Saturday, October 30, 2010

invitations

Salam semua.

Ringkas je.

Kau rasa annoyed tak kalau kau dah tekan butang "ignore" pada jemputan ke Group ______ (sila isi tempat kosong), dan kemudian, kau mendapat lagi invites yang SAMA berulang kali?

aku?
ye. aku rasa annoyed!
*haha. kata kuat berdrama kan?! ngahahaha. perasan!

contoh la contoh:

" Tipah Lenggang has invited you to join
1M Malaysians Reject construction of Thirteen Storeys Reban Ayam in on The KLCC Skybridge"

and Farah Diana hit "Ignore".

seminggu kemudian:

" Tipah Lenggang has invited you to join 1M Malaysians Reject construction of Thirteen Storeys Reban Ayam in on The KLCC Skybridge"

AGAIN???
kau bercakap tentang kebebasan bersuara. jadi, kalau aku tidak "Like" page yang kau cadangkan itu, apa??
kalau memang aku sokong reban ayam tu atas skybridge tu, salah ke?
kalau pun aku tidak sokong, tapi tidak mahu Like page mengarut kau tu, salah jugak?
kau saja ada kebebasan bersuara, aku tidak?

dah. kang ringkas jadi panjang lebar. hobi membebel jangan diterapkan secara selalu. buruk padah nya.

oh peringatan. diatas tu CONTOH, ye CONNNTOH!
jangan nanti kang ada pulak hantar surat mahkamah saman aku sebab menyentuh sensitivi rakyat malaysia yang patriotik.
diulang .... CONTOH!

ha. dah besarkan font perkataan
CONTOH tu, kalau tak faham jugak, sila masuk tadika semula.
yang cuba aku sampaikan bukan lah tertakluk kepada mengumpul 1juta fans untuk bangkang atau sokong apa apa pembangunan sahaja. aku merujuk juga kepada jemputan ke game game fb, atau semua lah.

jangan risau, teruskanlah menghantar invites anda itu. kalau aku suka, memang aku akan join.
tapi sekali cukup. kalau semacam berkurun lama aku tak jugak LIKE page suggestion kau tu, get the hint lah. tak perlu susah susah hantar invites buat kesekian kalinya sebab clearly IM NOT INTERESTED. ada faham sayang ku?

sekian. Selamat Malam.

Friday, October 29, 2010

Hujan

Salam semua.

Sihat? ok. aku stress! (farah diana ni kann…manjang emo. senang sangat stress. sikit sikit stress. sikit sikit stress. pang kangg!!)

Mana tidak, punyalaaaah bersawang ini blog, time ada idea nak update entry je, langsung internet segan silu pula. sekarang, beritahu aku, mengapa perlu aku tidak stress.

baik. semacam tidak relevan alasan stress aku itu bukan? haha.

oh. memang idea untuk update blog boleh sahaja ditaip dahulu dan dipublish kemudian. tapi entah lah, setiap orang lain ragam, bukan?

ragam farah diana, kalau nak update blog, memang akan secara direct. yang membawa maksud, tulis terus dan terus terus terus publish. Istilah DRAFT seakan kurang berkesan, mahupun save dalam word dahulu then copy paste dalam blogger.com dan tadaaa! walaupun sekali sekala pernah je buat begitu, tapi feel dia lain bhaiii! serius. feel dia dah kelaut. sebab tu kalau ada entry dalam draft, akhirnya akan dicampak buang dengan segera sebab aku dah tak tahu hujung pangkal tentang topik yang aku tulis didalam draft itu.

 

hmmm…. bagaimana agak nya ragam blogger yang lain ya?

 

 

sekian. oh. mengapa entry ini bertajuk HUJAN? sebab sekarang tengah hujan. dan bila hujan, automatiknya internet dirumah aku tingtong. sekian. aku sakit hati. selamat malam semua!

Tuesday, October 26, 2010

Kecewa

Salam.

Wahai angin,
Bolehkah kamu tiupkan kedukaan ini sejauhnya?
agar esok hari, sang suria boleh senyum dan bawa pelangi kemari

Kuatkan jiwa, tegarkan hati
disebalik hitam pasti ada warna
dan disebalik ribut itu pasti ada cahaya

bertenanglah wahai hati
diikut rasa pasti binasa
yang tersirat tidak seburuk yang tersurat
yang karat itu tak semestinya melarat.






.....errr....pekejadahnya aku memalam bermadah pujangga siap ni??
takpe takpe.
kata ratu drama.
sekali sekala asah bakat berdrama kat blog sendiri apa salahnya kan?
muahahahahhahahaktuihh!

hanya pesanan buat diri sendiri sahaja.
walaupun pernah post entry yang hampir serupa, tapi tak salah memperingat berkali kali agar kualiti hidup lebih bererti, bukan?

Janji Dia adalah yang terbaik.
kalau Dia tidak makbulkan doa kamu, bermakna ada sesuatu yang lebih baik sedang Dia aturkan untuk kamu.
Maka,
sentiasa YAKIN dan PERCAYA kepada kisah yang Dia aturkan.

Senyum selalu semua. jom gelak ramai ramai! ^.^v

Sunday, October 24, 2010

inner shawl closet

Salam semua!

Kembali kita di segmen sidai sidai bersama kak farah!

FINE! sumpah menyampah bila berangan jadi host rancangan rekaan sendiri bagai. Hodoh tahu!

Baiklah. Dah lama sebenarnya nak menunaikan janji kepada seorang sahabat nak promote produk beliau (walaupun hakikatnya readers farahbebelbobo ini hanya sekadar seketul dua barangkali. sobs. nada sedih disitu. )

maka, here goes!

60281_440267687113_539127113_4996490_3960753_n

erk. semacam bosan bukan gambar ini. asyik post gambar ini sahaja. apa ke tak ada muka lain ke nak sidai hah??

 

HAHA! buat masa ini, tiada. sebab sekarang mengalami sindrom malas transfer gambar, mahupun malas posing untuk kamera.

apa yang nak di highlight dalam gambar di atas adalah,

Shawl dan Inner-shawl yang aku pakai itu.

cs2

taraaa! ni salah satu collection yang ada.

pengalaman peribadi aku, sejujurnya ni…. first time pakai, aku pelik kenapa rasa selekeh sangat. lepas dah tengok satu tutorial dari fasya, BARU faham! haha. konsepnya, INNER k. bukan serkup ye! haha. aku pun tatau kenapa aku gelak. sila jangan tanya mengapa aku gelak hahahaha.

selepas sarung anak tudung a.k.a serkup biasa tu, sarunglah inner cha ni, and then, dah tak reti reti nak lilit shawl kau tuh? dah kata inner shawl, takkan kau nak sarungkan tudung saji pulakkk. *eh? emo pulak. shuh shuh!*

dan sejujurnya, aku SUKA INNER dari cha ni. (kecuali kalau dah lambat bangun pada hari kerja, confirm inner ni terbiar tanpa seribu kata sebab akan end up sarung tudung express aja! *sobs!*)

sebab apa aku suka?

sebab bila pakai inner ni rasa kemas aja. tak la shawl melepek kat kepala kan. disamping itu, dengan inner ni, aku boleh mix and match shawl dengan baju aku yang aku pun taktau banyak mana tapi end up rotate baju yang sama je setiap minggu. tapi takpe, sebab kannn…. boleh mix and match dengan inner dan shawl yang ada. tak la nampak boring sangat ulang pakai yang sama kannn! gagagaga

gara gara shop this inner online, aku terjebak online shopping dah sekarang. segala blog website jadah yang jual shawl semua aku terjah! nasib baik waras masih ada serta feel shopping secara realiti sambil mengukur jalan dan mall masih kuat mengatasi shopping secara maya. kalau tidak, memang mengamuk la mummy asyik kena tunggu ‘peminat’ aku dari pos laju tu! isk!

eh? peminat? motif??

kring kring! (tudia…..old skool gila bunyi handset kannn!?)

farah: hello.

pemanggil: hello, cik farah ye?

farah: ye saya. siapa ni?

pemanggil: oh! saya peminat cik farah ni. dari pos laju. ada parcel untuk cik farah ni!

 

cis! main main pulak kau ye posmen! pandai kau bermain kata yeeee! cewah. but that is good lah sebab ceria je cara mereka approach customer mereka! bravo pos laju! anda terbaik!

(eh?? dari promote inner-shawl-closet, aku promote pos laju pulak?? ni nak kena update resume ni include promoter as part time job! hahahahahahampeh!)

ok. nak panjang cerita lagi….tengok sendiri lah blog cik fasya ye. link ke online shop dia tu pun dah banyak kali kot aku hyperlink kan dalam entry ni. kalau kau tak perasan jugak link tuh…. NAH! hambik ni!!

fasya

tu! dah sidai dah muka tuan punya bisnes inner-shawl-closet sekali di hyperlink kan siap! click je gambar, kau akan terus loncat ke online shop beliau. tak reti reti?

sekian sedikit review fashion dari cik farah diana, pemilik blog upside_down ini.

(erk! kann…sempat merapu dihujung entry. baiklah. sekian, selamat malam!)

Thursday, October 21, 2010

Padah

Salam sejahtera semua.

Padah tidur dikala maghrib:

1. kepala berdengung.

2. mengantuk tapi tak boleh lelap.

3. terlepas tengok ending drama yang sedang ditonton.

 

ok fine. semua itu propa  semata. tapi memang, tadi tertidur dikala waktu senja.

hep! “TER” ok! aku bilang, TER yang membawa maksud secara tidak sengaja. aku kurang faham pula mengapa aku kecoh tentang ter dan tertidur waktu senja ini segala. yang jelas, aku sengaja mencari sedikit bahan untuk dicoret sebab mahu menguji bagaimana Tingkap Hidup Penulis ini bekerja.

 

……..

 

ok fine! terjemahan dari bahasa melayu ke bahasa inggeris secara langsung tanpa usul periksa akan menghasilkan suatu ayat yang agak hodoh, kadang kadang bodoh. maka, sebelum berbicara, sila teliti struktur ayat anda. Walaupun mengguna Google translator, sila, saya ulang, SILA check susunatur perkataan perkataan anda sebab kadang kadang, maksudnya jauh berbeza daripada apa yang anda ingin sampaikan. ha kau, nun kelaut jadinya.

 

baiklah. sekian. nak pergi bercinta dengan peti televisyen sebentar. kalau Windows Live Writer ini berfungsi secara comel (boleh lihat tutorial disini), boleh la aku update selalu. muahahaha! *angan angan barangkali. sila jangan rejam penulis blog ini kerana bercakap tak serupa bikin. sekian*

 

Yang Benar,

Farah Diana

sejak bila pulak ending entry aku ada yang benar pulak ni???