1Malaysia

Sekarang musim sale malaysia kembali lagi. Korang dah serbu segala mall yang ada?haha. amboih. statement bajet shopaholic sangat kannn?! padahal, duit sejemput saja dalam simpanan. hahahaha.

ok. masih ingat entry lalu? yang mengidam NikeTiming Merge Attract bagai tuh? maka, nak jadi cerita, hari ini, memandangkan cuti umum bagi yang diSelangor, maka, buat kerja gila sikit bangun awal pagi (uhuk. well, at least, awal untuk hari cuti lah. :P ) dan serbu midvalley.
Serbu dulu kedai nike di the Gardens.

Kecewa. Satu jam pun tarak.

serbu pulak nike kat Midvalley.

pun tarak.

terserempak pulak butik Nike gak Midvalley jugak. pun tak ada. uuuuh! kekecewaan dah semakin menebal.
maka, memandangkan nak isi masa lapang sangat itu, (sebab tak sampai sejam kot kami ke ketiga tiga kedai tersebut. oh. kami refer kepada Nana and Me)

tempat tujuan, hanya tertuju ke arah butik jam sahaja.

well, i have always loved Fossil's watches.

tup tup.....lepas puas 'scan' segala design dan jenama jam yang ada, ada lah a few yang telah mencuri perhatian. satu from Swatch. memang jatuh hati baeeek punya.

entah macam mana, tersangkut di sebuah kedai jam ini. Promoter girl tersebut sangat helpful dan convincing.

daaan.....

dari rancangan asal MAHU SURVEY dahulu.....

gedebuK! TERbeli seketul. uhuk! kempis sekejap poket (sekejap je. sebab esok insyaAllah gaji masok!hahahaha. hina betul perangai!)








tudia. yang telah berjaya menggugah iman aku yang berpuasa ini. aduhai. mujuuuur lah memang keperluan (sebab selama ini, hanya pinjam jam tangan mummy. now dah ada sendiri punya! yahooo.com.my!)

















there's another design yang much simpler. tapi tak tau lah, mungkin sebab aku lebih minat metal watches, and i love carvings, dan...err.... bling? hehehe. WOW! (teringat pulak kerongsang WAU dalam Cuci the Musical. hahaha)




Dan oh. alang alang dah rajin upload gambar dan update entry ni, disini, (walaupun dah agak terlewat pun) ingin saya ajak kawan kawan semua menikmati bulan kemerdekaan ini dengan penuh rasa bangga. ecewah! patriotik tak aku? haha. tak caya?
meh tengok apa yang aku bikin sama BumbleBee kesayangan yang jarang mandi tuh:




yeee....sila rujuk side mirrors ok.
dan sekian.

Tuesday, August 24, 2010

jam tangan

Salam 1Malaysia.

Oh dear. walaupun gaji bulan pertama (setengah bulan pun tapinya...) tak masuk lagi, dah mula mengidam macam macam.
paling utama, mengidam jam tangan.
sebab sekarang ni menumpang kasih membuat harta peribadi jam mummy. hari tu, menjadikan jam tangan nana sebagai harta peribadi. sungguh selamba.

jam tangan kesayangan dah lama tercabut strap nya. semua gara gara tersangkut ketika sedang memasang talipinggang keselamatan didalam kapal terbang waktu trip ke sabah hujung tahun lalu. *sedih sat. * jam tangan tersebut merupakan hadiah hari jadi ku yang ke 21 tahun. sungguh sayangkan jam tersebut. waaaah!
dan oleh sebab jam tersebut sehingga kini tidak terganti, maka, mulalah diri ini mengidamkan jam baru. (sebelum ini, membuat harta jugak jam tangan mummy jugak. OMG. speaking of which, now only i realized, where the heaven is that watch??? selepas archustic tempoh hari, seperti langsung tidak kelihatan jam tersebut. OH NO!!!!)
dan mula mula, i thought i have fallen in love with Fossil (mula suka Fossil sejak mummy hadiahkan sewaktu beliau outstation ke Singapore. lamaaaaa dahulu. sebelum matriks lagi. time tu, Fossil tak famous lagik kot. sebab bila sebut jam aku Fossil, member member muka pelik semacam. haha)

dan tadi, surf internet untuk survey harga yang logik akal dan design macam mana yang berkenan di hati, supaya nanti ada hala tuju bila ber-uang nanti. mudah sedikit mahu budget atau target dimana mahu cari yang idaman hati itu.
entahlah, wujud lagi atau tidak yang dibawah ini, tapi yang nyata, sudah jatuh chenta dengan siri Nike Timing model Merge (paling menikam kalbu adalah Merge Attract, Merge Transit & Merge Leap)

berapa harga? kat mana nak cari ni wehhh???? T____T
*drooling please!*
sumber: google image

p/s: handbag, kasut, baju, aku tak kesah sangat, but bila tang jam tangan, agak brand conscious lah aku neh. ish. bad bad bad. (perangai ini berjangkit daripada kakak ku nana. trait yang ada dalam family kami, mungkin. haha! )

Saturday, August 21, 2010

satu minggu

salam 1malaysia! ^.^

hari ni, maka genaplah seminggu sebagai seorang pekerja baru. Seminggu beb! 5 hari setengah. dan dengan ikhlasnya aku nak umumkan aku rasa aman disana. well, so far, semua disana, especially di department aku tu, semua warm. sambil tu, rindu jugak dekat rakan rakan di opis lama. walaupun aku duduk kat opis lama tu dalam 4 bulan lebih je kot, tapi, aku selesa dengan mereka. cuma aku sahaja yang perlukan angin baru. ada beberapa sebab lagi yang membuatkan aku perlu beredar segera dari bandar baru bangi itu, tapi macam malas nak list down kan. haha.

well, untuk update on apa pekerjaan baru aku, apa kerja kerja yang aku buat disana, so on and so forth, biar dahululah. nanti genap setahun aku cerita pengalaman tu ok! hehehe. oh. ya, speaking of which, aku memulakan pekerjaan baru aku itu tepat setahun selepas tarikh konvo aku; 16 ogos 2010 (yang mana, 16 0gos tahun lalu, aku naik ke pentas menerima scroll. oh, kenangan)

yang nyata, so far, aku amat selesa bekerja disitu. mereka semua tak lokek memberi tunjuk ajar. Alhamdulillah. Mungkin sebab inilah Allah tak luluskan interview aku yang kononnya aku mahu tersangat mahu itu, dan mungkin sebab ini jugalah, setelah tahu aku tak lepas interview itu, tak muncul perasaan kecewa yang keterlaluan. see, janji Allah itu yang indah indah belaka. Walaupun kecewa yang Dia kurniakan kepada kita, pasti ada berita gembira yang menanti. pasti. Allah sayangkan semua hambaNya, janji Dia adalah pasti. ingat tu!

oh ya.
seminggu lalu, bersiar siar di Sogo bersama bonda dan kakanda. ecehwah. tetiba den berbahaso istano ni pehalll? tebiat apa?
haha.
fine fine. last week, weekend terakhir sebagai penganggur sebelum kembali bekerjaya (tu diaaa.... bekerjaya tuuuh! ceyt!) tu, telah keluar ukur jalan ke sogo. manusia tak payah habaq lah aihhh....bila masa tak tau sogo tu lengang hah??!
semua gara gara nana nak cari handbag. sambil sambil tu, aku pun ambil kesempatan la usha handbag jugak.
jeng jeng!
jumpa seketul yang memikat hati. fuuuuuuh! pusing gak dulu tapi satu tuuuu je lah yang terkenan.
tapi. T______T apaaaaaaaalah nasiiiiiiiib *sila nyanyi dengan intonasi sedih ya hamat!*
the one displayed was the last unit available. ada sedikit kecacatan pada yang terakhir tu, maka, terpaksalah akur pada kehendak Illahi. *sobs*
hanya mampu menjeling je nana dan mummy sambar sorang seketul handbag. *sobs sobs lagiii*
then, the next day, tak puas hati punya pasal, ajak kak lin pergi OU pulak. konon nak cari kasut. padahal, sambil sambil tu, jeling gak cari handbag tu.
kecewa lagik. (tapi tak berapa sebab dapat sambar kasut. fuuuh)
dan hari ni, terngiang ngiang jugak handbag tu depan mata aku neh. hish! kurang ajar tau handbag tu, apa cantek sangat tah yang bikin sawan samdol kat aku neh! ish ish ish!!
menjelang tengahari, tangan dah langsung gatal message nana nak g OU or mid. last last, tersadai ke Pyramid. (kannn.....heaven lah duduk di PJ neh. semua ada, di pertengahan segala tumpuan. lalala) try selongkar kat Jusco dulu. *gedebuk* kecewa lagik (dalam kecewa tu sempat sambar sehelai blouse. ish ish. ) atas dorongan nana yang naik menyampah tengok muka kecewa aku tadi, jeng jeng. kami selongkar Parkson pulak.






YABEDABEDU!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! (see see. betapa excited aku. capslock terus!!)
jumpa!! ada!!

wait wait.
"apahal pulak?" -nana
"jap aaaah. kasik saya jalan keliling tengok handbags lain ni dulu. i nak make sure the one i choose adalah yang terbaik di mata i!!"
"puuuulaaak! gedik!" - nana

hahahaha. sungguh menggeletis disitu.
dan yes, im satisfied.
baru je berkira kira nak letak status "kecewa. merajuk ah. takmau pegi mana mana shopping mall lah selama 3 bulan!" kat facebook gara gara hampir putus asa tak jumpa handbag idaman.
tapi, rezeki kata orang kan.
Alhamdulillah!!! tak menyempat sampai rumah dah terus sms mummy.

menggedik sakan lah tu! malam nanti tak payah makan nasi ye, makan handbag tuh! -mummy

hahaha!ok. point nya disini, bukan nak cerita aku dah beli handbag baru.
cuba baca betul betul pengkisahan ini.
seperti yang dibilang tadi, rezeki, jodoh, kerjaya, apa apa lah, semua tuh, janji Allah.
walaupun kadang kadang Dia kasi berita sedih pada kita, eventually, akan ada khabar gembira ang Dia nak sampaikan pada kita.
kan kan kan!

maka, jangan buang masa bersedih lama lama ye (bukan kata jangan sedih langsung. sedih tu kan lumrah manusia. ) sebab pasti ada khabar indah menanti diseberang sana.

till then, take care uols!! ^.^

hah! handbag idaman hati. brand jangan peduli. gua bukan brand conscious pun. layan je apa pun. cap ayam pun gua layan! haha


yours truly. see. sengih sampai telinga. dah lama tak tempek muka sendiri disini. memakai baju baru terbeli tak sengaja. dan handbag idaman dalam genggaman. yahoooo.

ok. boleh tidur sambil senyum sampai telinga malam ni!!

Thursday, August 19, 2010

about bulan puasa and Roti John

Salam 1Malaysia.

tu dia.... dah macam pembukaan pembacaan berita rtm1 sahaja! ngeh ngeh

Kalau di lihat, memang banyak bazaar Ramadhan di Malaysia ni kan?
oh. kan hari itu ada bilang, tak ada keinginan ke bazaar. Akan tetapi, dah nama farah diana ni, takkan boleh resist kalau muncul imaginasi ayam golek yang hanya aku jumpa ketika kala bulan Ramadhan menjelma sahaja. maka, entah apa dadah masuk dalam makanan sahur aku kelmarin, sepanjang siang semalam semacam high saja. Sungguh rasa tenang dan gumbira sahaja kelmari. Di kala jam makin beranjak petang, dengan senang hatinya meng-sms nana ajak pergi bazaar Ramadhan nak cari ayam golek selepas waktu pejabat nanti.
Iya, betul! Tak tahu apa punya dose aku ambil kelmarin, tapi memang rasa indah sahaja semalam. Walaupun ketika nak keluar dari simpang pejabat tu, bukan main lagi rasa nak bakar kereta kereta mewah yang dipandu WANITA2 yang tak reti adab sopan di jalan raya (yang stok stok takmau kasik chance orang lalu langsung walaupun orang dari simpang tu dah signal sangaaaaat awal dan kalau ikut, adab SOPAN, kita main gilir-gilir queue tu. tak luak mana pun kalau mereka kasi aku pass dulu sebab in the end, kita sama sama beratur. sumpah rasa nak langgar je kereta mewah dia yang pada aku takda la hebat mana sangat pun, sebab time aku attempt untuk keluar simpang itu, dia cepat2 speed kasi kereta dia rapat dengan kereta depan dia tu. bukan SATU je pemandu wanita sebegitu ya itu hari, DUA TIGA. ye, semua stok kereta mewah. mentang mentang kereta aku kelisa saja, ingat aku heran kot kereta mewah dia tuh,ingat gua kagum sangat spek hitam bling bling dia tu...err....farah diana, tadi kau kata kau rasa indah sahaja tapi kenapa nota dalam kurungan ni jadi membara secara tiba tiba?! ooops. ok ok. tak marah. ) tapi, bara tu rasa sekejap sahaja dan selepas memujuk diri secara pantas, kembali berbahagia sambil menelefon nana suruh bersiap.
dan pergilah dia beradik ni ke bazaar Ramadhan di Kelana Jaya. nak ke bazaar tu, guna jalan alternatif iaitu jalan tadika kami ketika kecil kecil dahulu. Sekarang, tadika itu dah tersadai tak berpenghuni, tidak berfungsi. sedih tengok. Pondok pondok permainan masih kukuh disitu. sayaaaangnya di biarkan tidak terurus sebegitu. Apa dah terjadi tu???? T___T *nangis sat*
cepat angkat tangan, siapa dulu tadika di Tadika Pertiwi di Kelana Jaya?! setuju tak kalau i cakap tadika tu best gila sebab compound dia luas gila, tak payah sewa stadium nak buat hari sukan yang siap ada perarakan rumah rumah sukan.

oh. farah, sila kembali ke topik asal.

baik. pendek cerita, dapat lah ayam golek untuk juadah berbuka puasa semalam. cuma, ayam golek tu tak boleh lawan kesedapannya kalau dibandingkan dengan ayam golek bangi (kat area Chaiyo Bistro tu...depan sikit kot. Sg Merab kan situ?) sebab ayam golek yang aku beli semalam tu agak kering, kurang juicy nye. T___T

oh. dan another favorite aku adalah roti John. sejak pekena roti John pasar malam Bandar Seri Putra, memang setiap kali ke pasar malam tu, itu je la yang dicari cari. dek nak melepas rindu makan roti John, maka, aku turut beli juga roti John di bazaar tu semalam. yang menjadikan roti John ni sebagai sub-topik entry kali ini adalah, persoalan dari nana ketika kami bersiar siar di bazaar itu semalam, "What's with bulan puasa WITH roti John ah?"
dan dikala nana berkata sedemikian baru lah aku perasan, ada la dalam 3, 4, 5, 6 kot gerai roti John. yang sebelah menyebelah jual roti John pun ada. pendek kata, tak sempat kau kelip mata ketika berjalanan di bazaar tu, kau akan lihat gerai roti john yang seterusnya. akan tetapi, rasa roti john tu tak sehebat rasa roti John dari Bandar Seri Putra. oh. satu lagi port roti John yang agak masyuk is Pasar Mini Jozin. ada satu kedai runcit di kelana jaya tu jugak, dia bukak gerai roti John depan kedai dia.sedap gak! dan hanya time bulan puasa je dia buat roti John tu. time bulan tak puasa, petang petang selepas asar sebelum maghrib, dia berniaga capati lembut sedap gila walaupun reheat the next morning pun still lembut jugak!!!

erk. ok lah. sepatutnya, nak buatkan kad raya untuk di pos kan bersama sama kuih2 raya untuk adik terchenta yang bakal beraya di atas kapal. tapi mata dah disogok dengan gam, lagi pulak bantal dan selimut dengki aku berdating dengan laptop dan internet. dipanggilnya berkali kali tanpa jemu. baiklah bantal dan selimut, aku datang ni. selamat bermimpi indah. sebelum tu, jangan lupa niat puasa ye adik adik!

"Sahaja aku berpuasa esok hari, fardhu bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta'ala"

sekian.
wasalam.