Sunday, October 17, 2010

update ringkas

Salam.

bila gua stress, gua emo.
bila gua emo, gua stress.

bila stress dan emo datang serentak, gua nak hempas barang
sangat huduh perangai.
nasib baik pintu bilik terhalang dek kabel kabel komputer.
kalau tak, runtuh tingkat 2, justeru kemungkinan mendapat pelempang imaginasi adalah tinggi.

ye. aku tak suka bila aku marah.
hodoh.
beritahu aku, siapa manusia kelihatan jelita atau kacak ketika marah?
beritahu aku sekarang!
kalau sang pemarah dikata kacak atau cantik menawan, tu tandanya fius otak yang berkata itu sudah tidak berfungsi.
ada baiknya dirawat dengan segera.
kembali kepada rupa aku marah.
ye. hodoh.
ketika farah diana ini marah, laptop pun pernah dihempas.
see. sudah dibilang, hodoh amat!
there, padan la laptop dulu weng. lagi tuduh jenama X itu tidak berkualiti, sedangkan sendiri ikut hati.
kasihan laptop jenama X itu. *sobs*
kerana sifat pemarah ini lah aku kira aku tidak sesuai menggunakan laptop.
rugi tahu!
sekejap!
aku ni pemarah ke?
tak. tidak sama sekali.
aku seorang yang emosi.
bukan pemarah.
aku suka bermain dengan emosi.
tak. aku tak bangga dengan perangai nan satu itu. mind you.
aku jarang marah, mungkin.
tapi kadang kadang, bila rasa nak marah, aku membebel.
tapi, kalau tahap membebel tu, tandanya marah tu tak tahan lama. sekejap sahaja.
kejap lagi kau tengok lah, mesti dok guling gelak.
tapi kalau muka ketat, hidung herot, gigi ketap, siap!
jangan kacau.

macam mana aku salurkan kemarahan aku?
dahulu kala, aku gunakan kemahiran menghempas ni dalam sukan bola tampar. agak berkesan aku kira.
eh.
tidak juga.
sebab.
setiap kali aku serve ketika hati tengah panas, CONFIRM bola bersepah!
serius.
kalau aku serve diketika muka aku hodoh a.k.a tengah marah, memang rosak servis tu. RUGI tahu?!
tapi, bila aku serve dan bermain dalam keadaan tenang, dan ceria, permainan adalah 75-90% berkualiti. sebab ketika tenang dan ceria, fokus kita tetap dan jitu.
tapi tidak ketika marah.
sebab ketika marah, hormon tidak stabil.
dan dikala begitu, pemikiran juga menjadi lintang pukang.
hasilnya? permainan turut kelam kabut.
itu sekiranya diumpamakan dengan permainan bola tampar.
cuba kau aplikasikan pula dalam kehidupan sehari hari.
bila kau marah, kerja dan tugasan kau semua pasti bergerigi.
kepala pun boleh memberontak kesakitan kalau kau layan marah itu.
sebab apa marah menyakitkan?
sebab marah itu sejenis api. api bila marak, memang menjadi lawan. sila angkat tangan siapa yang suka berdamping dengan api yang marak? ....err.... dicuaca yang sejuk, adalah satu pengecualian ye. kau yang berdamping dengan api ketika musim salji terkecuali, jangan gatal angkat tangan dalam persoalan ini.


maka
kesimpulannya?
Kalau sayang tak perlu marahhhh...eh. serius. nak dengar lagu Kalau Cinta, bukan kat sini. sila download sendiri ya.
maaf.
kesimpulannya, tak perlu marah. sebab selain bikin kita kelihatan hodoh, marah itu juga memungkinkan kerosakan kepada harta benda kita. kualiti hidup juga berkurang, berkadar terus dengan kemarahan.

ok. jom tutup aircond. api pun dah reda. sekian.

secelik mata

Salam 1Malaysia.

buat pertama kali aku kira, seceliknya mata dari tidur malam yang enak tadi, aku terus duduk menghadap monitor, tanpa membuat persinggahan di tandas hatta untuk mencuci muka sekalipun. baiklah adik adik, jangan tiru perangai tersebut. hodoh tahu!


*berlalu ke tandas sebentar membersihkan diri T_T*

baiklah. tak perlu cerita dengan lebih detail sebab kelak blog jatuh masuk kategori BOSAN (walaupun hakikatnya dah jelas dan nyata telah pun jatuh ke kategori tersebut. *sobs!*)


ye. di pagi ahad yang indah ini, terfikir pulak aku nak bertanya readers (if any *nada sedih disitu) bagaimana anda coupe dengan pekerjaan masing masing. tak kiralah apa bidang sekalipun, design ke, management ke, hr ke, service ke.... or maybe ada yang sudi berkongsi pengalaman bekerja masing masing? hmmm....


aku?
yang aku alami, adalah sekali dua berhadapan dengan orang orang yang kurang faham how we work. thus, menyangkutkan seperiuk dua nasi kami. *tettt! nada kecewa disitu!*
well, itu antara cabaran untuk people who work dalam line yang similar dengan aku lah. tidak tahu pula bagaimana cabaran yang orang orang dibidang lain, care to share? ^.^
no, pertanyaan aku tidak langsung merujuk kepada pekerjaan baru aku sekarang. aku berbicara secara am. in general. yang mana, aku hari hari tertanya tanya bagaimana agaknya orang lain menghadapi pekerjaan hari hari mereka. kalau yang bercerita budak arkitek or designer, mungkin aku dapat bayangkan serba sedikit bagaimana kerana kami dibawah bumbung yang sama. tapi, bagaimana pulak budak engineer atau medic atau perguruan atau it atau apa apa je lah.

apa sekalipun, aku harap (yang mana aku sendiri selalu berpesan kepada diri sendiri) agar semua orang mengambil sedikit masa memahami tugas masing masing. tidak perlu prejudis akan apa yang orang lain kerjakan, kerana itu tugas mereka. kalau anda rasa ada yang tak kena, jumpa mereka dan bertanya secara sopan, mengapa. tak mati punya kalau ambil tahu carakerja orang lain. kadang kadang, kerja orang tu kelihatan seperti sama yang berulang ulang semacam membuat benda yang sama sejak dari dulu semacam lembab lah pulak progress dia tu. seperti yang disebut tadi, cuba FAHAM dahulu. kadang kadang, kerja orang tu memang KELIHATAN sama dan MEMANG SAMA sebab itu tugas dia. contoh (contoh aku ambil yang terdekat, sebab mengambil dari pengalaman picisan sahaja), orang tu dilihat selaluuu aja produce the same thing over and over again. tapi orang yang MELIHAT itu tahu tak macam mana nak produce BENDA YANG SAMA itu? process to produce it, kau faham tak? renyah rencah dan perinci benda benda tu kau pernah faham tak? amendments and designing memang akan mengalami satu proses yang mana kadang kadang seems like repetitions of the previous ones. but hey, that's the beauty of designing. memang akan bertembung dengan kesilapan, kebetulan, kelecehan yang berulang.
kau cuba lihat kerja photographer, kadang kadang kita semacam familiar dengan shot shot mereka. but hey, itu kerja mereka, bukan? cuba kau sendiri jadi photographer, silapharibulan, shot kau lagi teruk dari shot anak buah aku berumur enam tahun itu. haha.
tak salah kita kritik hasil kerja orang agar kita masing masing boleh perbaik mutu kerja kelak. tapi, kalau sampai mempersoalkan sampai tersekat periuk...how? *tettt! isu sensitif muncul lagik.*


baiklah. oleh kerana nada emo semakin memunculkan diri, lebih baik aku bersiap siap untuk keluar dating dengan member kesayangan. haha. lebih baik mempergunakan hari minggu yang indah sebaiknya dengan orang tersayang. semalam puas mencabut kaki ukur mall dengan mak, adik dan kakak. hari ni, kita curi sedikit masa dengan rakan pula. petang sikit or malam sikit kita sambung "partime task" pula ye. hehehe.

happy weekend uols! ^.^v

jom layan Magika!! (pooodah! orang dah layan lama dah....cerita tu nak basi dah baru hang dok hegeh nak p tengok kannn! sobs! sila nangis..................................)


Friday, October 15, 2010

ehem.

salam 1Malaysia.

uhuk! eheh!
over tau! saja je show off layout baru.
edit-edit secara amatur sahaja. template pun blogger.com punya kot.
header je sendirian berhad. ecewah.

sekian.

later-later lah update latest entry ok. ada banyak pending ni.
selamat malam.

Monday, October 11, 2010

*gedebuk!*

Salam 1Malaysia!

HAH!! tu nak gelakkan aku lah tu!
ha.tu la, nak gelakkan orang tak usul periksa dulu. tajuk entry kali ni tiada kaitan langsung dengan aktiviti "tahunan" aku itu ya. hamboih hamboih. korang suka kan kalau dapat tau cerita aku tergolek sakan kannn!
HAHAHAHAHA! Padan muka kena tipu dek tajuk!
*senget farah ni. tetiba gelak tak tentu pasal dengan lawak yang tak lawak dia tuh. PANG kang!

Al kisah, walaupun di detik ini mood blogging semacam meluap luap, terpaksa ditahankan sebentar untuk memberi laluan kepada sedikit tugasan khas sebagai pegawai penguatkuasa lalulintas kampung tunku. err...maaf. sebagai seorang rakan.

baiklah. kerana farah diana sememangnya suka bikin hati orang panas dengan menamatkan entry secara tak bernafas, dengan itu, kita countdown....3...2...1
TAMAT. titik.

Sunday, October 10, 2010

shawlipop contest

Salam 1Malaysia.

fuh fuh! apahal entry yang memecah kesawangan blog tetiba bertajuk sebegiturupa?
tak pernah pernah join contest nih.

eh eh. dah orang invite, kita join lah kannn....hai Shawlipop! terima kasih invite saya yang jarang update blog ni *update pun entry bosan bosan belaka. kehkehkeh!

dulu dulu selalu berangan nak join contest konon, tapi selalu tunggu last minute dan ketika minit terakhir tu, pasti sekadar angan angan ajo! sedih tau!

dah. konsepnya, kau jangan nak membebel lebih lebih ye, farah (peraturan ni aku sendiri bikin. harap maklum.)

tak tak tak. ok ok. meh sini aku copy paste dan edit apa yang penganjur contest gariskan untuk menjoin contest ni:


Bila contest ni bermula?
Dari 9 Oktober 2010 (Sabtu) hingga 9 November 2010 (Selasa) .
*hah! tu dia.... deadline 9 november 2010 ye. kalau kau submit 9 november 2011, sila beli hadiah sendiri verangans menang masuk contest ye.*

Siapa yang boleh join contest ni?
Contest ni terbuka untuk semua, tidak semestinya pelanggan shawlipop sahaja. Kami tidak akan bias ok!
*weeee! ni yang bikin aku berkobar kobar nak join! cuba nasib katanya!*

Apa yang anda perlu buat untuk menyertai contest ini?
First, like kami di facebook (sila refer sidebar *by means, side bar Shawlipop ye kakak kakak sekalian alam!). Jika anda tiada facebook, sila jadi follower blog ini.
Second, pilih satu gambar (gambar anda menggayakan shawl) yang paling menarik dan sertakan dalam sebuah entri bertajuk shawlipop contest.
Third, sila letakkan link shawlipop di entri blog anda.
*hah kau! masuk kali ini, kali KEEMPAT aku letak link Shawlipop. punya excited kan aku! aduh! maaf, ratu drama memang macam ini! :P


Easy. Tak perlu nak karang entri cecah lantai semata-mata nak menang contest ni. Korang hanya perlu tunjuk gambar yang dirasakan paling cantik dan menarik dan you will stand a chance to win something from NewZealand and United Kingdom, beserta sehelai shawl. Yang penting, mesti ada blog.
*maaf ye tuan tanah, peserta anda yang satu ini memang kuat membebel. hehehe. walaupun blog dia bersawang, tapi sekali sekala tu memang bikin orang nak kasik penampar kat dia sebab sakan sangat membebel. ya ampuuuuun!*

Jumlah pemenang akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan.
Gambar penyertaan yang akan diterima oleh kami:
Hanya yang bershawl sahaja, tidak kisah la fashion apa shawl gipsi ke, shawl corak, plain shawl, pasmina etc. tudung bawal tak boleh eh.
Gambar tu mesti nampak muka anda dan jelas.
Anda mestilah beraksi solo. Gambar ramai-ramai tak boleh :p
*jeng jeng! time to sidai muka!


*credits to my lovely colleague as the photographer of the picture above.
and both pictures below is taken by yours truly. HAHA. nampak sangat takdak kerja dan kuat berangan!







p/s: ye laaaa...tau muka tak semenggah mana tapi tak apa, i love myself kahkahkah! dan ini nama nya GEDIKNAMAMPOSPUNYABUDAK! orang mintak satu je kot gambor, aku hentam letak tiga terus. SEMUA muka nak penyepak je tapi takpe, aku suka muka aku sendiri. eh. terperasan pulak. over lah tau! *sobs!*


So, sila bagi link entri penyertaan anda di kotak komen ini. Link di shoutbox tidak akan dilayan. Terima kasih.
*tuh dia! baik tak aku siap link kan entry contest tu untuk my readers terchenta (eh? aku ada reader kah???takpe. aku baca sendiri blog aku. :P )


ok. there u go! simple kan contest dia? (aku je yang panjang lebarkan cerita dia. T___T )
apa lagik, pergi terjah blog berkenaan! sesuai jugak untuk para blogger yang dah kehabisan modal nak membebel apa dalam blog mereka.
err...tapi, aku rasa, untuk kaum hawa je la kot ek. takkan yang bernama Muhamad Adian (contoh!) nak tayang muka beliau berposing shawl kan?

*larikk!*

sekian. (ok fine. aku tatau nak end macam mana entry kali ini. dah tengah malam ni, dengan tugas menolong rakan tak terlaksana lagi, dengan jarum jam makin beranjak ke pagi nya, dengan bantal selimut dengki mendayu dayu panggil aku peluk mereka lagi. ish. maka, sekian lah entry kali ini. entry kerja baru kita postpone ke waktu yang lebih digemari lah ye! adios people! HAHA)